Saturday 26 November 2016

Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised, Padiwarada, Ngao Jai (2015) & Wimarn Mekkala 2016 - done!

Assalamualaikum.. entry ke-dua.. 
#moodtengahrajin

entry ni nak cerita pasal drama thailand / siam / lakorn yang saya dah tengok.. sebelum datang #moodhindustan

1st..


Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised

rasa dah lama habis tengok drama ni
must watch a drama if you are fans of Kimmy or James Ma
lakonan sangat cemerlang, jalan cerita ok cuma pada 1 tahap, watak Kim buat saya jadi tak suka, lebih suka watak Kim dalam Rang Pratana
lakonan James Ma superb, walaupon ini la 1st time saya tengok dia berlakon, tak awkward, serius, riak muka bersahaja.. love his character in this lakorn
normal la kan, nang'ek spoiled, pra'ek seorang yang tulus gittew, ;D

then..


Padiwarada

ada James Jirayu, Bella
memula nak tengok sebab minat dekat James, last2 tersangkut dengan jalan cerita.. best, walaupon James tau yang Bella bukan orang yang sepatutnya dia kahwin tapi dia terima ja.. ada peningkatan dalam lakonan James Jirayu.. suka scene yang James Jirayu bagi semua gaji dekat Bella & masa James Jirayu g rumah nak pujuk Bella, pastu dia ingat Bella yang nak kahwin. oh ya, saya paling suka watak Bella.. seorang yang independent & tak mudah mengalah.

pastu, lakorn ni lak..


Ngao Jai (2015)

Toomtam & View..
nak tengok sebab suka kimia diorang dalam Sud Sai Pan..
tapi dalam lakorn ni agak mengecewakan, tak tau la salah pelakon or jalan cerita..
kalau nak tengok adegan sweet hero-heroin, boleh la

and last sekali..


Wimarn Mekkala 2016

Andrew & Bella
pengaruh dari kekawan, terdownload.. haha, last2 boleh layan sampai habis
watak Bella menarik & saya dah tersuka tanpa sengaja dekat Andrew..
jalan cerita menarik, lucu.. walaupon tema macam berat, tp banyak scene lawak, hehe
sila tengok kalau cari cerita yang bukan revenge berat..
will repeat again this lakorn










#moodhindustan

Assalamualaikum. hai semua :)
dah lama rasa tak update dekat blog.. awal tahun hari tu berkobar2 nak update selalu, tapi hampeh mood kelaut, haha., ok kali ni tajuk ada #, kan trend sekarang apa2 semua nak #, so kali tajuk post saya pon #moodhindustan

cerita bermula apabila saya terbaca dekat forum (yes, i am kaki forum jugak, haha) pasal gosip Bollywood, baru tau Ranbir Kapoor putus dengan Katrina Kaif, motif ingat RK tu single lepas putus dengan Deepika.. Baru tau history diorang.. yang berlalu biarkan berlalu.. saya teruskan hidup dengan menonton filem Bollywood. Actually dah lama tinggalkan dunia Bollywood sejak stereotype dengan jalan cerita Bollywood.. Yes, Tamil lagi best tapi idok la begitu semangat nak download :)

ok saya mulakan pencarian dengan mendownload filem Ranbir.. disebabkan saya tak reti nak guna IDM, ada kawan suggest download thru Telegram.. baru tau ke-best-an application Telegram, boleh download macam2, tapi saya hanya masuk channel bukan group so redha je la movie apa yang diorang up-kan...

1st film Bollywood saya download..


Yeh Jawaani Hai Deewani

lakonan Ranbir Kapoor & Deepika Padukone
dibantu oleh Aditya Roy Kapur & Kalki Koechlin 

movie hindustan yang saya tengok lepas 2 tahun rasanya.. fokus sangat masa tengok film ni
pendapat peribadi saya, a must movie to watch kalau anda pengemar Ranbir Kapoor-Deepika Padukone, jalan cerita yang simple, romantik komedi & hubungan kekeluargaan yang tak terlalu berat.. boleh dikatakan masa memula filem ni berkenaan Naina (Deepika Padukone) lepas tu fokus dekat watak Kabir 'Bunny' (Ranbir Kapoor).. saya suka dekat watak2 kawan Bunny.. ops, baju yang Deepika pakai kadang2 agak sexy & ada scene kiss Bunny & Naina

special, lagu yang asyik bermain2 di fikiran saya,


2nd movie saya tengok,


Daawat-e-Ishq

masa baca sipnosis macam best, terus saya download, lagipon suka tengok Parineeti Chopra dlm Hasee Toh Phasee  & hero, Aditya Roy Kapur yang jadi kawan Ranbir dalam movie atas tadi.. jalan cerita ok, pasal dowry.. Anupam Kher yang jadi watak bapa Parineeti pon best.. cuma Aditya dalam ni nampak tak begitu presentable, mungkin untuk watak beliau kot. tak sangka sekarang movie hindustan 2 jam ja.. oh ya lepas dah download pagi tu, balik keja, petang main film ni kat tv.. stress mak, haha

ok 3rd movie, yang buat saya merepeat kali keberapa ntah,


Khoobsurat 

movie yang sama di-release dengan Daawat-e-Ishq, 19 September 2014, so 2014 kan.. 
lakonan Fawad Afzal Khan & Sonam Kapoor

memula macam tak percaya, saya download film yang saya tak pernah tengok hero-heroin berlakon, sekali tengok, wah.. tersuka tanpa sengaja dekat hero ni, Putera Vikram Singh Rathore or Dr Mili panggil Viku.. walaupon Putera Viku ni muka kejung je, tapi bila sekali senyum, boleh melting.. nasib real life dah kahwin.. lakonan Sonam agak kelam-kelibut, fesyen baju pon pelik2 tapi sesuai dengan Viku yang terlalu serius tu.. best bila Vikram g cakap dengan Manju.. mesti tengok kalau anda penggemar cite yang light2 plus hero hensem, haha

p/s : Fawad Afzal Khan ada berlakon dalam Kapoor & Sons tapi bawak watak gay.. and surprisingly saya tak pernah suka lelaki berjambang tapi Fawad nampak sangat hensem dalam Khoobsurat, bila muka dia 'clean' & he look so different.

selepas tu, mood untuk tengok film hindustan makin menjadi2.. tanpa sedar saya dah download movie seperti di bawah.. 









jangan tanya bila semua movie ni saya nak tengok ;)