Tuesday, 27 December 2011

AKHIRNYA AKU KAHWIN by HERNA DIANA



Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?


My Opinion:

Firstly, tq kepada cik kogi kerana memberi pinjam buku novel ni.. dapat gak saya membaca novel pinjam, hehe.. buku ini saya baca dalam 2 hari. benar seperti kata cik kogi, buku agak boring pada mula nya, yela, asyik citer sal didi je, syafiq je (ingatkan syafiq la hero nya), dah dekat half m/s, baru tau yang heronya syafizi, adik si syafiq.. 

seperti komen2 di blog menyatakan cara didi manja dengan abang angkat dia agak over la, betul tu, penulis mengambarkan didi pakai tudung, so, xperlu kot adegan2 pegang lengan, cubit-mencubit, bab peluk pun ada.. hm, tapi yang best bagi saya, lawak didi memang best, dengan mulut bom atom dia buat saya ketawa, hehe

part yang sedih bila abah umi dia meninggal, hampir2 terkeluar air mata saya, sedih tu, tambah kalau orang yang membaca tu pernah mengalami kejadian cam tu, huhu.. *sob sob*

cuma, kalau scene2 syafizi dengan didi da banyak lagi best kot, tambah romantik sikit, sebab saya rasa macam sekejap je couple ni berloving2.. watak syafiq yang menonjol dari syafizi.. then, ending macam nak cepat je bagi habis, tiba2 didi koma, hati dia rosak, syafizi berikan separuh, ha, tiba2 watak nadia hilang..

overall ok la, sebelum part syafizi masuk, agak boring tapi bila syafizi dah da, best la.. ha, 1 lagi, saya kagum dengan penulis kerana xbuat cerita stereotype yang citer lepas kahwin.,. :)


Monday, 26 December 2011

KASIH YANG SUCI by MEEN ZULAIKHA



Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.




My Opinion:

Finally, habis gak baca novel ni, tq ye cik mira kerana memberi pinjam novel ini untuk saya, agak lama gak saya nak menghabiskan bacaan novel ni, sebab terlalu busy, ni pon leh habis sebab tengah cuti Christmas.. lau x, xkan habis punya, hehe..

ok, sambung sal novel Kasih Yang Suci, ketika saya membaca novel ni, teringat lak muka aaron aziz, siti saleha untuk watak seth dengan nora elena, tu yang jadi lambat saya nak mengahabiskan novel ni, sebab dah tau jalan cerita, pas tu leh compare lak antara drama dengan novel, mana sama kan, hehe.. 

cuma dalam novel ni, nampak sangat keras kepala elena tu, sikap romantikus seth, yang kamal tu xjadi nak batalkan contract dengan syarikat seth, syarikat seth lagi besar dari drama (hehe), dan yvvone yang lagi gediks, haha..

setelah menonton drama dengan membaca novel, saya rasa drama nora elena best lagi kot may be sebab saya tengok drama tu dulu, baru baca novel.. pa2 pon thumb up untuk penulis novel ni.. :)




Saturday, 24 December 2011

TUTTI FRUTTI & SUBWAY

semalam, lepas balik kerja, terus saya, cik pinas dgn cik mira g makan tutti frutti.. pergh! lama tingin kot nak makan, hehe,. akhirnya terlaksana jua.. haha


saya punya,, :)

 

kami betiga punya..
 


songlap cik pinas punya

 
 

2PM - MR. PIZZA!!

tengok cf ni buat saya tingin nak makan pizza ni.. huhu.. tambah da 2PM, hehe




BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG


Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

so sweet... actually, saya baru habis tgk citer ni, best sgt! (lambat kn tengok, maklumla kat rumah xda kuali silver, huhu) xsia2 la saya mendownload semalam dr kul 12am-7am.. gila kan, besala wifi slow.. ok, sambung balik sal telemovie ni, bagi saya citer ni simple tp comey sangat untuk jiwa2 remaja cam saya ni, hehe.. simple story.. anak orang kaya tipu jadi anak orang miskin, vice versa.. mula2 saya xkenal sangat hero indon tu, randy pangalila ka nama dia, ye la dah lama xlayan sinetron, hehe.. heroin lak, elfira loy.. xfaymes sangat tapi tau la dia berlakon sebab selalu tengok melodi (?).. haha.. citer tambah menarik bila kawan alia (heroin) yang nama kina (nurul sakinah kot nama betul dia) yang kerek nak speaking english dan take care sangat kat hubungan alia, scene yang didie alias speaking indon (gila siot tang tu, saya gelak sampai berair mata, haha).. overall best bangat sih! (tq en pengarah, micheal ang, anda buat saya happy, hihi)*omo, tiba2 minat kat randy pangalila ni* by the way, saya rasa muka randy ni cam muka shahz jaszle je..

lagi satu, saya suka telemovie ni, arahan micheal ang juga, tajuk Ungunya cinta, main kat astro gak, tapi ending sedih ckit..


Ungunya Cinta

ha, xsabarnya nak tunggu bicara hati versi drama, sharnaaz yang berlakon gak, tapi konfom kena download... sebab? xdak kuali silver kat rumah, huhu


bicara hati

p/s : kuali silver = astro, hehe




Wednesday, 21 December 2011

CINTA ELYSA --> VANILA COKLAT


Cinta Elysa

minggu lepas dah habis drama cinta elysa.. actually, saya xla ikut sangat citer tu, tok dengan mak cik saya je yang minat sangat2.. tapi 2 minggu yang terakhir, saya layan la gak, kan time tu, dah nak habis, nak gak la tau ending dia kan.. tengok2 last episode, happy ending tapi cam kureng je.. dah la hero-heroin cam adik-kakak je, ops, hehe.. pa2 pon lakonan fasha sandha best! (saya bukan peminat cik fasha ye)

ok, tu citer last week, dis week, semalam, da citer baru kat slot lestary..


Vanila Coklat

mula2 ingatkan heronya iqram, rupa-rupanya aiman mentor 5, xpala, layan je la, hihi.. tapi yang heran nya walaupon hero-heroin baru n bukan feveret saya, saya still nak tengok citer ni, kenapa ek? may b citer muda-mudi kot, hehe.. da 5 sebab saya nak tengok drama ni sampai sanggup bergaduh dengan nenda saya semalam, bergaduh berebut kan romote.. *maafkan cucunda ye, nenda*

1. ixara (heroin) jadi watak baik, tapi ada gak panas baran tu.. hihi
2. aiman mentor 5 jadi hero, walaupon 1st episod npk kaku, ok la, boring kot tengok pelakon laki matured berlakon jadi budak college
3. jalan citer cam dalam novel, mula2 gaduh2, pas tu jadi suami-isteri, pas tu happy ending kot.. :)
4. ada iqram.. hehe... tapi dia jadi watak antagonis kot nt, huhu.. tak suka2!
5. sebab... dah lama xlayan drama melayu/slot lestary selepas asmara 1 (asmara 2 x best)

p/s : still thinking nak download ka x citer ni.. hmm






Tuesday, 20 December 2011

makan2

ok la, mata dah rabak ni, saya post yang pendek2 sudah ye.. 


my cicken chop!


kak sepupu saya makan yang ni, nasi goreng


p/s: ok la, babai, ngantuk giler dah ni..