Wednesday, 20 August 2014

BRIDE OF THE CENTURY - done!

assalamualaikum..
 
dah lama tak berbelog.. last on May.. busy sgt sekarang, tambah la bulan 5 aritu line tenet kat rumah problem sampai 6,7 minggu baru ok
 
tanpa buang masa, saya nak update drama korea yang baru saya habis tengok 2 weeks ago
 
 
Bride of The Century
 
best gak citer ni.. dah lama tak layan Hong Ki, last dalam You're Beautiful, yang lain2 tu dalam mv FT Island.. ntah kenapa excited sangat nak tengok citer ni, may be jalan cerita dia yang best
 
sipnosis ringkas.. pasal keluarga Choi yang dihantui dengan 1 sumpahan iaitu pengantin perempuan bagi anak sulung diorg akan mati pada malam perkahwinan, so yang plan semua ni, bagi Kang Ju dgn Yi Kyung bertunang dan kahwin ialah mak tiri Kang Ju.. bila Yi Kyung tau, dia lari kan diri dan kebetulan abang tiri dia jumpa orang yg muka sama dengan Yi Kyung, iaitu Doo Rim. dalam terpaksa Doo Rim menjadi Yi Kyung, tapi Kang Ju ni sengal, xtau yang tunang dah bertukar orang, last2 Kang Ju jatuh chenta jugak dengan Doo Rim, ala so sweettttt :D
 
yang best tang last cerita ni, nenek Doo Rim cerita balik, pastu mak tiri Kang Ju tau kisah sebenar, sumpahan tu 1 rumors ja.. ha, 1 lg best, ada hantu dalam drama korea ni, hehe (rasa sebab ada hantu cerita ni lagi menarik)
 
hero drama ni,
 
 
 
Lee Hong Ki as Choi Kang Ju
 
hero yang hensem (of course la kan), smart, ank orang kaya (so typical kdrama, haha), tp perangai tak semenggah.. bila dah jatuh cinta dekat Doo Rim baru nampak personality dia yang sebenar.. sangat susah nk percaya orang, sebab dia takut orang tu akan tipu dia.. perfect dari semua segi, tapi ada cerita sedih masa dia kecik2.. paling sedih bila dia tau 'bride' dia akan mati pada malam perkahwinan, time tu dia sangat takut kehilangan Yi Kyung (walaupon dia tau yang tu Doo Rim), frust tengok muka dia yang sanggup break engaged sebab tak nak Yi Kyung mati
 
ni lak heroin
 
 
 
Yang Jin Sung as Jang Yi Kyung / Na Doo Rim
 
1st time tgk beliau berlakon, not bad la.. sebab boleh nampak perbezaan lakonan dia, mesti la saya lagi suka yang dia jadi Na Doo Rim.. baik, sweet ja walaupon ada part2 yang dia ganas sikit, hehe..
tapi bila jadi Yi Kyung xla kijam sangat, cuma dia jadi cam tu sebab terpengaruh dengan idea jahat mak dia
 
ada lagi watak abang tiri Yi Kyung, PA Kang Ju.. tapi malas lak nak type, hehe
fokus dekat hero-heroin udah la kan
 
scene yang best :]
 
 
time ni Doo Rim dah tersuka dekat Kang Ju.. tapi Kang Ju suka dekat dia lagi awal, hehe
ha, dalam kdrama ni, baru nampak Hong Ki smart dengan kot bagai, time dengan FT Island, fashionista sgt, kekeke
 
 
 
muka shomel Kang Ju.. haha
 
 
muka senyum 'sesuatu'
 
 
suka part ni, masa ni Kang Ju dingin lagi
 
 
last, bahagia
 
antara lagu yang best OST drama "Bride of the century"
 
 
dengan yang ni..
 
 
 
sekian, wassalam..
 
 
 

Wednesday, 21 May 2014

MONSTAR - done!

ok, dah masuk ke tiga entry... 

drama ni baru je habis tengok, tak sangka tengok 1 episode yang mula2 terus hooked, best sangat.. naseb baik episode sikit ja, tapi tu la cam tak puas lak kan..

moh la kita tengok kdrama apa yang saya baru habis tengok


Monstar

drama ni pasal hero yang jadi student sebab ada 1 masalah yg dia buat, so nak jaga imej dia, dia kena la p sekolah balik, heroin lak dari New Zealand, tukar sekolah ke Korea sebab ada problem dengan mak dia, so dok Korea dengan mak cik dia dan juga mak cik tu cikgu sekolah dia, rasanya sampai last student lain xtau cikgu tu mak cik dia.. hm, ke sya yang tak perasan? ah, ignore je la.. yang penting dalam kdrama ni amat mementingkan persahabatan.. contoh Yoon Seol Chan dengan Jung Sun Woo, isu gaduh benda kecik ja, tapi bila fikir balik, benda tu memang effect sangat.. ada la jugak part lovey khen.. lau tak, tak ada maknanya cheq nak tengok, kikiki



Yoon Jun-Hyung as Yoon Seol Chan

ini lah hero nya.. rapper dalam Beast, time Beast memang tak perasaan dia tapi sekarang ulang balik mv Beast sebab nak cari dia, ayat feveret dia dalam drama ni, 'ni ga star~~' hegeh2 kan, jeles dekat Jung Sun Woo bila dok dekat dengan heroin.. comel sangat beliau dalam cite ni, lakonan pon best, forumer cari cakap perangai dia dalam cite ni and reality lebih kurang sama ja, cuma part nak layan fans tu kureng sikit.. tengok muka pon leh tau kan, cool sgt.. haha, tp dont worry Jun-Hyung nanti dalam performance Beast, saya dah tak tengok Ki Gwang, saya cari awak ja :]


heroin nya... Ha Yeon Soo as Min Se-yi.. pelakon baru kot,, 1st time tengok dia berlakon, walaupon watak dia ala2 blur tp lawak gak.. berbakat dalam nyanyian, terer main gitar.. nanti pertengahan drama ni, diperkembangkan background family dia..


ni performance depa masa fight dengan All For One (betul kot nama grup tu), best suara Kim Na Na tu.. 


ni la Kim Na Na, nama dia Da Hee suara dia sedap, bila google, memang penyanyi, grup GLAM, tapi idok la penah tau kewujudan group tu, hehe


part ni best, hero berangan, main syuh, syuh ja.. haha


bonus picture, comel kan beliau ni XD  


ha, tang sini terbalik, selalu hero ajk heroin main gitar.. ni heroin yang ajk hero main gitar


last picture, COLOR BAR

ops, lagu feveret saya dalam kdrama ni..


dan versi trouble maker yang best


actually banyak lagi lagu yang diorang buat, best2 cover.. semua diorg nyanyi sendiri

done, 3 review drama korea yang saya tengok.. sekarang dekat desktop nak tengok Sly and Single Again.. nak tengok sebab ada L





EMERGENCY COUPLE - done!

hye uollsss.. dah masuk ke entry kedua untuk drama korea


Emergency Couple

firstly, thank you cik yana bagi cite ni, lau tak gigih la saya nak mendownload.. oh cik yana nt kita jmpa jgn lupa ajr saya download drama korea dengan cari subtitle ye


cite ni kisah sal couple yang dah bercerai pastu terjumpa balik dekat hospital as a intern.. masing2 cari keburukan untuk membenci lagi tapi lama kelamaan depa ni suka balik

dulu pon kawin sebab suka sama suka, tapi desakan ekonomi, ego, family kacau tu yang cerai-berai

heronya, Choi Jin Hyuk as Oh Chang Min, datang dari family doktor and kaya raya, lepas dia kahwin dgn Oh Jin Hee, mak dia terus putuskan sumber kewangan dan dia terpaksa behenti belajar medik.. pas cerai dia terus ke luar negara sambung belajar

heroin, Song Ji Hyo as a Oh Jin Hee.. belajar sal makanan masa jumpa hero.. pas cerai, dia p sambung belajar medic sebab nak tau apa hebat sangat jadi doktor, masa buat intern dia terjumpa dengan ex-husband.. sadis part bekas mak mentua dia serang dia, pastu tambah hero dok buli dia..

cerita ni best tang mula2.. tang tengah dah jadi bosan sikit (cik yana pon cakap cam tu) sampai la bapak hero mati, baru lah heroin nak baik2 dengan hero.. tapi time tu hero jual mahal, sebab dia ingat heroin just simpati suka kat dia.. ha, tengah2 tu ada la jugak second lead mai kacau tapi naseb baik tak dak watak yang jahat sangat kecuali mak hero tu



suka tengok Choi Jin Hyuk senyum cam ni, hehe



jumpa picture kat atas dekat google, haha, lawak la


part atas ni, masa Gary jadi cameo, oh Monday couple

p/s : tetiba rasa nak ulang tengok Running Man time idol datang.. *tetiba je kan*



THE HEIRS - done!


hai.. assalamualaikum.. bertemu kembali (chewah, ayat macam rancangan tv je, hehe)

disebabkan berehat agak lama dari hapdate blog, ada la 2,3 drama korea yang saya tengok..

antaranya drama yang saya nak huraikan nanti, ada dalam 3 drama korea yang saya ingat, nanti lau ingat, saya tambah lagi, hokay :)

1st... drama ni,


THE HEIRS a.k.a THE INHERITORS


ni antara pelakonnya.. semua watak best2, lau nak type semua watak dan perwatakan memang la ada 2 kdrama tu tak dapat la nak type hari ni.. hehe

saya cite sikit la.. tengok drama korea ni last year, best la jugak sebab lama tak tengok Lee Min Ho berlakon watak 'budak sekolah', then 1st time dia dpt heroin yang muda dari dia

back to this kdrama.. base - cite sal budak2 kaya kat sekolah, stereotype sgt kan.. tapi, dalam kdrama ni ada kisah family, business, friendship and of course sal cintan-cintun



hero - Kim Tan (Lee Min Ho) - watak dia memula cam tak hiraukan family, sanggup dok jauh, even xpenah nak reply mak dia call, pastu baru tau sebab apa dia wat cam tu.. sedih sangat part bapak dia tak restu dia dengan heroin, memang teruk dia menangis.. dulu kawan baik dia Young Do lepas ada 1 insiden terjadi, depa dua dah tak cakap.. tak baik dengan abang dia sebab abang dia takut harta dapat kat dia.. bukan la pandai sangat tapi sweet time dia layan Cha Eun Sang <3

heroin - Cha Eun Sang (Park Shin Hye) - sanggup cari kakak dia kat luar negara, alih2 kakak dia tipu je cakap belajar sana semua, time tu dia jumpa dengan hero, tapi sedih hero dah bertunang.. kawan baik dia Yoon Chan Young.. anak kepada pembantu rumah hero, last2 dua orang suka kat dia, tapi mesti la dapat kat hero kan, hehe

suka dengan couple ni

Yoon Chan Young & Lee Bo Na




hehe.. selain tu ada watak second hero ni, Choi Young Do (Kim Woo Bin), watak dia best, memula mencik gak, last2 jadi pujaan lak.. kekeke



rambut cam ni nampak la sikit 'soft'


oh lau 3 orang ni ada kat sekolah, mau ari2 g sekolah, :D

last picture utk menghayati ke-hensem-an Lee Min Ho oh Kim Tan




oh ya, kat bawah ni antara ost yang best..



dan yang ni..






i'm back :]

assalamualaikum...
 
pergh, lama gilos tak update blog ni, last update 190913.. dekat 8 bulan
 
ntah mengapa tetiba mood nk update blog tak dak.. asyik dok baca blog orang ja
 
dan ntah mengapa rasa nak update blog balik, hehe.. maybe bosan
 
ok la, nt malam kita sambung ye.. sekarang dekat office, no-no makan gaji buta
 
oleh itu, layan la lagu oldtime favourite saya
 
 
p/s : zaman nichkhun belom lg dengan tiffany.. so sekarang bias bertukar ke.. Jun Ho kot :)
 
baru je nak menaip, bos dah call.. daaaa
 
 
 

Thursday, 19 September 2013

The Master's Sun

assalamualaikum.. selamat malam..

aigo, sekarang tengah gila tengok drama korea hat ni,


The Master's Sun

lakonan Kong Hyo Jin & So Ji Sub

superb drama ni.. saya tertengok drama korea ni dekat channel astro.. terasa best sebab ada budak ni,


L

terus gigih tengok sampai habis 1 episode.. pastu siap leh baca komen2 kat blog cakap kdrama ni best, so tanpa membuang msa, saya pon gigih mendowonload

dan salah satu sebab saya tengok drama korea ni sebab beliau..


Seo In Guk

ah, cam nak tengok je Reply 1997 lagi.. hehe

ok, terus ke jalan cerita kdrama ni..



mengisahkan heroin Tae Gong Sil, yang boleh tengok 'hantu'.. so hantu ni selalu kacau dia, nak mintak tolong tunaikan hajat diorang sebelum diorang pergi dari dunia wat selama-selamanya.. gerun tau bila diorang ni datang, dah la mai dalam cara yang menangkutkan, pastu saya tengok time memalam, mau tak gerun, huhu.. takut mak!

yang si hero ni, Joo Joong Won kaya lagi hensem tapi sangat gila kan duit, da kejadian buat dia trauma pastu dia tak boleh nak membaca akibat kejadian tu.. sebab kejadian tu gak, dia kehilangan cinta pertama sekali kehilangan rasa untuk bercinta, hehe.. sikap dia yg cerewet, cool tu yang buat lawak, memula menggunakan heroin untuk settle kan hal Hee Joo dengan hal2 berkenan 'Kingdom'

best moment bila heroin asyik kejaq hero je sebab bila dengan hero je, hantu2 akan hilang.. lama2 Joong Won pon dah lali dan suka dengan Gong Sil, sweettttt ;)



hujung sekali belah kiri-kanan tu pembantu, berbaju biru kira model untuk Kingdom, yang bersut hitam ketua guard Kingdom..Tae Yi-Ryung (Kim Yoo-Ri) satu sekolah dengan Gong Sil, ada la hal wat depa ni tak seteru last2 dia tersuka dekat Kang-Woo (Seo In Guk) yang suka dekat Gong Sil..

tapi serius, drama ni best sangat.. sekarang dah tak takut sangat dengan hantu2 tu..hehe



part ni best bila hero asyik dok skodeng dekat "Giant" haha.. last2 CEO Giant cakap dia pon ada teropong cam Joong Won ni.. XD


Joo Joong Won versi muda remaja vs Joo Joong Won versi belia, hehe

ha, saya tertarik dengan skrip oleh Hong sisters yang buat drama ni, tak sangka selama ni drama yang saya suka such as You're Beautiful, My Girlfriend is Gumiho, My Girl, Sassy Girl Chun Hyang best2.. diorang yang buat.. pastu selalu dalam drama diorang buat, yang watak jahat tu tak la jahat sangat cuma part2 sedih memang ada..

ok, nak post tu je.. nanti saya update bila last episode dah airing.. 

p/s : bila nak sambung tengok "waking love up"




Thursday, 5 September 2013

#5thYr2PM

assalamualaikum.. selamat malam :)

wah, ari ni dah 5 tahun 1 hari 2PM debut.. saya kenal diorang sejak tahun 2009, time tu study lagi..


maaf, pic agak sexy di atas.. hehe

pic ni la Khun post.. semua macho kan

hope dis year, 2PM more successful, kuarkan lagu yang best2 n jangan lupa mai Malaysia lagi tau.. sarangheyo..

semalam Min Jun post benda ni kat instagram dia.. happy sangat tengok benda ni..





#5thYr2PM