assalamualaikum.. selamat malam
dah lama tak update blog, sibuk dengan hal semasa :)
hari ini nak bercerita pasal drama melayu.. honestly saya kecewa dengan drama melayu sekarang, jarang dah tengok drama petang2 dekat tv, even download pon jarang nak habis tengok.. bukan nak compare dengan drama dari luar macam korea, jepun tapi.. ok la dibawah ni saya 'list' kan sebab kekurangan drama melayu sekarang,
1) watak hero yang kaya
slot akasia, slot drama dekat astro pon kebanyakkan watak hero harus lah kaya, office kemain besar, rumah harus juga besar, bawa keta mahal2.. tetapi yang pelik tu saya tak tau dari mana kekayaan hero tersebut.. cerita la sikit detail tentang hero macam 'rich man poor woman'
2) perkerjaan
sambungan di atas.. ok la kalau tidak diceritakan kekayaan hero, cerita la sikit pasal pekerjaan, macam 'rang pratana' nampak credibility as a arkitek, pernah saya tengok satu drama ni, katanya hero doktor.. tapi duduk office, tak pernah pon keluar dari operation wad, or sebut ayat2 medik, compare dalam 'doctor stranger' or 'descendants of the sun'
3) bertudung
bukan saya tak suka artis bertudung sedangkan saya bertudung, memang Islam wajib bertudung, tapi jika pihak pengarah pandai mengkaitkan situasi tersebut lagi best.. tak perlu duduk dalam rumah dengan anak serta suami bertudung, cuba buat scene tu dekat luar rumah, tengah minum petang ka baru balik keja,, ini dekat bilik tidur still lg bertudung, macam tak real kan..
4) ibu bapa yang muda
ini satu lagi, kadang2 bagi saya tak logik.. hero-heroin cam lewat 20-an tapi parents diorang masih lagi di awal 40-an, takkan parents tersebut kahwin masa diorang belasan tahun lagi kan.. jenuh saya buat kesimpulan sendiri, ibu bapa hero/heroin kahwin awal.. tapi itu la anak mesti sorang ja, padahal kahwin awal, eh melalut lak..
5) berdasarkan novel
ini pon memang trend sekarang kan, cuma novel sekarang terlalu sama jalan cerita, kena paksa kahwin, memula tak suka, then dah suka, datang pulak orang ketiga, 2nd heroin mesti sexy, pastu jahat.. 2nd hero lagi baik dari hero tapi sebab cinta, heroin pilih hero walaupon perangai hero tak semenggah tapi hero tu mesti kaya lagi kacak..
6) latar masa
yang ni, nak ja saya highlightkan dekat pengarah.. takkan saya expect cam 'Reply 1997' tapi biarla nampak real. contoh, baru ni saya tengok kat tv, scene imbas semula 15@20 tahun lepas, watak perempuan pakai tudung bawal aj, dalam rumah tv flat skrin, baju, mekap tahun 2016. ada yang drama citer 3 tahun lepas, tapi dah siap pakai iphone 6, shawl dah berbelit2, so cam mana tu?
bukan saya nak condemn tapi just luah perasaan sebagai peminat drama melayu.. bagi novel pulak walaupon jalan cerita lebih kurang sama tapi saya sangat respek dengan diorang sebab saya pernah, pernah cuba nak tulis cerpen je tapi hampeh berbulan-bulan stuck hehe
akhir kata, maaf jika post kali ini tersinggung mana2 pihak.. selamat menonton anugerah bintang popular bh 29 #respek
Sunday, 8 May 2016
Thursday, 28 January 2016
SONG HUAJAI NEE PUEA TUR & KULARB RAI GLAI RUK - done!
assalamualaikum...
hari ni saya nak cerita pasal drama siam or thai drama or lakorn.. ada dua lakorn yang saya dah habis tengok.. antaranya,
SONG HUAJAI NEE PUEA TUR or Two Spirit's Love
Mario Muarer as Thannatorn/Warong & Mint Chalida Wijitwongtong as Kewalin/Kaew
cerita dia ala2 kill me heal me plus supernatural sikit sebab hero, Khun Than ada penyakit misteri ala DID, pastu ada kuasa psikik lepas dia kena kilat.. pastu leh la orang yang dah mati (hantu la kan) masuk dalam badan dia, so automatik dia jadi orang lain, Mek. Bila dia jadi Khun Than kerek ya amat, tapi bila jadi Mek ikut je apa orang kata tapi pada masa yang sama, mesti Kewalin tu ada.. err, cam tu la ceritanya, kalau nak detail leh ke https://www.sharerice.com/index.php/Song_Huajai_Nee_Puea_Tur
ini masa zaman lepas, orang thailand kan percaya pasal kehidupan lampau, so kebetulan Kew tu adalah nenek Kewalin, tapi siapakah Mek?
hehe, suka babak atas ni, sebelum terjadi part2 romantis ni, hero-heroin gaduh, then hero pujuk, heroin still tak layan, ntah cam mana, masa perjalanan balik, hero accident, heroin pon kalut p hsopital tengok.. rupanya cedera sikit aja, tak perlu nak admit, sekali balik rumah, hero ajak heroin tidur sekali (tidur je ye).. dah dok 1 katil, hero apa lagi usik la heroin ;)
hat atas ni, memang seriau tengok hero, gila2 dia protect heroin.. bila dia jadi ganas, automatik kaler baju berubah ke hitam
yang ni adik hero bercinta dengan abang heroin.. walaupon memula saya skip adik hero dengan doktor hero, tapi bila diorang ni start baik, saya redha je la dengan mereke berdua
yang kedua baru je saya habis tengok..,
KULARB RAI GLAI RUK or Evil Rose Becomes Love
Grate Warintorn Panhakarn as Chonchanok (Chon) & Peeranee Kongthai (Matt) as Naetchanok (Naet)
memula bosan, tak tau nak buat apa, so try la google lakorn yang best, then nampak lakorn ni dah ada full eng sub kat youtube. saya pon apa lagi terus tengok, nak download terasa tak mood sebab external hardisk semakin penuh, sob sob.. k, lepas dah tengok 1st episode pertama, saya suka.. saya suka dengan watak heroin yang tak lemah-gemalai.. marathon sampai ep 6, tengok tanpa skip.. makin best ep 7-8 tapi bila dah nak dekat2 habis, terasa menyampah lak dengan watak heroin yang terlalu spoiled brat.. tapi ini drama sahaja kan, details synopsis dekat sini, https://www.sharerice.com/index.php/Kularb_Rai_Glai_Ruk
epic moment, heroin wat kacau kat majlis bapa dia
suka part bila hero-heroin terperangkap dekat 1 tempat, masa tu hero dok try ayat heroin, hehe.. lepas kejadian tu depa jadi sweet... ah, suka tengok senyuman Khun Chon bila dia merenung Naet
oh, termasuk lak picture Grate ni.. aigoo, bertambah lagi la list favorite actor saya
honestly, saya tak begitu recommend untuk kularb rai glai ruk ni sebab akan rasa annoying dengan watak Naet.. untuk tengok ke-sweet-an Chon-Naet boleh repeat ep 6-8 kot, lupa lak, hehe
~persamaan antara dua lakorn ni,
1) hero sanggup bermati-matian demi heroin, kira sayang gila la
2) hubungan couple lain yang pelik, cth, SONG HUAJAI NEE PUEA TUR (adik hero bercinta dengan abang heroin) lagi pelik KULARB RAI GLAI RUK (bapa heroin kahwin dengan adik hero)
3) ada villain iaitu 2nd lead heroin yang kacau relationship lead hero-heroin
p/s : terpaksa menghentikan menonton Neung Nai Suang versi Ken-Janie sebab video tak berapa cun, episode panjang & asyik tingat James-Yaya ja, ahakz!
Monday, 25 January 2016
korean drama 2016
assalamualaikum.. good evening everyone
hari ini nak cerita pasal korean drama 2016 yang baru saya tengok.. actually dah lama tak layan korean drama.. last tengok hari tu sassy go go! tu pon tak buat review lagi rasanya.. tapi paling best & saya layan tanpa skip ialah Hello Monster..
ok la untuk tahun 2016, drama 1st saya layan and completed,
Splash Splash Love
lakonan Yoon Doo-Joon & Kim Seul-Gi
hero leader Beast & heroin ada berlakon dalam Oh My Ghost
ok la, ada 2 episode, lama dah download, laast week baru tergerak hati nak tengok.. omo, best cerita ni, ala2 fanstasi gittew.. tapi kenapa dua episode saja? rasa tak puas tengok
heroin p masa lampau sebab tak nak ambil exam, terjumpa 'king', ada masalah negara dll
part lawak, heroin boleh buat gaya tarian gangnam sytle masa tunggang kuda, aigoo
spoiler* ending..
baru perasaan Doo-Joon ni hensem and pandai berlakon walaupon kekadang shy, ini la 1st saya layan drama beliau, sungguh tak mengecewakan.. ah, rasa cam nak repeat je part dia mai running man yang lari laju gila tu, kekeke
2nd, saya tengok 2 episode last je drama ni,
Reply 1988
memula tak ada minat sangat nak tengok sebab saya suka Reply 1997, yang Reply 1994 tu tak ada mood nak tengok, tambah lak Park Bo Gum bukan lead.. tapi bila dah siap download, tengok 2 episode last, wah daebak.. lakonan Hyeri dengan Bo Gum memang menjadi.. disebabkan saya #teamparkbogum eh #teamtaek, memang suka la couple ni.. jalan cerita still lagi teka siapa 'husband' tapi kali ni banyak pasal kekeluargaan, kejiranan & kekawan-an..
~lucu statement sorang ni, dia cakap, entah2 masa Hello Monster tu, Park Bo Gum dah tanya dekat abang dia, (Seo In Guk) cam mana nak dapat 'girl' dalam Reply series, hehe
then, 3rd drama yang saya tengah gila tengok,
Cheese in the trap
baru episode 6, masuk hari ni episode 7
lakonan Park Hae-Jin & Kim Go-Eun, ada Seo Kang-Joon
memula tak sangka akan minat drama ni, heroin tak kenal, hero pon ok la, tapi bila layan 1st episode, wah.. daebak~~ 1 hari marathon sampai 4 episode (masa tu baru release 4 episode), adaptasi dari webtoon, tapi webtoon still ongoing, harap2 best ending untuk Yoo Jung & Hong Seol
oh ya, suka dengan watak Baek In-Ha yang over tu, haha.. memang dramatik sangat
yang ke-4, baru start je last week,
Neighborhood Hero
semangat nak tengok sebab ada Park Shi Hoo, hoot hoot
tapi ada Yuri lak (sorry sone), saya tak minat Yuri, lau Sooyoung leh terima lagi, tapi jalan cerita cam best, try je la layan 1 episode.. lagipun cerita ni cam fokus dekat hero ja, hehe
Wednesday, 30 December 2015
drama based on novel 2
assalamualaikum
dah lama rasanya tak post sal drama melayu kat blog.. hari ni saya nak cerita pasal drama melayu, still lagi based on novel, musim kan sekarang ni.. ada yang best and ada yang kureng best, antara yang latest saya tengok...
nak tengok sebab 2 pelakon utamanya, bukan fanatic depa cuma dah lama tak tengok depa berlakon drama.. memula tengok best gak walaupon banyak part manolog Zara, pastu Aaron yang malu2 nak bersuara, perlahan je dia bercakap, gigih saya kuatkan volume
berdasarkan apa yang saya baca dekat blog, review novel, ada sedikit perbezaan. xkan nak buat 100% sama kot, hehe.. tapi tang ending cam tak complete sebab tak huraikan tangan yang selalu memerhati depa, motif kak engku kuar tang last..? (still question mark until now)
tertengok sebab tengah boring time tu.. ok la layan jugak.. cuma saya tak boleh nak hadam part cakap diorang yang terlalu kasar bagi saya.. ye, saya orang penang, cakap memang kasaq, tapi cara Iman dgn Aus cakap kasar, tambah bila dah kawin.. may be pengarah or dalam novel cam tu kan
yang best, muka Aus yang gatal tu, haha.. kebaikkan Dato & Datin jaga adik beradik Iman, konflik pon tak banyak sangat, watak jahat pon tak begitu psiko
nak tengok sebab ada Syukri Yahya, hahaha.. layan 2,3 episode boleh la.. tapi bila baca review novel, rasa nyesal lak, sebab heroin sanggup wat cam tu.. tak kira tak suka dekat tunang pon, sebab family arrange kan tapi dah tau bila bertunang tak baik punya layan lelaki lain.. hero pon kena behave, jangan call, ganggu bila tau orang tu dah bertunang. nasib baik hero Encik Tengku, kalau hero dia orang lain, habis la Encik Tengku tu..
lepas Tuan Anas Mikael, sambung drama ni.. memula dah ikrar dalam hati, tak nak tengok sebab tak minat Emma Maembong, tak nak tengok Amar Bahrain (biar abang zen ja dalam hati), sekali tertengok, rasa best lak, dengan review novel lagi.. I must watch dis drama.. balik siap download, hehe.. tak sabar nak tunggu last episode.. go farhah-dr syed
oh ya, suka gak dengan lakonan pembantu dlm drama ni, npk cam real ja, pastu ada parodi dr Michael Ang, terkekek gelak :D
oh ya, suka gak dengan lakonan pembantu dlm drama ni, npk cam real ja, pastu ada parodi dr Michael Ang, terkekek gelak :D
p/s : terasa malas lak nak bubuh synopsis novel 0-0v
Monday, 28 December 2015
k-pop : leader's voice
assalamualaikum..
tetiba mai rajin mood nak kaji sal kpop.. baik kata adik sepupu saya, kpoppers, haha
ok, setiap group kpop mesti ada seorang leader. dia dipilih macam2 cara, ada yang dipilih sebab paling tua, paling banyak bersuara, paling berbakat or dipilih sebab group tu dibuat, dia lah orang 1st or dapat jadi leader sebab semua member tak nak, hehe
dekat bawah ni saya senarai kan leader yang ada trademark suara.. maksudnya bila kita dengar dia nyanyi, kita tau group tu group mana.. err, faham kan?
1) INFINITE
saya bukan Inspirit, just tau sikit2 lagu depa, tapi bila dengar sekali, dah tau lagu Infinite.. Selain boleh detect suara leader - Sung Kyu, lagu Infinite gak boleh cam/tau sebab music lagu depa ni lebih kurang sama
2) GIRLS GENERATION
masuk gak girl group kan, hehe.. sapa yang tak kenal dengan group ni kan.. suara Tae Yeon memang daebak, lagipun selalu bab yang tarik tinggi2 ni suara beliau
3) GOT7
wakil dari jyp, hehe.. GOT7,.. tang chorus selalu suara JB, nak bubuh lagu if you do, lambat sangat part beliau
4) CN BLUE
memula nak bubuh Hong Ki, tapi beliau bukan leader, so bubuh la CN BLUE, suara Yong Hwa memang best, boleh dapat detect, lagu2 yang dia buat pon best!
5) BIG BANG
yang ni harus ada.. lagi 2,3 tahun boleh jadi legend dah.. oh G-DRAGON (speechless dah)
mesti pelik kenapa tak masukan 2PM (leader depa dah kuar, apa2 sekarang yang cakap Taecyeon. Jun.k lak nyanyi sedap), Super Junior (serius sampai sekarang tak tau mana 1 suara Lee Teuk, tau suara Dong Hae & Si Won, Eun Hyuk ja), EXO lak sebab bias dekat D.O, Sehun, Chanyeol tau depa ja la, hehe
Thursday, 10 December 2015
MUST DATE THE PLAYBOY
Assalamualaikum...
sementara nak tunggu link kuar untuk Aku, Kau & Kita, sempatla saya nak review 1 pinoy movie ni
Must Date The Playboy
Chloe break-up dengan Zach, then Chloe ada pengganti, tapi sebab risau Zach ni akan ganggu dia, dia suruh Tori, kawan baik dia untuk pikat Zach and the attention will go to Tori. Then, Zach nak ngorat Tori untuk dia dapatkan Chloe kembali, so the story begin...
dont worry, the ending will be happy ending even-though da sikap 'jahat' sikit dekat Chloe tapi the end sweettttt ala2 cupcake Tori :)
Xian Lim & Kim Chu
ini kali ketiga saya tengok gandingan mereka berdua selepas Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? and Bride for Rent.. so far, gandingan mereka berdua ok, sebab in real-life memang couple pon, cuma Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? adalah filem yang the best untuk mereka berdua bagi pendapat saya la
Chloe & Tori
kan best lau dapat kawan cam ni, oh ya sebut sal kawan.. kawan pertama saya, ilaaaa akan kahwin dis week, congrats (OT jap)
ni pulak kawan depa dua juga, watak ala2 gay gittew tapi cute, hehe
kenapa sekarang Xian Lim makin kurus, muka pon makin cengkung, rindu masa dia zaman ni,
hensem bangat
ari ni mood tak datang lak untuk type pepanjang.. mata pon dah ngantuk, kepala pon cam pening2 sikit, moh la kita tidur, sebelum tu gosok gigi, ambk wuduk dan baca doa sebelum tidur :)
wasalam, good night uolls!
Sunday, 6 December 2015
PHOPE RUK & NEUNG NAI SUANG - done!
Assalamualaikum..
Welcome December!
Cepatnya masa berlalu, kejap ja dah masuk bulan 12. Blog pon lama tak update
Kali ni nak cerita
pasal lakorn yang telah habis saya tonton. Kali ni ada 2 lakorn..
First, Phope Ruk
Lakonan Prin Suparat &
Bella Vanita
Memula excited nak
tengok sebab ada Mark, dah lama tak tengok beliau since Pancyachon Kun Krua tu
(padahal selalu ja stalk beliau kat IG).. Dalam lakorn ni dia jadi polis..
sekarang badan pon dah sado sikit tapi muka still cute, hehe
Phope Ruk bermaksud Two
Worlds of Love cerita bermula heroin
accident pastu roh dia berlegar2 di bumi, tak sure dia dah mati ka belum,
terjumpa dengan hero yang tengah menyiasat kes heroin dekat tempat kejadian.
Kebetulan hanya hero ja yang boleh nampak heroin, so heroin ikut hero balik
rumah lepas hero terambil rantai heroin (ala2 azimat heroin la). Then, momen2
lawak plus sedih terjadi bila hero tau heroin ni roh/hantu. Comel jak muka Mark
time ni, tapi kesedihan Bella tak berapa nak menjadi mungkin sebab saya asyik
focus dekat Mark je kot
Inspector Yeoo yang takuit, hehe
Lepas tu bermacam la
rintangan dan dugaan yang dihadapi, then ada part bila hero tak ingat sapa
heroin ni bila hero sedar dari lemas, heroin dah kembali ke badan dia.
Vice-versa. Tapi yang paling saya suka reaksi hero masa dia ‘hilang ingatan’
totally muka tak kenal dengan heroin
Overall, lakorn ni
best, Cuma saya tak download sebab file besar2, tengok 2 episode dkt viki,
lepas tu tengok dekat www.kwarmmeud.com will
repeat for this lakorn J
carta aliran para pelakon
Nak sangat tengok
lakorn ni sebab jalan cerita dia, time ni mencari lakorn yang slap-kiss,
revenge yang soft2 gittew, kalau heavy emosi sangat.. so baca sipnosis cam ok
walaupon ada yang cakap tahun 2005 lagi best tapi ntah kenapa still nak tengok,
hehe.. Ok dah done tengok – best!
Neung Nai Suang
bermaksud One in my Heart.. dimulakan cerita dengan hero baru balik dari luar
negara, then pergi la majlis social, sebab hero ni anak orang terkenal, dengan
raut wajah yang hensem lagi pandai, dekat majlis tu dia jadi tumpuan semua
orang.. then ada lak tarian, heroin dipaksa masuk oleh kawan baik dia, secara
tidak sengaja heroin partner dengan hero tapi heroin tarik diri sebab tak nak
menari dengan hero.. pastu nanti hero tau la yang heroin ni dulu musuh dia time
kecik
Stress sikit dengan lakorn ni sebab hero ni dah suka dekat heroin tapi asyik dok kacau heroin dengan kasar, pastu jeles.. heroin pon bila dah suka xmau ngaku tapi bila Nampak hero dengan heroin lain tak senang duduk.. paling suka dengan family heroin, sayang dia cam family sendiri, last dua2 sepupu dia ada pasangan
Stress sikit dengan lakorn ni sebab hero ni dah suka dekat heroin tapi asyik dok kacau heroin dengan kasar, pastu jeles.. heroin pon bila dah suka xmau ngaku tapi bila Nampak hero dengan heroin lain tak senang duduk.. paling suka dengan family heroin, sayang dia cam family sendiri, last dua2 sepupu dia ada pasangan
Kalau nak tengok
lakorn ni boleh tengok dekat nekomeowmeow.wordpress.com saya pon dah habis
download, gigih tidur pukul 2,3 pagi sebab nk layan drama ni
Kan comel kalau Khun
Anawat eh P’Neung (mesra sikit panggil) wat rambut cam ni,
ok dah habis demam lakorn, nak sambung download..
Subscribe to:
Posts (Atom)














































