hai, dah lama rasanya tak update sal drama melayu, asyik fokus drama korea ja..
1st,
Kerana Terpaksa Aku Relakan
aigoo, terindu lak dekat abg zen
jalan cerita best, baca novel kureng sikit, sebab nk cepat habis kan, main skip2 ja, yang tertahan tu, tak sempat nk ripit kali kedua, juthe dah bagi dekat owner novel ni, huhu
memula tak layan sangat cite ni, sampai episode 10 kot baru start layan, pastu apa lagi, berbunge2 la tengok, hehe
ost lagu ni best gak, nyanyian by wati ;)
2nd,
Rindu Awak 200%
sekarang tengah airing kt tb.. ari ni dah episode 22 kot, dah makin suweettt
novel ni saya baca dulu baru tengok tv.. tapi rasa drama best lagi, hehe
xsabar nak tunggu ending, kimia hero-heroin yang sangat best
dah lama tak berbelog.. last on May.. busy sgt sekarang, tambah la bulan 5 aritu line tenet kat rumah problem sampai 6,7 minggu baru ok
tanpa buang masa, saya nak update drama korea yang baru saya habis tengok 2 weeks ago
Bride of The Century
best gak citer ni.. dah lama tak layan Hong Ki, last dalam You're Beautiful, yang lain2 tu dalam mv FT Island.. ntah kenapa excited sangat nak tengok citer ni, may be jalan cerita dia yang best
sipnosis ringkas.. pasal keluarga Choi yang dihantui dengan 1 sumpahan iaitu pengantin perempuan bagi anak sulung diorg akan mati pada malam perkahwinan, so yang plan semua ni, bagi Kang Ju dgn Yi Kyung bertunang dan kahwin ialah mak tiri Kang Ju.. bila Yi Kyung tau, dia lari kan diri dan kebetulan abang tiri dia jumpa orang yg muka sama dengan Yi Kyung, iaitu Doo Rim. dalam terpaksa Doo Rim menjadi Yi Kyung, tapi Kang Ju ni sengal, xtau yang tunang dah bertukar orang, last2 Kang Ju jatuh chenta jugak dengan Doo Rim, ala so sweettttt :D
yang best tang last cerita ni, nenek Doo Rim cerita balik, pastu mak tiri Kang Ju tau kisah sebenar, sumpahan tu 1 rumors ja.. ha, 1 lg best, ada hantu dalam drama korea ni, hehe (rasa sebab ada hantu cerita ni lagi menarik)
hero drama ni,
Lee Hong Ki as Choi Kang Ju
hero yang hensem (of course la kan), smart, ank orang kaya (so typical kdrama, haha), tp perangai tak semenggah.. bila dah jatuh cinta dekat Doo Rim baru nampak personality dia yang sebenar.. sangat susah nk percaya orang, sebab dia takut orang tu akan tipu dia.. perfect dari semua segi, tapi ada cerita sedih masa dia kecik2.. paling sedih bila dia tau 'bride' dia akan mati pada malam perkahwinan, time tu dia sangat takut kehilangan Yi Kyung (walaupon dia tau yang tu Doo Rim), frust tengok muka dia yang sanggup break engaged sebab tak nak Yi Kyung mati
ni lak heroin
Yang Jin Sung as Jang Yi Kyung / Na Doo Rim
1st time tgk beliau berlakon, not bad la.. sebab boleh nampak perbezaan lakonan dia, mesti la saya lagi suka yang dia jadi Na Doo Rim.. baik, sweet ja walaupon ada part2 yang dia ganas sikit, hehe..
tapi bila jadi Yi Kyung xla kijam sangat, cuma dia jadi cam tu sebab terpengaruh dengan idea jahat mak dia
ada lagi watak abang tiri Yi Kyung, PA Kang Ju.. tapi malas lak nak type, hehe
fokus dekat hero-heroin udah la kan
scene yang best :]
time ni Doo Rim dah tersuka dekat Kang Ju.. tapi Kang Ju suka dekat dia lagi awal, hehe
ha, dalam kdrama ni, baru nampak Hong Ki smart dengan kot bagai, time dengan FT Island, fashionista sgt, kekeke
muka shomel Kang Ju.. haha
muka senyum 'sesuatu'
suka part ni, masa ni Kang Ju dingin lagi
last, bahagia
antara lagu yang best OST drama "Bride of the century"
drama ni baru je habis tengok, tak sangka tengok 1 episode yang mula2 terus hooked, best sangat.. naseb baik episode sikit ja, tapi tu la cam tak puas lak kan..
moh la kita tengok kdrama apa yang saya baru habis tengok
Monstar
drama ni pasal hero yang jadi student sebab ada 1 masalah yg dia buat, so nak jaga imej dia, dia kena la p sekolah balik, heroin lak dari New Zealand, tukar sekolah ke Korea sebab ada problem dengan mak dia, so dok Korea dengan mak cik dia dan juga mak cik tu cikgu sekolah dia, rasanya sampai last student lain xtau cikgu tu mak cik dia.. hm, ke sya yang tak perasan? ah, ignore je la.. yang penting dalam kdrama ni amat mementingkan persahabatan.. contoh Yoon Seol Chan dengan Jung Sun Woo, isu gaduh benda kecik ja, tapi bila fikir balik, benda tu memang effect sangat.. ada la jugak part lovey khen.. lau tak, tak ada maknanya cheq nak tengok, kikiki
Yoon Jun-Hyung as Yoon Seol Chan
ini lah hero nya.. rapper dalam Beast, time Beast memang tak perasaan dia tapi sekarang ulang balik mv Beast sebab nak cari dia, ayat feveret dia dalam drama ni, 'ni ga star~~' hegeh2 kan, jeles dekat Jung Sun Woo bila dok dekat dengan heroin.. comel sangat beliau dalam cite ni, lakonan pon best, forumer cari cakap perangai dia dalam cite ni and reality lebih kurang sama ja, cuma part nak layan fans tu kureng sikit.. tengok muka pon leh tau kan, cool sgt.. haha, tp dont worry Jun-Hyung nanti dalam performance Beast, saya dah tak tengok Ki Gwang, saya cari awak ja :]
heroin nya... Ha Yeon Soo as Min Se-yi.. pelakon baru kot,, 1st time tengok dia berlakon, walaupon watak dia ala2 blur tp lawak gak.. berbakat dalam nyanyian, terer main gitar.. nanti pertengahan drama ni, diperkembangkan background family dia..
ni performance depa masa fight dengan All For One (betul kot nama grup tu), best suara Kim Na Na tu..
ni la Kim Na Na, nama dia Da Hee suara dia sedap, bila google, memang penyanyi, grup GLAM, tapi idok la penah tau kewujudan group tu, hehe
part ni best, hero berangan, main syuh, syuh ja.. haha
bonus picture, comel kan beliau ni XD
ha, tang sini terbalik, selalu hero ajk heroin main gitar.. ni heroin yang ajk hero main gitar
last picture, COLOR BAR
ops, lagu feveret saya dalam kdrama ni..
dan versi trouble maker yang best
actually banyak lagi lagu yang diorang buat, best2 cover.. semua diorg nyanyi sendiri
done, 3 review drama korea yang saya tengok.. sekarang dekat desktop nak tengok Sly and Single Again.. nak tengok sebab ada L
hye uollsss.. dah masuk ke entry kedua untuk drama korea
Emergency Couple
firstly, thank you cik yana bagi cite ni, lau tak gigih la saya nak mendownload.. oh cik yana nt kita jmpa jgn lupa ajr saya download drama korea dengan cari subtitle ye
cite ni kisah sal couple yang dah bercerai pastu terjumpa balik dekat hospital as a intern.. masing2 cari keburukan untuk membenci lagi tapi lama kelamaan depa ni suka balik
dulu pon kawin sebab suka sama suka, tapi desakan ekonomi, ego, family kacau tu yang cerai-berai
heronya, Choi Jin Hyuk as Oh Chang Min, datang dari family doktor and kaya raya, lepas dia kahwin dgn Oh Jin Hee, mak dia terus putuskan sumber kewangan dan dia terpaksa behenti belajar medik.. pas cerai dia terus ke luar negara sambung belajar
heroin, Song Ji Hyo as a Oh Jin Hee.. belajar sal makanan masa jumpa hero.. pas cerai, dia p sambung belajar medic sebab nak tau apa hebat sangat jadi doktor, masa buat intern dia terjumpa dengan ex-husband.. sadis part bekas mak mentua dia serang dia, pastu tambah hero dok buli dia..
cerita ni best tang mula2.. tang tengah dah jadi bosan sikit (cik yana pon cakap cam tu) sampai la bapak hero mati, baru lah heroin nak baik2 dengan hero.. tapi time tu hero jual mahal, sebab dia ingat heroin just simpati suka kat dia.. ha, tengah2 tu ada la jugak second lead mai kacau tapi naseb baik tak dak watak yang jahat sangat kecuali mak hero tu
suka tengok Choi Jin Hyuk senyum cam ni, hehe
jumpa picture kat atas dekat google, haha, lawak la
part atas ni, masa Gary jadi cameo, oh Monday couple
p/s : tetiba rasa nak ulang tengok Running Man time idol datang.. *tetiba je kan*
hai.. assalamualaikum.. bertemu kembali (chewah, ayat macam rancangan tv je, hehe)
disebabkan berehat agak lama dari hapdate blog, ada la 2,3 drama korea yang saya tengok..
antaranya drama yang saya nak huraikan nanti, ada dalam 3 drama korea yang saya ingat, nanti lau ingat, saya tambah lagi, hokay :)
1st... drama ni,
THE HEIRS a.k.a THE INHERITORS
ni antara pelakonnya.. semua watak best2, lau nak type semua watak dan perwatakan memang la ada 2 kdrama tu tak dapat la nak type hari ni.. hehe
saya cite sikit la.. tengok drama korea ni last year, best la jugak sebab lama tak tengok Lee Min Ho berlakon watak 'budak sekolah', then 1st time dia dpt heroin yang muda dari dia
back to this kdrama.. base - cite sal budak2 kaya kat sekolah, stereotype sgt kan.. tapi, dalam kdrama ni ada kisah family, business, friendship and of course sal cintan-cintun
hero - Kim Tan (Lee Min Ho) - watak dia memula cam tak hiraukan family, sanggup dok jauh, even xpenah nak reply mak dia call, pastu baru tau sebab apa dia wat cam tu.. sedih sangat part bapak dia tak restu dia dengan heroin, memang teruk dia menangis.. dulu kawan baik dia Young Do lepas ada 1 insiden terjadi, depa dua dah tak cakap.. tak baik dengan abang dia sebab abang dia takut harta dapat kat dia.. bukan la pandai sangat tapi sweet time dia layan Cha Eun Sang <3
heroin - Cha Eun Sang (Park Shin Hye) - sanggup cari kakak dia kat luar negara, alih2 kakak dia tipu je cakap belajar sana semua, time tu dia jumpa dengan hero, tapi sedih hero dah bertunang.. kawan baik dia Yoon Chan Young.. anak kepada pembantu rumah hero, last2 dua orang suka kat dia, tapi mesti la dapat kat hero kan, hehe
suka dengan couple ni
Yoon Chan Young & Lee Bo Na
hehe.. selain tu ada watak second hero ni, Choi Young Do (Kim Woo Bin), watak dia best, memula mencik gak, last2 jadi pujaan lak.. kekeke
rambut cam ni nampak la sikit 'soft'
oh lau 3 orang ni ada kat sekolah, mau ari2 g sekolah, :D
last picture utk menghayati ke-hensem-an Lee Min Ho oh Kim Tan