Wednesday, 9 January 2013

Lucky Draw

hai.. selamat malam..

ari senin yang lalu, selamat sampai 'lucky draw' saya yang family day last year.. dapat gak, ingat depa semua dah lupa nak hantar..

saya dapat no 5.. cer tengok pembalut ni,


ada gambar vavi.. haha.. sapa la yang dok membalut ni

teng... teng... saya dapat yang ni


induction cooker

boleh wat steamboat ni.. tok boleh masak sambil tengok sinetron ni, haha

nak post tu je kot.. actually ada banyak benda nak post, tapi mata dah ngantuk bangat sih.. penangan makan ubat gatal tadi kot.. kbai!




Goodbye Dell :( .. Welcome Toshiba :)

assalamualaikum..

finally tau gak cam mana nak Bluetooth dari hp ke lappy, mati2 ku ingat hp problem, rupanya tak buka receive file kt Bluetooth, kekeke.. thanks cik pinas.. lepas dah boleh bluetooth, leh la update blog

hari sabtu yg lalu, saya dah beli ni... ;]


xdapat dell, dapat toshiba.. ok la kan.. aslkan belakang kaler merah, suka2


so yang ni, elok punya pack, bagi kat abang saya.. jaga elok2 tau abang, jangan bagi afiq duduk atas ni.. :(

semalam tanya dekat abang, cam mana dengan dell saya, ok ka? terpadam tak? pastu abang kata ok je, tak terpadam pon.. saya-wth? dengan saya, dell selalu terpadam.. xpe la.. saya dah guna dell tu lama, sejak dari sem 2 dip dulu..

sekarang update blog dengan toshiba baru ni.. ok la, tapi kekadang rindu gak kat dell tu.. 

sekali selit picture makan ni..


nasi briyani tandoori, pergh terbaikkkk!! tq jut belanja.. ;]


p/s: masih cuba membiasakan diri dengan windows 8



Thursday, 3 January 2013

#happytaecday

lor.. hampir keterlupaan, dah seminggu lebih besday Ok Taecyeon, baru ingat nak buat entry.. mianhei2

lupa sangat2.. ;(

hebat penangan taec ni, xsampai sejam dah trending kt worldwide on 27th december 2012...

suka dengan quote ni, "the man who said he from Boston, the true is he lived at Busan 10 years and lived at Boston 6 years" lol.. haha


happy besday okcat taec, hehe

suka bila dia buat muka cam tu, comel sangat~~~ melting!

what hair style you do, you still hottest in my eyes..

and, you are the sexy rapper in kpop! XD



Wednesday, 2 January 2013

My List for 2013 :)

yeah.. now i'm dah 'suku abad'.. 

omo.. dah tua rasanya, tapi muka still nampak cam bebudak, haha

tak ada benda sangat nak post, just nak bubuh list apa yang saya nak untuk tahun 2013

list or azam ni bukannya perlu kita buat tiap2 tahun, just untuk motivate diri kita je.. ;)

so, here the list..

1) Lesen Kereta

2) Kereta

nak yang ni,


tapi tak mampu nak bayar bulan2, agak sakit o.. 

so, decide beli hat ini kot,

colour tak konfom g.. hehe

3) Laptop

nak hat ni,


saya tengah membajet sekarang, 

so, beli hat ni je kot..


nak kaler merah, boleh..?

4) Handphone

ini lagi sentap lau ikut demanding saya,


actually tak la minat sangat iphone, lagi prefer sony, tapi bila tau cik nad pakai, mau yang ini!

xpe2, hidup kena banyak berjimat, nak beli benda yang ada kat skim belia beli smarphone tu, dapat yang ni, dah kira ok la..


Samsung Y

5) Camera Dslr

cam biasa, demand saya kekadang melampau, haha..


tetiba kak ipar saya suggest yang ni,

haha.. gila tak demanad

6) Tab

cam biasa, teringin hat ni,

untuk tab, dah kurang demand, dapat yang ni pon dah cukup..

Samsung Galaxy Tab 10.1

tapi lau dapat hat ni pon dah kira bersyukur.. 


hope all this list, i can achieve.. gambatte!


Setia Hujung Nyawa - Slot Akasia TV3

assalamualaikum...

selamat tahun baru!

hari tu semangat nak bagi post last year sama dengan post last 2 years, 123.. tapi disebabkan kemalasan terus tak hapdate apa2, (nampak malas disitu, hehe).. dah lama tak ber-belog rasa kekok lak nak buat intro

ok, dimulakan dengan 1 drama slot akasia ni, honestly, last saya layan betul2 slot akasia, drama, "Nora Elena", pastu tengok2 cam tu je, skip2.. bukan nak kata la, sejak akhir2 ni sloa akasia memang bg ending unexpected.. memang la ending yang yang tak disangka tu best, tapi lumrah jiwa remaja cam saya suka tengok hapy ending walaupon klise, haha

drama terbaru kat tv, yang saya rasa agak sweet, walaupun lakonan hero agak kureng.. heroin lak ok may be sebab dia kena berlakon cam tu.. i said may be k ;]


salah satu sebab kenapa saya nak tengok drama ni, sebab tertarik dengan jalan cerita dia, based on novel, tajuk yang sama, (eh banyak lak koma, hihi) "Setia Hujung Nyawa"

pelakonnya



Heroin-Hero

Nelydia Sunrose - Ersalina, Amar Asyraf - Zain



drama, "Setia Hujung Nyawa" ini diadaptasikan dari novel di atas..

rasanya tak yah kot bubuh sinopsis, apa yang boleh saya katakan lau ikut novel, ending dia happy.. takkan pak cik eh abang Rosyam Noor nak bagi sad ending, (mau aku boikot drama tv3 nanti lau slot akasia asyik ending ntah ke apa2, cam last drama ari tu, "Cinta Itu Milikku", wat hangin je tengok ending, ops ter-emo lak, haha)

suka watak Ersalina yang gila tengok drama korea cam saya, kekeke... jeles bila tengok bilik dia ada Pororo, nak jugak! ter-gedik lak.. ha, suka gak dengan episode tadi, time Zain balik rumah tengok2 ada orang laki datang rumah dia, siap prepare dengan spanar bagai, sekali Lina buka pintu, rupa-rupanya abang ipar dia yang ada dalam rumah tu, haha.. comel je

p/s: dari episode 1st, dok tengok muka Amar Asyraf ni, dulu dia berlakon cerita apa, last2 kak sepupu saya yang jarang tengok tv kata, Amar ni berlakon dalam cite, Nilapura, owh, k2..

p/s lagi: rasanya lau Aqasha bawak watak ni lagi best kan, haha.. tapi heroin lak nampak muda sangat ;)




Monday, 17 December 2012

Cheongdamdong Alice

assalamualaikum..

post yang ketiga untuk hari ini.. ;]

sekarang ni, saya tengah gila dengan kdrama ni,



Cheongdamdong Alice

lakonan..


si hensem, Park Si Hoo

dan 


si comel, Moon Geun Young

saya baru je tengok sampai episode 4, kat Korea sana dah sampai episode 6, main hari sabtu & ahad, channel sbs

saya tertarik nak tengok kdrama ni sebab ada hero yang hensem and jalan cerita yang menarik, agak lawak2 gitu, nak try layan i miss you ( Park Youchun - Yoon Eun Hye ) tapi jalan cerita melodrama, sedih2 lak, xpe, layan yang ni dulu, yang 1 g, beli je la nanti, hehe

hm.. nanti bila dah habis saya melayan drama korea ni, saya review k..

sementara nak tunggu buffering cite ni, layan dulu picture di bawah.. 0-0v


poster kdrama ni..


comel anda berdua, Cha Seung Jo & Han Se Kyung


curios dengan watak minah ni, good or bad.. hmmm


ah, sweetnye anda senyum, hehe


agak lucu babak ni, hero agak psycho bila nak bagi healing, haha




ADAM & HAWA by AISYA SOFEA


Sinopsis : 


Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?






Sinopsis Saya :

Overall novel ni best! novel ni jadi hits balik sebab novel ini dah diadaptasikan ke layar tv, tajuk yang sama, jalan cerita lebih kurang sama kot.. maklum la kat rumah tak ada kuali silver/hitam, hehe.. sekarang kat astro dah ke episode 65 kot.. dat means ada lagi 15 episode g.. xsabar nak tengok ending dekat dailymotion, ;]

ok, back to this novel.. dulu saya dah pernah baca novel ni time kat u dulu, tapi baca pon skip2 je, bila dah tau nak main kat astro, terus gigih beli, dan baca.. siap imagine encik aaron tu Am.. senang la nk menghayati pembacaan..

dalam novel ni, Am seorang yang playboy tapi bila sekali jatuh cinta dekat Hawa, pergh.. romantika de amour.. rasanya semua dah tau ending ni kan.. :D

happy ending antara Adam Mukhriz & Ain Hawani, sweet..


p/s : tak suka watak Johan yang desperate dalam 'Adam & Hawa' versi drama.. kat novel elok je.. #EmoLaPlak