Monday 30 April 2012

#happywooyoungday!

today is 30th April 2011, its mean Jang Woo Young's birthday!! hapy besday my cute wooyoung, hehe


cute kan..? hehe

hari ni, ulangtahun dia yang ke 23 kalau ikut calender masihi, tapi kalau ikut calender korea, he 24th..

he is my 2nd bias after Nichkhun.. hope he will happy always, more handsome, err, more cute pon okay gak, hehe..

oleh itu, mood saya sekarang.. hm, nak bubuh lagu apa ek?


move on.. wooyoung feat junho

oh ya, still waiting for wooyoung debut for his single song.. :)




Saturday 28 April 2012

THE PRINCESS MAN - done!

Setelah hampir sebulan mendownload, finally, berjaya juga saya menghabiskan menonton drama ini, walaupon da skip2, especially tang babak2 sedih dan babak2 action.. tak sanggup nak tengok lawan2 ni, huhu.. babak sedih memang sedih, buat saya hampir2 mengalirkan mata..

jalan cerita yang sangat menarik bagi saya.. permulaan yang sweet, bila nak dekat akhir cerita, agak sedih, saya suka dengan perkembangan watak Princess Kyung Hee dengan husband dia dalam drama ni, Jung Jong, oh ya, saya suka jugak dengan watak kawan baik hero, Jung Jong dan juga Shin Myun yang sanggup mati demi menyelamatkan kawan baik.. sedih sangat babak ni, *sobsob*

watak bapa Se Ryung, Prince Su Yong memang jahat sanggup bunuh ramai orang, menyingkirkan anak saudara sendiri untuk naik takhta, jadi King, tapi nasib baik tang akhir tu, dia dah insaf sikit, tak nak dah ganggu hero-heroin..

Kim Seung Yoo, mula2 sangat periang (suka time yang dia jadi 'teacher'), sweet2 je, tapi bila bapa dan abang dia mati dibunuh, dia menjadi pendiam, pendendam, tapi pada masa yang sama masih sayang dekat Se Ryung walaupon time tu dia dah tau yang heroin punya bapak nak bunuh dia.. Bagi saya, Se Ryung, watak yang lemah-lembut dan degil pada mulanya, ha, akhirnya memang dia degil, memberontak sebab dia tak suka apa yang bapak dia buat untuk jadi king, Se Ryung juga seorang yang sangat tabah


akhirnya Kim Seung Yoo bersama dengan Lee Se Ryung, happy ending walaupon hero buta tang last.. :(

p/s: tengah dok melayan drama The King 2Hearts episode 10, lepas ni nak continue Rooftop Prince episode 9 lak.. tidur lewat lagi la, jangan tak bangun time nak p kenduri tunang mira esok udahla, hehe



Wednesday 25 April 2012

CITY HUNTER - done!

finally, 3 kali tengok, done khatam City Hunter, ok, tak la khatam sangat, ada jugak yang skip2.. ;p


tak sangka best kdrama ni.. walaupon da part2 yang boring, tapi bila tang action, wah, best tengok, cuma tu la ending spoil sikit.. tapi nak buat cam mana kan, dah penulis skrip nak macam tu.. hehe

walaupon Lee Jin Pyo mati tang last, tapi tercapai gak hasrat dia nak balas dendam kat 5 orang yang khianati dia dengan kawan dia masa tragedy 1983, benci jugak dengan watak dia, keja nak membalas dendam dengan cara yang kejam, tapi akhirnya dia mengaku dia 'City Hunter' bagi pihak anak angkat dia, Lee  Yoon Sung .. omo, suka sangat Lee Min Ho eh Lee Yoon Sung.. hehe


hensem.. haha


masa jadi 'City Hunter'

eh, terbubuh la pic lee min ho ni.. hehe.. dalam drama ni, lakonan dia memberangsangkan dari drama sebelum ni..

watak heroin Park Min Young as Kim Na Na, best jugak.. 


Bodyguard yang comel.. :)


haha, time tengok drama ni, bila part Gwang Soo, tak rasa macam dia berlakon, rasa cam tengok dia kat Running Man je, haha.. oh ya, watak pendakwa raya tu buat saya sedih tang last, huhu.. dia mati, tak sempat nak berbaik dengan ex-wife dia.. er, bila Lee Min Ho nak datang kat running man je, *tetiba je*

p/s: lepas habis tengok drama ni, dok pikir nak layan cite pa lak.. protect the boss, cam best je, nak tengok cite the sun that embraces the moon, rasa cam tak sesuai lak sebab tengah dok download cite the princess man, nt leh pening layan drama saeguk serentak..



Monday 23 April 2012

membeli dvd

hahaha(baca dalam nada gelak jahat).. motif gelak? sebab puas hati dapat membeli dvd citer korea, hambek kau sekali membeli sampai pesan 11 cerita.. bila la nak habis kan tengok..? hihi




beli kat mana?
saya beli kat sini, cepat je service je, order 10hb, dapat 13hb, (ok, cerita lama, baru nak update kat blog) cepat tu, then kalau da yang tak boleh play leh je gtau kat dia, maklum la pakai laptop yang jarang nak update bagai ni, setengah player tak leh nak play cite tu, tapi xpe, da laptop juthe, hehe


drama korea pe yang saya beli?
ini list nya..
1)the moon that embraces the sun
2)lie to me
3)heartstrings
4)city hunter
5)protect the boss
6)what's up
7)shut up flower boy band
8)myung wol the spy
9)scent of women
10)me too flower
11)flower boy ramyun shop


cukup kan 11 cerita, omo, bila nak tengok semua ni? haha, saya pon tak tau.. banyak ni yang pending kena tengok, 11 cerita ni, runningman, the king 2hearts, rooftop prince ongoing, dengan nak mendownload lagi, aigoo, lappy kesayangan ku jaga ye kesihatan kamu baik2, lama lagi nak guna nih.. ;)



ISTERI SEPENUH MASA by SURI RYANA


Sinopsis:-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

sinopsis diambil dari blog kak Suri Ryana


My Opinion:

hebat penangan penulis ni, Suri Ryana, buat saya tak sanggup nak tinggal membaca bila dah mula start membuka helaian pertama, sanggup tinggal kdrama saya, sanggup tido lewat.. novel ini buat saya jadi 'gila' nak membaca, hehe

saya mula kenal dengan 'isteri separuh masa' dari blog beliau, memang layan la.. best sangat2, bagi saya beliau pandai mengolah cerita, buat saya tertanya-tanya tentang Medina Izwani & Dr. Nazrin Shah, tiap2 hari melawat blog beliau untuk membaca enovel ni..

akhirnya, pada 21st April 2012, dapat gak membeli, hehe.. masa pegang, eh, nipis, x macam M.A.I.D yang tebal tu, xpe2, rembat je.. malam tu jugak baca ending, hehe.. malam tu gak start membaca dari 1st page, tapi x sempat habis, stop kat pukul 4am, sambung tadi pagi, tengahari kuar jap, petang baru habis mengkhatam, lega..

honestly, novel ni kureng dari 1st novel beliau, may be saya terlalu mengharapkan yang lebih, tapi novel ini still enjoying bila baca, saya suka bila watak yang ada buat saya terfikir yang tidak stereotype, ya, basically kahwin paksa adalah main story, tapi perbezaan jalan cerita buat saya tak boring, gaya penulisan yang dikarang buat saya terus-terusan membaca, good job Suri Ryana..

more than that, saya suka bila kali ni dibawa ke Bali, rasa cam nak g Bali lak, konfom lepas ni, novel beliau, kita akan dibawa ke Seoul lak, hehe.. saya suka bila latar tempat novel ni mostly kat Penang, cuma saya dok pikir kat mana ek rumah Medina-Nazrin ni? dekat area USM ye kak suri..? hehe

tentang watak sampingan lak, tang last baru saya dapat detect yang nenek n mak timah dah tau sal zita tu, cara zita hilang tu buat saya pelik, cam tu je dia hilang? lepas tu watak obsesi zafril kat wani tu best, cuma tak cukup la watak romantikus winter sonata dua kat hero-heroin, sekejap sangat rasanya, huhu, nak tau lebih detail apa yang berlaku kat Bali tu, dengan lepas depa(termasuk lak loghat utghara cek) berbaik hehe.. *gatainya saya*

p/s: oh ya, ada novel terbaru Suri Ryana dalam blog beliau, Playboy itu suami aku?.. wah, xsabarnya nak membaca bila dah kuar novel



Sunday 22 April 2012

Uncle Usin & Nando's @ QB

tadi, tengah hari kuar dengan cik syafiza, niat saya nak belanja untuk birthday dia, sory ye, lambat sikit belanja.. sebelum g makan, kitaorang decided nak g tengok wayang, tanpa berfikir panjang, terus g beratur dan beli tiket wayang, citer Uncle Usin..



seriously, bagi saya filem ni agak boring, kalau main kat slot cerekarama, rasanya tak tengok kot, hahaha

adalah lawak sikit, tang scene zizan & johan tu, yang lain cam boring je, berapa kali saya dok menguap, cik syafiza pon sama.. nak kata rugi tu, xleh la, dah tengok kan..

tajuk "UNCLE USIN", dilakonkan Nabil, tapi setakat 2 scene, tang dia call zizan mintak duit sewa, tang last sekali, what the heck? ;p

nak cari sinopsis pon dah malas, kalau nak, google je la..

lepas gelak sedikit dengan filem tu, kitaorang g makan, fikir punya fikir, akhirnya g makan kat nando's.. 2nd time makan kat situ.. wat pro je duduk n order, nasib baik boleh.. hehe.. tetiba bangga dengan diri sendiri..

saya dengan cik syafiza makan yang ni,


saya ambik yang ni, sama gak dengan cik syafiza, cuma beza tang ayam, saya punya mild, dia hot sikit


caramel cheesecake, sedap ni..

alhamdulilah.. kenyang makan ni, basically sama je cam kat kenny rogers, cuma beza kat KR, ayam dia less sugar, salt.. kat nando's lebih salt.. service ok, saya suka.. hehe..

time nak bayar, saya tengok kat bill not include harga cake, so, gtau la kat budak tu, bila dia kira balik, memang x masuk harga cake, naseb baik saya gtau.. omo, baguih nya.. hehe.. bab makanan x boleh wat xtau sal harga, pembayaran, lau benda pakai kalau x perasan, xpa kot.. hihi.. :)

ok la, rasa cam banyak lak post ari ni, udah2 la tu, sok sambung lagi, pending cerita g langkawi dengan sal pembelian dvd..ayat, haha.. oh ya, sok kalau jadi, nak jumpa dengan puan huda, puan monie and cik syafiza (cik syafiza lagi?).. :O


BICARA HATI by DAMYA HANNA


Sinopsis

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. 

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


My Opinion :

1st of all, tengkiu cik mira bagi pinjam.. lama dah da novel ni kat saya, baru ada mood nak baca and review, dulu dah pernah baca tapi separuh je, bila start drama bicara hati, tiba2 ati meronta2 nak membaca balik, hehe

di-compare-kan antara novel and drama agak berbeda.. rasanya novel best lagi kot, x payah membayangkan zahlia cam kat drama yang agak kaku berlakon, ops, sory.. hihi

novel ni best cuma konflik cam banyak, suka watak zahlia dan tengku syahran, bijak penulis mentafsirkan dan mengembangkan watak utama, lagi pon ni kan 1st novel untuk Damya Hanna, novel ni buat sya kenal beliau dan tercari2 novel beliau yang seterusnya, pa2 pon rasanya ni novel terbaik dari beliau

cuma, bila dilayar tv kan jadi tak best, cerita agak longgar, ye, saya tahu ni saya view sebagai pembaca novel bukan penonton drama tersebut, tapi apa yang boleh kata kan, dari 1st episode saya download sehingga hari ni, dah download episode 16, agak boring, saya main skip je tengok, haha.. just imagine tengku syahran for Sharnaaz Ahmad, tapi zahlia bukan untuk Christina Suzanne tu, sorry again.. ;)

ok la tu je kot review saya, tak tau dah nak type pa, :D

p/s: saya baru membeli novel, Isteri Separuh Masa, bila la nak membaca ni..




Banjir di office..

14 April 2012, dilaporkan bilik bos dengan bilik puan, dimasuki air.. keadaan agak teruk sehingga banjir di kedua-dua bilik, boleh dikatakan fail 80% basah, dimaklumkan boss ada kat port klang. 

eh, dah2 la laporkan berita, nak tunjuk gambar sebagai bahan bukti.. 



tempat saya, disebabkn bilik boss banjir, kena la menumpang letak file2, kertas2 yg tak kena air


bilik cik puan


keadaan semasa mengeringkan file

agak teruk la, benda ni berlaku sebab bocor di kawasan bumbung,, tambah lak sehari sebelum tu hujan lebat

sekarang dah okay, tapi tak kemas bilik boss lagi, rasanya next week dah kena kemas sebab boss akan balik next2 week (?), lagipon rimas la tengok file bergelimpangan cam ni..

kepada boss, x perlu risau sangat, cuma bila anda balik nanti, mesti terkezut tengok.. :)


Saturday 21 April 2012

2PM Parody "THE MOON THAT EMBRACES THE SUN"

asslamualaikum.. morning.. 

jarang2 berlaku ni, post pepagi.. haha

ok,jap je nak post ni, sebelum nak p mandi (eh), cari makan jap.. sebab dok tengah download hat ni.., 2PM Parody "THE MOON THAT EMBRACES THE SUN".. haha, ramai orang kata best, lawak.. saya baru nak download tengok..


Part 1


Part 2


Behind the scene punya..

credit to- WeAreHotWalker channel, youtube



Wednesday 18 April 2012

City Hunter

ya, saya baru nak tengok kdrama ni, amat terlewat..


bukan apa, sekarang kan susah nak mendapatkan stok cite korea, so, saya decide beli dari cik amoi (nanti saya story sal ni ye).. baru dapat tengok semalam.. marathon sampai pukul 4am, sampai episode 8, skip pon sikit2 je, sebab apa? sebab kdrama ni best, hehe


saya rasa Park Min Young (Kim Nana) sangat cantik dalam drama ni, Lee Min Ho (Lee Yoon Sung / John Lee / Poo Chai) handsome as usual.. ;)

disebabkan laptop saya xda media player untuk tengok city hunter, terpaksa la meminjam lappy kak sepupu saya, tapi nak meminjam selalu segan lak, so pending dulu cite tu.. sekarang gigih mendownload The Princess Man..



Saturday 14 April 2012

The Princess Man

gila, gila, gila..


ya, saya sudah gila dengan drama korea ini, The Princess Man.. download 1 part, tengok 1 part, download 1 part, tengok 1 part, begitu la keadaan saya sekarang.. sementara menunggu saya download yang next part, marilah kita berbelog dulu ya..


Kim Seung Yoo & Lee Se Ryung

entah kenapa saya tersangat suka drama ni, drama ni buat saya sangat2 curious sal next episode, so addicted.. ha, hambek kau, sekarang ayat hebat kuar, haha..

saya baru tengok episode 5, pergh! best kot, kenapa saya tak perasan ke-best-an drama ni, kalau x, mesti tengok on9, or download awal2 lagi, huh!



tengah dok tunggu hp di-cas, tanaman cityville cukup ranum, sempat la post, oh ya, kalau da typo or penggunaan tatahabasa yang merepek, maafkan saya, saya sangat ngantuk sekarang..

exaclty banyak cite nak post ni, tapi tu la kekangan masa, tambah lak, esok nak g langkawi.. hehe.. nanti balik la saya update kan semua story tersebut..

ok la, dah tak tahan ni, mata dah rabak, tangan pon dah merapu nak taip, undur diri dulu ya.. kbai

p/s : nanti bila dah habis saya tengok/download the princess man, saya buat review ye.. sok nak g langkawi, nak beli pa ye?


Wednesday 11 April 2012

BBQ at Tanjung Asam

sempena cuti umum hari ni, bersempena pertabalan Agong, so, semalam cik mira decided nak wat bbq.. last2 minute preparation.. advance kan, join je la, dah orang ajak, lagipon bukan nak buat pa sangat kat rumah, padahal hati meronta2 nak tengok/download drama korea, oh ya, saya dah habis download drama 'sunny girl/sunshine angel', cam dah lari topic lak ni.. hehe

janji pukul 2pm nak berkumpul kat sana, tapi besala janji melayu, pukul 3pm baru sampai sana lepas beli semua benda.. cik ina, adik kepada cik mira menjadi leader dalam mengipas, membakar ayam, hehe.. tengkiu atas usaha cik ina, kami ber-bbq seramai 6 orang, saya, cik mira, cik ina, cik pinas, cik atirah and cik munira.


keadaan sebelum membakar ayam


siapa ini? hehe


1st round ayam dibakar


snap pic by cik pinas eh cik sha.. :)



tengok dok sedap melantak tu, da call kata da gempa bumi/tsunami.. omo

apa lagi, terus berkemas, walaupon saya clueless, depa je yang kemas, saya tengok je, hehe.. dah ramai kan rajin, saya buat2 la xrajin.. eh

dalam pukul 5lbh, saya selamat sampai di rumah cik pinas, sembang2 sambil minum air oren float, (sedap!), saya makan lagi ayam bakar tu, ye la, mana cukup kan makan seketul je tadi, sedap lak tu.. hehe

tu je kot yang saya nak post hari ni.. semoga warga Acheh selamat semuanya, dengar cite, gempa bumi skala 8 ritcher lebih kat sana, syukur alhamdulillah amaran tsunami dah ditarik balik..

p/s: hope saya nak g langkawi sabtu ni berjalan dengan lancar, amin..




Tuesday 10 April 2012

BESDAY CIK MIRA

pada hari ahad yang lalu, bersamaan 8th April 2012, saya telah menyambut ulangtahun kelahiran kawan saya, cik mira yang ke-24 tahun, agak lewat dari tarikh yang sebenar.. skemanya ayat, haha..

ok la, exactly nak post malam ahad tu jugak, tapi sebab sibuk tgk abpbh25, line tenet pulak main2, so, baru hari ni ada masa untuk hapdate post..

selalunya bila time besday kawan/adik-beradik saya, saya akan tanya, nak apa? bukan pa, ye, memang tak surpise, tapi bagi saya dari depa tak puas hati dengan hadiah yang diberi, baik tanya siap2 kan, ok, not so surpise..

tahun ni, saya tanya cik mira, nak hadiah besday apa? so, dia kata nak dibelanja makan.. makan the Manhattan fish market.. amboi, demand tol cik mira, x pa la demi member2 kan.. saya pon belanja yang ini kat beliau..

 


sup mushroom


nama apa ntah, lupa lak.. tapi sedap, da rice, fries, prawn, fish, mushroom.. not bad la, 1st time makan the manhattan fish market, hihi

 
selepas makan, kami pon tengok wayang, cik mira demand sekali lagi, nak tengok citer Wrath of the Titans, 3D punya.. adoyai.. saya pon tengok la cite tu, padahal bukan minat sangat cite mat salleh ni.. haha


Wrath of the Titans in 3D

jangan di tanya sapa pelakon, pengarah, jalan ceritanya.. sebab saya masuk tengok pon sebab cik mira, hehe

ok la cite ni, basically sal pergaduhan anak-beranak turun ke next generation, adik-beradik pon dok bergaduh, kisah dewa2, fiction yang over sikit, eh.. bila tengok 3D rasa cam real, time batu jatuh dari bukit, rasa cam dekat sangat nak kena, hehe


bukti pembelian, hehe..

balik dari makan and tengok wayang, terjadi la aktiviti sopin-mengsopin.. hehe, ayat.. pelik
cik mira beli sehelai baju, saya beli sehelai baju, sehelai tu pon jenuh dok pilih, tengok2 jam dah pukul 7pm.. hari pon nak hujan, redah balik je la.. itu la kisah yang berlaku pada hari ahad minggu lepas, sekian..

p/s: line tenet dis week kenapa asyik putus2, terbantut niat nak mendownload segala, ok2.. kalau esok xleh nak download jugak, akan ku download di ofis.. huhu, tapi saya tak suka nak download kat opis, huhu..



Wednesday 4 April 2012

Chicken Cordon Bleu @ SECRET RECIPE


CHICKEN CORDON BLEU
*picture ihsan fb Jut Juliana, hehe

ini makanan feveret saya kalau makan kat Secret Recipe, selain kek nya yang sedap, hehe

tadi makan yang ni kat bayan baru, lepas je balik keja, nak g sopin, tapi mana boleh pergi sopin kalau tak makan kan, tingin punya pasal, pergi la makan yang kat atas tu

actually, saya lagi suka design yang dulu, tapi apa boleh buat, ceo SR suruh tukar makanan kan..


X8, FIPPER, SUBWAY, NOVEL & VINCCI

disebabkan line yang men putus2, hp/lappy wat hal xmau nk bluetooth, so, aktiviti hari sabtu yang lepas, yang hendak dijournalkan terpaksa dipost pada hari ni #separuhmerepek



X8

hehe.. ok, setelah hp saya buat hal, susah nak cas, nak dengar lagu pon susah, so saya decide nak beli hp baru, belek2 tenet, dengan harga yang dibajet, boleh la membeli hp bawah rm500.. berkenan yang walkman tu, W8, tapi kat kedai yang murah tu, tak ada lak, so, saya ambk la yang sony experia X8.. ok la, cuma xpro lagi nak guna, tambah yg bertouch2 screen..


FIPPER

omo.. fipper lagi? bukan untuk saya, tapi untung kak sepupu saya, saja je beli untuk beliau, tengah murah rezeki ni.. :) alhamdulilah

SUBWAY

sepatutnya selepas beli fipper, saya g makan subway, disebabkan teruja dengan hp baru, lupa nak menangkap picture subway.. hehe

NOVEL

eh, dah post kat bawah post ini



VINNCI

setelah berpusing2, akhirnya balik jugak kasut vincci, bukan pa, dah tak ada yang berkenan di hati, ni pon kak sepupu pilih, tengkiu juthe, ops, pink? beli je, sebab nampak elok kat kaki saya, hehe.. wahai encik vincci sila la design kasut yang lawa2 sikit, asyik p, tengok yang sama je, tak berkenan di hati la


Tuesday 3 April 2012

SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA by ZURA ASYFAR


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

My Opinion :
saya mula baca novel ni kat penulisan2u, so memang tertunggu2 la novel ni dikeluarkan.. 
dapat je tau novel ni dah dipasarkan, terus saya pergi cari dan beli, memang jadi ketagih balik bila baca novel ni, teruja nak tau apa yang berlaku seterusnya..
tapi apabila saya dah baca keseluruhan novel ni, rasa cam terkilan sebab banyak sangat kejadian yang sama berlaku, contohnya, hero-heroin asyik jatuh sakit, luka sana-sini, lepas tu, penulis mengambarkan hero sangat kacak, heroin sangat jelita, sehingga memukau sesiapa saja yang melihat, then, masa epilog pon dah boleh tau sapa Qira, sapa Acad..
tapi novel ni wajib dibeli, bukan apa, walaupon jalan ceritanya, tipikal dengan novel melayu, cerita selepas kahwin, tapi citernya sangat berbeza, yang pertamanya jurang umur antara hero-heroin, cam mana Syaf dari bekas kekasih abang Chad boleh menjadi isterinya
walaupon saya agak meluat dengan Chad, sebab dia agak cemburu buta, tapi saya suka membaca babak2 Chad cuba berbaik dengan Syaf, oh, babak romantis mereka sangat kureng, naseb bek watak Syaf tak lembut sangat..
ok la, tu je kot nak komen, berbaloi jugak la saya membaca novel yang tebal ini selama 2 hari, lupa cityville, lupa kdrama.. hehe