Saturday 13 September 2014

Perfect Couple

hai... sementara tggu cik pinas mai, kita wat entry ke-3 sat

lepas dah habis lakorn tu, tertengok iklan ni kat astro.. egtkan xdpt channel 308, tengok2 dapat, so apa lagi, sekarang pukul 7 tercanggak tengok drama cina ni.. no more dah slot akasia, sebab dah bosan cita adaptasi pastu kahwin paksa, lama2 tak suka, nt bila dah suka mai orang ke3.. tapi drama ni pon kena kahwin paksa gak.. errr..


Perfect Couple

baru tengok sampai episode 5.. nak download lom ada yang full lagi


heroin-hero

Tiffany Tang-Wallace Huo

Yu Qi Ling-Jin Yuan Boa

setakat 5 ari tengok ni, ok lagi la.. ada lawak2 sikit, pastu suka tengok costume depa cantik2.. tempat shooting pon cam menarik, rasa buat kat studio tu..

cuma bila tengok last iklan tu, ada babak2 sedih.. huhu, lagi 40 episode nak layan, boleh kah? yang hotel king tu 32 asyik pending last 4 episode terakhir, hehe

layan dulu picture hero yang hensem ni.. sebab beliau, terlayan drama cina ni



dok tengok lakonan hero ni, dok pikir kat mana tengok beliau, google punya google, tau dah dulu dia berlakon drama taiwan 100% senorita..


muka dulu kala ;)

ok la, nak off dah lappy, nanti kita sambung lagi, daaaa




ROY MARN - done!

assalamualaikum, entry ke-2..

ntah tetibe je, tertengok, terlayan lakorn ni, memula baca dekat blog orang je, kata best lakorn ni, tgk 1st terus terminat.. tak sampai dua minggu kot layan drama ni habis dkt viki.. actually nk download tapi apakan daya tak jumpa yang dah ber-subtitle kat youtube :(

ni dia lakorn yang saya layan tu...


Roy Marn
(Trace of the Devil or Don't Marry Me)

drama thai tahun 2011, tahun 2014 baru ku nak tengok? haha, lambat sangat kan
tapi yang best lau kita tengok lambat, leh tengok sekaligus, xyah nak pening2 pikir nanti jadi apa, ending cam mana khen.. (ayat cover)

k, saya bagi sikit sinopsis... drama ini mengisahkan Mark terpaksa berkahwin dengan May, sepupu Bee sebab nak balas dendam antara bapak Mark & bapak May, adalah konflik keluarga terjadi.. bapak May ni berhutang dengan bapak Mark, so, dalam terpaksa dia kena la kahwinkan anak dia.. masa hari perkahwinan, May hilang.. majlis dah siap semua, Bee terpaksa berkahwin dengan Mark. Bee ni sangat bencikan Mark even dia tau Mark ni sepupu dia.. Mark ni playboy sikit, banyak la gegurl mau kat dia, terutama Wimada yang still dok kejar dia lepas diorang putus.

lepas dah kahwin Mark & Bee, baru terbongkar rahsia yang May kena culik & rogol before wedding tu, Athit yang tau May kena rogol, disebabkan orang yang culik & rogol dia (nama lupa lak) dah mati, so Athit diamkan ja.. lepas May dah sedar, dia nak Mark balik, time ni baru nampak Mark & Bee dah sama2 suka. then, May gunakan alasan dia mengandung anak Mark menyebabkan Mark & Bee ambik keputusan nak bercerai.. sedih part ni.. tapi ending best, haha

panjang pulak sinopsis ni.. nak introduce hero (pra'ek)



Boy Pakorn Chatborirak as Mark

hero xla hensem sangat kan, cute la sikit, haha

memang beliau suka simpan misai & jambang cam tu kot.. lakonan menjadi anak bapak memang good.. sanggup ketepikan semua benda untuk bapa tersayang, cewahhh~~ suka part dia nak memujuk Bee, kira kimia depa ni cun la

ni lak heroin (nang'ek)


Margie Rasri Balenciaga as Bee

suka watak heroin, walaupon kadang2 nampak kasar, manja terlebih tang last2 ada gak emosi.
kesian dengan dia sebab mak bapak meninggal masa dia kecik lagi, so nenek dia yang jaga.. walaupon npk cam boyish, tapi sanggup wat apa2 untuk nenek


part masa kena kahwin paksa, sememeh ja muka pengantin perempuan


antara pelakonnya..




bukti keganasan Bee


masa ni Mark dah start ambik tau pasal Bee, tapi ada lak Sunny (Athit)


sama2 tunjuk sayang dah


Wimada, ex-gf Mark, dengan Tanu (abang ipar kawan baik Bee) scandal ni


oh, masa episode 10 kebawah, saya ship couple ni.. lagi suka Sunny dgn Boobi, Mark & May.. tapi apakan daya, skrip tak macam tu


First Ekkaphong Jongkesakorn as Athit

polis, merangkap teman tapi mesra May.. sebelum May jumpa Mark, May dok main tarik tali dengan Athit.. nasib baik la Athit tau yang Bee tu bukan untuk dia, so apa2 dia buat untuk Bee sebagai kawan dan juga abang saja.


ni la yang menculik & merogol Bee.. kawan dari kecik2 Bee & May.
sebab beliau ni, Mark & Bee kena kawen dan lama kelamaan depa jatuh chenta


honestly, stress lau anda menonton lakorn ni kalau anda tak suka aksi flashback yang banyak2, setiap episode ada ja flashback sal parent Bee, Mark & May

part yang paling best bagi saya, bila Mark dgn Bee nak kena kahwin, then Bee cakap dia tak boleh nak kahwin dengan Mark sebab Mark tu abang sepupu dia, dah rasa macam abang sendiri, (padahal sebelum tu tak pernah mengaku pon Mark tu sepupu dia) then bapak Mark cakap mak Bee bukan adik beliau, perghhh, troll sangat, haha

apa2 pon memang menarik drama ni, rasa nak repeat je la.. oh ya, saya dah habis tengok Wanida & Full House (versi thai) tapi tak tau la bila nak update kat sini.. sekarang dalam hardisk ada 1 lg drama thai, 'Game Rai Game Rak'

sekian.. sambung di next entry :)













2PM - Go Crazy

assalamualaikum..

ari ni 13th september.. :)

lagu terbaru dari 2PM


tema depa kali ni, funky sgt2.. pastu mmg dengar macam Jun,K punya taste, lagu ni dia yg buat..

dengar berkali2 best jugak, tapi saya lagi suka 'hands up', hehe

oh, comeback kali ni depa bawak sekali lagu 'i'm your man' versi Korea

ntah kenapa lau lagu asal Korea ke Jepun, rasa pelik, lirik cam tak kena, tapi bila lagu ori Jepun ke Korea rasa best lak dari versi asal, hehe.. lau perasan music Jepun lebih kuat

ni versi live, nak cari yang lain, lom kuar lagi kat youtube (tapi dah selamat download hat ni)




p/s : rindu lak nk dengar whisper 'JYPppppp' ;D