Monday, 22 October 2012

Big Bang Alive Galaxy Tour 2012

ehem2...

post kedua.. ;p

nk bubuh picture ni je...


dapat gak tiket.. hehe, tapi beli dari orang, rm200 dari harga sebenar, rm188 kot..

so, jumaat ni g kl, sabtu konsert, ahad balik, isnin keja, keja gila kan.. big bang punya pasal.. ;]

ririlala

~2 tiket, 1 untuk saya, 1 untuk sarah~




The Manhattan Fish Market

assalamualaikum... selamat malam eh selamat pagi.. jam lappy tepat menunjukkan pukul 12.01 am

tetiba perut jadi lapar sebab update pic di bawah ke fb.. hehe

 
eh bukan picture ni.. ni picture tgh menunggu makanan.. dan tuan yang membelanja saya makan.. hehe, thanks jut! =]


memula makan ni, cheesy fries


pastu makan ni lak, Kicking Shrimp, sedap cuma rasa pelik bila ada raisin sekali.. tp habis gak makan, hehe


kak sepupu saya makan hat ni.. creamy chicken


saya lak makan yang ni.. seafood olio

kenyang... alhamdulilah.. sekali kena dalam rm73.55.. sekali dengan air, service charges and government tax

bila berlehak' still rasa seafood olio, haha.. kak sepupu saya sampai sakit perut.. hehe

sekian... terima kasih.. 

oh ya, saya dah lepas test computer, masuk teori, khamis ni praktikal kereta.. wah tak sabarnya nak beli kereta, doakan saya lulus test jpj and beli kereta ye.. amin..





Tuesday, 9 October 2012

Pizza Hut & McDonald

2nd post untuk hari ni..

saya janji lepas ni saya g tidur.. semangat nak tidur awai lepas 2 hari asyik tidur pukul 2am

taraaaaa...


Samurai Burger...!


Sundae chocolate cornflakes


hawaian chicken pizza & meatball pa ntah.. hehe

dah post pic makanan ni, dah boleh tidur.. selamat malam sayang.. ;]





Mimpi Cinderella

Assalamualaikum... selamat malam...

bertemu kembali.. =) (bajet macam ada ramai orang baca blog ni, hehe)

rasanya dah lama tak post sal drama melayu terbaru, asyik layan drama korea je.. hari ini, kita tukar ke arah kemelayuan.. kekeke

drama melayu yang saya ikuti.. last drama yang saya minat gila2, Vanila Coklat.. still slot yang sama kat tv3, slot lestary, drama ni..


Mimpi Cinderella lakonan Afiq Muiz dengan Eina Azman

tajuk cliché sgt, memula rasa malas nak tengok, tapi bila terbaca synopsis, rasa cam best lak.. kisah dongeng omputih berlaku kat mesia.. ;]

kisah Eina Azman (Saleha) selalu kena buli dengan mak tiri dan adik-beradik tiri dia.. prince charming Afiq Muiz kot, eh dah masuk 3 episode hari ni, tapi hero tak kuar lagi..nanti mesti 'cinderella' jumpa dengan 'prince charming', ada konflik, suka sama suka, pastu hidup bahagia, happy ever after

mencik dengan Lorna (Zarina Zainordin), untungla dapat untung cam Haikal (Izzue Islam - Forteen), comel, sabar, kaya lak tu.. hehe


hope episode ke-4, watak hero kuar kot.. xsabar nak tengok heroin kena buli dengan hero, hihi

hm, yang tu je kot nak post.. tak de mood nk berbelog sangat malam ni disebabkan line tenet yang slow-melow ni, tapi sebab nak sapot drama melayu, just write it..

p/s: excited nak tengok drama ni sebab ada Afiq Muiz, eh, dah tukar taste 'terminat' dekat lelaki kulit gelap.. ops..



Sunday, 7 October 2012

TO THE BEAUTIFUL YOU - done!

assalamualaikum... salam sejahtera..

akhirnya, habis dah kdrama ni.. 


saya pon dah habis tengok ari jumaat ari tu, excited kemain, habis tayangan kat korea ari khamis, terus jadi link nak tengok, thanks kepada saluran youtube sebab ada kemudahan tersebut, dapat la saya tengok.. (ntah kenapa sekarang kalau tengok dekat mykinchidramas, epdrama kalau sangkut, mesti lambat nak loading balik, dah la dailymotion tak laju bagi pengguna internet yang slow cam saya)... 

sedikit info.. cerita ini memang diambil dari jdrama, 'Hanazakari no Kimitachi e', dan taiwan drama, 'Hanazakarino Kimitachihe'.. tapi rasanya memula je sama, lebih kurang 60% je kot sama, sebab dalam 'To The Beautiful You' or 'For You in Full Blossom', watak Kang Tae Joon lagi tunjuk kesukaannya kepada Goo Jae Hee.. watak Cha Eun Gyeol tang dekat2 last baru tau Jae Hee ni girl.. lepas tu da watak tambahan lagi cam Seol Han Na, Manager, cikgu2 sekolah, ada jugak la perubahan watak yang lain.. kalau dah tengok yang jepun and taiwan version mesti dapat bezakan..

ok la, kita pergi ke watak2 utama lak..


Shinee Min Ho as Kang Tae Joon

hero.. memula perangai stail tak kisah pasal pa2 pon, yang penting diri dia.. berhenti dari sukan sebab kematian mak dia.. actually, walaupon muka nampak cool, sebenarmya banyak benda dia simpan, sebab tu dia macam tak suka bergaul dengan orang. sampai la si heroin datang Genie High School jadi roomate dia, baru dia berubah tu pon setelah dia suka dekat heroin.. part best bila dia mula suka dekat Jae Hee, try to protect her, lepas tu try to win a gold medal.. bersungguh2 berlatih, typical hero korean, angkuh memula, tapi sweet, romantic and cute.. hehe


F(x) Sulli as Goo Jae Hee

heroin, ok la dia berlakon.. dari luar negara gigih g sekolah lelaki untuk jumpa Kang Tae Joon, bagi Jae Hee, Tae Joon is a miracle.. tak sangka dapat kelas, bilik sekali dengan Tae Joon, walaupon roomate dia tak layan sangat, tapi berkat kegigihan Jae Hee, Tae Joon suka dekat dia.. seorang yang simple, happy go lucky, kadang2 slow pon ada, hero dah suka dekat dia, dia cam tak tau je, well, typical drama, hehe


Lee Hyun Woo as Cha Eun Gyeol

second hero.. watak dia happy go lucky, terer men soccer, gila bergambar pastu letak kat page dia, keliru dengan perasaan dia bila tersuka dekat heroin.. walaupon dia tau heroin ni lelaki, dia tetap luah perasaan, so sweet, tapi sedih gak bila heroin tolak dia.. part sedih, bila dia tak dapat menerima heroin tu girl and suka dekat hero.. tapi disebabkan dia ni happy go lucky, dia terima je.. lastly, dia tetap kawan baik Jae Hee.

Kim Ji Won as Seol Han Na

kalau dalam jdrama or tdrama Hana-Kimi tak ada watak beliau ni.. dalam version korea ni dia jadi gymnast yang suka kat hero dari kecik.. anak orang kaya, rapat dengan family Tae Joon, dia jadi gymnast sebab hero kata gymnast ni cantik..pernah gtau kat wartawan dia dengan Tae Joon bercinta sebab nak 'ikat' Tae Joon, plus, dia geram sebab hero ini lebih protect dekat Jae Hee... last2 dia 'putuskan' hubungan dia dengan hero sebab dia tau hero lagi suka dekat heroin. then, dia 'in relationship' dengan ketua dorm 2, Ha-Seungri

watak lelain..


 roommate Cha Eun-Gyeol, high jump rival Kang Tae Joon, walaupon meluat dengan watak dia ni mula2, tapi tang last, rasa tak la menyampah sangat, hehe..


 ZE:A Kwang Hee, hehe.. scene dia selalu dengan lipgloss, lucu, walaupon agak jeles dengan Jae Hee, tapi diala penyeri kdrama ni..

spoilers last scene...


sweetttt ;]

scene yang saya suka


time ini, heroin baru habis dapat email dari Cha Eun-Gyeol, tanya Kang Tae Joon ada kat mana, Eun-Gyeol kata Tae Joon g bercuti dekat lokai rahsia, bila heroin nak ambil buku dia yang jatuh, terus terpandang Kang Tae Joon, scene cam mula2 dia sampai dekat Genie High School..


Tae Joon tolong Jae Hee cuci muka sebab tangan Jae Hee luka


pergi melawat sekolah rendah Tae Joon


comel kan.. hehe


alahai... :)


pergi dating..


part ni, Tae Joon cam dah tau dia suka dekat Jae Hee


hehe..

ala, tak jumpa bed scene tu.. nak google ambik masa lak, kak sepupu dah suruh tolong dia wat garlic bread and mushroom sup..


last but no least, Cha Eun-Gyeol dah tukar style rambut, hehe.. baru la hensem

p/s : sekarang tengah gila dengan lagu Shinee-Sherlock dengan f(x)-Electric Shock, mood datang dari To The Beautiful You..






Wednesday, 26 September 2012

RICH MAN, POOR WOMAN - done!

hye..

finally, habis gak saya tengok jdorama ni, 


RICH MAN, POOR WOMAN.. complete 11 episode..


ini heronya, Oguri Shun as Hyuga Toru

hero yang ego, lembap dalam hal percintaan, pandai dan genius dalam hal computer, terlalu mempercayai kawan baik sehingga ditikam dari belakang, anti-sosial, susah nak hafal/ingat nama orang, kepala angin, tapi bila jumpa si heroin berubah menjadi yang baik...


heroin, Ishihara Satomi as Sawaki Chihiro/Natsui Makoto

pelajar yang sibuk nak cari kerja tetap untuk persediaan selepas grad. sangat optimistik, boleh menghafal buku tebal dalam masa yang singkat, selalu kena marah dengan Mr. Hyuga, bila dah jatuh cinta dengan hero, sedaya-upaya rahsiakan, dalam masa tersebut, walau cam mana kena marah dengan hero, tetap berada di sisi hero.. 


2nd heroin, Aibu Saki as Asahina Yoko

pengurus restoran, berdekatan dengan company hero, actually kusoke tu abang dia, sedih bila hero tak ingat kenangan mereke berdua. memula bersaing dengan Makoto untuk rebut cinta Toru, last2 give-up sebab tau Toru suka dekat Makoto. rasa sedih bila tau abang dia ada complot nak jatuh kan Hyuga Toru


2nd hero, Iura Arata as Asahina Kosuke

kawan baik hero, berkerjasama dari zero, disebabkan rasa tak berpuas ati dengan hero, sanggup tikam dari belakang, suka dekat Makoto tapi tak dilayan.. akhirnya, menyesal dengan tindakannya.. Mr. Asahina ni takla jahat mana cuma jeles dengan kejayaan Mr. Hyuga.. huhu

Jdrama ni dimulakan apabila Makoto last year, sibuk dok cari keja, semua interview dia p xdapat, last2 dia p kat company, Next Innovation, kepunyaan Toru n Kosuke.. lepas 1 insiden berlaku, Makoto dapat keja/praktikal kat Next Innovation, actually dia bukan ada kerja sangat pon kat sana, just nak bagi cukup syarat je dia ada kat company tu, tapi lama-kelamaan, hero menghargai heroin..

pelbagai dugaan dihadapi oleh Toru untuk melaksanakan "project file", sehingga kena pecat dengan lembaga pengarah walaupon Next Innovation tu company dia, kawan dia tikam dari belakang, tapi Toru ni still cool, x simpan dendam dengan Asahina..akhirnya 'project file' dapat dilancarkan..



masa Makoto-Toru sibuk berkerja untuk siapkan 'Project File'


masa mula2 berjumpa, disebabkan hero susah nak cam muka/nama, second time jumpa, dia tak kenal dengan heroin..


lepas farewell party untuk Toru, di kick oleh kawan baik sendiri dan lembaga pengarah.. heroin tangkap picture bersama sebagai lambang mereka akan bangkit semula


scene sweet.. time ni boleh nampak Toru dah suka dekat Makota..


rambut kemas, time nak masuk B.O.D, ada interview, ada pelancaran produk baru


rambut serabut, lepas kena kick dari company sendiri, time sibuk buat keja


rumah hero yang ada sofa dengan peti ais sahaja, hahaha


time ni, Natsui Makoto nampak Yoko dengan Toru naik motor sekali, ke-jeles-an melanda, hihi 

setelah pelbagai rintangan di lalui, mereka akhirnya bersama..


last scene, Makoto balik dari Brazil, Next Innovation dah kukuh cam dulu


pekerja yang berdedikasi dan selalu sokong Mr. Hyuga Toru