Thursday, 29 January 2015

lakorn...

assalamualaikum.. 
1st time menulis di tahun 2015, agak ke-busy-an sekarang, tapi sempat gak melayan drama dan download seperti selalu, hehe

ntah kenapa, sejak dua menjak ni, kegilaan terhadap drama thai or lakorn semakin ketara, haha
dah tak layan sangat drama korea.. drama petang2 kat tv3 pon dah tak ikut

antara lakorn yang dah didownload or dah tengok


ton ruk rim rua

kisah couple yang berkahwin sebab wasiat nenek, pastu bercerai bila nenek depa dah meninggal, then tetiba hero kembali dan nak bersama dengan heroin.. baru tengok episode 1 ja, memula download sebab minat dengan Mark.. lgpon kimia antara dia dengan girlfriend dia dlm drama ni kuat, tapi lepas tengok 1 episode terus stop.. xapa, akan habiskan tengok lakorn ni bila free nt


duang taa nai duang jai

honestly, download drama ni sebab nk tengok First, nama hero ni, nama penuh tak hafal lak, just ambk nama manja gitterw, hehe.. boleh dikatakan tengok drama ni 3/4 episode dari full episode, tapi stop sebab rasa macam meleret2, udahnya tengok last episode ja.. suka watak datuk hero ni,. tapi tak puas hati dengan audio utube, redho je la, ha.. penampilan heroin ni kadang kala pelik pon ada, bila jadi student, kemain spek besar, bila menyanyi dengan grup music dia, kemain seksi, tapi ok la hero cute, :)


game ruk game rai

rasanya last year ada mention pasal lakorn ni, dah download, tapi lom sempat nak tengok.. ramai cakap best, tapi mood untuk layan drama thai ni belum datang lagi, hihi.. tapi ending ok la


full house thai

citer cam korea, tapi lagi best dari versi filipina, Mike & Aom cute sangat.. not bad la drama ni, leh tengok berulang kali walaupon habis tengok last year.. yang paling tak boleh blah, layan sama time dgn thailand tu, jenuh tggu subtitle, dengan upload kat utube, nasib dah complete semua episode


sud sai pan

tertarik dengan jalan cerita drama ni, terus download.. best! hehe, mesti penat kan Vill nak jadi watak jahat, pastu watak baik, berbaloi tengok, memula nak buat full ulasan, tapi rasa cam tak je, type je la dekat sini.. memula tak suka watak Toomtam, asyik kacau hidup heroin, tang last memang best bila hero plan nak kenakan kembar yang jahat tu.. ending? :)


dok ruk rim tang

download dan layan sebab terpengaruh dengan jalan cerita yang macam best.. tapi memang best, haha, Vill pegang watak penyamar sebagai lelaki sebab nak cari wasiat bapak dia, lagipun mak tiri dia nak bunuh dia, so dia hilangkan identiti perempuan, buat2 jadi orang gaji dekat hero (Bie), sorry nama watak lupa lak.. 1st episode, poyo je hero tangkap gambar dengan gaya pelik2, then bila dia start kacau Vill bila dia tau Vill ni perempuan, alahai so sweet.. watak 'Hangtu' sangat penting.. oh ya, dalam drama ni macam kureng eksperasi muka heroin, tapi worth to watching this lakorn


leh nangfah

28 episode? sangat berbaloi untuk ditonton, best!!! tak sangka ini lakorn ke-3 saya layan Vill punya lakonan, yang hat ni lakonan dia best, may be watak dia yang ala spoil tu, hehe serta determination yang tinggi.. hero? boleh dikatakan dj Push ni pandai berlakon, watak anak orang kaya yang hensem, baik hati, fokus pada kerja, anak yang baik, yang penting bukan playboy.. cuma tegas bila mengajar heroin selok-belok perniagaan.. ada kat youtube, skrin kecik tak puas tengok, nak tengok dekat viki internet slow, jumpa link nak download besar sangat size.. so harap2 nanti ada la jual lakorn ni

sekarang sedang mencari drama siam yang nak dilayan, tak kisah tahun bila asal best, then tak nak hero yang  ada R scene, slap-kiss manja2 boleh la dan tak ada watak villain yang terlampau (macam2 mintak kan..)

ok la, mata pon cam dah nak ngantuk, nak makan ubat, pastu tidur.. eh nak layan Roomate dulu episode 19.. 

bye... 














Sunday, 23 November 2014

Diary ng Panget

assalamualaikum..

hari ahad, tak tau nk tengok tv berapa, kejap2 buka mentor legend, kejap2 buka gegar vaganza

last2 buka lappy, update sal movie yang saya tengah gila tengok, hehe, kt astro tgk, gigih layan kat youtube.. serius tak pernah layan movie dekat youtube, ni la 1st time saya layan, sebab apa? selain best, tak jumpa link yang ada english subtitle untuk didownload, so terpaksa la tengok kat youtube

movie ni,


Diary ng Panget

or dalam bahasa inggeris nya...

Diary of an Ugly
movie ni movie ke-3 yang saya suka selain bakit ka crush ng crush mo, bride for rent.. catch me i'm in love pon best jugak

ok, movie ni pasal seorang gadis, yang xberapa nak lawa/cantik, kena cari keja sebab bila dah cukup umur 18tahun, mak cik dia suruh dia cari duit sendiri.. sebab dia study lagi, so dia kena la kerja as a maid dekat rumah hero yang 50% human, 50% monster, hehe.. secara kebetulan hero ni 1 kolej dengan heroin.. lama2 kelamaan depa dua ni saling suka-menyukai (skema je ayat)

movie ni based on novel, so rasa kalau baca novel lagi best kot, lagi mendalam dan menghayati, sebab dalam movie ni xbanyak detail pasal diary tu


James Reid as Cross Sandford

ini lah yang half monster, half human, bak kata bapak dia.. perangai sangat baran sebab dia rasa kehilangan mak dia dari kecil, biasa la anak kaya, muka hensem sikit, tapi nasib baik tak palyboy cam drama petang2 tu, eh, hihi.. sangat takutkan hantu, pastu suka buli heroin.. honestly, lakonan dia agak kureng sikit dari heroin, maybe hero baru kot, tapi ok la sebab banyak kali shirtless, haha


Nadine Lustre as Reah "Eya" Rodriguez

typical heroin, ala2 sedih background, pastu ada masalah jerawat yang agak teruk, tapi happy-go-lucky.. suka bila dia takutkan hero dengan cerita hantu, take care sangat dengan hero, crush sat dengan chad (2nd hero) nadine ni berlakon sangat best, rasa cam real je dia tu 'Eya'.. semangat nak tolong Chad dapatkan Lory, dia berpakat 'kahwin' dengan Cross. suka jugak bila dia berlakon jadi hantu dalam rumah hantu tu, hahaha


part ni Cross saja cakap Eya ni gf dia sebab dia nak Eya kena buli dengan peminat2 Cross


sweetttttt


tang last.. naseb baik hero dah ngaku suka dekat heroin..


hensem ni :)


watak sampingan pon ok jugak, tapi rasa malas lak nk type, hehe

bila la orang nak bubuh full movie sekali eng sub (xmau cc) dekat youtube or dailymotion?








Sunday, 26 October 2014

PANYACHON KON KRUA - done!

hye... jam tepat pukul 1.17am

secara rasminya, dah habis tengok lakorn bertajuk,


Panyachon Kon Krua @ The Kitchen Scholar

memula cari kat google, lakorn apa yang best, tersangkut lak dengan synopsis drama siam ni, macam best, try layan 1 episode dgn ending, terus download... akhirnya tak sampai 1 minggu dah settle tengok. kalau citer tu best, memang kejap je akan ku habiskan~~


cerita sikit pasal lakorn ni, Aemika student drama nak scholarship dr lecturer dia, so dia kena buat skrip untuk melayakan dia menang dan dapat scholarship.. macam2 kerja dia buat untuk bagi skrip dia real, last2 dia pilih jadi orang gaji.. keja orang gaji pulak dekat rumah 1 minister ni, owner rumah ni ada sorang anak menakan yang kerja dengan dia as a secretary iaitu Tam (Worait)


dijadikan cerita, masa memula drama ni, parent Aem dgn Tam cadang nak kenen kan depa, tapi ada hal yang berlaku, diorang sempat menari dengan topeng dimuka.. ok, sambuang balik, bila Aem dah keja dekat rumah tu, Tam selalu la mai, dia macam pelik dengan Aem ni sebab dia penah jumpa Aem dekat club, dia ingat Aem ni perempuan yang tak baik la, siap ada macam2 insiden yang berlaku.. Aem ni asyik dok cover dengan menipu je.. ye la takkan nak bagitau yang dia just poses as a maid utk skrip

nak cerita byk sebenarnya, tengok sendiri baru best, hehe... dalam drama ni, part sedih, lawak, family, jeles semua ada.. then, ada jugak moral value, macam jangan menipu, pastu sikap2 yang tak baik haruslah dijauhi.. ha, masa memula layan lakorn ni, ingatkan cerita ala2 tuan rumah, pembantu rumah, tapi citer tu pon layan kat tv setakat 2,3 minit je - mana nak tau sama ka idok kan


Prin Suparat as Worait (Tam)

keja sebagai secretary of ministry.. memang teliti dalam berkerja, hensem, baik hati, kaya, educate.. semua la dia, ha, menyanyi, menari, wat modelling pon boleh, haha... tapi 1 je sikap dia ni, rasa ingin tahu dia terhadap Cha-Aem sangat2 membuak-buak, benda kecik pon nak riuh.. adakah rasa ingin tahu itu sebab dia memang nak tahu or dia nak tahu pasal Aem? haha.. sekali persoalan ku bagi... tapi lakonan dia memang superb, thumb up!


Kimberly Ann Voltemas as Ameeka/Cher-Aim

cun gak heroin ni, bijak, baik, kaya.. student yang sangat pasif pasal impian nak dapat scholarship p amerika sambung study.. dah ada bf, ntah macam mana bila dah selalu berjumpa, bergaduh dengan Tam, dia tersuka dekat Tam, ini la 1st time tengok hero suka dekat gf orang, selalu heroin hegeh2 dkt hero yg dah ada gf, hehe

tetiba terpikir, family Aem ni kaya, gov. of chiang mai lg, awatla gigih benau nak dapat scholarship sampai jadi maid, just mtk mak-bapak dia tanggung dah la kan.. kalau Aem tak gigih, tak dak la drama ni kan, hehe.. hm... memang trend dekat siam, kalau drama yang best, depa akan akan buat remake 2,3 kali.. macam drama ni, ini dah 4 kali of remake

rasa mcam panjang je type ni, meh kita layan gambar lak



part macam ni memang banyak sangat, dekat2 muka, naseb lakorn, lau drama hollywood xpon taiwan, habis lah asyik kena kissu je, ops.. kekeke



kisah depa dua ni best gak


last.. bersama akhirnya, walaupon tang last baru heroin ngaku suka dekat hero, asyik dok main mata je 12 episode.. stress mak



ops, termasuk lak picture hero.. tetiba dah terminat dekat beliau ni, beliau ni muda lagi lahir tahun 90(anak hekan ni), heroin tahun 92, drama ni tahun 2012 (ok, memang ku layan citer ni lewat 2 tahun).. baca kat google, depa dua ni dah couple, harap2 lah sampai ke jinjang pelamin, hehe

tingin sangat nak tau, memang dekat thailand, depa main panggil nama manja ka? macam hero ni, nama betui - Prin Suparat, panggil Mark, Pakorn Chatborirak panggil Boy, then 1 lg, memang hero-heroin yang sama akan digandingkan selalu eh macam Mark-Kim ni dah ada 3 drama berlakon sekali

terlebih rajin google, Mark ni ahli group 4+1 channel3 superstar.. da Mario Maurer, Nadech Kugimiya, Pakorn Chatborirak, and Phupoom Phongpanu.







Saturday, 25 October 2014

JUST YOU - done!

assalamualaikum.. salam maal hijrah

kali ni nak update pasal drama taiwan saya dah habis tengok...


Just You

sinopsis sikit... pasal bos yang xbagi pekerja dia bercinta dekat office, kalau dia dapat tau, dia akan pecat pekerja dia.. sikit kan, cukup la, hehe

ok, para pelakon drama ni,


Aaron Yan as Qi Yi

bos yang baru beli company then baru rules pekerja tak boleh dekat office sebab kan bagi prestasi yang buruk dekat kerja.. dulu dia pernah kecewa teruk, sebab tu dia bagi rules cam tu.. secara kebetulan, dia beli rumah, yang heroin a.k,a pekerja dia tinggal, so bila dok sekali, terjadi la insiden2 melucukan serta membuahkan bibit2 percintaan antara mereka berdua.. Qi Yi ni sangat2 pembersih ala2 hero you're beautiful tu.. tapi, agak slow dalam percintaan, dekat hujung baru nak ngaku dia suka dekat Liang Liang 


Puff Kuo as Cheng Liang Liang

heroin, sangat2 tak setuju dengan rules bos dia, bukan sebab dia yg bercinta tapi kawan baik dia yang bercinta dlm company tu.. memula plan nk bg Qi Yi jatuh cinta dengan dia, so Qi Yi akan buang rules tu, tapi hampeh dia yang suka dulu, hehe.. agk straight forward masa bagitau dekat hero/bos/ownerrumah/Qi Yi yang dia dah suka.. kadang2 agk annoying dengan suara dia, cam loud sgt, hehe.. standard la kan watak heroin baik gitu, org jahat wat macam2 redha ja


babak baru nk suka sama suka


oh, terpaksa berpisah, sob sob sob


picture family..


last episode, proposed..

ending? mesti la happy ending, kekeke

yang best dalam drama ni, rambut Aaron, haha


masa jadi bos yang kekwat kat office


masa kat rumah, suci sangat muka dengan gaya rambut cam tu


done dengan drama ni, sekarang tengak gila melayan lakorn, nt saya update ye.. daaa







Friday, 17 October 2014

Itazura na Kiss 2: Love in TOKYO Episode 0: Love in Okinawa @ Just You @ My Lovely Girl

hai..
 
ok, dalam kekeliruan ni, nak tengok yang mana dulu..
 
yang ini kah,
 
 
Itazura na Kiss 2: Love in TOKYO Episode 0: Love in Okinawa
drama jepun, yang ini SP punya.. nak tggu no dua punya series bulan november baru kuar.. huhu, lambat lagi :( xsabar nak tengok
 
ni ka?
 
 
Just You
drama taiwan.. tinggal lagi 1 episode je nak habis, kena tgk on9 cause beli cd, kat lappy xdpt detect
 
or yang ini..
 
 
My Lovely Girl
dah kuar episode 10 semalam, tapi episode 9 lom tgk lagi..
 
banyaknya pending list nak kena tengok
 
 
 
 

GOT7 = 2PM + Jay Park

assalamualaikum..

kenapa tajuk i --> GOT7 = 2PM + Jay Park ?

first, nk gtau sebab apa ada '+' tu.. ye, memang Jay Park or Park Jae Beom dulu leader 2PM, tapi tu dulu, rasanya semua 'hottest' dapat terima hakikat, 2PM ada 6 members ja sekarang.. tapi di hati 'hottest' Jay Park still lagi leader walaupon dah keluar dari 2PM (kdg2 berharap 2PM & Jay Park leh performed sama2 1 stage) eh.. bukan nak balingbelakang, tapi nak cite pasai artis JYP Nation ni




dalam entry sebelum ni, saya ada bgtau yang saya tetiba minat pasal Jackson, habis saya terminat GOT7, actually dulu ada la ambik tau pasal diorg, tp sebab Roommate buat saya makin nk tau pasal Jackson & GOT7

saya mula kan dgn GOT7,

 
 
debut masa awal tahun ni dgn lagu, ' Girls Girls Girls '



boleh la layan lagu ni.. sebab saya ni memang suka dengan artis JYP Nation

tapi saya suka lagu ni lagi.. 'A'



ok, back to the topic, saya rasa personaliti GOT7 ni sama macam 2PM + Jay Park

1) leader.. JB & Jae Beom

 


sama2 leader, pastu sama2 mischievous sikit, haha.. tp boleh 'lead' members.. diorg ni terer b-boy pastu suara pon sedap

2) hyper.. Jackson & Wooyoung




dalam kes depa dua ni, rasa Jackson terlebih hyper, haha.. Wooyoung lau off-camera rasa serius, cuma depan camera je, dia cam happy go lucky sikit

3) thai... BamBam & Nichkhun

 


persamaan mereka ialah dua2 orang Thailand.. sawadekap! walaupon xboleh lawan ke-handsome-an Nichkhun, BamBam ni sweet sgt, semua member GOT7 ckp dia ni sgt 'mesra peminat'

4) lead vocal & similiar look... Youngjae & Junho



ok, depa ni lak.. selain lead vocalist dalam group masing2, muka depa ni macam sama ja, hehe,, tp xsure la lau Youngjae ni kuat macam Junho

5) similiar look & happy sokmo... Jr. & Taecyeon



depa dua ni muka mmg lebih kurang sama, pastu masa Dream High 1 & 2, diorang as second lead, boleh rapping gak, macam Taecyeon, Jr. ni selalu senyum and boleh aegyo, haha

6) maknae yang tak nampak cam maknae :) ... Yugyeom & Chansung



haha, ini memang daebak~~ serius, dalam GOT7, memula egt BamBam yg maknae, dalam 2PM dulu egt Junho yg maknae.. kebetulan dua2 yg fake maknae tu sebaya dgn maknae sebenar cuma date je beza..

7) ???... Mark & Jun.k



 
 yang ni, masih lagi mencari, dah xtau nak letak sapa dgn depa dua ni ja yg tggl.. persamaan.. maybe pendiam mula2 debut, err... nt sya update lg, sebab kena tgk byk variety show sal Mark ni dlu
 
 

muka 'aegyo' ommo~~
 
p/s : rasa muka Mark ni cam TVXQ's U-know Yunho