assalamualaikum..
ok, mood tgk drama siam tetiba dah hilang, beralih kembali ke drama melayu
1st sebab tertengok drama ni,
asam pedas untuk dia
lakonan Dayana Roza dengan Shukri Yahaya
baca sinopsis novel cam tak best, tapi bila sekali tengok.. wowww
sebab lakonan watak utama kot dgn jalan cerita diolah sikit.. so, sekarang setiap weekend, pukul 7 mesti dah terpacak depan tv
tak sabar nak tengok bila en. ziyad ngaku dia dah suka dekat ainin
drama kedua, petang2 gak, cuma main hari isnin sampai khamis
teman lelaki upahan
lakonan Siti Elizad dengan Ungku Ismail
honestly, upahan - tajuk yang agak klise, saya dah lama tinggalkan dunia membaca novel disebabkan jalan cerita yang hampir sama, watak yang terlalu sempurna, ada watak jahat.. ok, novel ni ada gak watak yang sempurna, maksud saya watak utama yang kacak dan cantik dan kaya-raya, tapi nasib baik tak ada watak jahat, so saya enjoy baca novel teman lelaki upahan
terpengaruh layan drama sebab sepupu saya dok promot cakap best, yes.. cakap dia betul, drama teman lelaki upahan ni best walaupon baru episode 8.. ah lambatnya hari isnin
drama ketiga..
terlanjur mencintaimu
lakonan ungku ismail dengan reen rahim
yang ni, dah download baru tengok episode 1, tu pon main skip2.. tapi ramai yang cakap best, so nanti ada masa saya tengok ;)
tapi time airing sama dengan asam pedas untuk dia... huhu
drama last..
suamiku encik sotong
lakonan amyra rosli dengan sharnaaz ahmad
saya download drama ni sebab sepupu saya yang beria-ia suruh download, dah pernah baca novel ni tapi rasa tak berapa nak umphhh.. (sorry cik syikin zainal) maybe saya mgharapkan hero dengan heroin bersama akhirnya or tajuk novel yang saya rasa kurang sesuai, sebab dipertengahan jalan cerita, hero tu dah bukan encik sotong..
semua drama di atas adalah diadaptasikan dari novel.. kadang2 ok la kalau ikut jalan cerita cam novel or buat lagi best dari novel tapi bila setengah drama menyimpang dari novel memang tak best, tak mood nak layan drama walaupon novel tu best seller.
tu je kot nk update hari ni.. tak sabar nk tunggu drama based on novel - isteri separuh masa.. harap2 drama tu jangan jadi cam playboy itu suami aku