Sunday 26 June 2011

MV 2PM...

sekarang still dalam mood 2PM, so, nak la post mv terbaru 2PM.. tengok mv ni, baru rasa lagu baru 2PM best sangat2... semua member nampak handsome, hebat, cool, comey, cute, semua la.. haha...


live HAND'S up!


lagu ini pon best gak.. hehe..



LIKE A MOVIE!!!

so, sekarang, mood download mv terbaru 2PM, xkirala stage ka, live ka, semua la.. nak g stalker youtube, cari mv terbaru 2PM... hehe



12pm-10.30pm

ai, tiba2 tajuk pasal jam kan..


hm, tadi saya kuar rumah dari pukul 12 tengah hari, balik rumah pukul 10.30 malam.. awal lagi tu, tapi nenda dah bising, kata balik lewat.. lewat ka? biasala orang tua2 ni, risau kan.. sabo je la, hehe


tadi, tepat pukul 12pm, kawan saya datang ambil, dia kata nak g karaoke, ha??? gilo ka apa nak ajak saya g berkarok? dah la xpernah nak berkarok, tambah lak, saya x berapa sihat hari ni.. tapi kawan punya pasal, layan je la (ni ayat dia, hehe).. berkarok la kami berdua dari kul 12.30-2.30.. 2 jam tu, banyak gak kami nyanyi, lagu jiwang, sedih, rancak, menjerit, semput semua ada la.. bukan sebarangan tempat karok, pergi membuang suara kat NEWEY QB, (1st time kot msk tempat karok cam tu, selalu g teman kawan2 karok kat karaoke jamban, tempat karaoke yang bayar siap2, harga rm1) best kot tempat newey tu, rasa cam kat china/hong kong, eh, kawan saya kata cam kat korea, sebab tempat tu sangat elok, tengok kat luar kecik, bila masuk dalam, waahhh!!... hahaha.. harga ok la bagi tempat cam tu kan.. servis pon ok.. tapi kawan saya kata best lagi kat redbox @ amp.. xpa2, nanti kita try g melalak kat sana lak (nak g berkarok lagi ka), teringat lak kata seorang kawan saya ni, "dulu ida pon xreti nak berkaroake ni, tapi bila sekali kau pegang mic, kau rasa dunia ni kau yang punya"


dah habis membuang suara yg tak berapa sedap ni, tingin nak makan chicken chop.. pergi la kami berdua mencari chicken chop sampai ke BATU FERRINGHI.. jauh tu.. tapi alang2 dah jalan2 sampai sana, pergi jap mengambil angin kat tepi pantai.. tapi disebabkan sampai awal, panas lak kat situ.. time nak makan, tengok menu, agak mahal makanan kat situ, standard la tempat2 cam tu kan.. time tu, terjumpa boyfriend kawan saya dengan girl lain.. adakah patut bagi tau kat kawan saya? hm..





ini la chicken chop n watermelon juice yang xberapa sedap tu.. :p

dah habis makan, ingat nak g night market batu ferringhi, kawan saya nak beli dvd.. tapi tengok jam awal lagi, baru kul 6.30 petang, so lepak jap kat KFC.. lau dok kat KFC, aktiviti makan la lagi.. hehe



nugget n cheessy wages KFC

fuh! hari ini makan je kerja nya.. hehe.. dah habis makan, dah dekat senja, baru buka night market.. so, g la jalan2.. time jalan2 tu, terjumpa lak cekak yang comel, harga murah je, dua rm10..



ini dia cekak yang baru saya beli tadi.. hehe


dah dapat cekak, teruskan misi mencari dvd cetak.. hehe.. saya cam besala cari dvd drama korea, 2-3 kali gak la pusing mencari dvd yang terbaru, kawan saya dah beli 6 dvd.. time saya nak membeli, kedai dvd dah tutup sebab ada rush.. besala kan.. so, tunggu dalam setengah jam, kedai dvd still xbuka, malas nak tunggu, saya balik la dengan kehampaan xdapat dvd korea.. huhu, tapi happy gak, xdak dvd, duit pon selamat la.. xpa, tunggu time gaji nanti, nak beli dvd citer terbaru korea.. :)



Thursday 23 June 2011

Perfect by Pink

actually, saya x minat pink sangat, tapi bila dengar lagu cam best je, tambah dalam mv ni cam da moral story.. lagu ni pon cam memberi semangat..




Made a wrong turn, Once or twice
Dug my way out, Blood and fire
Bad decisions, That's alright
Welcome to my silly life

Mistreated, misplaced, misunderstood
Miss "no way, it's all good", It didn't slow me down
Mistaken, Always second guessing
Under estimated, Look, I'm still around

Pretty, pretty please
Don't you ever, ever feel
Like your less than Fuckin' perfect.
Pretty, pretty please
If you ever, ever feel
Like your nothing
You're fuckin' perfect to me.

You're so mean,
When you talk, About yourself, You are wrong.
Change the voices, In your head
Make them like you Instead.

So complicated,
Look happy, You'll make it!
Filled with so much hatred
Such a tired game.
It's enough, I've done all I can think of
Chased down all my demons, I've seen you do the same.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/p/pink/perfect.html ]
Oh, Pretty, pretty please
Don't you ever, ever feel
Like your less than fuckin' perfect.
Pretty, pretty please
If you ever, ever feel
Like your nothing
You're fuckin' perfect to me.

The whole world stares so I swallow the fear,
The only thing I should be drinking is an ice cold beer.
So cool in line and we try, try, try,
But we try too hard, it's a waste of my time.
Done looking for the critics, cause they're everywhere
They don't like my jeans, they don't get my hair
We change ourselves and we do it all the time

Why do we do that? Why do I do that?
(Why do I do that?)

[Yeah~, Ohh~ pretty pretty please, Ohh~]

Pretty, pretty please
Don't you ever, ever feel
Like your less than Fuckin' perfect.
Pretty, pretty please
If you ever, ever feel
Like your nothing
You're fuckin' perfect to me.

You're perfect, You're perfect
Pretty, pretty please
Don't you ever, ever feel
Like your less than Fuckin' perfect.
Pretty, pretty please
If you ever, ever feel
Like your nothing
You're fuckin' perfect to me.



Kisah Hati by Alyah

hm, tengah boring2, dok fikir apa la nak bubuh kat blog ni, so, saya decide nak tambah kan lagu2 yang saya suka dengar, leh kan.? hehe.. 1st lagu yang saya nak bubuh mesti la lagu melayu.. memang niat di hati nak bubuh lagu korea 2pm, tapi nanti cam xda semangat patriotik lak.. hihi... apa2 pon layan dulu lagu ni..




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya




Tuesday 21 June 2011

dewa cinta...


semalam, balik kerja awal, so, buka la tv3 (maklumla rumah xda piring silver), tertengok slot akasia terbaru ganti NORA ELENA, drama baru, DEWA CINTA, pon di adaptasi kan dari novel.. tapi novel ni xpernah pon saya baca.. try la tengok 1st episod, hm, macam bes je.. layan gak, kira ok la.. 1st tengok sebab ada iqram dinzly, tapi bila tengok, jalan cerita drama ni cam bes gak.. heroin, fasha sandha, (ok, jangan fikir pasal kontroversi dia), fasha ni berlakon not bad la.. ok la dia berlakon, watak apa yang dia berlakon, mesti jadi.. bukan cam setengah pelakon, ops!


saya dah try cari ending novel DEWA CINTA tapi xjumpa lak, hope leh la tau ending drama ni.. kalau bes, nak la download drama ni (ai, download lagi, hehe).. harap2 la nanti bukan june(fasha sandha) bukan kakak iqbal(iqram dinzly).. really hope this drama will be ending happy.. :)



^_^

hehe... senyum + happy + teruja + suka + gembira... y?


sebab 2PM dah release mv lagu HANDS UP! and dah boleh download lagu2 terbaru 2PM..


layan dulu mv terbaru 2PM-HANDS UP


waaaahh!!! memang lain dari lagu2 yang lain.. lagu ni still xleh lawan dengan HEARTBEAT @ I'II BE BACK, may be baru dengar sekali je kot..


( MOOD:layan lagu baru 2PM )



Sunday 19 June 2011

yong tau fu...



apa itu YONG TAU FU??


yong tau fu adalah sejenis makanan cina.. banyak cara untuk makan yong tau fu.. kalau orang melayu biasa nya makan dengan cara stim/rebus bebola ikan, bebola sotong, nugget, sosej, sotong, kangkung dan lain2, dan bahan2 itu di makan bersama dengan kuah pekat yang rasanya macam rojak, cuma pedas sikit.. (ala, yang da jual kat pasar malam tu..)


kalau ikut cara orang cina makan, makan bahan2 yong tau fu dengan sup seperti sup ayam/tomyam.


seperti ini...


ini la lunch saya tadi, yong tau fu dengan air mango

sebenarnya, dah lama tingin nak makan yong tau fu ni, tingin punya pasal g la giant dengan my sis-in-law, n my cousins.. sedap la juga.. cuma mak cik yang jual kerek sikit.. mula2 bagi sudu, saya minta la chopsticks, pas tu xbagi garfu, cam mana nk makan, then, saya minta la garfu, muka mak cik tu cam hangen je.. berkira tol nak bagi.. lepas dia bagi chopstick dan garfu, saya dengan kuatnya sebut, "terima kasih".. hihi, mesti mak cik tu tau kan saya camdek dia, hehe... to that mak cik, 'customers is always right' tau.. (o-o)v

Friday 17 June 2011

2PM!



wah... xsabar2 nih nak tunggu mv terbaru 2PM, tengok teaser pon dah teruja.. hahahahaha


dah la comeback sekarang, member2 2PM nampak makin hensem, deabak!! lagu pon makin best, junho and junsu try wat lagu, dah dengar, its sound very nice.. :)


cepat la jyp kuarkan mv nih, xsabar2 sangat dah ni.. nk tengok beastly idol+cute+hensem menari, menyanyi lagu baru.. aigoo.. hehe


nak download lagu, mv, photo terbaru 2PM!!!

Wednesday 15 June 2011

M.A.I.D by SURI RYANA



Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

MY OPINION...

This is the best bro... haha... 
bagi saya, novel ni memang terbaik, walaupun ni 1st time saya baca novel hasil karya suri ryana. Berulang-ulang kali saya baca novel ni, sampai huduh dah buku ni.. hehe...
time mula2 nak beli, rasa cam xberbaloi, tebal kot novel ni, tapi bila baca sikit jalan cerita novel ni kat http://www.penulisan2u.my/ best kot.. :)
suka dengan watak Noorul yang clumsy tapi comel, Harris aka Mr. F yang cerewet, suka marah tapi sebenarnya dalam hati ada taman.. tersangat romantik and sweet..
xrugi beli dan baca novel ni.. novel ni antara yang novel best saya baca cuma tang ending kureng sikit, kan best kalau ada klimaks sikit, xpon da watak yang boleh buat Mr. F benar2 cemburu, baru leh nampak Mr. F jadi jealously tapi saya tetap puji novel ni, bukan senang nak perah otak, tenaga nak karang novel jadi best yang boleh di baca berulang-ulang kali.. Good job tuk penulis nya, SURI RYANA.. Hope nanti leh buat novel2 yang best lagi.. saya mesti akan beli, bukan janji tapi pasti.. hehe..

Running Man!!!

haiya.. dah pukul 2 pagi pon belum tido lagi.. dah la esok eh esok pa nya, pukul 7 pagi nanti dah kena bangun maw p keja.. bukan apa, sekarang ni line tengah laju, mood lak nak tengok RUNNING MAN.. 




Running Man adalah variety show kat korea yang sangat2 lucu lepas Family Outing.. sekarang ni saya baru tengok episod 9.. yang latest dah episod 49 kot.. xpa, pelan2 tengok kan.. law dulu time study leh la ambik kat member2 yang rajin download, sekarang kena download sendiri.. law malas sangat, kena la tengok on9(nak tunggu habis loading sabo je la..)

hm, law nak tengok on9, leh la pergi ke www.kshownow.net or http://www.isubs-squad.com/banyak la gak variety show yang bes2 da kat situ.. plus, latest episod we got married pon ada. Tapi, saya xsanggup nak tengok variety show, WE GOT MARRIED, KhunToria couple, bukan pa, takut nanti saya jeles sangat2 kat victoria sebab leh 'KAHWIN' dengan my thai prince, aigoo.. (emo lak).. huhu..

pa2 pon RUNNING MAN memang terbaek!!!!


Sunday 12 June 2011

mama dinosour

apakah???


ini la MAMA DINOSOUR... haha

semalam g makan kat astaka, makan burger ayam special yang di sponsor oleh che yah (tq2!!)
saya makan burger ayam je, kawan saya yang lain makan burger arnab, ostrich dengan burger kambing..
xcukup dengan burger pelik2 tu, pesan lak char keoy taw, tapi pesan satu je.. tengah2 dok sembang kawan saya terperasan lak MAMA DINOSOUR, teringin punya pasal, order la, sekali mai, nah hambek kau!dahla time minuman ni sampai, semua orang kat kedai tengok kami, maklum la, saiz mama dinosour ni lebih kurang saiz jug.. besar gila kot, nasib baik kongsi 4 orang, leh la habis, tu pon jenuh paksa bagi habis, dah tu minum air milo, mahu tak sebu perut.. sampaikan nak termuntah kawan saya sebab minum air milo ais mama dinosour, haha.. (saya tobat xmau dah minum air milo ais 4 hari sebab trauma dengan mama dinosour) =)

apa2 pon best gak try benda yang baru ni, rasa la gak daging arnab dengan ostrich.. most important, rasa minum air milo ais dalam jug, kat rumah @ kedai lain mana leh buat kan.. hihi

kucing2 saya,,

rasa cam dah lama xpost kat blog ni.. maklumla sekarang ni sibuk sikit, tambah lak line streamyx selalu putus2, tension nya.. time semangat nak on9, line lak xdak, then, terus tutup laptop n tido..

eh, terkuar lak citer lain,sebenarnya saya nk story sal kucing2 saya..


ini la kucing saya eh kucing kepunyaan kak sepupu saya, kira cam kucing saya gak la kan..
nama kucing ni, nyek (nama pendek) tapi banyak la gelaran yang di beri oleh kak sepupu saya ni, nyoknyek, maknyek, gerun.. hehe..

sekarang ni, dia dah ada 4 ekor anak, jadi banyak lak kucing saya.. cumel2 ank kucing ni

saya ingat lagi, time dia nak beranak, boleh lak dia beranak kat bawah katil saya, pas 2 bila orang selalu tengok anak dia, terus dia tukar tempat, dia sorok anak dia kat bilik mak cik saya, bila saya tengok anak dia, dia sorok lagi anak dia kat belakang tv, nasib baik la anak dia x mati sebab shock-karen, hihi..

bila terfikir balik, kenapa NYEK x bagi tengok anak dia sebab dia takut anak dia orang ambik.. tengok, kucing pon sayang kan anak dia, tapi manusia? baru2 ni da kes buang bayi dari flat tingkat atas, kesian sungguh tengok baby tu.. tak ada keperimanusiaan orang yang membuang bayi tu, lebih baik di gelar keperibinatangan saja kepada orang yang membuang bayi..

Monday 6 June 2011

korean drama

semalam, boring2, xda apa nak buat, terbuka la citer korea dulu2.. x salah saya time korean drama ni faymes time saya secondary school.. time 2 memang "hot" la citer 'FULL HOUSE', 'MY GIRL', 'ANTUMN IN MY HEART'.. 1st ever korean drama yang buat saya minat dengan citer korea ni ialah... 

WINTER SONATA..
3 kali ulang kat tv, 3 kali gak xsempat tengok ending.. last2, beli dvd, puas hati,. hahaha.. 
tapi bila dah beli, xdak mood lak nk tengok.. hehe

pas 2, x tengok sangat citer korea ni, then, suddenly terbuka lak 8tv (ingat g tv channel mana yg main kan citer ni, hihi).. da citer ni lak...

FULL HOUSE

sebab citer ni, sanggup sorok remote control awal2, sebab takut orang lain tengok citer lain, tambah2 bila arwah tok wan da dulu, mesti nak kena buka berita kat dia, plus, sanggup tengok tv kat bilik abang yg agak messy 2,ops,  sory..  last2 beli dvd, siap beli dvd original lagi sebab minat punya pasal dengan drama ni, (kenapa la xterfikir nak beli dvd cetak or download je kan), maklum la time 2 kan innocent pasal teknologi ni.. lupa lak nak tambah, sebab drama ni, buat saya suka dengan lagu2 korea and kenal Rain, and seterusnya, kenal artis k-pop

1 lagi korean drama yang saya minat time dulu...

MY GIRL

best sangat2 drama ni.. hero dah la handsome, heroin lawa, citer pon best, complete la semua.. semalam, tengok citer ni la yang terfikir nak post kat sini.. hehe.. tengok banyak kali pon xjemu.. ;)

p/s:kalau saya nak layan citer korea ni, 1st, hero kena handsome/cute, (normal la 2)
2nd, jalan citer mesti best, xboring.. 3rd, kena ada scene romantik sikit, baru la ada mood nak layan banyak kali kan.. hihi..

nanti kalau ada masa, saya post citer2 korea yang baru & best.. (o_o)v

makan lagi...? hehe

sekarang nenda x berapa sihat, so, kena la makan luar, bukan sebab saya x taw masak, tapi sebab tingin nak makan nasi ayam (ceh, alasan xleh blah, haha)... 


so, saya dgn 2 org cousins g la makan nasi ayam.. tingin punya pasal kan.. memang, sangat sedap makanan kat kedai ini.. may b sebab makan dari kecik g kot, tambah anak owner kedai makan ni kawan saya.. hehe..

here, my dinner,,, yummy...

kenyang sangat2, walaupon dah lebih 3 jam saya makan nasi ayam ni..

Sunday 5 June 2011

Prangin Mall-Komtar-1st Avenue-Prangin Mall

banyak tempat berjalan hari ini dgn my lovely cousins... penat sangat... actually, g sana, x da pon arah tuju,. saja la kan nak jalan time cuti sambil menghabiskan duit, hehe.. lagipun duduk rumah boring gak.. ha, dalam on da way, nak pergi, leh lak jatuh handphone buat kali ke-2 dalam tempoh 3 hari.. huhu... jangan la rosak wahai handphone ku.. ku enggak da duit untuk membeli yang baru.. :(


pas 2 g la mkn KFC... dh lama kan xmakan KFC.. bagi saya antara KFC yang sedap adalah di KOMTAR, sebab ayam besar2, n cepat dapat.. tempat pon rilek je.. and, most important, tempat 2 banyak memory time kecik2 dulu.. ye la dulu mana demand nak makan kenny rogers, pizza hut, secret recipe.. hihi

ini la lunch saya tadi, set X-meal (yang da twister, ayam seketul, fries n air berkarbonat) 

tapi... yang xbest nya sekarang, KFC Komtar xsedap cam dulu, ayam kecik, rasa cam di panas 2 kali, nugget pon lain.. may be sebab saya jarang makan KFC, so rasa lain kot..

Saturday 4 June 2011

kenapa lelaki suka duduk tepi perempuan dalam bas, padahal banyak lagi tempat duduk kosong?

waaahh.. tjuk panjang bebenor, kan...?


bukan apa, sekadar luahan perasaan.. tadi lepas balik keja, nak pergi shopping complex ni, naik la bas..
tempat lain banyak lagi kosong, dok sedap2 saya dgr lagu dari earphone, sambil memikir nak makan pa, datang seorang lelaki ni, duduk tepi saya.. saya tahu la, saya bayar tiket memang harga untuk 1 kerusi, tapi masalahnya, banyak lagi kot tempat kosong untuk lelaki.. motif nak duduk tepi saya??? dah la tu, bila saya jeling, leh lak wat dek..  jelingan mgata kan "tepi belah sana, da kosong, pergila duduk sana", tapi leh dia wat xtaw, pas 2, leh lak tido? hampeh tol.. then, pa lagi, tersentuh tangan, eee.... geli la.. dia kata, "sorry"... ish.. agak2 la.. yang saya musykil sekarang, kenapa perlu duduk tepi perempuan, padahal tempat kosong banyak, kalau xda lgsg tmpt duduk, saya faham la.. yang selalu berperangai cam ni, lelaki yg "desperate", xkira la mamat bangla, nepal, indon.. Tension tol naik bas ni.. bila la agaknya nk berkenderaan sendiri kn.. harap2 tahun ni da la lesen/kenderaan sendiri.. ada motor pon jadi la, tapi kalau da rezeki, leh la membeli kereta... Amin.. 

Finally...

Finally... completed pon set gelas coca-cola dari McD ni.. ni semua keja gila saya dgn sepupu saya.. Bayangkan lah deret 6 weeks ni, kami makan McD..

 Dah 2, ambk set Big Mac.. adakah patut?? mahu badan x makin gebu?? hehe...
tapi yang paling hebat kak sepupu saya la, straight makan big mac 6 weeks.. sya sampai mggu ke-4, jemu dah makan big mac.. pas ni, rasanya, sebulan kot, xmau dah p mkn McD.. bukan pa, dah jadi tak lalu sbb makan McD setiap mggu..

apa2 pon berbaloi kumpul ni.. rasa bangga lak bila tgk gelas ni dalam almari kaca.. :)

Thursday 2 June 2011

EPOP JUNE 2011

EPOP 06/2011

hihi.. dah kuar epop, semalam g beli, 1st day of month, mesti excited nk beli epop, nasib bek da jual majalah ni dekat dengan tempat kerja.. time study dulu, susah sangat nak jumpa.. 
yang bes edisi bulan ni, da JANG GEUM SUK, my feveret hero, pas tgk YOU'RE BEAUTIFUL, bes sgt citer ni, sampai sekarang pon tgk xjemu..
Dengan epop, ni wat saya gila tengok variety show yg baru saya taw kewujudannya, hehe..
RUNNING MAN, sgt lucu (walaupon tgk kat ofis, mute volume), terpaksa la mute kan volume, kan nt abang akauntan 2 taw lak saya dok layan variety show korea time keja.. ops,, sory..

Nora Elena

Nora Elena - Siti Saleha & Aaron Aziz

Drama di adaptasi dari novel, "Kasih Yang Suci"...
Seriously, drama ini sweet+best sgt2,, Watak Seth (Aaron Aziz) sgt2 sweet, hehe.. Drama ini membuatkan saya sanggup balik awal sebab nak tengok citer ni, drama yang saya tengok tiap2 hari selepas drama, "Adamaya".. X sabar nak tau ending cam mana, walaupon dah taw dari novel.. tapi mesti da scene yang lain sikit kan.. hope happy ending la.. Currently, tgh gila dok mendownload citer ni, hehe.. Rasa cam nk g cari je novel, Kasih Yang Suci, tapi xjumpa g..  Tapi rasanya drama ni bes g kot, :)