Tuesday 29 January 2013

Nice Guy

post yang ke-2.. lepas konfom tido.. 

sekarang, saya tengah layan drama korea ni,


Nice Guy or Innocent Man

bagi saya, cerita ni sangat berat, ada lawak pon sikit2 je.. dah rasa saya tengok ulangan "Autumn In My Heart", bukan kerana jalan cerita yang sama, tapi sebab sangat melodrama.. saya yang tengok pon penat, tambah pelakon2 ni, mesti emosi je.. pepandai je wat kesimpulan kan.. hehe


ni hero-heroin
Song Joong Ki - Moon Chae Won
as
Kang Ma Ru - Seo Eun Gi (cepat saya egt nma watak diorg)
couple yang sangat sesuai~~

saya dah tengok sampai episode 14, stop jap sebab nak update dekat sini.. eh, sebab nak rest jap, bln ni je dah dekat 4 kdrama saya tengok.. nk rilek2 kan mata..

cam biasa, dah habis saya tengok nanti saya review k..

mari kita tengok 2 picture "Kang Ma Ru" yang comel.. hehehe


masa budak medic ni.. omel ngatttt


ekpressi muka ni yang susah nak nampak dalam drama ni..

oh, sangat annoying dengan watak Han Jae Hee (Park Si Yeon), dulu time beliau berlakon "My Girl" xla meluat tahap cam ni.. oh saya ter-emo lak, watak jahat beliau sangat menjadi

ha, ada Lee Gwang Soo, tengok Gwang Soo dengan Song Joong Ki berlakon sekali, rindu lak nak tengok Joong Ki dalam "Running Man"

akhir kata, selamat malam... :)



Batu Feringghi & Tanjung Dawai

sekom..

busy sungguh last weekend, hari sabtu g bj, sopin2 pastu makan.. ingat nak beli 2 novel, "Sehangat Asmara" dengan "Setia Hujung Nyawa" tapi yang ada "Sehangat Asmara" je.. itu la demand, ari tu ada jual xnak beli, sekarang baru resah gelisah..

saya makan yang ni ari tu..


last week makan yang ni (lupa nak update ari tu)


dua2 dari marrybrown :)

oh ya, nanti saya review sal novel "Sehangat Asmara" nak baca tapi asyik terhenti je.. xpe, sekarang dah half page

tu cite ari sabtu.. ari ahad lak, saya, juthe, mak teh dengan pak teh g Batu Feringghi.. ada ka patut time thaipussam kami p, argh, gasak je la, aslkan time tu cuti.. nasib baik g awal, time kitaorang nak balik ramai orang, sahih time tu jem..


sampai2 je terus snap picture, hehe

ok, seterusnya hari isnin, yakni semalam/kelmarin..

saya, tok, mak teh & pak teh g Tanjung Dawai.. memula diorang nak g Balik Pulau je, ntah sebab apa tukar fikiran sampai g sana.. saya malas nak g, rasa cam nak dok rumah continue kdrama je, tapi bila tok dok mengharap sangat dengan mak teh g je la..

 
saya rasa, saya pernah g Tanjung Dawai, rasanya la, dulu..
sekarang dah berubah sikit tok kata, tapi yang pelik saya p, cam xramai orang.. kami yang awal sampai or memang diorang sana buka lewat? hmmm


antara picture yang sempat di-snap

so, 3 hari cuti ni, asyik jejalan je.. hehe
 suka2!! >.<




Friday 25 January 2013

#SayYesToJunho

hye!

happy besday to our 'give it to me' composer - Lee Jun Ho


hope this year will bring more happiness and successful to u.. :)

walaupon dulu saya kureng tgk Junho, tapi bila saya p konsert diorang, Junho sangat mesra peminat.. best bila dia wat fan-service.. sangat comel, cute and sweet..

oh rindu nak jumpa dia lak.. hehe, pali2 wat comeback, pastu wat concert kat sini, i will go to 2PM concert

last but not least.. hope 2PM 'mini-me Rain' will compose more songs.. go go chayo! figthingggg

below songs my currently favorite.. JunHo voice so soft.. listen it again and again.. im really hook with dis song XD



ost 7th Level Civil Sevant.. JunHo feat Taecyeon - Path Towards You
~dalam kdrama ni, ada 2PM giant maknae, Chan Sung


#SayYesToJunho



Thursday 24 January 2013

Answer Me 1997 - done!

Salam Maulidur Rasul... :)

hehe.. saya dah habis tengok drama korea ni..


Answer Me 1997 or Reply 1997

kdrama yang sangat best bagi saya, xbanyak yang saya skip2.. semua ada 16 episode, 16-16 episode sangat berbaloi untuk melayan.. 

Answer Me 1997 dimulakan dengan 1 reunion sebab ada 1 couple dalam group ni nak kahwin.. time ni akan  ada flashback.. (saya tak suka cite yang dok flashback sgt, tapi dalam cite ni, banyak flashback.. jangan risau sebab setiap kali ada flashback, akan ada tahun bila, so kita tak la konfius) fokus dekat Shi Won sebab dia watak utama.. kdrama ni akan buat kita tertanya2 sapa pasangan yang nak announce nak kawin dan sapa pasangan Shi Won? tengok 1st episode pon dah excited nak tau



saya suka cerita ni sebab, bila kita google untuk tau sinopsis kdrama ni, diorang akan tulis cam ni,... 'about a school girl who crazy about kpop group, H.O.T, bla bla bla....' tapi bila saya tengok cite ni memang sangat best! ada la part yang heroin gila kat group ni sampai sanggup tunggu Tony H.O.T depan rumah dia, beli kaset semua, gaduh dengan bebudak minat group lain tapi dalam drama ni ada jugak cite sal love, friendship, family-hood, complete la

banyak benda yang saya nak cite sal drama ni tapi xtau nak start dari mana, hehe.. kita tengok dulu watak utamanya..


Seo In Guk as Yoon Yoon Je

saya suka watak beliau sangat cool.. suka dekat Shi Won masa 1st day highschool diorang, xde mak bapak, so selalu lepak rumah heroin.. kawan baik dengan heroin sejak kecil lagi.. sangat pandai time sekolah, nak jadi pilot sebab heroin suka lelaki beruniform tapi sebab rabun sikit kena reject, so tahun 2012 dah jadi 'judge' pelik sikit perangai dia ni, boleh beli kete mahal2 untuk bapak heroin tapi sanggup pakai kete lama abang dia, tak heran dengan pompuan lain sebab dia suka sangat dekat heroin


Eun Ji as Sung Shi Won

highschool girls yang sangat gilakan H.O.T especially Tony.. suka tulis fanfic sal H.O.T, memula xsedar sal Yoon Je suka dekat dia, sempat la couple sat dengan abang hero, bila Yoon Je luah perasaan dekat dia, baru sedar, time tu Yoon Je dah bawa diri, sampai la diorang jumpa lepas 6 tahun.. yang best sal heroin ni, dia jenis yang kasar, xkisah apa orang nak kata, selalu gaduh dengan hero, even selalu gaduh dengan bapak dia sal H.O.T, ye la minat sangat sampai xstudy..


jumpa balk lepas 6 tahun.. ;)


Hoya as Kang Joon Hee

pandai jugak cam Yon Je, no 2 la pandai, mana boleh lawan hero kan.. hehe
terer menari.. tapikan dalam diam dia ni suka dekat hero, ops.. anacer tu



heroin rambut pendek sebab bapak dia potong rambut dia, hehe
suka dengan mak bapak heroin ni, diorang jaga hero dengan abang dia cam anak diorang.. bila tengok flashback, baru tau dulu mak bapak hero heroin ni kawan baik.. ha, lagi 1, mak heroin ni suka sangat masak bebanyak, buat sushi, hantar makanan kat hero heroin punyala berlambak, mau tak habis duit bapak heroin, hehe


Shi Won dengan kawan baik dia, Yoon Jung (Shin So Yul) masa p konsert H.O.T, teringat lak cam saya p konsert dulu, hehe


Eun Ji Won as Do Hak Chan, Lee Shi Un as Bang Sung Jae, Hoya as Kang Joon Hee and Seo In Guk as Yoon Yoon Je

Hak Chan baru masuk sekolah diorang dekat Busan.. asalnya dia dari Seoul, Sung Jae sangat talktive semua benda dia tau.. ha, Hak Cham ni suka baca dan tengok benda atas 18tahun.. faham2 la kan.. XD


Hak Chan - Yoon Jung

diorang ni la yang nak announce diorang nak kawin time reunion tu.. ha, bantal yang Hak Chan bagi dekat Yoon Jung adalah bantal yang schoolgirl bagi dekat Yoon Je, hehe


sweet scene


time lepas gaduh la ni, haha


oh, saya suka dengan couple ni.. :)

sebab kdrama ni, saya layan lagu ni..

dengan lagu ni,


:)

p/s: ni kdrama yang ketiga sya tengok bulan ni.. lepas ni nak tengok kdrama apa eh.. Nice Guy? Queen In Hyun Man? Bridal Mask? aigoo..


Monday 21 January 2013

SHUT UP FLOWER BOY BAND - done!

assalamualaikum..

semalam tepat 12.55am, saya dah habis tengok drama korea ni,


SHUT UP FLOWER BOY BAND

bagi saya, kdrama ni syokkkk.. ala2 jdrama, pentingkan persahabatan (adala cintan-cintun sikit), sanggup tinggalkan semua demi persahabatan.. dalam cite ni, saya dapat mengenali macam mana budak2 laki communicate.. selalu saya curious cam mana diorang ni sembang, pastu ada ka sentap-menyentap cam girls talks kan.. 

permulaan yang best dari 1st episode, start berlawan segala, ganaih betoi depa ni, sedih bila leader psycho depa ni mati, *sob sob*.. lepas tu demi menunaikan hasrat terakhir Byung Hee ni diorang masuk contest, walau xmenang, diorang dapat gak sign contract dengan HR Entertainment, start lepas ni la, diorang menghadapi banyak konflik.. ah, lupa lak nak bagitau, group diorang ni, nama "Eye Candy". Ending? citer Korea mesti la happy ending (mau sad ending, xlayan la aku cite ni, hehe) memula ingat diorang akan buat album, berjaya as "Eye Candy" tapi lastnya Ji Hyuk suruh diorang semua cari apa yang diorang nak dalam hidup diorang.. last sekali, ada gak performance dari "Eye Candy" sweetkan.. :)

mari kita tengok watak dalam drama korea ni, Shut Up Flower Boy Band..


Sung Joon as Kwon Ji Hyuk

ni la hero dia.. suka ikut kepala sendiri, sebelum Byung Hee mati, dia jadi orang kanan Byung Hee pas Byung Hee xdak, dia jadi leader, iaitu vokal dengan guitar bg group tu... pandai main alat muzik, nampak je ganas tapi dalam hati ada taman kot, berbunga2 lagi, haha.. bercinta dengan heroin, Su Ah tapi tak bagitau dekat member group dia sebab takut depa tak dapat terima dia cinta dengan Su Ah, kan Su Ah tu 'muse' Byung Hee.. kawan baik dengan Hyun Soo sebelum Hyun Soo ada adik, time tu dia rapat dengan Byung Hee.. mak dia tinggalkan dia, so dia hidup sorang2 kat rooftop, time tu rapat dengan Su Ah


Jo Bo Ah as Im Soo Ah

yang cute ni heroin.. anak orang kaya sebenarnya tapi bila bapak dia bankrap, kena pandai2 la survive sendiri, sewa dekat rumah hero.. kawan baik dengan Seung Hoon sejak kecil, sampai ingat diorang couple.. dua2 leader "Eye Candy" dengan "Strawberry Fields" suka dekat beliau ni. last2 dia pilih Ji Hyuk, ok honesty saya banyak skip2 bab cintan-cintun diorang sebab saya suka tengok couple 1 lg, hehe


L as Lee Hyun Soo

beliau ni yang saya suka tengok dalam kdrama ni, hahaha.. tetiba minat dekat L.. watak dia sangat best, guitarist, memula2 ingat watak dia ni just nak bagi cukup kuota 'flower boy' je rupanya, nahi khabi nahi (apahal lak masuk siaran zee ni?) Hyun Soo tersangat sweet, digelar 'Ice Prince', suka tengok renungan mata dia.. mencuba menjadi kawan yang terbaik untuk Ji Hyuk, terasa bila Ji Hyuk start kawan baik dengan Byung Hee, sebab tu dia belajar main gitar.. sangat take care dengan family & adik dia.. sikap persahabatan dia sangat utuh, dia ignore Ye Rim sebab tau Ha Jin suka dekat Ye Rim.. last2 couple Hyun Soo-Ye Rim yang saya suka ;] 


Lee Hyun Jae as Jang Do Il

oh si hensem Do Il.. muka tersangat la hensemmmm, bapak ketua gangster kot, haha.. asyik melepak dekat poll hall, semua xberani kacau dia sebab anak ketua gangster, nak mampus lau kacau dia.. sangat low-profile, terer main drum, selalu jadi orang tengah bila ada pergaduhan antara member2 "Eye Candy".. cool orangnya.. suka dekat Woo Kyung yang sedia minat/suka dekat Ji Hyuk.. suka last ending dia, dia start study, dia kata bila settle math, rasa syok sangat macam ketuk2 drum.. haha, pastu kata nak tukar poll hall ke study hall.. apakah? XD


Yoo Min Kyu as Kim Ha Jin

bassist.. playboy dalam "Eye Candy" ni, suka flirting2.. rapat sangat dengan Kyung Joon.. xbanyak cite sal background family dia.. cuma dia ada banyak kakak2 yang suruh dia masuk model or acting lepas "Eye Candy" kena disbanded. ha, dia suka sengat dengan Kim Ye Rim, kata je pro sal girls, tapi xsedar yang Ye Rim tu suka dekat Hyun Soo, =.="


Kim Min Suk as Seo Kyung Jong

si comel yang main keyboard dalam "Eye Candy" orang Busan, muka memang cute, tapi sekali bergaduh, pergh! hebat2 sokmo.. cita2 nak jadi kaya, dia ni terer sangat masak.. suka tengok part dia gaduh dengan mak dia, hehe.. comel je.. sangat rapat dengan Ha Jin sampaikan nak dok sebilik sekali masa baru masuk dorm HR Entertainment


Jung Ui Chul as Yoo Seung Hoon

leader "Strawberry Fields" suka dengan Su Ah.. cool, anak orang kaya, family dia owner HR Entertainment kot, genuis buat lagu, komposer yang hebat la walaupon baru berusia 18tahun.. cikgu2 semua respect dekat dia.. walaupon muka cam tak kisah, dalam diam jahat gak, balas dendam dekat "Eye Candy" time diorang nak rakam lagu.. tapi tak la jahat mana pon, last2 kawan jugak dengan diorang lepas dapat menerima hakikat Su Ah bukan milik dia..


Lee Min Ki as Joo Byung Hee 

leader "Eye Candy" menganggap Su Ah sebagai 'muse'.. agak psycho sikit tapi genius buat lagu.. tapi tu la umur tak panjang, mati kena langgar dek lori, kematian dia ada kena-mengena dengan geng "Strawberry Fields" sebab tu Ji Hyuk and the gang tak suka dekat Seung Hoon and the gang, lakonan Lee Min Ki sangat berkesan walaupon sebagai cameo 2 episode je.. daebak lah~~~


Kim Jung Min as Bang Woo Kyung

pompuan ni suka dekat Ji Hyuk sejak 3 tahun yang lepas, macam2 dia buat untuk "Eye Candy" sampaikan "Eye Candy" anggap dia ni cam family diorang.. berpangkat nuna dengan Ji Hyuk.. frust sangat bila Ji Hyuk xlayan dia, time tu dia dah tau Ji Hyuk suka dekat Su Ah.. Woo Kyung ni tak tau yang Do Il suka dekat dia, last2.. sweet scene, hehe


Kim Ye Rim (김예림) as Kim Ye Rim

penyanyi under HR Entertainment.. 'muse' bagi Ha Jin, excident berlaku menyebabkan Hyun Soo cedera kerana berlanggar dengan van beliau dari atas.. dari situ dia macam suka dan take care dekat Hyun Soo.. Hyun Soo tu wat dek je.. Ye Rim xkisah, siap bagitau terus-terang dia suka dekat mamat tu.. suka betul tengok dia ni.. suara pon sedap.. ending utk depa dua pon ok gak :)


"Eye Candy" berenam.. muka hensem2 tapi perangai, huh! haha
semua ni terer berlawan


smart je semua pakai uniform sekolah


gambar masa diorang wat photoshoot


ok, tak tau berapa kali saya ulang, saya suka couple ni.. mungkin sebab kecomelan L, scene diorang yang sweet, ke-cool-an Ye Rim.. walaupon ada orang kata nampak Ye Rim agak tua dari L, tapi ah, kisah pe, dalam cite ni, diorang nampak comel.. sebelum terlupa, lagu2 dalam Shut Up Flowe Boy Band ni sangat best.. terutama lagu Jaywalking dengan lagu duet L & Ye Rim

panjangnya entry kali ni.. hmmm lepas ni nak layan drama korea apa ek..? pending - 19 drama, hehe






Saturday 19 January 2013

Shut Up Flower Boy Band

hye...

seperti yang diketahui, lepas saya tengok habis melayan drama korea, What's Up, saya meneruskan aktiviti yang sangat berhemah dan berakhlak mulia dengan menyambung 1 lg kdrama.. iaitu,


Shut Up Flower Boy Band



ni hero dia..



ni lak heroin dia...

disebabkan pelakon utama pelakon baru, saya xhafal nama diorang lagi, sorry.. ha, hero tu ada berlakon dalam 'Lie To Me' jadik adik hero.. suara garau tapi sekali nyanyi bes kot, soft sgt..

suka tengok cite ni masa episode 1 & 2.. lepas leader group 'Eye Candy' mati, sedih oooo
episode 3 sedih je.. tapi sekarang saya dah tak emo, dah episode 6 dah.. drama ni ada 16 episode, ok, still have 10 episode to watch.. gambatte neelzaron! :)

oh ya.. mata saya asyik mencari je beliau dalam drama ni..





comel bangat sih kamu, L.. maklum la saya kan 'Hottest' mana la nak kenal dengan budak comel ni, L dari group Infinite.. lepas ni kenala layan lagu Infinite, nak tengok muka comel L, hehe

semua watak dalam drama ni bukan setakat tangkap muat je.. semua pasal friendship.. cakap banyak pon xguna, nak tengok na.. cam biasa, lepas habis tengok kdrama ni, saya buat ulasan ye..

p/s: sorry, terbanyak picture L dari pelakon utama, kekeke





Kegilaan Kembali Melanda... XD

assalamuaalaikum.. :)

lihat tajuk di atas.. haha.. kegilaan kembali melanda.. kegilaan apakah ini?

dilampirkan gambar dibawah untuk rujukan pihak tuan/puan,


haha, gila membeli dvd cite korea..

hambek kau, sekali borong 16 cite, bila nak tengok semua ni? yang dulu beli pon ada lagi 2,3 cerita belum sempat tengok.. xpe2, ni stok2 utk boring nanti, ayat cover, hehe

antara cite yang saya beli..

  • Answer to 1997
  • Nice Guy
  • Arang & The Magistrate
  • Queen In Hyun's Man
  • King 2 Hearts
  • Romance Town
  • Love Rain
  • I Do, I Do
  • Big
  • The Strongest K-Pop Survival
  • Time Slip Dr. Jin
  • Bridal Mask
  • Panda & Hedgehog
  • Faith
  • Can We Get Married
  • To The Beauiful You

ni stok untuk setahun ni saya rasa.. dalam hati nak lagi tunggu 2,3 drama korea yang dah habis airing dekat sana, cam I Miss You, Cheongdamdong Alice etc.

oleh itu, marilah kita melayan dan tengok drama korea sampai lebam (0-0)v





Tuesday 15 January 2013

#Jun2daBday

hapy besday to our jundyu-panda-sweet voice-intelligent-daegu people, Kim Min Jun :)


1st time saya tengok beliau kat performance stage lagu, "only you" dalam hati saya kata, wah.. sedapnya suara dia.. xsangka sama umur, hehe

i hope this year will brings more happiness and be a successful year ever ever to you!

once again, Happy Birthday to Jun.K

saya suka tengok awak dalam mv ni,




#Jun2daBday 



Monday 14 January 2013

WHAT'S UP - done!

assalamualaikum.. selamat malam

finally, habis gak saya tengok kdrama ni,


What's Up

kdrama ni best jugak la, tapi saya yang rajin men skip2 start episode 13, sebab rasa lama sangat dok layan drama korea ni.. dari last year dok melayan benda ni.. maklum la time tu lappy kan xsihat, mood xada sangat nak tengok..

k, mari kita ke plot dan pelakonnya..

saya cite hat basic la, cerita ini berkisarkan (ceh, ayat, haha) 3 watak utama, hero pertama yang mempunyai sejarah silam kerana melanggar seorang pak cik tanpa dia ketahui pak cik tu dah meninggal lepas eksiden tu, yang wat dramatic, pak cik tu adalah bapak kepada heroin.. hero kedua lak, seorang penyanyi popular tapi menyanyi di atas stage dgn pakai topeng, (ala2 bandi amuk) sebab background family yang tak boleh didedahkan.. heroin lak seorang yang lurus, mempunyai talent yang sangat hebat tapi sikap yang cemerkap.. jom ke bawah utk tengok para pelakonnya..


Im Ju Hwan as Jang Jae Hun

hero.. silap masuk kolej sebab kawan dia yang isi borang.. sangat pentingkan kekawan.. Jae Hun kekadang nampak cute, kadang2 nampak serabai, hehe


Kim Ji Won as Park Tae Yi

heroin yang cemerkap, ada bakat hebat, tapi tu la cam takut2 pon ada


Kang Dae Sung as Ha Do Sung

hero kedua.. bakat dalam nyanyian, boleh buat lagu.. suka dekat heroin tp mengalah utk bagi hero dengan heroin.. xpe Dae Sung, awk ada sya, ;]


Im Joo Eun as Oh Doo Ri

pelajar yang sngat berani, secara terang-terangan bgtau suka dekat professor sendiri.. 


Jo Jung Suk as Kim Byung Hun

datang dari anak orang kata, bapak ada hospital sendiri, sanggup tukar cos, sebab nk kejar cita2 jd penyanyi musical


Lee Soo Hyuk as Lee Soo Bin



genius untk ubah lagu.. selalu cool, bila sekali buat muka comey, pergh, haha.. suka tgk muka dia time dia kena kutukan dgn Do Sung


 Jang Hee Jin as Eun Chae Young

 pelakon 'veteran' tetapi nak cuba naseb dia kt musical (padahal saham semakin menurun tu).. kekadang meluat gak dengan pompuan ni, hahaha


Oh Man Suk as Sun Woo Young

professor yang cool, haha.. tp ending, :(

drama ni ada jalan cite yang kuat dari dream high or heartstrings.. tapi sya tercari2 ending Tae Yi - Jae Hun, hubungan mak do sung dah ok ka belum? n, cam mana yang performance dok berlatih tu.. ham lagu pon best..

actually banyak benda nak tulis, tapi hukum alam dah panggil dah tu.. hehe

mata memang dah ngantuk gila2..

sebelum tu, next kdrama saya adalah..




 really hope kdrama ni best.. ;)