Wednesday 11 May 2016

YAI KANLAYA, TARM RUK KEUN JAI, ROY LAE SANAE LUANG & CUBIC - done!

assalamualaikum..

kali ini nak update pasal lakorn yang telah habis saya tengok, disebabkan ada 4 lakorn sekali saya review, saya ringkaskan ye...

Yai Kanlaya


ceritanya mengenai heroin tengah intern dekat 1 produksi filem di rumah pelakon terkenal dulu yang mati sebab overdose.. then tetiba heroin dapat melihat roh actress tersebut. actress dulu tu dia tak mau ke alam seterusnya sebab dia nak bersama dengan suami & anaknya, dan dia rasakan dia mati terlalu muda. ntah macam mana, heroin dapat tawaran berlakon, disebabkan heroin tak pandai berlakon, dia buat perjanjian dengan roh tersebut, boleh masuk dalam badan heroin masa dia nak berlakon. sekali roh tu nak jumpa, cakap dengan anak dia.. macam panjang lak synopsis ni, hehe


Michael Pataradet Sa-nguankwamdee as Dr.Sawat

ini lah anak actress dulu tu.. kerja sebagai doktor gigi.. memula dia tak percaya cerita heroin yang kena rasuk dengan mak dia, lama2 dia faham and tolong heroin dari mak dia. hero ni ok la.. lakonan biasa2 ja, tapi smart, selalu ja pakai kemeja plus tie :)


Bow Maylada as Homnam

heroin yang kena rasuk.. hehe, lakonan menjadi, dapat beza antara Nam dengan Putkanlaya
heroin nampak suci sangat tapi ramai peminat sampai 1 tahap dia tau dia suka dekat hero tapi mak hero lak menggangu


overall, ok la jalan cerita dia, memula excited nak tengok, tapi bila dah dekat tengah2, rasa bosan bila roh mak hero asyik dok tekan heroin.. nasib ada 15 episode saja.. nak repeat rasanya tak kot


Tarm Ruk Keun Jai


cerita pasal heroin g mencari bapa kandung yang disangka dah mati.. so dalam perncarian tersebut, heroin berjumpala dengan hero.. nampak synopsis pendek sangat kan tapi best citer ni sebab ada nadech kot, hehe


Nadech Kugimiya as Nai Singh

owner farm tempat bapa heroin berkerja. Nai Singh sangat serius time berkerja, sanggup bersusah payah demi farm & tak suka kerja2 yang illegal. heroin selalu bagi masalah dekat hero, lama-kelamaan hero rasa sayang dekat heroin. 


Mew Nittha Jirayungyurn as Noo Na (Nara)

anak orang kaya, gigih cari bapa kandung bila dia tau bapa dia masih hidup. sebelum sambung belajar ke luar negara, dia nak jumpa bapa dia.. time tu la dia jumpa hero.. bab2 farming, kerja rumah semua dia buat akan ada masalah, sampai la jadi pembantu hero baru ok dia keja

layan sikit picture ke-sweet-an Singh & Noona


suka part ni, Khun Singh pujuk Noona lepas tu diorang g beli anak ayam


Noona dah berani pegang2 Khun Singh hihi



suka tengok bila part Khun Singh jeles sebab dia ingat heroin ada hubungan dengan pekerja dia
ending.. bapa heroin dapat menerima heroin, semua baik2 and hero dengan heroin la kan ;)
berbaloi untuk direpeat tengok berulang kali..


*melting*


Roy Lae Sanae Luang


download sebab cik pinas nak tengok sangat, saya pon download je la lepas tengok scene2 yang menarik dekat youtube, hehe
jalan cerita hero nak balas dendam dekat family heroin sebab bapa heroin dulu rogol mak hero, tanpa hero sedari, last2 hero jatuh cinta dekat heroin.


Weir Sukollawat Kanarot as Krao

hero.. kaya, handsome tapi penuh dengan dendam.. habis semua ahli keluarga perempuan Vichawayt, dia akan goda sebab nak balas dendam, sampai dia dapat kahwin dengan hero still lagi dia berdendam..  comel bila part dia dok usik heroin


Mai Davika Hoorne as Arnus/Nus

baru balik dari luar negara, lepas dengar family ada masalah kewangan terus dia cari jalan.. sampai la 1 tahap dia kahwin dengan hero.. berjiwa kental sanggup menghadapi hidup dengan hero yang kadang2 nampak cam psiko


suka dengan picture di atas, mengambarkan jalan cerita lakorn


dalam drama ni, tak boleh nampak sangat aih senyum depa cam kat atas


saya akui, tengok lakorn ni skip2 dekat tengah tapi continue bila depa dah kahwin
ending? tang last baru nak ngaku segala.. ish2 #emosilak


Cubic


drama siam yang baru saya habis tengok semalam.
berkisarkan tentang bapa heroin berhutang dengan hero yang mafia orangnya.. tak dapat bayar hutang, so bapa heroin serahkan anak sulung dekat hero tapi tak jadi, last2 anak bongsu dia yang kena tangkap


Bomb Tanin as Lin Lan Ser

1st time tengok hero ni berlakon, boleh la.. cuma ekspersi muka tu kureng sikit..
ketua mafia yang kerja dia pagi2 p sekolas as a principal, pastu masuk office, then malam kat hotel, lau ada event or dinner akan hire actress teman dia tapi bila dia kenal heroin, dah sayang dekat heroin sanggup gadaikan company dia demi heroin


Mint Chalida Wijitwongtong as Ruthainark (Nark) Ritthiwong

heroin masih bersekolah tapi mempunyai IQ yang tinggi, digelar ngao (shadow) - cubic sebab pernah menyelamatkan hero. sentiasa berpositif.. walaupon bijak tapi lambat nak faham bab2 perasaan bak kata Danny


1st time hero nak try heroin, kekeke


overall, lakorn based novel ni ok la.. kalau nak repeat tengok, maybe part hero start suka dekat heroin.. latar tempat di hong kong, tapi kebanyakkan drama ni cakap bahasa thai.. editing pon xberapa cun cuma yang saya suka pasal drama ni heroin tak ada sedih2 or orang ketiga yang annoying


mood nak mengarang dah berkurangan ni.. akhir kata, selamat malam!



Sunday 8 May 2016

drama melayu...

assalamualaikum.. selamat malam

dah lama tak update blog, sibuk dengan hal semasa :)

hari ini nak bercerita pasal drama melayu.. honestly saya kecewa dengan drama melayu sekarang, jarang dah tengok drama petang2 dekat tv, even download pon jarang nak habis tengok.. bukan nak compare dengan drama dari luar macam korea, jepun tapi.. ok la dibawah ni saya 'list' kan sebab kekurangan drama melayu sekarang,

1) watak hero yang kaya
slot akasia, slot drama dekat astro pon kebanyakkan watak hero harus lah kaya, office kemain besar, rumah harus juga besar, bawa keta mahal2.. tetapi yang pelik tu saya tak tau dari mana kekayaan hero tersebut.. cerita la sikit detail tentang hero macam 'rich man poor woman'

2) perkerjaan
sambungan di atas.. ok la kalau tidak diceritakan kekayaan hero, cerita la sikit pasal pekerjaan, macam 'rang pratana' nampak credibility as a arkitek, pernah saya tengok satu drama ni, katanya hero doktor.. tapi duduk office, tak pernah pon keluar dari operation wad, or sebut ayat2 medik, compare dalam 'doctor stranger' or 'descendants of the sun'

3) bertudung
bukan saya tak suka artis bertudung sedangkan saya bertudung, memang Islam wajib bertudung, tapi jika pihak pengarah pandai mengkaitkan situasi tersebut lagi best.. tak perlu duduk dalam rumah dengan anak serta suami bertudung, cuba buat scene tu dekat luar rumah, tengah minum petang ka baru balik keja,, ini dekat bilik tidur still lg bertudung, macam tak real kan..

4) ibu bapa yang muda
ini satu lagi, kadang2 bagi saya tak logik.. hero-heroin cam lewat 20-an tapi parents diorang masih lagi di awal 40-an, takkan parents tersebut kahwin masa diorang belasan tahun lagi kan.. jenuh saya buat kesimpulan sendiri, ibu bapa hero/heroin kahwin awal.. tapi itu la anak mesti sorang ja, padahal kahwin awal, eh melalut lak..

5) berdasarkan novel
ini pon memang trend sekarang kan, cuma novel sekarang terlalu sama jalan cerita, kena paksa kahwin, memula tak suka, then dah suka, datang pulak orang ketiga, 2nd heroin mesti sexy, pastu jahat.. 2nd hero lagi baik dari hero tapi sebab cinta, heroin pilih hero walaupon perangai hero tak semenggah tapi hero tu mesti kaya lagi kacak..

6) latar masa
yang ni, nak ja saya highlightkan dekat pengarah.. takkan saya expect cam 'Reply 1997' tapi biarla nampak real. contoh, baru ni saya tengok kat tv, scene imbas semula 15@20 tahun lepas, watak perempuan pakai tudung bawal aj, dalam rumah tv flat skrin, baju, mekap tahun 2016. ada yang drama citer 3 tahun lepas, tapi dah siap pakai iphone 6, shawl dah berbelit2, so cam mana tu?

bukan saya nak condemn tapi just luah perasaan sebagai peminat drama melayu.. bagi novel pulak walaupon jalan cerita lebih kurang sama tapi saya sangat respek dengan diorang sebab saya pernah, pernah cuba nak tulis cerpen je tapi hampeh berbulan-bulan stuck hehe

akhir kata, maaf jika post kali ini tersinggung mana2 pihak.. selamat menonton anugerah bintang popular bh 29 #respek