Wednesday 30 December 2015

drama based on novel 2

assalamualaikum

dah lama rasanya tak post sal drama melayu kat blog.. hari ni saya nak cerita pasal drama melayu, still lagi based on novel, musim kan sekarang ni.. ada yang best and ada yang kureng best, antara yang latest saya tengok...

1) Tuan Anas Mikael


lakonan Aaron Aziz &  Zara Zya



nak tengok sebab 2 pelakon utamanya, bukan fanatic depa cuma dah lama tak tengok depa berlakon drama.. memula tengok best gak walaupon banyak part manolog Zara, pastu Aaron yang malu2 nak bersuara, perlahan je dia bercakap, gigih saya kuatkan volume
berdasarkan apa yang saya baca dekat blog, review novel, ada sedikit perbezaan. xkan nak buat 100% sama kot, hehe.. tapi tang ending cam tak complete sebab tak huraikan tangan yang selalu memerhati depa, motif kak engku kuar tang last..? (still question mark until now)

2) Kau, Aku & Kita


lakonan Syarul Ridzwan & Janna Nick



tertengok sebab tengah boring time tu.. ok la layan jugak.. cuma saya tak boleh nak hadam part cakap diorang yang terlalu kasar bagi saya.. ye, saya orang penang, cakap memang kasaq, tapi cara Iman dgn Aus cakap kasar, tambah bila dah kawin.. may be pengarah or dalam novel cam tu kan
yang best, muka Aus yang gatal tu, haha.. kebaikkan Dato & Datin jaga adik beradik Iman, konflik pon tak banyak sangat, watak jahat pon tak begitu psiko

3) Cik Cinderella dan Encik Tengku


lakonan Syukri Yahya & Zahirah McWilson


nak tengok sebab ada Syukri Yahya, hahaha.. layan 2,3 episode boleh la.. tapi bila baca review novel, rasa nyesal lak, sebab heroin sanggup wat cam tu.. tak kira tak suka dekat tunang pon, sebab family arrange kan tapi dah tau bila bertunang tak baik punya layan lelaki lain.. hero pon kena behave, jangan call, ganggu bila tau orang tu dah bertunang. nasib baik hero Encik Tengku, kalau hero dia orang lain, habis la Encik Tengku tu..


4)  Tersuka Tanpa Sengaja


lakonan Amar Bahrain & Emma Maembong


lepas Tuan Anas Mikael, sambung drama ni.. memula dah ikrar dalam hati, tak nak tengok sebab tak minat Emma Maembong, tak nak tengok Amar Bahrain (biar abang zen ja dalam hati), sekali tertengok, rasa best lak, dengan review novel lagi.. I must watch dis drama.. balik siap download, hehe.. tak sabar nak tunggu last episode.. go farhah-dr syed
oh ya, suka gak dengan lakonan pembantu dlm drama ni, npk cam real ja, pastu ada parodi dr Michael Ang, terkekek gelak :D


p/s : terasa malas lak nak bubuh synopsis novel 0-0v


Monday 28 December 2015

k-pop : leader's voice

assalamualaikum..

tetiba mai rajin mood nak kaji sal kpop.. baik kata adik sepupu saya, kpoppers, haha

ok, setiap group kpop mesti ada seorang leader. dia dipilih macam2 cara, ada yang dipilih sebab paling tua, paling banyak bersuara, paling berbakat or dipilih sebab group tu dibuat, dia lah orang 1st or dapat jadi leader sebab semua member tak nak, hehe

dekat bawah ni saya senarai kan leader yang ada trademark suara.. maksudnya bila kita dengar dia nyanyi, kita tau group tu group mana.. err, faham kan?

1) INFINITE



saya bukan Inspirit, just tau sikit2 lagu depa, tapi bila dengar sekali, dah tau lagu Infinite.. Selain boleh detect suara leader - Sung Kyu, lagu Infinite gak boleh cam/tau sebab music lagu depa ni lebih kurang sama

2) GIRLS GENERATION



masuk gak girl group kan, hehe.. sapa yang tak kenal dengan group ni kan.. suara Tae Yeon memang daebak, lagipun selalu bab yang tarik tinggi2 ni suara beliau

3) GOT7


wakil dari jyp, hehe.. GOT7,.. tang chorus selalu suara JB, nak bubuh lagu if you do, lambat sangat part beliau

4) CN BLUE


memula nak bubuh Hong Ki, tapi beliau bukan leader, so bubuh la CN BLUE, suara Yong Hwa memang best, boleh dapat detect, lagu2 yang dia buat pon best!

5) BIG BANG



yang ni harus ada.. lagi 2,3 tahun boleh jadi legend dah.. oh G-DRAGON (speechless dah)


mesti pelik kenapa tak masukan 2PM (leader depa dah kuar, apa2 sekarang yang cakap Taecyeon. Jun.k lak nyanyi sedap), Super Junior (serius sampai sekarang tak tau mana 1 suara Lee Teuk, tau suara Dong Hae & Si Won, Eun Hyuk ja), EXO lak sebab bias dekat D.O, Sehun, Chanyeol tau depa ja la, hehe





Thursday 10 December 2015

MUST DATE THE PLAYBOY

Assalamualaikum...

sementara nak tunggu link kuar untuk Aku, Kau & Kita, sempatla saya nak review 1 pinoy movie ni


Must Date The Playboy

Chloe break-up dengan Zach, then Chloe ada pengganti, tapi sebab risau Zach ni akan ganggu dia, dia suruh Tori, kawan baik dia untuk pikat Zach and the attention will go to Tori. Then, Zach nak ngorat Tori untuk dia dapatkan Chloe kembali, so the story begin...

dont worry, the ending will be happy ending even-though da sikap 'jahat' sikit dekat Chloe tapi the end sweettttt ala2 cupcake Tori :)


Xian Lim & Kim Chu

ini kali ketiga saya tengok gandingan mereka berdua selepas Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? and Bride for Rent.. so far, gandingan mereka berdua ok, sebab in real-life memang couple pon, cuma Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? adalah filem yang the best untuk mereka berdua bagi pendapat saya la


Chloe & Tori

kan best lau dapat kawan cam ni, oh ya sebut sal kawan.. kawan pertama saya, ilaaaa akan kahwin dis week, congrats (OT jap)


ni pulak kawan depa dua juga, watak ala2 gay gittew tapi cute, hehe

kenapa sekarang Xian Lim makin kurus, muka pon makin cengkung, rindu masa dia zaman ni,



hensem bangat

ari ni mood tak datang lak untuk type pepanjang.. mata pon dah ngantuk, kepala pon cam pening2 sikit, moh la kita tidur, sebelum tu gosok gigi, ambk wuduk dan baca doa sebelum tidur :)

wasalam, good night uolls!









Sunday 6 December 2015

PHOPE RUK & NEUNG NAI SUANG - done!



Assalamualaikum..


Welcome December! Cepatnya masa berlalu, kejap ja dah masuk bulan 12. Blog pon lama tak update


Kali ni nak cerita pasal lakorn yang telah habis saya tonton. Kali ni ada 2 lakorn..


First, Phope Ruk



Lakonan Prin Suparat & Bella Vanita


Memula excited nak tengok sebab ada Mark, dah lama tak tengok beliau since Pancyachon Kun Krua tu (padahal selalu ja stalk beliau kat IG).. Dalam lakorn ni dia jadi polis.. sekarang badan pon dah sado sikit tapi muka still cute, hehe


Phope Ruk bermaksud Two Worlds of Love  cerita bermula heroin accident pastu roh dia berlegar2 di bumi, tak sure dia dah mati ka belum, terjumpa dengan hero yang tengah menyiasat kes heroin dekat tempat kejadian. Kebetulan hanya hero ja yang boleh nampak heroin, so heroin ikut hero balik rumah lepas hero terambil rantai heroin (ala2 azimat heroin la). Then, momen2 lawak plus sedih terjadi bila hero tau heroin ni roh/hantu. Comel jak muka Mark time ni, tapi kesedihan Bella tak berapa nak menjadi mungkin sebab saya asyik focus dekat Mark je kot



Inspector Yeoo yang takuit, hehe

Lepas tu bermacam la rintangan dan dugaan yang dihadapi, then ada part bila hero tak ingat sapa heroin ni bila hero sedar dari lemas, heroin dah kembali ke badan dia. Vice-versa. Tapi yang paling saya suka reaksi hero masa dia ‘hilang ingatan’ totally muka tak kenal dengan heroin


Overall, lakorn ni best, Cuma saya tak download sebab file besar2, tengok 2 episode dkt viki, lepas tu tengok dekat www.kwarmmeud.com will repeat for this lakorn J


Paling suka dengan watak ‘hantu’ ni





Pastu lawak bila Naa asyik dok suruh Yeoo beli baju baru dekat dia, dengan tok sami sekali kena, hehe



carta aliran para pelakon


setiap lakorn mesti ada poster cam ni


Second, Neung Nai Suang






Lakonan Urassaya Sperbund & Jame Jirayu Tangsrisuk


Nak sangat tengok lakorn ni sebab jalan cerita dia, time ni mencari lakorn yang slap-kiss, revenge yang soft2 gittew, kalau heavy emosi sangat.. so baca sipnosis cam ok walaupon ada yang cakap tahun 2005 lagi best tapi ntah kenapa still nak tengok, hehe.. Ok dah done tengok – best!


Neung Nai Suang bermaksud One in my Heart.. dimulakan cerita dengan hero baru balik dari luar negara, then pergi la majlis social, sebab hero ni anak orang terkenal, dengan raut wajah yang hensem lagi pandai, dekat majlis tu dia jadi tumpuan semua orang.. then ada lak tarian, heroin dipaksa masuk oleh kawan baik dia, secara tidak sengaja heroin partner dengan hero tapi heroin tarik diri sebab tak nak menari dengan hero.. pastu nanti hero tau la yang heroin ni dulu musuh dia time kecik

Stress sikit dengan lakorn ni sebab hero ni dah suka dekat heroin tapi asyik dok kacau heroin dengan kasar, pastu jeles.. heroin pon bila dah suka xmau ngaku tapi bila Nampak hero dengan heroin lain tak senang duduk.. paling suka dengan family heroin, sayang dia cam family sendiri, last dua2 sepupu dia ada pasangan


Kalau nak tengok lakorn ni boleh tengok dekat nekomeowmeow.wordpress.com saya pon dah habis download, gigih tidur pukul 2,3 pagi sebab nk layan drama ni


Walaupon tak kiss scene yang real, tapi still cute couple ni, rasa ‘innocent’ sangat tengok




Kan comel kalau Khun Anawat eh P’Neung (mesra sikit panggil) wat rambut cam ni,



sekarang terminat lak dekat James Jirayu.. habis la nt stalk ig beliau, hehe

ok dah habis demam lakorn, nak sambung download..

Wednesday 28 October 2015

pending list

assalamualaikum.. selamat pagi

ok, hari ni nak cerita pasal pending list saya.. ntah kenapa, tetiba ada semangat nak tengok drama, pastu kalut nak download.. saya mempunyai masalah untuk tengok online sebab tak boleh skip2 tengok, lau kat utube leh la skip, kalau tengok dekat viki, tak boleh langsung nak skip..
mari mulakan list yang pertama

kdrama

finally, mood korean drama muncul kembali setelah menghilangkan diri beberapa bulan..


cheer up or sassy go go

tertengok sebab terpengaruh dkt forum, lagipun time tu tak ada terikat dengan mana2 drama, layan je la.. sekali ambik layan 6 episode tanpa henti.. latest episode 8 baru main kat korea
naseb baik ada 12 ep je
tak sabar nak tengok kim yeol dengan kang yeon doo g dating, hihi
minat eun ji, then skrg tetiba minat lee won geun



she was pretty

dah download sampai 11 episode, nak tengok sebab hero dia.. minat park seo joon dari dream high 2 lagi.. tapi tengok skip2 ja
may be kureng minat dengan heroin nya
oh ya, ada siwon yang watak dia gila2.. oppa, nt dah nak pergi military, take care ya


lakorn

mood lakorn masih belum hilang lagi, masih menebal dalam jiwa ini, hihi


ugly duckling perfect match

dah siap download, tapi belum berkesempatan nak tengok..
download sebab ada dj push, jalan cerita nampak menarik
ah, tak sabar nak tengok ugly duckling sean-esther



Rak-Lon-Jai-Nai-Klaeng-Joob
 
versi jepun dgn korea dah tengok, so nak layan lak versi Thailand ni
gandingan mike dgn aom lagi.. tapi ada yang cakap version siam ni lain sikit, ada penambahan cerita, siap ada kucing lagi.. episode 20 kot.. xpa nt kita layan k
agak2 bila thai nak buat hana yori dango/boys over flower/meteor garden versi depa? :)

 

Wannueng Jaa Pben Superstar
 
seperti biasa nak tengok sebab ada dj push, hehe
trailer macam lawak, tapi episode lak panjang
saya ada masalah sikit nak layan kalau episode panjang2, bukan apa takut cerita tu meleret-leret


jodrama


From Five To Nine
 
drama jepun pon termasuk jugak, hehe
1st reason sebab yamapi
2nd heroin
3rd second lead hero
4th sebab mood nak tengok jdrama
5th sebab episode tak banyak..


china drama


Love Me If You Dare
 
taraaa... drama cina pon termasuk jugak, hehe
ni pon sebab hero jugak, then baca synopsis cerita penyiasatan gittew, ala2 Hello Monster
tapi lom sempat tengok lagi, nak tggu banyak episode dulu, lau tak stress nak tggu episode demi episode
 
 
banyak betul pending list semua ni, belum masuk hat filipine movie lagi.. nasib baik kissasian tu tak update lagi untuk movie Philippine, lau tak mau berasap lappy dok download, ;)
 
 
 


Sunday 18 October 2015

1 + 4

assalamualaikum.. selamat pagi

tajuk hari ini ialah 1 + 4.. kenapa tajuk sebegitu rupa? sebab nak update sal film yang baru saya habis tengok
1 - Thailand film
4 - Japan film

kita mulakan dengan film Thailand dulu.. 
*p/s: may be ada spoiler..
**p/s lagi synopsis leh baca dekat wiki, ini quick review :)



ATM Rak Error

film yang dah 2,3 tahun, saya baru nak tengok, memula berbelah bagi gak nak tengok, tapi sekali tengok, tak henti2 gelak.. memang lawak gila la, haha
tak rugi tengok, suka gandingan dan jalan cerita film ini
hero cute, heroin cun, lakonan best
syok tgk babak crocodile tu, hihi


moh kita ke film Jepun lak.. terjebak sekali harung mendownload film jepun sebab download and repeat tengok Lucky Seven, mood terus datang ke film jepun penyiasatan, so.. ini lah hasilnya 


Kudo Shinichi e no Chousenjou - Kaichou Densetsu no Nazo

dah tengok versi Shun Oguri jadi Kudo Shinichi, try la tengok versi hero baru..
sempat tengok 20 minit pertama ja pastu terus skip
baru tau ada drama live action untuk Detective Conan
ops, sempat tengok hat last scene, nampak gak Shinichi ni suka dekat Ran, film live action before ni tak tunjuk sangat.. rasa cam nak tengok lak drama ni

lepas dah download film atas ni, saja2 nak download film yang best, sekali tertengok Yamashita Tomohisa dalam film ni terus download..


Kinkyori Renai

download sebab Yamapi saja, haha
kisah sal student suka dekat teacher dia, yang best tu teacher tu pon suka dekat dia
ah, best kalau dapat sensei cam Akechi-sensei, terer english, hensem lak tu
tapi yang best sal film ni, watak Yamapi memang win sebab lepas dia sedar dia suka dekat heroin ni terus dia melamar nak kahwin, so sweet..
ending pon sweet

lepas dah download hat atas ni, terpengaruh lak nak download film muda remaja a.k.a bebudak sekolah..


Strobe Edge

ok la cerita dia
slow sikit, tapi berjaya habiskan sebab suka hero ni, hehe
kisah sal heroin suka dekat hero walaupon tau hero dah da gf, siap confess lagi, memang hebat la
akhirnya hero pon suka dekat heroin gak

last Japan film yang didownload..



Ao Haru Ride

ah, suka watak diorang kecil, chumel ja
kalau baca synopsis manga lagi detail cerita dia
secara ringkasnya, film ni best jugakkk
sama2 suka dari kecil, ada halangan sikit, tapi akhirnya bersama
dok perhati kenapa hero nampak 'tua' sikit, rupanya dah berumur 27thn, heroin pon nampak matured dari second hero


semua film jepun ni dari komik/manga, so kalau nak lebih detail boleh la membaca manga nya.. saya bukan peminat manga so tengok je la hat film live action

itu saja yang saya nak update, jam pon dah tunjuk pukul 1.27am..
good night,
assalamualaikum





Thursday 1 October 2015

Lakorn Challenge Questions

 

assalamualaikum..

disebabkan ada masa lagi sebelum tamat waktu rehat saya, meh nak buat challenge
tengah blogwalking untuk mencari thai lakorn yang best serta ada eng sub, terjumpa lak soalan ni.. saya buat secara ringkas k
 
Lakorn Challenge Questions

 How did you start watching lakorns?
At 2000, I think... ala main petang2 kat tv2 ka tv3 dlu and start again with Full House(Thai Version)
 
 
 Your all time favorite lakorn?
Soda and Ice Tea, 1st lakorn ever..

 
Your least favorite lakorn?
Duang Taa Nai Duang Jai

 
Your favorite lakorn OST?
Lau lagu ballad, saya suka yang ni - Pleur Ruk Mod Jai (Dok Ruk Rim Tang OST) by  Bie Sukrit
lagu rancak saya suka - wow wow wow (Panyachon Kon Krua OST) by Olives

 
The last lakorn you watched?
Raeng Pradtanaha


What lakorn are you currently watching?
Roy Leh Sanae Rai 2015

 
A lakorn you looked forward to but disappointed you in the end?
Duang Taa Nai Duang Jai

 
A lakorn you started without expectations but loved it in the end?
Sud Sai Pan

 
Preferred lakorn type (revenge, slap/kiss, boran, romcom etc)?
Romcom or a little of Revenge & Slap/Kiss

 
Favourite male/female character?
Male - Tee from Leh Nangfah
Female - Thae from Raeng Pradtanaha

 
Least favourite male/female character?
Male - Sao Chai Hi-Tech
Female - Duang Taa Nai Duang Jai
sorry tak ingat nama watak diorang

 
A lakorn character you’d like to be friends with in real life?
Thae from Raeng Pradtanaha
 
A lakorn character you’d marry in real life?
Tee from Leh Nangfah

 
Lakorns are full of psycho villains. Who makes your blood boil the most?
Ravee from Raeng Pradtanaha

 
A lakorn character that is most like you?
Wanida.. I think..


 Most memorable lakorn confession?
 Raeng Pradtanaha
 
Most memorable first meeting of the main couple?
Sud Sai Pan (Tithit and Gandaomanee 1st meeting)


Favorite lakorn ending?
Leh Nangfah - no common ending, I mean for happy ending, usually the couple will hugging each other and see sunset then THE END


Top 3 couples in a lakorn?
Ameeka-Waraet of Panyachon Kon Krua
Tithtit-Gandaowasee of Sud Sai Pan
Anothai-Dara of Luerd Kattiya


Top 3 actor/actress pairing?
Mark-Kim
Nadech-Yaya
Tik-Aom
 
yang semua jawapan saya adalah based yang saya dah tengok.. rasanya tak banyak sangat lakorn yang saya tengok, ok lepas habis Roy Leh Sanae Rai, nak tengok Phope Ruk lak... ada Mark Prin

ha, saya nak tambah 1 lagi question..

 Top 3 couples - second lead in a lakorn?
Poo-Pa of Leh Ratree
Vivit-Ingfah of Dao Kiang Duen
Thanh-Patcha of Dok Ruk Rim Tang