Tuesday 27 November 2012

Weekend..

assalamualaikum.. selamat malam...

hari ni nak post a litte bit sal last weekend.. ada kerja gila saya buat, hehe

ari sabtu, g sopin, niat di hati nak membeli sehelai seluar & sehelai tshirt, alih2 'terbeli' 2 helai seluar, memang lari bajet.. dah la p giant sat sebab tingin nak makan yong tau fu.. tak boleh blah tu, haha.. lepas tu g sunshine lak, sempat singgah KFC.. lama ooo xlepak kat KFC tu.. (baru nk lepak KFC sebab McDonalds diboikot, hihi).. saya try bnda ni..,

KFC Krushers, Oreo.. bolehla, tapi rasanya McFlurry sedap lagi.. hehe

pada keesokan harinya bersama 25 November 2012, saya kuar dengan cik epit.. makan hat ni.. teringin dari  dulu lagi, dapat gak akhirnya.. sedap! Dave Deli.. Pergh



Dave original 1/4 pa ntah.. :)

sebelum tu, kitaorang ada wat kerja gila iaitu... ta..da...


2 tiket wayang? eh, bukan tengok asing2, tapi tengok sekali harung.. gila betoi, 1st time wat keja cam ni, layan 2 movie dalam 1 hari.. memula cite, 'Istanbul Aku Datang' pastu diekori dengan cite 'The twilight saga : breaking dawn, part 2' best2!!! nanti or esok saya update ye..


oh, lupa lak saya kek ni.. tengkiu puan meraikan hari jadi saya walaupon lewat 2,3 bulan dah..  ;]



Saturday 24 November 2012

Cinta Halal

assalamualaikum.. selamat malam eh selamat pagi

dah lama rasa tak update.. bulan ni post baru 2 kali, betapa busy nya untuk post.. hehe, wat2 je busy

k, kali ni nak post sal cite yang baru saya habis tengok, cite ni,


actually telemovie ni main kat tv3, masa awal muharram tempoh hari, tapi sebab time tu da kat pangkor (oh, bila nk update sal family fun day tu ye), tambah lak jalan citer cam best, so, saya download, and yes, memang best cite ni, ala2 cinta Islamik gitu, kalau la saya ada keberanian cam Is untuk memikat Mukhriz kan best, haha.. poyosss je

Cinta halal tambah best sebab ada si hensem ini,


Fahrin Ahmad as Mukhriz

serta si selamba ini,


Fathia as Ismi Hazariah

ok, saya bagi sinopsis sikit, xyah kot, rasanya semua dah tau pa.. hehe

walaupon cite ni ada kekurangan sikit, tapi ah, ignore je, asalkan dapat menatap muka Fahrin yang hensem gitu.. oh, tambah lak watak dia yang sweet...


sebab telemovie ni, dari xminat Fathia, 'terminat' lakonan dia.. bersahaja je.. best watak Is ni..

tu je kot nk post untuk hari ni, mata dah ngantuk tapi nak tengok 'Maharaja Lawak Mega 2012' #jozan terbaekkk :)

akhir kata, assalamualaikum

selamat malam sayang.. :)





Wednesday 7 November 2012

LUCKY SEVEN - done!

assalamualaikum.. salam sejahtera

habis jugak jdorama ni saya tengok dalam masa seminggu lebih je.. nasib baik leh tgk kt office, hehe



basically, drama jepun ni sangat best.. bukan sebab ada 'shuntaro' tapi jalan ceritanya sangat menarik, oleh kerana saya selalu layan drama jepun ni, dah boleh tau serba-sikit sal ending, so kira kureng la suspen sikit, ;)

saya suka tengok pembukaan drama jepun, sebab selalunya dipermulaan cerita, dah start story, kira straight forward, drama jepun kan pendek dalam 10-12 episode je, so, 1 episode memang padat dengan cerita, bagi saya setiap episode dalam 'Lucky Seven' sangat menarik


ok, dimulakan penceritaan, dengan sekumpulan grup menjejak 1 kes iaitu hubungan isteri orang dengan lelaki muda.. lelaki muda tu la hero.. lepas dah settle semua kes tu, Shuntaro berpisah dengan isteri orang tu, lepas tu dia dapat detected yang Nitta ni penyiasat, dia pon kejar si Nitta sampai ke office detective, Lucky.. secara tak sengaja Shuntaro dapat kerja kat situ, ye la dia kan penganggur sebelum ni


Jun Matsumoto as Shuntaro Tokita

hero dalam jdrama ni, penyebab saya tengok dan layan Japanese drama ni. memula2 kaki pompuan, maklum la muka da 'market', mulut manis lak tu, sapa tak terpikat.. hehe, lepas dah cari detective, terserlah ciri2 penyiasat dekat dia, paling best tu dia kuat lari, berlawan ok la dari Junpei-san, hehe.. lepas g latihan berlawan, boleh di katakan terrer ala2 Nitta-san


Eita as Teru Nitta

2nd hero.. sangat handal berlawan walaupon badan kering, cerdik gak, berasal dari keluarga kaya tapi sebab nak kejar cita2 jadi detective, berhenti belajar, kuar dr rumah yang kaya. selalu bergaduh dengan Shuntaro masa awai2 episode, nampak je muka cam ni, tapi hati dia baik. lepas dia kena suspen sebab 1 kes tu, terus dia menghilang diri untuk settle kes President detective agency tu


Nanako Matsushima as Toko Fujusaki

owner or president 'Lucky' seorang yang lemah-lembut.. nak jadi penyiasat ada sebab tersendiri.
seorang bos yang penyayang tapi lau lawan, terrer gak, hehe.. mencari punca bapa dia mati 16 tahun yang lalu


Riisa Naka as Asuka Mizuno

salah seorang penyiasat dalam 'Lucky Seven'.. seorang yang menarik, selalu la kena goda lelaki yang tua2 + gatai, hehe.. tak berapa pandai masak, sayangkan anjing dia.. pandai gak berlawan, memula rasa hero tu gatai, tapi bila dah lama kerja, selalu geng dengan hero untuk mengusik Junpei.. hehe


Yo Oizumi as Junpei Asahi

paling senior antara Nitta, Asuka, Kayano and Shuntaro. seorang yang rajin, baik hati, tak lekok ilmu, sangat berfikiran positif, dok ngorat pegawai polis xdapat2, tak pandai berlawan, selalu dibuli bab perempuan oleh Asuka dengan Shuntaro


Takuzo Kadono as Masayoshi Tsukushi

boleh dikatakan chief dlm group tu, jaga kewangan company dengan kes2 clients. cerdik gak walaupon dah berumur.paling lucu bila dia merajuk dengan Junpei, hihi


Mari Iriki as Mei Kayano

paling pintar, terer bab2 computer, hack semua la.. suka tengok fesyen baju dia.. selalu duduk dekat kerusi, kedua2 kaki naik..


Keiichiro Koyama as Kojiro Tokita

adik Shuntaro, selalu jumpa Shuntaro time malam, masa sesama.. cuma hairan dia ni bapa tunggal ka? eh, hehe

ending... happy ending.. berbaloi2 tengok 10 episode, hihi
settle semua kes, tang last nak cari sebab bapa Toko mati, dibunuh atau kemalangan..
semua episode da berkaitan dengan 1 sama lain..

oleh itu, sebelum out, kita layan pic2 comey/hensen/cute/cool 'Shuntaro'







ok, mata pon dah rabak ni, tidur dulu ya, nite people! :D




Thursday 1 November 2012

Lucky Seven

hye..

semalam tengah boring2 kat ofis, try la google kdrama, jdrama or tdrama yang best, ada blogger suggest jdorama ni..


Lucky Seven

dan saya tertarik nak tengok jdrama ni sebab..


Jun Matsumoto

titik. sebab beliau saya boleh tertekan, terclick, tertengok drama ini.. haha

tapi bila dah start tengok 1st episode jadi addicted lak, best bangat!

cerita sal hero yang tetiba jadi detective, memula detective tu yang dok siasat sal dia, last2 dia jadi geng menyiasat dengan org yang menyiasat dia tu, tapi hero ini walaupon xda latar belakang sal siasat-menyiasat ni tapi dia ada bakat, contohnya dari jauh dia leh tau orang tu cam mana, laju gak dia ni lari, cuma 1 'kelebihan' dia, dia ni kaki pompuan, ops, hehe

so, cuba-try-test tengok ye, saya baru je habis tengok sampai episode 3, esok sambung tengok episode 4 lak..