Saturday 21 February 2015

hasee toh phasee

entry kedua..

tetiba mood nak tengok filem hindustan mai... 
mungkin disebabkan satu blogger ni kata film ni best
so try cari nk beli dvd xjumpa, last2 download jugak ambil file yg kecik, bolehla nk layan, lau ambil file yang besar, hd mesti lagi best


hasee toh phasee


ini heroinnya.. Parineeti Chopra.. sepupu priyanka chopra

dalam filem ini, dia ala2 nerd, selumber, gila2 pon agak.. beliau ini agak chubby tapi lakonan dia superb


hero.. ahhhh melting tengok kekacakkan dia, hahaha

nama Siddharth Malhotra

sempoi ja beliau ni, memula nak kahwin dengan kakak, tetiba tersuka lak dekat bakal adik ipar

sinopsis.. boleh tengok dekat wikipedia, tapi tak rugi la 2 jam lebih melayan filem Hasee Toh Phasee





oh, tetiba teringat 1 lagu dalam movie ni, tang hero dok ingat heroin, sweet..

kbai...





drama based on novel

assalamualaikum.. 

ok, mood tgk drama siam tetiba dah hilang, beralih kembali ke drama melayu

1st sebab tertengok drama ni,


asam pedas untuk dia

lakonan Dayana Roza dengan Shukri Yahaya


baca sinopsis novel cam tak best, tapi bila sekali tengok.. wowww
sebab lakonan watak utama kot dgn jalan cerita diolah sikit.. so, sekarang setiap weekend, pukul 7 mesti dah terpacak depan tv
tak sabar nak tengok bila en. ziyad ngaku dia dah suka dekat ainin

drama kedua, petang2 gak, cuma main hari isnin sampai khamis


teman lelaki upahan

lakonan Siti Elizad dengan Ungku Ismail


honestly, upahan - tajuk yang agak klise, saya dah lama tinggalkan dunia membaca novel disebabkan jalan cerita yang hampir sama, watak yang terlalu sempurna, ada watak jahat.. ok, novel ni ada gak watak yang sempurna, maksud saya watak utama yang kacak dan cantik dan kaya-raya, tapi nasib baik tak ada watak jahat, so saya enjoy baca novel teman lelaki upahan
terpengaruh layan drama sebab sepupu saya dok promot cakap best, yes.. cakap dia betul, drama teman lelaki upahan ni best walaupon baru episode 8.. ah lambatnya hari isnin

drama ketiga..


terlanjur mencintaimu

lakonan ungku ismail dengan reen rahim


yang ni, dah download baru tengok episode 1, tu pon main skip2.. tapi ramai yang cakap best, so nanti ada masa saya tengok ;)
tapi time airing sama dengan asam pedas untuk dia... huhu

drama last..


suamiku encik sotong

lakonan amyra rosli dengan sharnaaz ahmad


saya download drama ni sebab sepupu saya yang beria-ia suruh download, dah pernah baca novel ni tapi rasa tak berapa nak umphhh.. (sorry cik syikin zainal) maybe saya mgharapkan hero dengan heroin bersama akhirnya or tajuk novel yang saya rasa kurang sesuai, sebab dipertengahan jalan cerita, hero tu dah bukan encik sotong..

semua drama di atas adalah diadaptasikan dari novel.. kadang2 ok la kalau ikut jalan cerita cam novel or buat lagi best dari novel tapi bila setengah drama menyimpang dari novel memang tak best, tak mood nak layan drama walaupon novel tu best seller.

tu je kot nk update hari ni.. tak sabar nk tunggu drama based on novel - isteri separuh masa.. harap2 drama tu jangan jadi cam playboy itu suami aku