hai, dah lama rasanya tak update sal drama melayu, asyik fokus drama korea ja..
1st,
Kerana Terpaksa Aku Relakan
aigoo, terindu lak dekat abg zen
jalan cerita best, baca novel kureng sikit, sebab nk cepat habis kan, main skip2 ja, yang tertahan tu, tak sempat nk ripit kali kedua, juthe dah bagi dekat owner novel ni, huhu
memula tak layan sangat cite ni, sampai episode 10 kot baru start layan, pastu apa lagi, berbunge2 la tengok, hehe
ost lagu ni best gak, nyanyian by wati ;)
2nd,
Rindu Awak 200%
sekarang tengah airing kt tb.. ari ni dah episode 22 kot, dah makin suweettt
novel ni saya baca dulu baru tengok tv.. tapi rasa drama best lagi, hehe
xsabar nak tunggu ending, kimia hero-heroin yang sangat best
dah lama tak berbelog.. last on May.. busy sgt sekarang, tambah la bulan 5 aritu line tenet kat rumah problem sampai 6,7 minggu baru ok
tanpa buang masa, saya nak update drama korea yang baru saya habis tengok 2 weeks ago
Bride of The Century
best gak citer ni.. dah lama tak layan Hong Ki, last dalam You're Beautiful, yang lain2 tu dalam mv FT Island.. ntah kenapa excited sangat nak tengok citer ni, may be jalan cerita dia yang best
sipnosis ringkas.. pasal keluarga Choi yang dihantui dengan 1 sumpahan iaitu pengantin perempuan bagi anak sulung diorg akan mati pada malam perkahwinan, so yang plan semua ni, bagi Kang Ju dgn Yi Kyung bertunang dan kahwin ialah mak tiri Kang Ju.. bila Yi Kyung tau, dia lari kan diri dan kebetulan abang tiri dia jumpa orang yg muka sama dengan Yi Kyung, iaitu Doo Rim. dalam terpaksa Doo Rim menjadi Yi Kyung, tapi Kang Ju ni sengal, xtau yang tunang dah bertukar orang, last2 Kang Ju jatuh chenta jugak dengan Doo Rim, ala so sweettttt :D
yang best tang last cerita ni, nenek Doo Rim cerita balik, pastu mak tiri Kang Ju tau kisah sebenar, sumpahan tu 1 rumors ja.. ha, 1 lg best, ada hantu dalam drama korea ni, hehe (rasa sebab ada hantu cerita ni lagi menarik)
hero drama ni,
Lee Hong Ki as Choi Kang Ju
hero yang hensem (of course la kan), smart, ank orang kaya (so typical kdrama, haha), tp perangai tak semenggah.. bila dah jatuh cinta dekat Doo Rim baru nampak personality dia yang sebenar.. sangat susah nk percaya orang, sebab dia takut orang tu akan tipu dia.. perfect dari semua segi, tapi ada cerita sedih masa dia kecik2.. paling sedih bila dia tau 'bride' dia akan mati pada malam perkahwinan, time tu dia sangat takut kehilangan Yi Kyung (walaupon dia tau yang tu Doo Rim), frust tengok muka dia yang sanggup break engaged sebab tak nak Yi Kyung mati
ni lak heroin
Yang Jin Sung as Jang Yi Kyung / Na Doo Rim
1st time tgk beliau berlakon, not bad la.. sebab boleh nampak perbezaan lakonan dia, mesti la saya lagi suka yang dia jadi Na Doo Rim.. baik, sweet ja walaupon ada part2 yang dia ganas sikit, hehe..
tapi bila jadi Yi Kyung xla kijam sangat, cuma dia jadi cam tu sebab terpengaruh dengan idea jahat mak dia
ada lagi watak abang tiri Yi Kyung, PA Kang Ju.. tapi malas lak nak type, hehe
fokus dekat hero-heroin udah la kan
scene yang best :]
time ni Doo Rim dah tersuka dekat Kang Ju.. tapi Kang Ju suka dekat dia lagi awal, hehe
ha, dalam kdrama ni, baru nampak Hong Ki smart dengan kot bagai, time dengan FT Island, fashionista sgt, kekeke
muka shomel Kang Ju.. haha
muka senyum 'sesuatu'
suka part ni, masa ni Kang Ju dingin lagi
last, bahagia
antara lagu yang best OST drama "Bride of the century"