Showing posts with label Malay Drama. Show all posts
Showing posts with label Malay Drama. Show all posts

Sunday, 8 May 2016

drama melayu...

assalamualaikum.. selamat malam

dah lama tak update blog, sibuk dengan hal semasa :)

hari ini nak bercerita pasal drama melayu.. honestly saya kecewa dengan drama melayu sekarang, jarang dah tengok drama petang2 dekat tv, even download pon jarang nak habis tengok.. bukan nak compare dengan drama dari luar macam korea, jepun tapi.. ok la dibawah ni saya 'list' kan sebab kekurangan drama melayu sekarang,

1) watak hero yang kaya
slot akasia, slot drama dekat astro pon kebanyakkan watak hero harus lah kaya, office kemain besar, rumah harus juga besar, bawa keta mahal2.. tetapi yang pelik tu saya tak tau dari mana kekayaan hero tersebut.. cerita la sikit detail tentang hero macam 'rich man poor woman'

2) perkerjaan
sambungan di atas.. ok la kalau tidak diceritakan kekayaan hero, cerita la sikit pasal pekerjaan, macam 'rang pratana' nampak credibility as a arkitek, pernah saya tengok satu drama ni, katanya hero doktor.. tapi duduk office, tak pernah pon keluar dari operation wad, or sebut ayat2 medik, compare dalam 'doctor stranger' or 'descendants of the sun'

3) bertudung
bukan saya tak suka artis bertudung sedangkan saya bertudung, memang Islam wajib bertudung, tapi jika pihak pengarah pandai mengkaitkan situasi tersebut lagi best.. tak perlu duduk dalam rumah dengan anak serta suami bertudung, cuba buat scene tu dekat luar rumah, tengah minum petang ka baru balik keja,, ini dekat bilik tidur still lg bertudung, macam tak real kan..

4) ibu bapa yang muda
ini satu lagi, kadang2 bagi saya tak logik.. hero-heroin cam lewat 20-an tapi parents diorang masih lagi di awal 40-an, takkan parents tersebut kahwin masa diorang belasan tahun lagi kan.. jenuh saya buat kesimpulan sendiri, ibu bapa hero/heroin kahwin awal.. tapi itu la anak mesti sorang ja, padahal kahwin awal, eh melalut lak..

5) berdasarkan novel
ini pon memang trend sekarang kan, cuma novel sekarang terlalu sama jalan cerita, kena paksa kahwin, memula tak suka, then dah suka, datang pulak orang ketiga, 2nd heroin mesti sexy, pastu jahat.. 2nd hero lagi baik dari hero tapi sebab cinta, heroin pilih hero walaupon perangai hero tak semenggah tapi hero tu mesti kaya lagi kacak..

6) latar masa
yang ni, nak ja saya highlightkan dekat pengarah.. takkan saya expect cam 'Reply 1997' tapi biarla nampak real. contoh, baru ni saya tengok kat tv, scene imbas semula 15@20 tahun lepas, watak perempuan pakai tudung bawal aj, dalam rumah tv flat skrin, baju, mekap tahun 2016. ada yang drama citer 3 tahun lepas, tapi dah siap pakai iphone 6, shawl dah berbelit2, so cam mana tu?

bukan saya nak condemn tapi just luah perasaan sebagai peminat drama melayu.. bagi novel pulak walaupon jalan cerita lebih kurang sama tapi saya sangat respek dengan diorang sebab saya pernah, pernah cuba nak tulis cerpen je tapi hampeh berbulan-bulan stuck hehe

akhir kata, maaf jika post kali ini tersinggung mana2 pihak.. selamat menonton anugerah bintang popular bh 29 #respek



Wednesday, 30 December 2015

drama based on novel 2

assalamualaikum

dah lama rasanya tak post sal drama melayu kat blog.. hari ni saya nak cerita pasal drama melayu, still lagi based on novel, musim kan sekarang ni.. ada yang best and ada yang kureng best, antara yang latest saya tengok...

1) Tuan Anas Mikael


lakonan Aaron Aziz &  Zara Zya



nak tengok sebab 2 pelakon utamanya, bukan fanatic depa cuma dah lama tak tengok depa berlakon drama.. memula tengok best gak walaupon banyak part manolog Zara, pastu Aaron yang malu2 nak bersuara, perlahan je dia bercakap, gigih saya kuatkan volume
berdasarkan apa yang saya baca dekat blog, review novel, ada sedikit perbezaan. xkan nak buat 100% sama kot, hehe.. tapi tang ending cam tak complete sebab tak huraikan tangan yang selalu memerhati depa, motif kak engku kuar tang last..? (still question mark until now)

2) Kau, Aku & Kita


lakonan Syarul Ridzwan & Janna Nick



tertengok sebab tengah boring time tu.. ok la layan jugak.. cuma saya tak boleh nak hadam part cakap diorang yang terlalu kasar bagi saya.. ye, saya orang penang, cakap memang kasaq, tapi cara Iman dgn Aus cakap kasar, tambah bila dah kawin.. may be pengarah or dalam novel cam tu kan
yang best, muka Aus yang gatal tu, haha.. kebaikkan Dato & Datin jaga adik beradik Iman, konflik pon tak banyak sangat, watak jahat pon tak begitu psiko

3) Cik Cinderella dan Encik Tengku


lakonan Syukri Yahya & Zahirah McWilson


nak tengok sebab ada Syukri Yahya, hahaha.. layan 2,3 episode boleh la.. tapi bila baca review novel, rasa nyesal lak, sebab heroin sanggup wat cam tu.. tak kira tak suka dekat tunang pon, sebab family arrange kan tapi dah tau bila bertunang tak baik punya layan lelaki lain.. hero pon kena behave, jangan call, ganggu bila tau orang tu dah bertunang. nasib baik hero Encik Tengku, kalau hero dia orang lain, habis la Encik Tengku tu..


4)  Tersuka Tanpa Sengaja


lakonan Amar Bahrain & Emma Maembong


lepas Tuan Anas Mikael, sambung drama ni.. memula dah ikrar dalam hati, tak nak tengok sebab tak minat Emma Maembong, tak nak tengok Amar Bahrain (biar abang zen ja dalam hati), sekali tertengok, rasa best lak, dengan review novel lagi.. I must watch dis drama.. balik siap download, hehe.. tak sabar nak tunggu last episode.. go farhah-dr syed
oh ya, suka gak dengan lakonan pembantu dlm drama ni, npk cam real ja, pastu ada parodi dr Michael Ang, terkekek gelak :D


p/s : terasa malas lak nak bubuh synopsis novel 0-0v


Saturday, 21 February 2015

drama based on novel

assalamualaikum.. 

ok, mood tgk drama siam tetiba dah hilang, beralih kembali ke drama melayu

1st sebab tertengok drama ni,


asam pedas untuk dia

lakonan Dayana Roza dengan Shukri Yahaya


baca sinopsis novel cam tak best, tapi bila sekali tengok.. wowww
sebab lakonan watak utama kot dgn jalan cerita diolah sikit.. so, sekarang setiap weekend, pukul 7 mesti dah terpacak depan tv
tak sabar nak tengok bila en. ziyad ngaku dia dah suka dekat ainin

drama kedua, petang2 gak, cuma main hari isnin sampai khamis


teman lelaki upahan

lakonan Siti Elizad dengan Ungku Ismail


honestly, upahan - tajuk yang agak klise, saya dah lama tinggalkan dunia membaca novel disebabkan jalan cerita yang hampir sama, watak yang terlalu sempurna, ada watak jahat.. ok, novel ni ada gak watak yang sempurna, maksud saya watak utama yang kacak dan cantik dan kaya-raya, tapi nasib baik tak ada watak jahat, so saya enjoy baca novel teman lelaki upahan
terpengaruh layan drama sebab sepupu saya dok promot cakap best, yes.. cakap dia betul, drama teman lelaki upahan ni best walaupon baru episode 8.. ah lambatnya hari isnin

drama ketiga..


terlanjur mencintaimu

lakonan ungku ismail dengan reen rahim


yang ni, dah download baru tengok episode 1, tu pon main skip2.. tapi ramai yang cakap best, so nanti ada masa saya tengok ;)
tapi time airing sama dengan asam pedas untuk dia... huhu

drama last..


suamiku encik sotong

lakonan amyra rosli dengan sharnaaz ahmad


saya download drama ni sebab sepupu saya yang beria-ia suruh download, dah pernah baca novel ni tapi rasa tak berapa nak umphhh.. (sorry cik syikin zainal) maybe saya mgharapkan hero dengan heroin bersama akhirnya or tajuk novel yang saya rasa kurang sesuai, sebab dipertengahan jalan cerita, hero tu dah bukan encik sotong..

semua drama di atas adalah diadaptasikan dari novel.. kadang2 ok la kalau ikut jalan cerita cam novel or buat lagi best dari novel tapi bila setengah drama menyimpang dari novel memang tak best, tak mood nak layan drama walaupon novel tu best seller.

tu je kot nk update hari ni.. tak sabar nk tunggu drama based on novel - isteri separuh masa.. harap2 drama tu jangan jadi cam playboy itu suami aku










Wednesday, 20 August 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan & Rindu Awak 200%

hai, dah lama rasanya tak update sal drama melayu, asyik fokus drama korea ja..
 
1st,
 
 
Kerana Terpaksa Aku Relakan
 
aigoo, terindu lak dekat abg zen
 
jalan cerita best, baca novel kureng sikit, sebab nk cepat habis kan, main skip2 ja, yang tertahan tu, tak sempat nk ripit kali kedua, juthe dah bagi dekat owner novel ni, huhu
 
memula tak layan sangat cite ni, sampai episode 10 kot baru start layan, pastu apa lagi, berbunge2 la tengok, hehe
 
ost lagu ni best gak, nyanyian by wati ;)
 
 
 
2nd,
  
 
Rindu Awak 200%
 
sekarang tengah airing kt tb.. ari ni dah episode 22 kot, dah makin suweettt
 
novel ni saya baca dulu baru tengok tv.. tapi rasa drama best lagi, hehe
 
xsabar nak tunggu ending, kimia hero-heroin yang sangat best
 
ost drama ni pon best la jugak..
 
 
 
 
 

Thursday, 22 August 2013

Drama Melayu 'Best' August 2013

assalamualaikum.. 

tetiba ari ni mood nk cite sal drama2 yang sya tgh layan sekarang.. last sya tengok drama secara 'hebat' - drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', ikut drama tu sebab baca novel dia best, sekali dgn pelakon yang sesuai.. ok, tanpa membuang masa, di bawah ni, saya nak listkan drama Melayu yang tengah airing sekarang serta saya rasakan drama ni best.. lau drama ni sya kata best, konfom2 akan di-download, hehe..

drama pertama....


Kampung Girl

lakonan Akim dengan Nad Zainal.. 1st reason tengok cite ni sebab Akim la, hehe.. 2nd sebab Nad Zainal yang pandai berlakon tu.. ternyata, bila tengok xla rasa boring, best sangat2 cite ni.. siap download pastu tengok ulang2.. ayat dalam drama ni memang sempoi.. walaupon dah baca novel dia dulu, rasa biasa je, drama lagi best kot dari novel walaupon sya penggemar novel.. dalam novel xsangat rasa se-excited untuk tunggu drama ni tiap2 minggu, tambah lak, last 2 week drama ni xdak sebab bg rancangan khas raya.. aish, tension den.. naseb baik dis week ada.. ;)

second drama...


Cinta Jannah

lakonan Aeril Zafril dengan Nelydia Senrose.. tak dinafikan tengok drama ni sebab ada Aeril tu.. suka tengok muka dia yang macho x macho, ala2 misteri sikit.. pastu ada Nelydia yang sangat sukses dalam drama 'Setia Hujung Nyawa'.. overall, episode yang latest tadi, best dah sebab hero-heroin dah jumpa.. tu pon tunggu sampai episode ke-4.. memang nak bagi panjang cerita kot.. xsabar nak tau ending cam mana.. ha, dalam cite ni, saya sangat suka dengan watak Reen Rahim as Balqis, sangat menjadi, real je tengok ala2 watak 'kak long' dalam 'Teduhan Kasih'

pastu.. 


Jodoh Itu Milik Kita

lakonan Tiz Zayqah dengan Farid Kamil.. ha, yang ni pelik.. sebab apa? sebab saya bukan lah peminat FK, dah berkali2 cakap, xnak tengok drama ni, tapi apa sudah jadi, tengok episode ke-2 cam best, dengan lakonan hero-heroin superb.. pengaruh iklan la ni buat sya nampak cite ni best.. based on novel gak, cuma novel ni sya xbaca lagi.. mesti laris novel ni lepas drama ni kuar.. nt nak g terjah blog penulis drama ni, nak baca, pastu lau ok, g cari novel ni

last but not least,


Diandra

lakonan Nur Fathia dengan Aiman Hakim Ridza.. excited nak tengok sebab ada Aiman, tapi Fathia pon ok gak, cun pon cun, berlakon pon ok.. cuma semalam trngok 1st episode cam so-so je.. ye la dok tekan remote tu ke 392 la, 393 la, 720, mana sempat nak menghayati lakonan depa dua ni.. kta tggu nxt week ye..

k la.. cukup 4 drama yang saya layan /tengok.. gud nite~~







Saturday, 20 April 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia

alang2 dah buka blog ni, mari kita mengupdate benda yang dah lama saya tak type dekat sini..

pasal drama Melayu ni.. 


lakonan Izzue Islam & Tiz Zaqyah

ari ni dah episode ke 4, ni saya gigih mengdownload,, apakah? lagi 7 hours.. omo internet slow bangat sih

tak dak nak komen apa2 sangat cuma tak puas hati kenapa perlu main seminggu sekali.. argh.. bagi la dekat slot akasia kan.. walaupon sya minar Izzue Islam, tapi saya lagi suka kalau Hairul Azreen dapat watak ni, tapi nk buat cam mana kan.. hehe

cite sama dengan novel just 70%,.. ok la, kalau nak buat 100% kena la slot akasia kan.. 

ikut novel, cite ni best, lau ikut yang tayang kat tv, kureng sikit.. may be sebab dah baca novel.. tak sabar nak tunggu ending drama ni..

btw, lakonan Izzue dgn Tiz best...


Wednesday, 2 January 2013

Setia Hujung Nyawa - Slot Akasia TV3

assalamualaikum...

selamat tahun baru!

hari tu semangat nak bagi post last year sama dengan post last 2 years, 123.. tapi disebabkan kemalasan terus tak hapdate apa2, (nampak malas disitu, hehe).. dah lama tak ber-belog rasa kekok lak nak buat intro

ok, dimulakan dengan 1 drama slot akasia ni, honestly, last saya layan betul2 slot akasia, drama, "Nora Elena", pastu tengok2 cam tu je, skip2.. bukan nak kata la, sejak akhir2 ni sloa akasia memang bg ending unexpected.. memang la ending yang yang tak disangka tu best, tapi lumrah jiwa remaja cam saya suka tengok hapy ending walaupon klise, haha

drama terbaru kat tv, yang saya rasa agak sweet, walaupun lakonan hero agak kureng.. heroin lak ok may be sebab dia kena berlakon cam tu.. i said may be k ;]


salah satu sebab kenapa saya nak tengok drama ni, sebab tertarik dengan jalan cerita dia, based on novel, tajuk yang sama, (eh banyak lak koma, hihi) "Setia Hujung Nyawa"

pelakonnya



Heroin-Hero

Nelydia Sunrose - Ersalina, Amar Asyraf - Zain



drama, "Setia Hujung Nyawa" ini diadaptasikan dari novel di atas..

rasanya tak yah kot bubuh sinopsis, apa yang boleh saya katakan lau ikut novel, ending dia happy.. takkan pak cik eh abang Rosyam Noor nak bagi sad ending, (mau aku boikot drama tv3 nanti lau slot akasia asyik ending ntah ke apa2, cam last drama ari tu, "Cinta Itu Milikku", wat hangin je tengok ending, ops ter-emo lak, haha)

suka watak Ersalina yang gila tengok drama korea cam saya, kekeke... jeles bila tengok bilik dia ada Pororo, nak jugak! ter-gedik lak.. ha, suka gak dengan episode tadi, time Zain balik rumah tengok2 ada orang laki datang rumah dia, siap prepare dengan spanar bagai, sekali Lina buka pintu, rupa-rupanya abang ipar dia yang ada dalam rumah tu, haha.. comel je

p/s: dari episode 1st, dok tengok muka Amar Asyraf ni, dulu dia berlakon cerita apa, last2 kak sepupu saya yang jarang tengok tv kata, Amar ni berlakon dalam cite, Nilapura, owh, k2..

p/s lagi: rasanya lau Aqasha bawak watak ni lagi best kan, haha.. tapi heroin lak nampak muda sangat ;)




Tuesday, 9 October 2012

Mimpi Cinderella

Assalamualaikum... selamat malam...

bertemu kembali.. =) (bajet macam ada ramai orang baca blog ni, hehe)

rasanya dah lama tak post sal drama melayu terbaru, asyik layan drama korea je.. hari ini, kita tukar ke arah kemelayuan.. kekeke

drama melayu yang saya ikuti.. last drama yang saya minat gila2, Vanila Coklat.. still slot yang sama kat tv3, slot lestary, drama ni..


Mimpi Cinderella lakonan Afiq Muiz dengan Eina Azman

tajuk cliché sgt, memula rasa malas nak tengok, tapi bila terbaca synopsis, rasa cam best lak.. kisah dongeng omputih berlaku kat mesia.. ;]

kisah Eina Azman (Saleha) selalu kena buli dengan mak tiri dan adik-beradik tiri dia.. prince charming Afiq Muiz kot, eh dah masuk 3 episode hari ni, tapi hero tak kuar lagi..nanti mesti 'cinderella' jumpa dengan 'prince charming', ada konflik, suka sama suka, pastu hidup bahagia, happy ever after

mencik dengan Lorna (Zarina Zainordin), untungla dapat untung cam Haikal (Izzue Islam - Forteen), comel, sabar, kaya lak tu.. hehe


hope episode ke-4, watak hero kuar kot.. xsabar nak tengok heroin kena buli dengan hero, hihi

hm, yang tu je kot nak post.. tak de mood nk berbelog sangat malam ni disebabkan line tenet yang slow-melow ni, tapi sebab nak sapot drama melayu, just write it..

p/s: excited nak tengok drama ni sebab ada Afiq Muiz, eh, dah tukar taste 'terminat' dekat lelaki kulit gelap.. ops..



Wednesday, 14 March 2012

VANILA COKLAT & BFF - done!

setelah 13 minggu, berakhir gak slot lestary, Vanila Coklat.. happy ending! ok, zara tak mengandung, cuma sebab gastrik je.. hehe.. finally, it end with me smiling.. so sweet!


cuma cik pinas kata tang ending dia, xtunjuk pon amir nakal, liyana xdapat pa2 n amir berlakon pon cam dok hafal skrip (normal la baru berlakon, meh), x natural/spontan cam zara.. err, besala kn.. nasib baik ni slot lestary, kalau slot akasia, mau liyana kena langgar dengan keta, kamal more antagonist, hehe.. just my opinion k.. 

dengar cite nya, akan ada movie vanila coklat.. lau confirm da, mesti saya akan pergi tengok.. :)


will miss dis moment alot.. :(


then, after 8 weeks, BFF pon dah tamat, walaupon da skip 1,2 episod, drama ni bagi saya tetap best, cuma tang ending la kureng sikit.. ye, memang is-sha bersama, cuma xnampak yang sha betul2 cintakan is..

 

saya suka watak is, kawan yang sanggup buat apa saja demi kawan baik dia, sha, padahal time tu dia dah suka kat sha, cuma dia tak sedar.. 



~kan best kalau boleh dapat suami yang nakal cam 'amir' dan penyayang cam 'is'~ merepek suda..


Wednesday, 8 February 2012

Vanila Coklat - episod 8


so sweet episod 8 tadi, hehe

best gila, suka la tengok bila zara dan amir dah baik

xsabarnya nak tunggu next week..

harap2 la dah da link untuk download episod tadi, cam xpuas nak tengok ke-sweet-an(suka-suki je wat perkataan baru)  mereka, haha..

im still smiling when, the last scene between amir n zara cross my mind.. ;)


Monday, 16 January 2012

DRAMA MELAYU BEST JAN 2012

wahhh! sekarang banyak dah drama2 melayu yang best.. dulu jarang2 saya nak tengok or cari info sal drama melayu, ye la asyik cari sal drama korea je.. hehe..

sekarang banyak drama melayu yang best tapi main kat tv9.. rumah saya mana dapat tv9, *sob sob* sedih.. xkan nak download je, lama kena tunggu.. so, kena la tengok 0n9.. 

antara drama main kat tv9 yang best ialah...


AISHITERU

tajuk cam drama jepun, hehe.. plus cam tajuk lagu, aishiteru by zivilia.. 
mula2 xlayan sangat citer ni, eh xtengok langsung, tapi bila ramai blogger kata best, try la layan episod yang dikatakan best tu... pegh! memang best.. lakonan erin malik ok, xla awkward sangat cam lakonan hero tu, may be hero baru kot, tapi bolehla nak layan, hehe.. sekarang dah episod 6, dis week episod 7, tapi couple ni sweet sangat.. hehe..


ARIANA MIKHAIL

tajuk drama, hebat.. nama glamer 2.. hihi.. ni pon saya xtengok lagi, tapi komen yang saya baca kat twitter, kata best, sok kot lau dah kuar 0n9, baru nak tengok.. saya suka tengok lakonan sein ni, walaupon time dia dalam ruffedge dulu xbrapa minat dia, tapi bila tengok dia sebagai ADAM dalam ADAMAYA, pergh! terbaik tu.. (saya nak suami saya cam watak adam boleh..?) haha.. then, heroin, nora danish.. suka2! dulu dia selalu berlakon cam citer jiwa muda remaja, ok la.. dalam TENTANG DHIA, mantop sungguh lakonan dia..

ini pula drama terbaru kat tv3.. (best jugak)


BFF

semalam 1st episod.. ok la, tapi bila baca sinopsis drama ni, wow! mesti best ni.. so, saya akan tengok setiap minggu, hehe.. suka dengan lakonan sari yanti.. hihi.. then, time tengok drama ni, terpikat lak dengan hero dia,  munif isa.. nampak sweet sangat.. xyah nak cover2 hensem.. then, da hero 2nd, irfan.. xsesuai la beliau berlakon sebagai budak sekolah, cari la yang muda remaja sikit, lau watak laki orang xpala, hehe..


GEMERSIK KALBU

actually, drama adaptasi dari novel ni dah 3 minggu kat tv3, tapi baru hari ni rasa best, maaf bercakapla, drama ni cam slow je, masuk minggu ke-3 baru best.. hehe.. kenapa makin lama, tengok aqasha ni makin hensem ye.. mak cik saya kata ayu raudhah lepas kawin nampak berseri.. saya pon rasa begitu..(lau cam tu, nak berseri, sila kawin, hehe).. xsabar nak tengok sufian dengan ana kawin, scene lepas kawin la best.. i mean citer dia makin menarik.. :)

p/s : lau nak sinopsis untuk semua drama di atas, boleh la ke SINI




Saturday, 14 January 2012

IMPIAN RAYA EMELYN

ok, saya ngaku yang saya ni lambat sal cite melayu especially drama kat tv9.. y? sebab rumah saya xdapat siaran tv9, hehe.. lagi 1, saya amat2 jarang menonton televisyen kecuali nak tengok cite yang best la..

drama IMPIAN RAYA EMELYN, saya dah habis download, habis tengok, okey la cite ni, lebih kurang cam citer playful kiss, kisah seorang gadis ni suka kat lelaki ni, selama 7 tahun, hebat tu..


tapi kan, emosi saya terganggu dengan gelak ketawa heroin citer ni, gelak dia agak over.. ops! hihi
hero, ok la, tapi macam dia xselesa dengan rambut dia.. pa2 pon sya suka lagi baek seung jo dalam playful kiss, :)

overall ok la, walaupon saya mengharapkan lebih.. tapi nak buat macam mana kan, drama ni da 6 episod je.. dah tengok, leh simpan dalam hardisk..



Wednesday, 21 December 2011

CINTA ELYSA --> VANILA COKLAT


Cinta Elysa

minggu lepas dah habis drama cinta elysa.. actually, saya xla ikut sangat citer tu, tok dengan mak cik saya je yang minat sangat2.. tapi 2 minggu yang terakhir, saya layan la gak, kan time tu, dah nak habis, nak gak la tau ending dia kan.. tengok2 last episode, happy ending tapi cam kureng je.. dah la hero-heroin cam adik-kakak je, ops, hehe.. pa2 pon lakonan fasha sandha best! (saya bukan peminat cik fasha ye)

ok, tu citer last week, dis week, semalam, da citer baru kat slot lestary..


Vanila Coklat

mula2 ingatkan heronya iqram, rupa-rupanya aiman mentor 5, xpala, layan je la, hihi.. tapi yang heran nya walaupon hero-heroin baru n bukan feveret saya, saya still nak tengok citer ni, kenapa ek? may b citer muda-mudi kot, hehe.. da 5 sebab saya nak tengok drama ni sampai sanggup bergaduh dengan nenda saya semalam, bergaduh berebut kan romote.. *maafkan cucunda ye, nenda*

1. ixara (heroin) jadi watak baik, tapi ada gak panas baran tu.. hihi
2. aiman mentor 5 jadi hero, walaupon 1st episod npk kaku, ok la, boring kot tengok pelakon laki matured berlakon jadi budak college
3. jalan citer cam dalam novel, mula2 gaduh2, pas tu jadi suami-isteri, pas tu happy ending kot.. :)
4. ada iqram.. hehe... tapi dia jadi watak antagonis kot nt, huhu.. tak suka2!
5. sebab... dah lama xlayan drama melayu/slot lestary selepas asmara 1 (asmara 2 x best)

p/s : still thinking nak download ka x citer ni.. hmm






Tuesday, 21 June 2011

dewa cinta...


semalam, balik kerja awal, so, buka la tv3 (maklumla rumah xda piring silver), tertengok slot akasia terbaru ganti NORA ELENA, drama baru, DEWA CINTA, pon di adaptasi kan dari novel.. tapi novel ni xpernah pon saya baca.. try la tengok 1st episod, hm, macam bes je.. layan gak, kira ok la.. 1st tengok sebab ada iqram dinzly, tapi bila tengok, jalan cerita drama ni cam bes gak.. heroin, fasha sandha, (ok, jangan fikir pasal kontroversi dia), fasha ni berlakon not bad la.. ok la dia berlakon, watak apa yang dia berlakon, mesti jadi.. bukan cam setengah pelakon, ops!


saya dah try cari ending novel DEWA CINTA tapi xjumpa lak, hope leh la tau ending drama ni.. kalau bes, nak la download drama ni (ai, download lagi, hehe).. harap2 la nanti bukan june(fasha sandha) bukan kakak iqbal(iqram dinzly).. really hope this drama will be ending happy.. :)



Thursday, 2 June 2011

Nora Elena

Nora Elena - Siti Saleha & Aaron Aziz

Drama di adaptasi dari novel, "Kasih Yang Suci"...
Seriously, drama ini sweet+best sgt2,, Watak Seth (Aaron Aziz) sgt2 sweet, hehe.. Drama ini membuatkan saya sanggup balik awal sebab nak tengok citer ni, drama yang saya tengok tiap2 hari selepas drama, "Adamaya".. X sabar nak tau ending cam mana, walaupon dah taw dari novel.. tapi mesti da scene yang lain sikit kan.. hope happy ending la.. Currently, tgh gila dok mendownload citer ni, hehe.. Rasa cam nk g cari je novel, Kasih Yang Suci, tapi xjumpa g..  Tapi rasanya drama ni bes g kot, :)