Sunday 28 April 2013

MYUNG WOL THE SPY - done!

assalamualaikum.. selamat petang

finally, im done watching for dis kdrama...


Myung Wol The Spy

best melayan drama korea ni.. hehe
semua ada, lucu, romantik, sedih.. complete la, cite pon tak berat sgt..

cite ni berkisarkan Myung Wol, seorang 'spy' yang diberi mission untuk culik 'Hallyu Star' iaitu Kang Woo / Gang U ke North Korea, sebab dekat sana tak dak artis popular cam dia, kebetulan Gang U ni ada buku yang North Korea nak.. cam tu la.. entah cam mana Myung Wol ni terjatuh chenta dengan Gang U, so jadi la complicated sikit.. pastu Gang U dah tau sapa Myung Wol ni sebenarnya dia still nak kat heroin, alooo so sweet.. tapi part sedih, Gang U ni selalu kena tipu / dipermainkan oleh heroin.. stail main perasaan tu.. bila Gang U mengalirkan air mata, otomatik, saya pon nak mengalirkan air mata.. *sob..sob*
tapi tak pa, happy ending drama korea ni, hehe

ok, mari ke pelakon utama kdrama ni,


Eric Mun as Kang Woo

ini la heronya.. dengan drama ni, buat saya suka, minat dia.. hebat lakonan dia.. bukan stereotype idol dalam banyak drama, ini 'Hallyu Star' yang daebak.. hehe, ada reason apa yang dia buat.. artis serbaboleh kat South Korea tu, terer menyanyi, menari, berlakon, semua la boleh.. tapi attitude cam banyak drama korea, hampeh sikit.. but, bila dah jatuh cinta, dia kan tinggalkan segala-galanya untuk perempuan kesayangan dia, sweet sangatttt.. takutkan ular dalam cite ni, hehe.. oh ya, saya suka fesyen Gang U dalam drama ni, cukup dengan seluar panjang, kasut tutup, single/t-shirt dipadankan dengan blazer/kot.. cukup smart bagi saya.. ;)


Han Ye-seul as Han Myung-wol

ni lak heroin.. mai dari Korea Utara yang memang pro bab2 perang ni.. lebih suka buat keja dari fikir dulu.. gagal menjalankan misi, dia g Korea Selatan sebab nak buat keja sendiri.. banyak kali nak jauhkan diri dari hero, tapi hero kejar sampai dapat, hehe.. lawak gak Myung Wol ni dari bab2 cintan-cintun.. gaya pon pakai short je, tapi sangat2 handal berlawan, kan spy..


Lee Jin-wook as Choi Ryu

2nd hero.. orang atasan dari Myung Wol, jaga Myung Wol sebab dia ni dulu kawan bapak Myung Wol, tanpa disedari dia pon tersuka dekat Myung Wol.. sadis jugak watak dia ni.. muka cool je tapi dalam hati sapa yang tau kan.. tegas buat keje.. susah betul nak tengok beliau ni senyum..


Jang Hee-jin as Joo In-ah

2nd heroin.. tengok muka pon dah annoying sikit, ops, hahaha.. anak orang kaya, obses sangat dengan Gang U.. naseb baik tak bercinta dengan Gang U, lau tak, pening la nak tengok drama ni.. tok wan dia yang jahat, huhu.. last2 suka dekat Comander Choi Ryu, yang menyamar jadi bodyguard dia.. ending 2nd hero-heroin tak berapa nak best, sekurang2nya 2nd hero terselamat dan 2nd heroin tau Choi Ryu tu hidup :)

jom, tengok picture dari drama ni,


masa tengah berbaik dah ni :)


suka tengok poster ni


g dating, tapi time ni hero dah start syak dekat heroin


done..

lepaih ni nak tengok drama korea apa lak eh..






Monday 22 April 2013

Myung Wol The Spy

assalamualaikum.. selamat malam..

sekarang tengah gila tengok drama korea ni,


Myung Wol The Spy

memula ingat tak best.. beli cite ni dari last year lagi tapi baru semalam start tengok.. sekali tengok, pergh, best kot.. 1 hari dah khatam sampai episode 7, hebat tak? kekeke, stop pon sebab keja esok tu.. lau tak mesti dah marathon bg habis

cite sal spy dari north korea ke south korea.. err, lau nak wat kesimpulan, bagi saya tengok habis dulu ye, pastu nanti saya review..

heroin tak kenal, hero kenal la.. sebab dia leader legend group kpop, Shinhwa.. tau dia wujud dari drama 'Super Rookie' tapi saya tak tengok sangat cite tu.. sekali fokus tengok Eric Mun ni terus jatuh chenta.. ottoke? senyuman dia yang mahai tu.. dah la badan awesome, haha


suka tengok part ni, senyuman dia so sweettttt


muka cool, gaya rambut pon cool


kureng berkenan gaya rambut dia cam ni, naseb baik dia senyum.. hehe

yang best sal drama ni, selain dari genre spy-comedy-romantic, drama korea ni ada scena ni.. masa episode 2 lak tu.. haha.. #pervert


itu je la nak post.. nak sambung tengok episode 8 lak ni.. harap2 esok p keja tak gila dok search google sal drama ni cam tadi, hihi..

akhir kata, gud night!! :D






Saturday 20 April 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia

alang2 dah buka blog ni, mari kita mengupdate benda yang dah lama saya tak type dekat sini..

pasal drama Melayu ni.. 


lakonan Izzue Islam & Tiz Zaqyah

ari ni dah episode ke 4, ni saya gigih mengdownload,, apakah? lagi 7 hours.. omo internet slow bangat sih

tak dak nak komen apa2 sangat cuma tak puas hati kenapa perlu main seminggu sekali.. argh.. bagi la dekat slot akasia kan.. walaupon sya minar Izzue Islam, tapi saya lagi suka kalau Hairul Azreen dapat watak ni, tapi nk buat cam mana kan.. hehe

cite sama dengan novel just 70%,.. ok la, kalau nak buat 100% kena la slot akasia kan.. 

ikut novel, cite ni best, lau ikut yang tayang kat tv, kureng sikit.. may be sebab dah baca novel.. tak sabar nak tunggu ending drama ni..

btw, lakonan Izzue dgn Tiz best...


Rich Man Poor Woman in New York - SP

assalamualaikum.. 

tengah tengok Raja Lawak Musim 7, tapi rasa yang lawak pengacara dan juri dia je, hehe

eh, bukan nak cite sal RL tu, nak cite sal special episode untuk " Rich Man Poor Woman ", 



pelakon yang sama berlakon.. tapi serius drama 2 jam ni best giler.. this is best broooo! sampai nak skip pon rasa sayang, nasib baik tgk semalam, tang last2 skip sebab dah dekat pukul 3am.. so, kesimpulannya tdo semalam 4jam je.. weng2 sikit ari ni kat ofis, hehe


ini hero nya.. dalam special episode ni, watak dia lagi charming, muka cam tak kisah tapi dalam hati ada taman, ala so sweet.. memula mencik dengan dia bila cakap ikut suka je, bila dah tau kenapa dia buat cam tu, oh, terjatuh chenta dengan Hyuga Tohru :)


heroin.. banyak berfikir untuk hero.. yang special edition ni banyak sikit ada kisah cinta depa, tambah time awal2 yang hero g jumpa heroin dkt New York..


ah, mata asyik fokus dekat hero je ni.. makin hensem beliau.. lakonan makin best! rasa cam nak tengok sekali lagi ni..


part ni sedih, time diorang g wedding kawan diorang, ingatkan diorang nak berbaik, dah cakap elok2, tengok2 hero mintak putus, ala, sedih.. mata ni pon cam nak mengalir je sejenis cecair.. huhu


ending... happy la.. pervert sikit picture tu.. last2 hero sebut nama heroin, sebagai balasan, heroin kiss la dia, hehe... ah, sweettttt

oh lupa lak, nak cerita sal kesimbungan, dari drama ke telemovie ni.. kisah Makoto-Tohru diteruskan lepas Makoto g Brazil katanya dekat last episode hat drama punya.. alih2 g New York, memula2 happy je, pastu cam biasa, ada konflik sikit sal keja.. hero-heroin bergaduh sampai mintak putus, cinta mengatasi segalanya, hero jumpa dengan heroin.. dan terjadi la scene dia atas, hehe





Tuesday 9 April 2013

PANDA AND HEDGEHOG - done!

assalamualaikum.. sebenarnya banyak kali dah saya nak post sal cite ni, tapi disebabkan kekangan masa tak sempat, huhu.. bagi saya, cerita ni sangat menarik.. saya tengok dalam seminggu je bagi habis, lau tak keja, rasanya 2,3 hari kot boleh habis, hehe..

oh, lupa nk gtau drama korea apa yang saya kata best ni..


beruang panda dengan landak.. eh

Panda and Hedgehog :)

walaupon saya bukan ELF yang sejati, tetapi saya amat bias dekat si Hedgehog ni, eh dekat Lee Dong Hae ni.. dulu minat dekat Si Won, sejak dua menjak ni, terlebih minat lak dekat mamat mata kuyu ni lagi sweet senyuman nya, haha.. sebab tu saya cakap drama korea ni best!

cerita ini agak terbelit2, tapi sebab nak tengok si hensem Seung Ji layan je la, skip part2 yang tak xde muka dia, i mean part yang tak penting la, hehe.. ada cara buat2 kek, yummy kot tengok, rasa nak g je cafe panda tu.. dengan patissier yang hensem, waduh~~

dari melalut, meh saya cerita sedikit sal kdrama ni.. sal heroin ni ada cafe kek, tapi dia punya chef tak pandai langsung buat kek, so, kedai tu di ambang kemusnahan.. hero lak terer buat kek, belajar dari datuk angkat dia yang sebenar-benar-benarnya datuk kandung dia.. so, kira ada darah turun-temurun la, hehe.. ntah cam mana hero ni nak tolong heroin sebab Saint-Honore.. 'begitu lah flashback saya' hehe



moh ke watak2 utama..


Lee Dong Hae as Go Seung Ji as Hedgehog

ini si landak tu a.k.a patissier hensem lagi creative.. background tak berapa nak cun tapi terer buat kek, walaupon muka nampak ego tapi baik hati, ok tak romantik sangat tapi sweet bila ada dengan heroin, marah2 pon bagi gak 'spender' dia dekat heroin.. sadis bila kecik2 kena pukul dengan bapa sendiri, hidup merempat sampai masuk jail.. tapi tak putus asa, lepas dibebaskan, belajar buat kek, tapi owner Saint-Honore anaiya dia, sejak hari tu berazam nak lawan dengan kehebatan Saint-Honore, last2 baru tau yang jahat tu bapa dia, omo..  


Yoon Seung Ah as Pan Da Yang as Panda

heroin yang cemerkap.. suka buat benda pelik2, hehe.. sangat sangat Min Woo masa kecik2.. ha, owner cafe panda, lagi pe eh nak type// (bila mai tang heroin terus xde idea kan.. kekeke)


Choi Jin Hyuk as Choi Won Il

hero no dua.. manager Saint-Honore.. tak suka dekat bapak tiri dia, nasib baik beliau ni balik, lepas tau hero-heroin couple, dia dah tak kacau diorang, lagipon dia tau yang heroin memang sukakan hero.. last2 dia ni jadi kawan baik dengan hero

oh, saya suka dengan watak ni.. walaupon bukan watak heroin kedua, tapi saya suka tengok lakonan dia, cam real je..


yang berlakon jadi adik hero kedua ni.. suka dengan aksi boyish dia, kelakar, cool.. ha dekat abang dia, boleh panggil hyung bukan nak panggil oppa.. hihi

tu je kot nak kongsi.. mata pon dah kuyu, dah pukul 0019 ni.. typo cam banyak je error.. :)
akhir kata, selamat malam dan sila la menghayati ke-hensem-an Dong Hae oppa.. 








ok, gud nite~~