Thursday, 9 July 2015

drama korea... lagi

assalamualaikum...

sementara nak tunggu waktu berbuka, nak type sikit benda lagha ni.. hehe

sejak2 kelajuan internet bertambah, asyik download ja keja saya sekarang.. aigoo

siap ada list lagi, dulu benda 'wajib' download running man dengan drama melayu yang betul2 best, sekarang.. hentam ja download asal rasa nak 'tengok' tapi bila dah download, tak mood lak nak tengok, hehe

antara kdrama yang dah ter-download...


Warm and Cozy or Jeju Island Gatsby

lakonan Kang So Ra dan hero yang tak berapa (saya) kenali - Yoo Yun Suk
download sebab nak tengok Kang So Ra, kawan cakap best, lawak, pastu skrip Hong Sister.. tengok 1st episode boleh la sampai ke episode 3,4 cam tu, tapi tak habis tengok lagi sebab hero tak berapa nk best ke saya yang memandang ke-hensem-an hero dulu? haha.. dah google, Kim Woo Bin dapat tawaran jadi hero tapi sebab busy, dia tak jadi la berlakon drama ni, tingin nak tengok So Ra-Woo Bin couple

second..


Healer

lakonan Park Min Young dengan Ji Chang Wook.. ni pon ramai cakap best, tapi tak tau bila nk tengoknya.. da masuk dalam hardisk, lambat lagi la nak godek tengok, hehe
last tengok heroin ni dalam City Hunter.. dia memang suka ambik watak penyiasatan kot, before ni pon watak ala2 cam tu gak.. hero ni ala2 Jae Jong, akan tengok jugak sebab sekarang mood dah ke penyiasatan ;)


then, Producer 

ada IU, Cha Tae Hyun, Gong Hyo Jin & Kim Soo Hyun
jalan cerita cam menarik, dgn cameo yg banyak serta sya suka lakonan Kim Soo Hyun & Gong Hyo Jin, memula tak mau tengok kalau ending dongseng-noona tp ending ok ja, saya lak xda masa nak tengok, so terperap la dalam hardisk..

pastu, terdownload hat ni lak...


High Society or The Privileged 

sebab pengaruh kawan2.. depa cakap best, saya ni malas nak tengok dekat tv, lagi2 on9.. so download ja 1st episode, best jugak, tapi hero (Sung Joon) ala2 bad man gittew.. suka dekat heroin (Uee) sebab dia anak orang kaya.. tapi saya suka tengok love story Hyung Sik dgn Im Ji Yun (second lead)
tak sabar nak tunggu part Uee tau niat sebenar Sung Joon pastu balas dendam, hehe


The Time We Were Not In Love or The Time I Loved You, 7000 Days

hat ni download sebab suka hat versi taiwan, hero yang hensem - Bolin Chen
tapi layan versi korea sebab ada Ha Ji Won, hero pon ok la Lee Jin Wook, background lakonan dia xla teruk sangat.. dalam drama ni Ha Ji Won nampak cute sangat lebih kurang cam Ariel Lin
oh ya, ada L dalam drama ni, tu wat lagi semangat saya nak tengok ;)

last but not least...


Remember You or Hello Monster

hat ni memang teringin nak tengok sebab lakonan Seo In Guk tak pernah mengecewakan saya walaupon just tengok dua drama dia ja, Reply 1997 & The Master Sun, superb lakonan dia.. Jang Nara xyah cakap la, terer dalam lakonan messy2 ni, haha
kisah dia pon agak berlainan, bukan melodrama, spy2 ala The Girl Who Can See Smells (tak sempat lagi nak buat review sal drama ni) & You're Surrounded.. baru episode 4, tak sabar nk tengok 2 episode malam ni.. ha, penampilan D.O dalam 2nd episode mula sangat2 best


nah, ambk 6 pending drama korea nak tengok, ada masakah? xpa, kita tengok pelan2 :0







Friday, 3 July 2015

2PM - MY HOUSE

assalamualaikum... selamat berpuasa :)
 
omo, dah berapa minggu baru perasan tak post lagi pasal comeback 2PM yang baru ni..
 
 
MY HOUSE by 2PM
 
ni yang dance practice
 
 

tak ulas banyak2, tetiba je bos masuk.. layan je la mv ni dulu, hehe
 
 
 

Sunday, 24 May 2015

salesgirl -- jual dvd

assalamualaikum,

dah lama rasanya tak post pasal diri sendiri, hehe.. kali ini nk bercerita pasal pengalaman
fuh... semalam try buat part time as a salesgirl, buat kali pertamanya.

actually, lau diberi pilihan utk menjadi salesgirl atau kerja kilang, saya pilih kerja kilang, sebab tak perlu berhadapan dengan orang, maksudnya.. kalau kerja di kilang, hanya perlu buat kerja, then orang yang selalu saya jumpa adalah rakan sekerja atau bos2 saja. tapi kalau kerja salesgirl, akan jumpa ramai orang such as rakan sekerja, bos2 & customer.
bukan tak suka jumpa ramai orang or fobia, tapi memang saya bukan jenis cam tu kot.. 
so, pagi ini decided xyah dah wat part time as a salesgirl.. kita try jual dvd, hehe

meh2, sapa nak order dvd yang hanya boleh tengok dekat laptop, saya ada juai drama & film melayu, korea, jepun, taiwan, siam, filipina, nk tau lebih details pm email saya, hehe - leen1309@gmail.com

nak bagi list cite apa yang saya ada, harddisk ada dekat adik kawan saya.. lau ada cerita yang pernah saya review kat sini, makna kata cite tu ada :)




Thursday, 14 May 2015

The Romance of the Condor Heroes

assalamualaikum.. selamat pagi

tetiba datang mood nak post something, dah pukul 12.35am tapi still tak ngantuk lagi, mentang2 la time tengah 'bercuti' ni, asyik nak tidur lewat ja, tapi pukul 7 dah terjaga walaupon tak keja, huhu

ha, last week, terbuka 8tv, ada citer ni,


The Romance of the Condor Heroes

versi yang ntah ke berapa, untuk tahun 2014
google2 tadi baru tau Andy Lau dengan Louis Koo pernah gak berlakon as a Condor Heroes
lupa lak, Richie Ren pon ada jugak, rasa pernah tengok dekat tv2 dulu
versi singapore ada, hebat

tertarik nak tengok sebab budak bawah ni - wu lei 
motif terminat dekat budak, haha


cute la jugak, itu sebab tertarik nak tengok, pastu ada olahan sikit, then dengan lakonan budak ni yang best pastu ada nakal sikit2 buat saya melayan drama cina ni

dah pernah tengok The Return of the Condor Heroes tahun 2006, yang tu sepupu saya suka sangat siap beli vcd ori yang harga beratus tu

compare hat tahun 2006 dengan yang ni, versi baru ni hero dia lagi nakal, kelakar pon ada tapi
belum masuk part sedih2 lagi :(

ok la nak update tu je, tak sabar nak tengok Yang Guo tang last, rambut siap ada uban lagi padahal pak cik-mak cik rilek lagi rambut hitam, Cik Long pon muka maintain ja cun

p/s: utk hari ini (14/5/2015) dah 15 episode, dekat wiki tulis ada 54 episode, dekat utube ada 57 episode




Saturday, 25 April 2015

drama throwback

assalamualaikum..

baru ja berazam tahun ini, 1 bulan 1 post, tapi rasa cam tak tercapai ja.. ke-busy-an
tengah dok fikir nak tulis apa, terkeluar 1 idea, iaitu nak post sal drama.. sebab apa drama? sebab saya jarang tengok filem, dulu suka tengok drama kat tv, sekarang dah kurang sikit sebab boleh tengok on9

ok, kita mulakan dengan drama pertama...

Hong Kong / Cina

dulu time sekolah, suka tengok drama cina yang kat tv2, tv3 petang2.. start pukul 6, 7 cam tu
sampai tok kata, 'tengok la gambaq cina, nanti kawen dengan cin baru tau' haha, tapi still layan jugak
best kot.. drama cina banyak fokus dekat sesuatu perkerjaan..

contoh, macam 1 cerita yang saya tengok pasal polis yang penyiasatan, memang cerita sal kes2 yang diorang siasat, pastu selit2 la sikit sikit kisah percintaan, kekeluargaan


yang atas ni, tak ingat tajuk apa, sebagai contoh sebab tak jumpa hat drama dulu yang saya dok tengok, huhu



yang ini memang saya tengok, dari no 1 sampai no 3 kot.. cite sal bomba, dari hero mata sepet tu bujang sampai dah kawen ada anak, isteri dia mati, sekarang xtau dah ke episode berapa burning flame

setelah di google 2,3 minit, tak jumpa lak drama hong kong yang saya dok layan dulu2.. 


yang ini saya suka sangat, wars in law.. lawak ja watak menantu dengan mentua, hero ala2 sengal tapi last2 tau hero tu pandai lawan, sweet la kira dia dengan wife dia, ada sambungan tapi ke zaman sekarang, tapi yang sequel rasa cam tak best cam yang 1st.

then, ada drama yang ala2 zaman dulu, dinasti semua tu.. paling legend, my fair princess dengan journey to the west la, gigih tengok hari2 :D



kalau ada dvd drama hong kong yang ada english sub, harus saya beli, tapi yang jumpa xda sub

Indonesia

drama or sinetron indonesia selalunya episode panjang, memula dah best, pastu start dah meleret2, dari best terus jadi tak best.. cerita pon ala2 drama malaysia, keluarga yang kaya raya, pastu heroin/hero yang miskin jatuh cinta pada yang kaya, yang paling diingati, scene semua tunjuk bahagian atas ja, hehe

hat ini memang saya jarang layan, yang famous dulu haruslah bawang putih bawang merah.. 



time keja kilang dulu, berapa ramai akak2 yang gila tengok sinetron ni, pastu sembang kat cafe.. ending? :) 




rasanya dua drama ni ja yang saya tengok, olivia sebab sinetron ni depa ambil dari 'she's the man', nasib baik ending ok, walaupon tengah2 dah meleret-leret.. benci bilang cinta tengok masa study, sebab roommate cakap jalan cerita dia ala2 princess hours, tapi tak sempat tengok ending

hat bawah ni, tok saya minat sangat2 sampai bubuh nama cicit sulung dia, alisa, haha


Filipino

sebut je drama filipina, mesti otomatik ingat Pangako Sa ’Yo ;)


drama Filipino pon cinta ala2 dua darjat gak, kisah orang kaya-raya, dendam, kisah tertukar anak cam sinetron, pastu episode panjang, tapi yang penting lakonan depa ni memang nampak real, pastu hero-heroin kacak dan cantik

tapi saya paling suka drama ini, lepas balik sekolah, harus layan cite ni sebelum wat kerja sekolah or g mana2..


Sana'y Wala Nang Wakas

best moment, bila hero-heroin ni terdampar dekat 1 pulau tu.. sweet, tapi lepas tu start la dugaan dan cabaran..

baru baca kat wikipedia, akan datang pangako sa yo remake.. wowww

Mexico / Venezuela / Colombia

telenovela - episode sangat panjang.. saya kurang gemar layan episode yang panjang2 sekarang, dulu memang tengok ja,. petang2 dalam pukul 3.30, 4 petang ada la telenovela, dengan 1 family layan, main kt tv3, ntv7 haruslah potong bab2 sensor, rasa suci sangat diorang ni, sekarang main kat astro, nah, ambik tak potong2, haha

selalu drama mexico, venezuela, colombia ni bukan setakat cite hero-heroin, malahan keluarga, kawan2 semua ada.. pastu mesti ada salah faham, watak utama akan balas dendam then bila dah settle masalah, orang jahat dapat balasan, hero-heroin akan happy ever after.. so suwitttt

1st telenovela yang saya tengok,


la usurpadora..

lepas tu muncul lah Yo soy Betty, la fea, Miss 3 Hermanas, Mi Gorda Bella dll




tapi yang paling saya suka


la mujer en el espejo, bila juliana bertukar seksi bangat..

Taiwan

taiwan drama macam drama hong kong gak, cuma banyak adegan lovey-dovey tambah kalau cinta yang tragis lagi la.. longgar sikit dari fokus 1 pekerjaan


best cite ni, lepas heroin nak balas dendam dekat hero


wajib tengok, dao ming si.. haha




yang bawah ni, tersangat best.. gigih tengok masa keja kilang dulu, balik keja malam, tidur jap, pukul 2 dah bangun sebab nak tengok The Prince Who Turns Into a Frog, time tu zaman dvd lagi..


banyak sebenarnya drama taiwan yang best, tapi banyak lak nak masukkan dalam 1 post, yang latest pon best gak

Thailand

sekarang tengah layan Dao Kiang Duen, nanti habis saya review k

lakorn ni banyak genre, slap n kiss, comedy, romance.. tapi selalunya slapp n kiss la orang minat, saya prefer romantic comedy, boleh gelak2, leh feeling2, hehe

banyak gak cite pasal orang kaya, pastu berdendam bagai.. then, selalumya lakorn yang dapat sambutan hebat, akan di-remake balik.. memang trend kat thai cam tu kot.. kenapala malaysia tak nak remake cite dulu yang best2 kan


drama yang membuatkan saya minat dengan drama siam ialah soda and ice tea.. hat ini xdak lak remake, nak tengok kat utube tak sub.. kat viki slow (alasan banyak betoi)

lepas tu ada drama ni, roommate saya dulu suka sangat,


then, gila sat dengan lakorn di bawah masa study dulu


sekarang tak dak dah main kat tv lakorn, kenala tengok on9


Jepun

antara banyak2 drama di atas saya suka tengok jodrama lagi sebab episode tak banyak, jalan cerita padat, tak dijangka, memang fokus satu bidang dan cintan-cintun yang tak meleret.. tapi dalam jodrama, xla feeling2 sangat


long vacation, jodrama yang 1st saya tengok..


kisah pilot, best!


yang ni pon best.. jap awat banyak sangat drama takuya kimura saya tengok ni, hehe


saya paling suka yang atas ni, shotgun marriage, walaupon isu dia agak tak sesuai dengan cara kita, tapi layan


hana yori dango, banyak version, korea, taiwan, china, tapi paling best versi Japanese


wah, banyaknya drama2, hehe.. mau mengarang dari tadi pagi sampai ke malam..
nak masukkan kdrama, dulu dah pernah cerita, lagi pun ini hanya #throwbalik drama dulu2 yang saya tengok/layan..



p/s : hindustan punya drama tak masuk dalam list sebab saya memang xlayan drama hindustan tapi kalau movie, ye saya suka.. nak masukkan drama English, rasa cam panjang lak nanti

good night!







Saturday, 21 February 2015

hasee toh phasee

entry kedua..

tetiba mood nak tengok filem hindustan mai... 
mungkin disebabkan satu blogger ni kata film ni best
so try cari nk beli dvd xjumpa, last2 download jugak ambil file yg kecik, bolehla nk layan, lau ambil file yang besar, hd mesti lagi best


hasee toh phasee


ini heroinnya.. Parineeti Chopra.. sepupu priyanka chopra

dalam filem ini, dia ala2 nerd, selumber, gila2 pon agak.. beliau ini agak chubby tapi lakonan dia superb


hero.. ahhhh melting tengok kekacakkan dia, hahaha

nama Siddharth Malhotra

sempoi ja beliau ni, memula nak kahwin dengan kakak, tetiba tersuka lak dekat bakal adik ipar

sinopsis.. boleh tengok dekat wikipedia, tapi tak rugi la 2 jam lebih melayan filem Hasee Toh Phasee





oh, tetiba teringat 1 lagu dalam movie ni, tang hero dok ingat heroin, sweet..

kbai...





drama based on novel

assalamualaikum.. 

ok, mood tgk drama siam tetiba dah hilang, beralih kembali ke drama melayu

1st sebab tertengok drama ni,


asam pedas untuk dia

lakonan Dayana Roza dengan Shukri Yahaya


baca sinopsis novel cam tak best, tapi bila sekali tengok.. wowww
sebab lakonan watak utama kot dgn jalan cerita diolah sikit.. so, sekarang setiap weekend, pukul 7 mesti dah terpacak depan tv
tak sabar nak tengok bila en. ziyad ngaku dia dah suka dekat ainin

drama kedua, petang2 gak, cuma main hari isnin sampai khamis


teman lelaki upahan

lakonan Siti Elizad dengan Ungku Ismail


honestly, upahan - tajuk yang agak klise, saya dah lama tinggalkan dunia membaca novel disebabkan jalan cerita yang hampir sama, watak yang terlalu sempurna, ada watak jahat.. ok, novel ni ada gak watak yang sempurna, maksud saya watak utama yang kacak dan cantik dan kaya-raya, tapi nasib baik tak ada watak jahat, so saya enjoy baca novel teman lelaki upahan
terpengaruh layan drama sebab sepupu saya dok promot cakap best, yes.. cakap dia betul, drama teman lelaki upahan ni best walaupon baru episode 8.. ah lambatnya hari isnin

drama ketiga..


terlanjur mencintaimu

lakonan ungku ismail dengan reen rahim


yang ni, dah download baru tengok episode 1, tu pon main skip2.. tapi ramai yang cakap best, so nanti ada masa saya tengok ;)
tapi time airing sama dengan asam pedas untuk dia... huhu

drama last..


suamiku encik sotong

lakonan amyra rosli dengan sharnaaz ahmad


saya download drama ni sebab sepupu saya yang beria-ia suruh download, dah pernah baca novel ni tapi rasa tak berapa nak umphhh.. (sorry cik syikin zainal) maybe saya mgharapkan hero dengan heroin bersama akhirnya or tajuk novel yang saya rasa kurang sesuai, sebab dipertengahan jalan cerita, hero tu dah bukan encik sotong..

semua drama di atas adalah diadaptasikan dari novel.. kadang2 ok la kalau ikut jalan cerita cam novel or buat lagi best dari novel tapi bila setengah drama menyimpang dari novel memang tak best, tak mood nak layan drama walaupon novel tu best seller.

tu je kot nk update hari ni.. tak sabar nk tunggu drama based on novel - isteri separuh masa.. harap2 drama tu jangan jadi cam playboy itu suami aku