Monday, 26 March 2012

The King 2Hearts

tengah semangat dok update blog, cam ni la, sekali post, semua nak post, dah tu post pasal drama korean je.. sekarang kan tengah gila drama korea, habis dah lupa sal 2PM, ops, bukan lupa, cuma 2PM sibuk dengan aktiviti solo masing2, so, tunggu je la comeback nanti..

oh, melalut sudah.. pada ketika ini, saya nak kongsi kan drama terbaru yang saya tengok..

 
The King 2Hearts

lakonan..

 
Ha Ji Won as Kim Dang-Ah & Lee Seung Gi as Lee Jae-Ha

ommo.. 2 pelakon hebat ni.. jalan ceritanya pon menarik, kalau nak baca sinopsis, boleh ke sini
tak sangka cepat juga Ha Ji-Won ni buat comeback, dengan drama yang sangat2 ditunggu ni, Lee Seung Gi pon dah lama tak berlakon drama sejak sibuk dengan Strong Heart..

rasanya nak post tu je kot, cam tak ada idea je, lost~~
tengah tunggu drama ni loading, sambil tu ber-belog la dulu kan.. 
baru 1st episode dah rasa best, no wonder la citer ni dapat rating tertinggi

oh ya, saya ada satu masalah yang sedang membelenggu diri ini.. #ayat, haha
macam ni, rasa nak download je semua citer korea yang best, tapi tak reti nak guna split, separate eng sub, idm la, huhu.. option yang ada, samaada download kat utube or guna realplayer, tapi realplayer saya ada mood, kadang2 boleh, kadang2 buat hal, :(
nak beli dvd, banyaknya kena borong, lagi pon bukan ada masa sangat nak layan semua dvd yang beli.. so, saya dalam dilema..


SUNSHINE ANGEL @ SUNNY GIRL - done!

 
Sunshine Angel or Sunny Girl

hehe.. udah done ye? cepat bangat sih (aik, slang lain lak pulak).. hihi.. cepatnya dah habis tengok kan.. ye la wifi ofis laju, hehe.. complete dah 22 episode, kalau nak tunggu depan 8tv setiap ari sabtu, lambat.. lagipun ari sabtu kan masa untuk berpoya-poya, hehe

bagi saya, drama ni okay la, not bad.. mungkin sebab dah tengok versi korea, rasa dah tau jalan cerita, main skip je scene2 yang x best.. ada jugak comparison between taiwan and korea version..  contohnya dalam drama versi taiwan ni, ada penyelidik/professor yang hensem lagi kacak tolong depa, tapi kalau dalam korean version, bak kata kak sepupu saya, yang tolong depa tu, just seorang pak cik..

oh ya, saya tertunggu2 jugak babak di mata semasa mereka mempromosikan alat make up baru dengan memakan make up itu, tapi tak ada pon.. huhu.. then, saya rasa dalam drama ni, kimia antara rainie yang & wu chun nampak kurang, ye, sebagai orang gaji-majikan nampak ok, sebagai kawan pon nampak ok, tapi bila jadi couple, cam kureng sikit lovey-dovey mereka berdua, that my opinion, k

 
Rainie Yang (Yang Guang) & Wu Chun (Di Ya Xin)

 
antara babak terakhir

kak sepupu suruh download cite ni untuk dia, rasa cam malas lak, hehe
tapi tak pa, kat utube ada, tak yah nak split bagai tu.. :)


Sunday, 25 March 2012

Rooftop Prince

 
ROOFTOP PRINCE

setelah dipromot oleh cik kimu, kata drama ni best, so, saya try la tengok 1st episode semalam, kebetulan lak line streamyx tengah laju, so, apa lagi terusla tengok online drama "Rooftop Prince". kalau nak baca sinopsis cite ni, boleh ke sini, credit picture.

lepas tengok 1st episode, rasa cite ni menarik sangat, hehe.. tapi kena focus sebab dari zaman dulu ke zaman kini.. tapi jangan risau, time kecik, pelakon utama guna orang yang sama, so boleh la cam kan.. cuma, sedih sikit masa depa kecik kat zaman dulu, sanggup si kakak bagi muka adik kena arang panas, huhu.. sedih tu, yang zaman sekarang, si kakak tinggalkan adik dalam lori..

pa2 pon focus saya kat Micky Yoo Chun a.k.a Prince Lee Gak a.k.a Yong Tae Yong.. of course la, time zaman prince dia nampak kacak, saya start minat dia pon kat 'sungkyunkwan scandal', dia memang berkarisma kalau pakai hanbok (betul kot eja ni?) hehe..

 
Micky Yoo Chun as Prince Lee Gak & Yong Tae Yong 

heroin lak, nama Han Ji Min.. err, rasanya x pernah lagi tengok drama lakonan dia, da kot, maybe tak perasan dia, hehe.. ye la mana nak perasan actress lau asyik sibuk tengok hero yang hensem/cute/sweet, haha.. heroin ni pegang watak Bu Yong & Park Ha

 
Han Ji Min aka Bu Yong & Park Ha

ada la lagi pelakon yang lain, tapi saya tak berapa kenal, ha, second hero untuk playful kiss pon da berlakon dalam drama ni, tapi watak antagonist kot..

saya baru tengok kat episode 1 stgh, still lagi kabur kenapa isteri crown prince tu mati.. tak sabar nak tengok crown prince tu suka kat park ha.. oh, apa yang akan terjadi kepada tae yong lepas lepas jatuh dalam laut.. drama ni buat saya tak sabar2 nak tau.. haha

ok la, saya nak sambung tengok drama ni, sempat update blog pon sebab tunggu loading cite ni, maklum la line tenet tak berapa laju, huhu.. sabor je la..

 
'crown prince' dengan bodyguard beliau, hehe.. 

 
si kaki gosip, si pahlawan, si bijaksana.. -nama tak hafal lagi, :)

lucu time depa sampai ke current year, 2012, haha

p/s : tadi kak sepupu buat cucur hotdog/sosej, rasa cam pelik, ah, tapi makan je..




PIZZA HUT @ GIANT

panas.. panas.. panas sungguh cuaca hari ini.. bukan complain, #justsaying.. :)

tadi tengahari sempat g lunch dengan bakal mama, puan hud.. hihi

g makan pizza hut kat giant bayan baru, fully treat by mrs kamal ahmad.. tengkiu2..

kami makan yang ni,


kami order pizza, meatball, dengan ayam oriental.. kenyang gila.. haha.. tengkiu mama hud..

tiga minggu ni, deret je kuar orang belanja makan.. alhamdulilah.. semoga rezeki kawan2 saya semakin murah.. amin..


Saturday, 24 March 2012

DRAMA KOREA BARU MAC 2012

tak lama lagi dah nak masuk bulan April, boleh kot guna tajuk "drama korea baru Mac 2012", hihi

ok, saya dah habis tengok Dream High 2, so, sekarang tengah mencari drama korea yang baru untuk diikuti selain Running Man.. tiba2 rasa tingin lak nak tengok Strong Heart.. eh, cari la dulu drama korea yang terbaru, pending dalam list.. :)

The Rooftop Prince

Jalan cerita cam menarik, tambah lak Micky Yoo Chun berlakon, wootwoot!

Fashion King

Main Actor pernah berlakon dalam SungkyunKwan Scandal, shooting kat oversea, kena tengok ni

King 2 Hearts

Ada Lee Seung Gi, last tengok dia kat My Girlfriend is Gumiho, heroin, Ha Ji Won, walaupon heroin agak tua umurnya dari hero, tapi kalau cite best, layan!

Love Rain

Baca sinopsis quite interesting, plus ada Jang Geum Seuk, kena sapot tengok ni.. :)



DREAM HIGH 2 - done!



finally, habis gak saya tengok #dreamhigh2.. setelah 8 minggu standby depan lappy.. hehe..

kesimpulannya, ending drama ni, no couple2, huhu.. selepas 8 thn, depa semua wat reunion kat Kirin High School, wat musical.. yang pasti dalam drama ni, mengajar supaya kalau kita ada 'dream' kita kena la mencapai nya dengan usaha bersungguh-sungguh.

from my opinion, dari last lagu dalam episode 16, saya rasa,
hye sung dengan JB, director musical broadway dgn composer music kot, hehe
rian dengan yoo jin, world star dengan cikgu 'rock' Kirin High School
ui bong dengan seul, pasangan membuka school dance
si woo-nana-hong joo, still dalam cinta 3 segi, hehe
so young-ailee, jadi tukang tilik selebriti-penyanyi yang berjaya

okla ending dia, kalau nak tengok citer lovey dovey, ni bukan drama yang tepat, tapi sebagai perangsang untuk berjaya, mengejar cita2, ye, harus tengok drama ni!

antara performances yang best dan akan/sudah saya download :




~saya dah boleh terima hakikat, JB with Hae Sung, Yoo jin with Rian.. tapi saya suka tengok Ui Bong-Seul, kan best kalau watak ni banyak sikit scene mereka..~

p/s : please don't make a comparison Dream High 1 & Dream High 2.. both a different story, just enjoy it.. err, uncle JYP tak mau buat Dream High 3 ka? hehe



Monday, 19 March 2012

Kenduri Kak Ira & Burger King

weekend yang sibuk!

hehe.. xla sibuk mana pon, propa je.. ok, saya start dengan ari sabtu.. ari sabtu yang lalu bersamaan dengan 17hb March 2012, saya dengan kak aida n kak ann pergi ke kenduri kahwin kak eira @ Sapura, hehe.. kat Kuala Ketil, actually ni kenduri belah suami dia, memandangkan kenduri belah dia kami tak dapat p, kat Terengganu, so, pergi la kat Kedah ni..

dapat gak jumpa rumah pengantin.. dapat jumpa kak ira.. lama gila tak jumpa dengan kak ira, da kot dalam 4 tahun, nasib baik da fb.. leh chat.. ha, dengan kak aida, kak ann pon lama xjumpa, dekat setahun dah.. tu semua 'klik' saya time keja kat plexus dulu.. ada kak aida, kak yatie, kak ira, beb, kak ton, kak siti, kak ct sakinah, kak chik, kak lin, kak ina, ana, kak leha, linda, wahh.. banyak nya klik, hehe.. tingin nak kembali ke zaman tu, best sangat2.. saya berhenti sebab nak sambung study, lepas tu terus terputus, lau da pon, dah jarang nak hangout sekali cam dulu..

ok, tu cite ari sabtu, yang ari ahad lak,

pada pukul 12tgh hari, sedang saya tdo, (eh, kul 12 xbangun lagi?) normal la, ari ahad, hehe.. da orang mesej.. saya tau dah, kalau dia sms tu, nak ajak kuar la.. malas betul nak kuar, tapi demi member punya pasal, and dia kata nak belanja, saya roger je, hehe..

saya g makan dengan cik syafiza.. dia belanja saya makan..

here, once again, burger king.. bbq cheeseburger.. sedap gak

hehe.. tengkiu kepada cik syafiza yang baik hati membelanja saya makan.. nanti saya belanja awak makan lak ye.. lepas makan, round2 qb jap, adalah barang dia beli.. saya? xtau nak sopin apa, masuk popular, nak beli novel.. tapi novel yang dok ada kat rumah pon xbaca2 lagi, aish!

k la, nanti kalau da cerita lagi, saya hapdate ye..