Showing posts with label Chinese Drama. Show all posts
Showing posts with label Chinese Drama. Show all posts

Wednesday, 14 September 2016

JUST ONE SMILE IS VERY ALLURING - done!

assalamualaikum.. selamat malam

dah lama tak update post, awal tahun kemain nak update selalu, last2 busy, hilang terus semangat nak update :) sempat lagi kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kan..

ok la, 2 hari sebelum Hari Raya Haji saya ter-excited nak layan citer ni, 


Just One Smile is Very Alluring a.k.a Love O2O

then, dalam 2 hari tu saya dah habis tengok siap download lagi, hebat tak? hehe

dah lama tak karang ayat untuk sinopsis, dah jadi awkward lak.. sinopsis leh baca kat sini - https://en.wikipedia.org/wiki/Just_One_Smile_is_Very_Alluring

terus ke bahagian pelakon utama..


Yang Yang as Xiao Nai

dalam drama ni, susah betul nak tengok dia senyum cam ni.. senior yang bijak, tampan, dari family educated.. siap prepare nak buka company lagi, terer bersukan, complete la semua.. paling hebat bermain game sekali boleh create game baru.. luaran nampak skema ja, tapi sangat protective girlfriend dia, siap hacked kalau ada post tak elok tentang girlfriend dia. 




 Zheng Shuang as Bei Wei Wei 

heroin tak kurang hebat gak bermain game.. sangat independent dalam bermain game.. no.2 cantik dalam kolej, tahun kedua pelajar jurusan computer science.. walaupon heroin nampak kurus sangat tapi bila dia jadi watak game, muka dia sangat sesuai

citer ni ada 30 episode.. yang peliknya saya tak drop walaupon 1 ep.. macam pelik ja, selalu saya mana boleh layan drama yang episode panjang2 ni, drama korea pon limit 20 ep saja, selalunya dekat belas2 ep, sya dah skip.. nampak tak drama ni best, hehe


part time diorang main game langsung tak rasa bosan, tambah time diorang dah jadi couple, ala sweet.. cam nak husband cam Xiao Nai.. sanggup makan pedas, belanja roomate Wei Wei, bagi duit untuk beli ticket kapal terbang, hacked blog semua untuk girlfriend dia.. dah la Wei Wei 1st love dia



time ni diorang dalam dunia game.. sesuai kan Wei Wei jadi watak anime

saya bagi drama ni 8.5 / 10.. worth to watching & repeat again, ah, suweet masa Xioa Nai nak jumpa/declare Wei Wei.. siapa yang nak tengok drama budak kolej yang relax2 boleh la layan drama ni sebab watak antagonist tak begitu annoying, hero-heroin tak ada bergaduh panjang & jalan cerita pon smooth ja..







Wednesday, 28 October 2015

pending list

assalamualaikum.. selamat pagi

ok, hari ni nak cerita pasal pending list saya.. ntah kenapa, tetiba ada semangat nak tengok drama, pastu kalut nak download.. saya mempunyai masalah untuk tengok online sebab tak boleh skip2 tengok, lau kat utube leh la skip, kalau tengok dekat viki, tak boleh langsung nak skip..
mari mulakan list yang pertama

kdrama

finally, mood korean drama muncul kembali setelah menghilangkan diri beberapa bulan..


cheer up or sassy go go

tertengok sebab terpengaruh dkt forum, lagipun time tu tak ada terikat dengan mana2 drama, layan je la.. sekali ambik layan 6 episode tanpa henti.. latest episode 8 baru main kat korea
naseb baik ada 12 ep je
tak sabar nak tengok kim yeol dengan kang yeon doo g dating, hihi
minat eun ji, then skrg tetiba minat lee won geun



she was pretty

dah download sampai 11 episode, nak tengok sebab hero dia.. minat park seo joon dari dream high 2 lagi.. tapi tengok skip2 ja
may be kureng minat dengan heroin nya
oh ya, ada siwon yang watak dia gila2.. oppa, nt dah nak pergi military, take care ya


lakorn

mood lakorn masih belum hilang lagi, masih menebal dalam jiwa ini, hihi


ugly duckling perfect match

dah siap download, tapi belum berkesempatan nak tengok..
download sebab ada dj push, jalan cerita nampak menarik
ah, tak sabar nak tengok ugly duckling sean-esther



Rak-Lon-Jai-Nai-Klaeng-Joob
 
versi jepun dgn korea dah tengok, so nak layan lak versi Thailand ni
gandingan mike dgn aom lagi.. tapi ada yang cakap version siam ni lain sikit, ada penambahan cerita, siap ada kucing lagi.. episode 20 kot.. xpa nt kita layan k
agak2 bila thai nak buat hana yori dango/boys over flower/meteor garden versi depa? :)

 

Wannueng Jaa Pben Superstar
 
seperti biasa nak tengok sebab ada dj push, hehe
trailer macam lawak, tapi episode lak panjang
saya ada masalah sikit nak layan kalau episode panjang2, bukan apa takut cerita tu meleret-leret


jodrama


From Five To Nine
 
drama jepun pon termasuk jugak, hehe
1st reason sebab yamapi
2nd heroin
3rd second lead hero
4th sebab mood nak tengok jdrama
5th sebab episode tak banyak..


china drama


Love Me If You Dare
 
taraaa... drama cina pon termasuk jugak, hehe
ni pon sebab hero jugak, then baca synopsis cerita penyiasatan gittew, ala2 Hello Monster
tapi lom sempat tengok lagi, nak tggu banyak episode dulu, lau tak stress nak tggu episode demi episode
 
 
banyak betul pending list semua ni, belum masuk hat filipine movie lagi.. nasib baik kissasian tu tak update lagi untuk movie Philippine, lau tak mau berasap lappy dok download, ;)
 
 
 


Thursday, 14 May 2015

The Romance of the Condor Heroes

assalamualaikum.. selamat pagi

tetiba datang mood nak post something, dah pukul 12.35am tapi still tak ngantuk lagi, mentang2 la time tengah 'bercuti' ni, asyik nak tidur lewat ja, tapi pukul 7 dah terjaga walaupon tak keja, huhu

ha, last week, terbuka 8tv, ada citer ni,


The Romance of the Condor Heroes

versi yang ntah ke berapa, untuk tahun 2014
google2 tadi baru tau Andy Lau dengan Louis Koo pernah gak berlakon as a Condor Heroes
lupa lak, Richie Ren pon ada jugak, rasa pernah tengok dekat tv2 dulu
versi singapore ada, hebat

tertarik nak tengok sebab budak bawah ni - wu lei 
motif terminat dekat budak, haha


cute la jugak, itu sebab tertarik nak tengok, pastu ada olahan sikit, then dengan lakonan budak ni yang best pastu ada nakal sikit2 buat saya melayan drama cina ni

dah pernah tengok The Return of the Condor Heroes tahun 2006, yang tu sepupu saya suka sangat siap beli vcd ori yang harga beratus tu

compare hat tahun 2006 dengan yang ni, versi baru ni hero dia lagi nakal, kelakar pon ada tapi
belum masuk part sedih2 lagi :(

ok la nak update tu je, tak sabar nak tengok Yang Guo tang last, rambut siap ada uban lagi padahal pak cik-mak cik rilek lagi rambut hitam, Cik Long pon muka maintain ja cun

p/s: utk hari ini (14/5/2015) dah 15 episode, dekat wiki tulis ada 54 episode, dekat utube ada 57 episode




Saturday, 25 April 2015

drama throwback

assalamualaikum..

baru ja berazam tahun ini, 1 bulan 1 post, tapi rasa cam tak tercapai ja.. ke-busy-an
tengah dok fikir nak tulis apa, terkeluar 1 idea, iaitu nak post sal drama.. sebab apa drama? sebab saya jarang tengok filem, dulu suka tengok drama kat tv, sekarang dah kurang sikit sebab boleh tengok on9

ok, kita mulakan dengan drama pertama...

Hong Kong / Cina

dulu time sekolah, suka tengok drama cina yang kat tv2, tv3 petang2.. start pukul 6, 7 cam tu
sampai tok kata, 'tengok la gambaq cina, nanti kawen dengan cin baru tau' haha, tapi still layan jugak
best kot.. drama cina banyak fokus dekat sesuatu perkerjaan..

contoh, macam 1 cerita yang saya tengok pasal polis yang penyiasatan, memang cerita sal kes2 yang diorang siasat, pastu selit2 la sikit sikit kisah percintaan, kekeluargaan


yang atas ni, tak ingat tajuk apa, sebagai contoh sebab tak jumpa hat drama dulu yang saya dok tengok, huhu



yang ini memang saya tengok, dari no 1 sampai no 3 kot.. cite sal bomba, dari hero mata sepet tu bujang sampai dah kawen ada anak, isteri dia mati, sekarang xtau dah ke episode berapa burning flame

setelah di google 2,3 minit, tak jumpa lak drama hong kong yang saya dok layan dulu2.. 


yang ini saya suka sangat, wars in law.. lawak ja watak menantu dengan mentua, hero ala2 sengal tapi last2 tau hero tu pandai lawan, sweet la kira dia dengan wife dia, ada sambungan tapi ke zaman sekarang, tapi yang sequel rasa cam tak best cam yang 1st.

then, ada drama yang ala2 zaman dulu, dinasti semua tu.. paling legend, my fair princess dengan journey to the west la, gigih tengok hari2 :D



kalau ada dvd drama hong kong yang ada english sub, harus saya beli, tapi yang jumpa xda sub

Indonesia

drama or sinetron indonesia selalunya episode panjang, memula dah best, pastu start dah meleret2, dari best terus jadi tak best.. cerita pon ala2 drama malaysia, keluarga yang kaya raya, pastu heroin/hero yang miskin jatuh cinta pada yang kaya, yang paling diingati, scene semua tunjuk bahagian atas ja, hehe

hat ini memang saya jarang layan, yang famous dulu haruslah bawang putih bawang merah.. 



time keja kilang dulu, berapa ramai akak2 yang gila tengok sinetron ni, pastu sembang kat cafe.. ending? :) 




rasanya dua drama ni ja yang saya tengok, olivia sebab sinetron ni depa ambil dari 'she's the man', nasib baik ending ok, walaupon tengah2 dah meleret-leret.. benci bilang cinta tengok masa study, sebab roommate cakap jalan cerita dia ala2 princess hours, tapi tak sempat tengok ending

hat bawah ni, tok saya minat sangat2 sampai bubuh nama cicit sulung dia, alisa, haha


Filipino

sebut je drama filipina, mesti otomatik ingat Pangako Sa ’Yo ;)


drama Filipino pon cinta ala2 dua darjat gak, kisah orang kaya-raya, dendam, kisah tertukar anak cam sinetron, pastu episode panjang, tapi yang penting lakonan depa ni memang nampak real, pastu hero-heroin kacak dan cantik

tapi saya paling suka drama ini, lepas balik sekolah, harus layan cite ni sebelum wat kerja sekolah or g mana2..


Sana'y Wala Nang Wakas

best moment, bila hero-heroin ni terdampar dekat 1 pulau tu.. sweet, tapi lepas tu start la dugaan dan cabaran..

baru baca kat wikipedia, akan datang pangako sa yo remake.. wowww

Mexico / Venezuela / Colombia

telenovela - episode sangat panjang.. saya kurang gemar layan episode yang panjang2 sekarang, dulu memang tengok ja,. petang2 dalam pukul 3.30, 4 petang ada la telenovela, dengan 1 family layan, main kt tv3, ntv7 haruslah potong bab2 sensor, rasa suci sangat diorang ni, sekarang main kat astro, nah, ambik tak potong2, haha

selalu drama mexico, venezuela, colombia ni bukan setakat cite hero-heroin, malahan keluarga, kawan2 semua ada.. pastu mesti ada salah faham, watak utama akan balas dendam then bila dah settle masalah, orang jahat dapat balasan, hero-heroin akan happy ever after.. so suwitttt

1st telenovela yang saya tengok,


la usurpadora..

lepas tu muncul lah Yo soy Betty, la fea, Miss 3 Hermanas, Mi Gorda Bella dll




tapi yang paling saya suka


la mujer en el espejo, bila juliana bertukar seksi bangat..

Taiwan

taiwan drama macam drama hong kong gak, cuma banyak adegan lovey-dovey tambah kalau cinta yang tragis lagi la.. longgar sikit dari fokus 1 pekerjaan


best cite ni, lepas heroin nak balas dendam dekat hero


wajib tengok, dao ming si.. haha




yang bawah ni, tersangat best.. gigih tengok masa keja kilang dulu, balik keja malam, tidur jap, pukul 2 dah bangun sebab nak tengok The Prince Who Turns Into a Frog, time tu zaman dvd lagi..


banyak sebenarnya drama taiwan yang best, tapi banyak lak nak masukkan dalam 1 post, yang latest pon best gak

Thailand

sekarang tengah layan Dao Kiang Duen, nanti habis saya review k

lakorn ni banyak genre, slap n kiss, comedy, romance.. tapi selalunya slapp n kiss la orang minat, saya prefer romantic comedy, boleh gelak2, leh feeling2, hehe

banyak gak cite pasal orang kaya, pastu berdendam bagai.. then, selalumya lakorn yang dapat sambutan hebat, akan di-remake balik.. memang trend kat thai cam tu kot.. kenapala malaysia tak nak remake cite dulu yang best2 kan


drama yang membuatkan saya minat dengan drama siam ialah soda and ice tea.. hat ini xdak lak remake, nak tengok kat utube tak sub.. kat viki slow (alasan banyak betoi)

lepas tu ada drama ni, roommate saya dulu suka sangat,


then, gila sat dengan lakorn di bawah masa study dulu


sekarang tak dak dah main kat tv lakorn, kenala tengok on9


Jepun

antara banyak2 drama di atas saya suka tengok jodrama lagi sebab episode tak banyak, jalan cerita padat, tak dijangka, memang fokus satu bidang dan cintan-cintun yang tak meleret.. tapi dalam jodrama, xla feeling2 sangat


long vacation, jodrama yang 1st saya tengok..


kisah pilot, best!


yang ni pon best.. jap awat banyak sangat drama takuya kimura saya tengok ni, hehe


saya paling suka yang atas ni, shotgun marriage, walaupon isu dia agak tak sesuai dengan cara kita, tapi layan


hana yori dango, banyak version, korea, taiwan, china, tapi paling best versi Japanese


wah, banyaknya drama2, hehe.. mau mengarang dari tadi pagi sampai ke malam..
nak masukkan kdrama, dulu dah pernah cerita, lagi pun ini hanya #throwbalik drama dulu2 yang saya tengok/layan..



p/s : hindustan punya drama tak masuk dalam list sebab saya memang xlayan drama hindustan tapi kalau movie, ye saya suka.. nak masukkan drama English, rasa cam panjang lak nanti

good night!







Saturday, 13 September 2014

Perfect Couple

hai... sementara tggu cik pinas mai, kita wat entry ke-3 sat

lepas dah habis lakorn tu, tertengok iklan ni kat astro.. egtkan xdpt channel 308, tengok2 dapat, so apa lagi, sekarang pukul 7 tercanggak tengok drama cina ni.. no more dah slot akasia, sebab dah bosan cita adaptasi pastu kahwin paksa, lama2 tak suka, nt bila dah suka mai orang ke3.. tapi drama ni pon kena kahwin paksa gak.. errr..


Perfect Couple

baru tengok sampai episode 5.. nak download lom ada yang full lagi


heroin-hero

Tiffany Tang-Wallace Huo

Yu Qi Ling-Jin Yuan Boa

setakat 5 ari tengok ni, ok lagi la.. ada lawak2 sikit, pastu suka tengok costume depa cantik2.. tempat shooting pon cam menarik, rasa buat kat studio tu..

cuma bila tengok last iklan tu, ada babak2 sedih.. huhu, lagi 40 episode nak layan, boleh kah? yang hotel king tu 32 asyik pending last 4 episode terakhir, hehe

layan dulu picture hero yang hensem ni.. sebab beliau, terlayan drama cina ni



dok tengok lakonan hero ni, dok pikir kat mana tengok beliau, google punya google, tau dah dulu dia berlakon drama taiwan 100% senorita..


muka dulu kala ;)

ok la, nak off dah lappy, nanti kita sambung lagi, daaaa