Saturday 26 November 2016

Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised, Padiwarada, Ngao Jai (2015) & Wimarn Mekkala 2016 - done!

Assalamualaikum.. entry ke-dua.. 
#moodtengahrajin

entry ni nak cerita pasal drama thailand / siam / lakorn yang saya dah tengok.. sebelum datang #moodhindustan

1st..


Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised

rasa dah lama habis tengok drama ni
must watch a drama if you are fans of Kimmy or James Ma
lakonan sangat cemerlang, jalan cerita ok cuma pada 1 tahap, watak Kim buat saya jadi tak suka, lebih suka watak Kim dalam Rang Pratana
lakonan James Ma superb, walaupon ini la 1st time saya tengok dia berlakon, tak awkward, serius, riak muka bersahaja.. love his character in this lakorn
normal la kan, nang'ek spoiled, pra'ek seorang yang tulus gittew, ;D

then..


Padiwarada

ada James Jirayu, Bella
memula nak tengok sebab minat dekat James, last2 tersangkut dengan jalan cerita.. best, walaupon James tau yang Bella bukan orang yang sepatutnya dia kahwin tapi dia terima ja.. ada peningkatan dalam lakonan James Jirayu.. suka scene yang James Jirayu bagi semua gaji dekat Bella & masa James Jirayu g rumah nak pujuk Bella, pastu dia ingat Bella yang nak kahwin. oh ya, saya paling suka watak Bella.. seorang yang independent & tak mudah mengalah.

pastu, lakorn ni lak..


Ngao Jai (2015)

Toomtam & View..
nak tengok sebab suka kimia diorang dalam Sud Sai Pan..
tapi dalam lakorn ni agak mengecewakan, tak tau la salah pelakon or jalan cerita..
kalau nak tengok adegan sweet hero-heroin, boleh la

and last sekali..


Wimarn Mekkala 2016

Andrew & Bella
pengaruh dari kekawan, terdownload.. haha, last2 boleh layan sampai habis
watak Bella menarik & saya dah tersuka tanpa sengaja dekat Andrew..
jalan cerita menarik, lucu.. walaupon tema macam berat, tp banyak scene lawak, hehe
sila tengok kalau cari cerita yang bukan revenge berat..
will repeat again this lakorn










#moodhindustan

Assalamualaikum. hai semua :)
dah lama rasa tak update dekat blog.. awal tahun hari tu berkobar2 nak update selalu, tapi hampeh mood kelaut, haha., ok kali ni tajuk ada #, kan trend sekarang apa2 semua nak #, so kali tajuk post saya pon #moodhindustan

cerita bermula apabila saya terbaca dekat forum (yes, i am kaki forum jugak, haha) pasal gosip Bollywood, baru tau Ranbir Kapoor putus dengan Katrina Kaif, motif ingat RK tu single lepas putus dengan Deepika.. Baru tau history diorang.. yang berlalu biarkan berlalu.. saya teruskan hidup dengan menonton filem Bollywood. Actually dah lama tinggalkan dunia Bollywood sejak stereotype dengan jalan cerita Bollywood.. Yes, Tamil lagi best tapi idok la begitu semangat nak download :)

ok saya mulakan pencarian dengan mendownload filem Ranbir.. disebabkan saya tak reti nak guna IDM, ada kawan suggest download thru Telegram.. baru tau ke-best-an application Telegram, boleh download macam2, tapi saya hanya masuk channel bukan group so redha je la movie apa yang diorang up-kan...

1st film Bollywood saya download..


Yeh Jawaani Hai Deewani

lakonan Ranbir Kapoor & Deepika Padukone
dibantu oleh Aditya Roy Kapur & Kalki Koechlin 

movie hindustan yang saya tengok lepas 2 tahun rasanya.. fokus sangat masa tengok film ni
pendapat peribadi saya, a must movie to watch kalau anda pengemar Ranbir Kapoor-Deepika Padukone, jalan cerita yang simple, romantik komedi & hubungan kekeluargaan yang tak terlalu berat.. boleh dikatakan masa memula filem ni berkenaan Naina (Deepika Padukone) lepas tu fokus dekat watak Kabir 'Bunny' (Ranbir Kapoor).. saya suka dekat watak2 kawan Bunny.. ops, baju yang Deepika pakai kadang2 agak sexy & ada scene kiss Bunny & Naina

special, lagu yang asyik bermain2 di fikiran saya,


2nd movie saya tengok,


Daawat-e-Ishq

masa baca sipnosis macam best, terus saya download, lagipon suka tengok Parineeti Chopra dlm Hasee Toh Phasee  & hero, Aditya Roy Kapur yang jadi kawan Ranbir dalam movie atas tadi.. jalan cerita ok, pasal dowry.. Anupam Kher yang jadi watak bapa Parineeti pon best.. cuma Aditya dalam ni nampak tak begitu presentable, mungkin untuk watak beliau kot. tak sangka sekarang movie hindustan 2 jam ja.. oh ya lepas dah download pagi tu, balik keja, petang main film ni kat tv.. stress mak, haha

ok 3rd movie, yang buat saya merepeat kali keberapa ntah,


Khoobsurat 

movie yang sama di-release dengan Daawat-e-Ishq, 19 September 2014, so 2014 kan.. 
lakonan Fawad Afzal Khan & Sonam Kapoor

memula macam tak percaya, saya download film yang saya tak pernah tengok hero-heroin berlakon, sekali tengok, wah.. tersuka tanpa sengaja dekat hero ni, Putera Vikram Singh Rathore or Dr Mili panggil Viku.. walaupon Putera Viku ni muka kejung je, tapi bila sekali senyum, boleh melting.. nasib real life dah kahwin.. lakonan Sonam agak kelam-kelibut, fesyen baju pon pelik2 tapi sesuai dengan Viku yang terlalu serius tu.. best bila Vikram g cakap dengan Manju.. mesti tengok kalau anda penggemar cite yang light2 plus hero hensem, haha

p/s : Fawad Afzal Khan ada berlakon dalam Kapoor & Sons tapi bawak watak gay.. and surprisingly saya tak pernah suka lelaki berjambang tapi Fawad nampak sangat hensem dalam Khoobsurat, bila muka dia 'clean' & he look so different.

selepas tu, mood untuk tengok film hindustan makin menjadi2.. tanpa sedar saya dah download movie seperti di bawah.. 









jangan tanya bila semua movie ni saya nak tengok ;)




Wednesday 14 September 2016

JUST ONE SMILE IS VERY ALLURING - done!

assalamualaikum.. selamat malam

dah lama tak update post, awal tahun kemain nak update selalu, last2 busy, hilang terus semangat nak update :) sempat lagi kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kan..

ok la, 2 hari sebelum Hari Raya Haji saya ter-excited nak layan citer ni, 


Just One Smile is Very Alluring a.k.a Love O2O

then, dalam 2 hari tu saya dah habis tengok siap download lagi, hebat tak? hehe

dah lama tak karang ayat untuk sinopsis, dah jadi awkward lak.. sinopsis leh baca kat sini - https://en.wikipedia.org/wiki/Just_One_Smile_is_Very_Alluring

terus ke bahagian pelakon utama..


Yang Yang as Xiao Nai

dalam drama ni, susah betul nak tengok dia senyum cam ni.. senior yang bijak, tampan, dari family educated.. siap prepare nak buka company lagi, terer bersukan, complete la semua.. paling hebat bermain game sekali boleh create game baru.. luaran nampak skema ja, tapi sangat protective girlfriend dia, siap hacked kalau ada post tak elok tentang girlfriend dia. 




 Zheng Shuang as Bei Wei Wei 

heroin tak kurang hebat gak bermain game.. sangat independent dalam bermain game.. no.2 cantik dalam kolej, tahun kedua pelajar jurusan computer science.. walaupon heroin nampak kurus sangat tapi bila dia jadi watak game, muka dia sangat sesuai

citer ni ada 30 episode.. yang peliknya saya tak drop walaupon 1 ep.. macam pelik ja, selalu saya mana boleh layan drama yang episode panjang2 ni, drama korea pon limit 20 ep saja, selalunya dekat belas2 ep, sya dah skip.. nampak tak drama ni best, hehe


part time diorang main game langsung tak rasa bosan, tambah time diorang dah jadi couple, ala sweet.. cam nak husband cam Xiao Nai.. sanggup makan pedas, belanja roomate Wei Wei, bagi duit untuk beli ticket kapal terbang, hacked blog semua untuk girlfriend dia.. dah la Wei Wei 1st love dia



time ni diorang dalam dunia game.. sesuai kan Wei Wei jadi watak anime

saya bagi drama ni 8.5 / 10.. worth to watching & repeat again, ah, suweet masa Xioa Nai nak jumpa/declare Wei Wei.. siapa yang nak tengok drama budak kolej yang relax2 boleh la layan drama ni sebab watak antagonist tak begitu annoying, hero-heroin tak ada bergaduh panjang & jalan cerita pon smooth ja..







Wednesday 8 June 2016

pending list..

assalamualaikum.. salam ramadan al mubarak 

tetiba bulan 6, mood mendownload membuak2 datang, dengan drama korea yang best.. so hari ni nak cerita pasal pending list untuk download :)

1) The Royal Gambler


sebab utama nak tengok lakonan Jang Geum Suk, walaupon minat dia dari You're Beautiful, lepas drama tu dah tak layan next2 drama dia.. lagipon jarang dia ambil drama saeguk, last pon Hwangjini, itu pon masa dia muda2 lagi. jalan cerita cam menarik tambah ada Yeo Jin Goo, lakonan dia pon tidak pernah menghampakan

2) Vampire Detective


sebab utama nak tengok sebab Lee Joon, hehehe.. eh, baca sinopsis pon dah macam best, ala2 penyiasatan gittew.. last tengok drama genre cam ni, I Remember You.. tapi tu la belum ada mood nak start drama ni, rasanya dalam 12 episode je

3) Entertainer


 ini pon nak tengok sebab Ji Sung, hahaha.. semua sebab hero. ye la lau hero tak best, tak mood nk tengok kan.. ada jugak Girls Day Hyeri dengan CN Blue Minhyuk,, dah ada sampai episode 14 tapi seru nak tengok belum datang lagi.. tunggu bagi complete baru tengok kot

4) Another Miss Oh


yang ni nak tengok sebab tertengok 1st episode cam best, dengan saranan colleague beria-ria suruh tengok, finally terlayan sampai latest episode.. memang betul2 best! lakonan Eric memang daebak.. heroin pon ok jugak. suka dengan keseluruhan jalan cerita drama ni.. harap2 happy ending. OT jap, sebab terminat dekat Eric balik, habis variety show Shinhwa dok layan, kekeke

5) Beautiful Gong Shim


baru start layan sebab nak tengok lakonan hero yang lain. before ni dia berlakon dalam The Girls Who Can See Smells jadi jahat so nak tengok cam mana dia jadi hero yang baik, hihi.. dah layan sampai 3 episode, ok la.. suka dengan lakonan hero cuma terganggu dengan kakak heroin, xmau jahat sangat

6) Mirror Of The Witch


Yoon Shi Yoon & jalan cerita buat saya tertarik nak tengok walaupon heroin agak muda bagi saya.. tapi tak apa, try dulu layan sebelum buat assumption. tak kenal maka tak cinta kan.. hehe

7) Refresh Man


drama Taiwan lak.. lepas drama Bromance habis, rasa nak tengok drama Taiwan lagi.. masa tu pending list drama korea tak banyak cam sekarang. hihi.. Aaron Yan memang best cuma tak sangka heroin ni dulu pernah berlakon drama yang saya pernah tengok, lain sungguh beliau sekarang

8) Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised


lakorn mesti ada,, masa jejalan kat mydramalist dah siap pending drama ni walaupon time tu tak tahu lagi bila airing, sekali jejalan kat google, ternampak ada lakorn ni.. terus download.. tapi derita kena tunggu tiap2 minggu, nasib seminggu 2 kali tayang lepas tu eng sub pon cepat. love James Ma & Kim kat drama ni, best! ops, minggu ni dah last

9) Good Morning Call


jdrama pon ada.. nak tengok sebab baca jalan cerita cam best,, adaptasi dari komik. yang hat cartoon saya ada tengok sikit2. agak menarik gak versi cartoon.. tunggu complete kat kissasian baru nak download

10) I Order You


kdrama last year.. tetiba tertengok, then terminat.. so terpaksa mendownload.. kat tv pon tengah main sekarang, tapi tak leh nak fokus tengok sebab time main kt tv sama dengan time nak berbuka, so kenala berkorban kan.. oh Yunho.. nanti saya tengok ye


ok la, mata pon dah mengantuk ni.. selamat malam!



Wednesday 11 May 2016

YAI KANLAYA, TARM RUK KEUN JAI, ROY LAE SANAE LUANG & CUBIC - done!

assalamualaikum..

kali ini nak update pasal lakorn yang telah habis saya tengok, disebabkan ada 4 lakorn sekali saya review, saya ringkaskan ye...

Yai Kanlaya


ceritanya mengenai heroin tengah intern dekat 1 produksi filem di rumah pelakon terkenal dulu yang mati sebab overdose.. then tetiba heroin dapat melihat roh actress tersebut. actress dulu tu dia tak mau ke alam seterusnya sebab dia nak bersama dengan suami & anaknya, dan dia rasakan dia mati terlalu muda. ntah macam mana, heroin dapat tawaran berlakon, disebabkan heroin tak pandai berlakon, dia buat perjanjian dengan roh tersebut, boleh masuk dalam badan heroin masa dia nak berlakon. sekali roh tu nak jumpa, cakap dengan anak dia.. macam panjang lak synopsis ni, hehe


Michael Pataradet Sa-nguankwamdee as Dr.Sawat

ini lah anak actress dulu tu.. kerja sebagai doktor gigi.. memula dia tak percaya cerita heroin yang kena rasuk dengan mak dia, lama2 dia faham and tolong heroin dari mak dia. hero ni ok la.. lakonan biasa2 ja, tapi smart, selalu ja pakai kemeja plus tie :)


Bow Maylada as Homnam

heroin yang kena rasuk.. hehe, lakonan menjadi, dapat beza antara Nam dengan Putkanlaya
heroin nampak suci sangat tapi ramai peminat sampai 1 tahap dia tau dia suka dekat hero tapi mak hero lak menggangu


overall, ok la jalan cerita dia, memula excited nak tengok, tapi bila dah dekat tengah2, rasa bosan bila roh mak hero asyik dok tekan heroin.. nasib ada 15 episode saja.. nak repeat rasanya tak kot


Tarm Ruk Keun Jai


cerita pasal heroin g mencari bapa kandung yang disangka dah mati.. so dalam perncarian tersebut, heroin berjumpala dengan hero.. nampak synopsis pendek sangat kan tapi best citer ni sebab ada nadech kot, hehe


Nadech Kugimiya as Nai Singh

owner farm tempat bapa heroin berkerja. Nai Singh sangat serius time berkerja, sanggup bersusah payah demi farm & tak suka kerja2 yang illegal. heroin selalu bagi masalah dekat hero, lama-kelamaan hero rasa sayang dekat heroin. 


Mew Nittha Jirayungyurn as Noo Na (Nara)

anak orang kaya, gigih cari bapa kandung bila dia tau bapa dia masih hidup. sebelum sambung belajar ke luar negara, dia nak jumpa bapa dia.. time tu la dia jumpa hero.. bab2 farming, kerja rumah semua dia buat akan ada masalah, sampai la jadi pembantu hero baru ok dia keja

layan sikit picture ke-sweet-an Singh & Noona


suka part ni, Khun Singh pujuk Noona lepas tu diorang g beli anak ayam


Noona dah berani pegang2 Khun Singh hihi



suka tengok bila part Khun Singh jeles sebab dia ingat heroin ada hubungan dengan pekerja dia
ending.. bapa heroin dapat menerima heroin, semua baik2 and hero dengan heroin la kan ;)
berbaloi untuk direpeat tengok berulang kali..


*melting*


Roy Lae Sanae Luang


download sebab cik pinas nak tengok sangat, saya pon download je la lepas tengok scene2 yang menarik dekat youtube, hehe
jalan cerita hero nak balas dendam dekat family heroin sebab bapa heroin dulu rogol mak hero, tanpa hero sedari, last2 hero jatuh cinta dekat heroin.


Weir Sukollawat Kanarot as Krao

hero.. kaya, handsome tapi penuh dengan dendam.. habis semua ahli keluarga perempuan Vichawayt, dia akan goda sebab nak balas dendam, sampai dia dapat kahwin dengan hero still lagi dia berdendam..  comel bila part dia dok usik heroin


Mai Davika Hoorne as Arnus/Nus

baru balik dari luar negara, lepas dengar family ada masalah kewangan terus dia cari jalan.. sampai la 1 tahap dia kahwin dengan hero.. berjiwa kental sanggup menghadapi hidup dengan hero yang kadang2 nampak cam psiko


suka dengan picture di atas, mengambarkan jalan cerita lakorn


dalam drama ni, tak boleh nampak sangat aih senyum depa cam kat atas


saya akui, tengok lakorn ni skip2 dekat tengah tapi continue bila depa dah kahwin
ending? tang last baru nak ngaku segala.. ish2 #emosilak


Cubic


drama siam yang baru saya habis tengok semalam.
berkisarkan tentang bapa heroin berhutang dengan hero yang mafia orangnya.. tak dapat bayar hutang, so bapa heroin serahkan anak sulung dekat hero tapi tak jadi, last2 anak bongsu dia yang kena tangkap


Bomb Tanin as Lin Lan Ser

1st time tengok hero ni berlakon, boleh la.. cuma ekspersi muka tu kureng sikit..
ketua mafia yang kerja dia pagi2 p sekolas as a principal, pastu masuk office, then malam kat hotel, lau ada event or dinner akan hire actress teman dia tapi bila dia kenal heroin, dah sayang dekat heroin sanggup gadaikan company dia demi heroin


Mint Chalida Wijitwongtong as Ruthainark (Nark) Ritthiwong

heroin masih bersekolah tapi mempunyai IQ yang tinggi, digelar ngao (shadow) - cubic sebab pernah menyelamatkan hero. sentiasa berpositif.. walaupon bijak tapi lambat nak faham bab2 perasaan bak kata Danny


1st time hero nak try heroin, kekeke


overall, lakorn based novel ni ok la.. kalau nak repeat tengok, maybe part hero start suka dekat heroin.. latar tempat di hong kong, tapi kebanyakkan drama ni cakap bahasa thai.. editing pon xberapa cun cuma yang saya suka pasal drama ni heroin tak ada sedih2 or orang ketiga yang annoying


mood nak mengarang dah berkurangan ni.. akhir kata, selamat malam!