Thursday 28 January 2016

SONG HUAJAI NEE PUEA TUR & KULARB RAI GLAI RUK - done!

assalamualaikum...

hari ni saya nak cerita pasal drama siam or thai drama or lakorn.. ada dua lakorn yang saya dah habis tengok.. antaranya,


SONG HUAJAI NEE PUEA TUR or Two Spirit's Love


Mario Muarer as Thannatorn/Warong & Mint Chalida Wijitwongtong as Kewalin/Kaew

cerita dia ala2 kill me heal me plus supernatural sikit sebab hero, Khun Than ada penyakit misteri ala DID, pastu ada kuasa psikik lepas dia kena kilat.. pastu leh la orang yang dah mati (hantu la kan) masuk dalam badan dia, so automatik dia jadi orang lain, Mek. Bila dia jadi Khun Than kerek ya amat, tapi bila jadi Mek ikut je apa orang kata tapi pada masa yang sama, mesti Kewalin tu ada.. err, cam tu la ceritanya, kalau nak detail leh ke https://www.sharerice.com/index.php/Song_Huajai_Nee_Puea_Tur


ini masa zaman lepas, orang thailand kan percaya pasal kehidupan lampau, so kebetulan Kew tu adalah nenek Kewalin, tapi siapakah Mek? 


hehe, suka babak atas ni, sebelum terjadi part2 romantis ni, hero-heroin gaduh, then hero pujuk, heroin still tak layan, ntah cam mana, masa perjalanan balik, hero accident, heroin pon kalut p hsopital tengok.. rupanya cedera sikit aja, tak perlu nak admit, sekali balik rumah, hero ajak heroin tidur sekali (tidur je ye).. dah dok 1 katil, hero apa lagi usik la heroin ;)


hat atas ni, memang seriau tengok hero, gila2 dia protect heroin.. bila dia jadi ganas, automatik kaler baju berubah ke hitam


yang ni adik hero bercinta dengan abang heroin.. walaupon memula saya skip adik hero dengan doktor hero, tapi bila diorang ni start baik, saya redha je la dengan mereke berdua

yang kedua baru je saya habis tengok..,


KULARB RAI GLAI RUK or Evil Rose Becomes Love


Grate Warintorn Panhakarn as Chonchanok (Chon) & Peeranee Kongthai (Matt) as Naetchanok (Naet)


memula bosan, tak tau nak buat apa, so try la google lakorn yang best, then nampak lakorn ni dah ada full eng sub kat youtube. saya pon apa lagi terus tengok, nak download terasa tak mood sebab external hardisk semakin penuh, sob sob.. k, lepas dah tengok 1st episode pertama, saya suka.. saya suka dengan watak heroin yang tak lemah-gemalai.. marathon sampai ep 6, tengok tanpa skip.. makin best ep 7-8 tapi bila dah nak dekat2 habis, terasa menyampah lak dengan watak heroin yang terlalu spoiled brat.. tapi ini drama sahaja kan, details synopsis dekat sini, https://www.sharerice.com/index.php/Kularb_Rai_Glai_Ruk


epic moment, heroin wat kacau kat majlis bapa dia


suka part bila hero-heroin terperangkap dekat 1 tempat, masa tu hero dok try ayat heroin, hehe.. lepas kejadian tu depa jadi sweet... ah, suka tengok senyuman Khun Chon bila dia merenung Naet 


oh, termasuk lak picture Grate ni.. aigoo, bertambah lagi la list favorite actor saya
honestly, saya tak begitu recommend untuk kularb rai glai ruk ni sebab akan rasa annoying dengan watak Naet.. untuk tengok ke-sweet-an Chon-Naet  boleh repeat ep 6-8 kot, lupa lak, hehe


~persamaan antara dua lakorn ni,
1) hero sanggup bermati-matian demi heroin, kira sayang gila la
2) hubungan couple lain yang pelik, cth, SONG HUAJAI NEE PUEA TUR (adik hero bercinta dengan abang heroin) lagi pelik KULARB RAI GLAI RUK (bapa heroin kahwin dengan adik hero)
3) ada villain iaitu 2nd lead heroin yang kacau relationship lead hero-heroin 


p/s : terpaksa menghentikan menonton Neung Nai Suang versi Ken-Janie sebab video tak berapa cun, episode panjang & asyik tingat James-Yaya ja, ahakz!




Monday 25 January 2016

korean drama 2016

assalamualaikum.. good evening everyone

hari ini nak cerita pasal korean drama 2016 yang baru saya tengok.. actually dah lama tak layan korean drama.. last tengok hari tu sassy go go! tu pon tak buat review lagi rasanya.. tapi paling best & saya layan tanpa skip ialah Hello Monster..

ok la untuk tahun 2016, drama 1st saya layan and completed,

Splash Splash Love


lakonan Yoon Doo-Joon & Kim Seul-Gi
hero leader Beast & heroin ada berlakon dalam Oh My Ghost

ok la, ada 2 episode, lama dah download, laast week baru tergerak hati nak tengok.. omo, best cerita ni, ala2 fanstasi gittew.. tapi kenapa dua episode saja? rasa tak puas tengok
heroin p masa lampau sebab tak nak ambil exam, terjumpa 'king', ada masalah negara dll
part lawak, heroin boleh buat gaya tarian gangnam sytle masa tunggang kuda, aigoo


spoiler* ending.. 


baru perasaan Doo-Joon ni hensem and pandai berlakon walaupon kekadang shy, ini la 1st saya layan drama beliau, sungguh tak mengecewakan.. ah, rasa cam nak repeat je part dia mai running man yang lari laju gila tu, kekeke

2nd, saya tengok 2 episode last je drama ni,

Reply 1988


memula tak ada minat sangat nak tengok sebab saya suka Reply 1997, yang Reply 1994 tu tak ada mood nak tengok, tambah lak Park Bo Gum bukan lead.. tapi bila dah siap download, tengok 2 episode last, wah daebak.. lakonan Hyeri dengan Bo Gum memang menjadi.. disebabkan saya #teamparkbogum eh #teamtaek, memang suka la couple ni.. jalan cerita still lagi teka siapa 'husband' tapi kali ni banyak pasal kekeluargaan, kejiranan & kekawan-an..
~lucu statement sorang ni, dia cakap, entah2 masa Hello Monster tu, Park Bo Gum dah tanya dekat abang dia, (Seo In Guk) cam mana nak dapat 'girl' dalam Reply series, hehe

then, 3rd drama yang saya tengah gila tengok,

Cheese in the trap


baru episode 6, masuk hari ni episode 7

lakonan Park Hae-Jin & Kim Go-Eun, ada Seo Kang-Joon 
memula tak sangka akan minat drama ni, heroin tak kenal, hero pon ok la, tapi bila layan 1st episode, wah.. daebak~~ 1 hari marathon sampai 4 episode (masa tu baru release 4 episode), adaptasi dari webtoon, tapi webtoon still ongoing, harap2 best ending untuk Yoo Jung & Hong Seol
oh ya, suka dengan watak Baek In-Ha yang over tu, haha.. memang dramatik sangat

yang ke-4, baru start je last week, 

Neighborhood Hero


semangat nak tengok sebab ada Park Shi Hoo, hoot hoot
tapi ada Yuri lak (sorry sone), saya tak minat Yuri, lau Sooyoung leh terima lagi, tapi jalan cerita cam best, try je la layan 1 episode.. lagipun cerita ni cam fokus dekat hero ja, hehe