Thursday 31 May 2012

THE MOON THAT EMBRACES THE SUN - done!

assalamuaalaikum... selamat malam..

ok, baru kejap tadi, saya dah habiskan episode ke-20 untuk drama ni, The Moon That Embraces The Sun.. memang best la.. cuma tang last saya skip2 sikit, hehe.. ye la, sok nak start layan drama korea yang lain pulak.. (0-0)v

overall, jalan ceritanya sangat menarik, but honestly saya suka time depa remaja, tapi lakonan kim soo hyun memang superb!!! mengalirkan air mata nampak cam real.. han gain pon tak nampak cam tu.. oh ya, 1 benda yang saya perasan kat drama ni, mesti da ber-imaginasi, contohnya, yeon u dok ber-imaginasi dia bercakap dengan lee hwom, tang last pon ada, bila Un bersembang dengan putera yang myung

ok la, saya teruskan kepada watak dan perwatakan para pelakon, ceh ayat.. hahaha


Lee Hwom @ His Majesty / King

masa remaja, dia seorang pemuda yang happy, nampak dia lagi rileks, happy, bebas, baru nak ngorat heo yeon u.. hehe..tapi bila dia kehilangan 'crown princess', dia hidup dalam dunia dia sendiri, mguruskan hal pentadbiran negara, lebih pentingkan hal ehwal joseon je, tak layan pompuan2 ni sebab dalam hati dia hanya ada Yeon U sampai la kehadiran Shaman Wol.. sampaikan masih teruna selama dia berkahwin dengan Queen Bo Kyung


Heo Yeon U @ Shamal Wol and the new Queen

sejak dari kecik lagi, memang nampak dia bijak.. disukai oleh dua orang adik beradik.. sampaikan da orang sihir dia sebab tak nak dia dengan hero bersatu, sedih tol part dia mati, tapi cam mana pun, dah tertulis, yeon u untuk lee hwon walaupon 8 tahun terpisah, dia hilang ingatan..


Putera Yang Myung

dari kecik sampai besar, former king tak pernah nak iktiraf dia sebab dia ni anak gundik.. semua perhatian dapat kat lee hwom, kadang2 dia jeles, marah jugak tapi sebab dia baik, dia terima je, sampai la 1 ketika, dia suka kat yeon u, sama cam adik dia, terpaksa dia melepaskan yeon u.. last sekali dia mati, huhu..


Bo Kyung

anak menteri yang jahat, sejak kecik lagi memang dah nampak jahat.. luaran je nampak suci.. hehe.. last bunuh diri sebab tak nak bagi sapa2 rampas gelaran dia.. walau cam mana pon, dia tetap sayang kat maharaja..


Heo Yeom / Uibin (gelaran suami kepada Puteri)

disebabkan 'kekacakannya' menjadi 'bencana'.. disebabkan Princess Min Hwa terlalu suka kat dia, nak dapat dia, sanggup buat macam cam tu kat Yeon U, walaupon dah kahwin dengan princess, yeom still malu2.. menjadi orang kepercayaan king.. suka sangat membaca buku, lawan2 ni tak terror sangat, hehe


Princess Min Hwa

mula2 suka dengan watak dia, memang rasa nanti dia dengan yeom.. tapi disebabkan perasan 'semua nak, kena dapat', maka dia dapatla yeom.. 8 tahun dia simpan rahsia, last2 kena halau dari istana jadi slave.. nasib baik la, yeon u merayu kat dia, so dia dapat dibebaskan, dan akhirnya bersama dengan yeom & un (anak mereka berdua)


Kim Chae Woo / Un

dari kecik sampai besar muka, hati kering je.. jarang2 nak senyum, muka serius memanjang.. menjadi orang paling king percaya, bagaimana pon tersepit antara kawan dengan raja.. dianggap berpasangan dengan king sebab terlalu baik dengan king.. selalu ada ketika maharaja susah.. yang best tu, terer berlawan, berpedang..


Seol, orang gaji Yeon U

sangat baik, menjaga yeon u, sanggup merahsiakan kejadian sebenar kepada yeon u demi kebaikan yeon u.. ingatkan dia suka kat woo tu, rupanya selalu dia menghendap sebab suka kat Yeom.. ops, last dia mati sebab nak selamatkan yeom.. 



saya suka picture ini.. ha, hyung sun memang daebak!!! macam2 boleh, boleh tabur bunga dari rooftop, pandai main gageyeum, semua sebab maharaja.. ha, 1 lagi suka part, bila king menyelinap keluar dengan Un, mesti dia akn merjerit, then maharaja seakan2 merasai jeritan itu, hahaha

taip banyak2 pon tarak guna, tengok sendiri baru tau, hehe.. sok, sambung tengok 'Me too flower', ;D

lepas tengok kdrama ni, makin minat dengan Kim Soo Hyun.. ;p

Monday 28 May 2012

THE KING 2 HEARTS - done!

hm.. rasa belog saya ni cam belog citer korea lak, hehe.. mana taknya asyik hapdate je sal drama korea yang saya dok/habis tengok.. ;)


ok la, tadi baru je habis tengok drama korea ni, The King 2 Hearts.. Lee Seung Gi dengan Ha Ji Won or Lee Jae Ha dengan Kim Hang Ah



cuma yang saya kureng berpuas ati, kenapa tang episode 19, Eun Shi Kyung mati? kenapakah???


sedih tol babak beliau mati.. siap da flashback lagi.. ingatkan nanti dia dengan princess Lee Jae Shin.. huhu

tapi.. nasib baik, penghujungnya happy ending.. selepas 4 tahun, Jae Ha dengan Hang Ah dapat putera seorang, perangai cam mak dia, handsome cam bapak dia, hehehe

yang jahat tu, Kim Bong Gu or John Mayer dikenakan hukuman, the king g melawat dia, tapi sempat lagi dia tu dok ugut, psiko kan hero.. memang watak dia cam tu.. dah la cam tak betoi je, hahaha, cuma yang peliknya cam cite ni, kalau mat saleh speaking dengan watak pelakon korea, leh je depa balas bahasa korea, lepas tu mat saleh tu cakap balik bahasa english dengan depa, cam faham je.. cuma ada kadang2 bila ada english yang simple, king akan reply or cakap dalam bahasa english dengan mat saleh tu


tapi yang best dalam drama ni, lakonan semua pelakonnya, sangat2 menjadi.. Lee Seung Gi memang pandai berlakon, rasa sangat2 emosi dia, bila dia gembira, happy, marah, kecewa, memang menjadi lah.. 


Ha Ji Won pon okay.. suka bila watak dia buat2 comel, lepas tu, time dia call king masa dia jadi tahanan club M tu, ingatkan nak putus asa, rupanya bagi semangat kat hero.

basically, citer ni cam citer politik sikit (tu yang ada part saya skip2).. walaupon hero tu king tetapi honestly, dia tak dak kuasa apa2, just sit a position as a king, dari playboy yang riang2 remaja ke king yang matang, pandai membuat keputusan, tenang lepas mantan raja, abang dia mati, time tu, adik dia lak cedera, mahu tak mahu dia kena ambik tindakan yang cekap, walaupon mula2 orang tak yakin dengan keupayaan dia, kecuali family dan heroin, Kim Hang Ah.. tragis gak bila Hang Ah keguguran (bila masa depa ehem ehem..? hihi, gatai),, kira Jae Ha ni romantik jugak time nak merayu kat Hang Ah, selalu buat benda yang tak boleh dijangka.. paling best, bila king nak kahwin dengan heroin, walaupon time tu, dah nak war sebab keja si bong gu la.. cam biasa dalam drama, yang jahat kena tangkap, yang baik akan hidup bahagia.. happy ever after

cam panjang lak ulasan saya ni.. hehe.. ok la, kalau nak tau best ka tak, boleh la tengok sendiri ye..

p/s : drama korea yang ongoing dah habis tengok, lepas ni boleh la nak sambung tengok The Moon That Embraces The Sun.. ada lagi 4 episode.. 




Sunday 27 May 2012

ROOFTOP PRINCE - done!

assalamualaikum... hai!

semalam habis dah tengok episod ke-20, rooftop prince..


finally, lee gak kembali ke zaman joseon.. park ha dengan tae yong, se na menyerah diri ke polis, tae mu kena tangkap..3 orang kanan-kiri lee gak buka kedai makan omurice siap da ipod lagi pada zaman joseon, hehe... tapi yang sedih, bu yong yang mati bukan crown princess time mula2 episode 1, lee gak keseorangan.. huhu


drama ni tang last buat saya kebingungan ke saya yang tak faham,, besala citer ni basically cam misteri sikit kan.. tapi naseb baik la tang last se na tu jadi baik, cepat sungguh park ha sembuh lepas excident, hehe.. masa lee gak dengan park ha buat weeding, memang saya sedih sangat2 sebab time tu lee gak cam dah boleh expect dia nak kembali ke zaman joseon, lepas dia kembali ke zaman lampau tu, tiba2 jadi lucu balik, hehe.. lee gak pakai baju kot bagai kena kejar dengan askar zaman dulu, lepas tu jumpa geng2 power rangers tu tengah makan sedap dengan minum air gas lagi..

so, pas tu, baru elaborate cam mana 'crown princess' tu mati,, baik sungguh bu yong, kan best kalau bu yong tu tak mati.. pa pon park ha dapat gak dating dengan tae yong, cara nak ajak date tu cam tae yong ajak time dia kat new york bagi poskad.. sweet..


scene last..



will miss you, lee gak.. *sob sob*

update: walaupon scene last, park ha dengan tae yong, tapi dalam memories tae yong ialah lee gak, kelahiran semula, sebab kisah cinta bu yong dengan lee gak tak tercapai kat zaman joseon.. kiranya lee gak menunaikan janji dia menyintai park ha selama 300 tahun.. :) lepas baca kat blog rojakstory, baru saya faham, kekeke..


 



Friday 25 May 2012

The Moon That Embraces The Sun

assalamualaikum..

aik, dah masuk post ke-3 untuk hari ni, baru nak bagi salam.. 'weird', hehe.. 

esok cuti.. best!! tengkiu boss bagi cuti.. sok eh pagi nanti nak g perlih.. lama sudah tak p sana, dulu time study, malaih bukan main nak balik sana, tapi bila dah keja, teringin lak nak g sana kan.. sanggup ambik cuti bagai.. kekeke.. tengok, bila mood tengah baik, jari jemari pon rajin menghayun ke keyboard, berjela lak dok type, padahal tak dak kemena-mena pon dengan tajuk di atas..

ok lah, back to the topic... the moon that embraces the sun.. currently, dok layan kdrama ni.. best ooo.. tak tipu.. start tengok dari last week, bukan tak best sebab masuk ke minggu ke dua, selain sebab utama agak ke-busy-an.. tapi sebab citer ni best sangatttt.. sampai tak sanggup nak skip2..



Lee Hwon & Yeon U versi remaja :)

sedih sungguh tang episode 5 & 6, betui la kata blogger2.. hampir mengalir air mata saya.. huhu


dah besar...



my new addicted kdrama, The Moon That Embrances The Sun

nanti saya update sal pelakon, sinopsis, my summary bila dah habis tengok drama ni ye.. baru episode 8.. 12 more episode got to go...

p/s: kenapa sekarang asyik malas nak update blog ye.. #wondering..





2PM - MV 'Only You'

eh, 2PM lagi? hehe.. tadi citer hat depa kat Jepun sana, ni nak cite sal kat negara diorang, Korea.. 

diorang ada buat cd limited edition, sal member selected.. then, diaorang ada buat mv ni.. sweet sangat..

saya start minat dengan diorang sebab lagu ni la, suara Junsu yang sangat daebakkkkkk tu.. :)


mood: romantik tetiba sebab 2PM.. hahaha..

only you....




2PM - Beautiful

ye, 2PM beautiful!!!, hehe..

this is their new song for 3rd single release at Japan..

their new concept is six beautiful days, (just wondering, if jae beom still at group, it must seven beautiful days, oh heaven!) #just saying.. i can accept the reality, that now, 2PM 6 members, jae beom as a success 'Jay Park'

eh, melalut dah, nak post PV terbaru diorang ni,


depa punya pv ni ala2 touch miss a je, siap ada tarian kerusi g.. seksi kot, haha..  lagu? ok.. tambah part rapping Nichkhun (padahal sepatah haram tak faham, hihi) tunggu yang english sub je la untuk menghayati bait-bait lirik lagu tersebut, chewah! :D

p/s: tengok tweet 2PM td, amboi kemain lagi ye Jun Su oppa tweet pic cam tu, buat saya melting je, hehe



Monday 21 May 2012

Foldover again.. ;)

sekom... gud nite... zzzz...

ngantuk suda, ada lagi 32 minit sebelum completed downloadnya.. semalam disebabkan ngantuk bangat, terus malas nak post sal ni..

pada hari sabtu yang lalu, saya dan kak sepupu sekali lagi makan yang ni...


foldover set punya, dengan ada ice-cream lagi,, haha, demand

 
nak post tu je la, ngantuk dah ni.. kbai!



Zenkai Girl

hai.. hai.. dil hai.. eh termasuk lagu hindustan lak.. hehe

ok, kalau tadi pasal pangeran dari Indonesia, sekarang citer sal mamat mata sepet dari Jepun, Ryo Nishikido.. ops, bukan nak citer sal ke-minat-an saya pada beliau tapi nak citer sal drama lakonan beliau yang bertajuk,

Zenkai Girl

Zenkai Girl..

maksudnya? entah la.. saya tertengok citer ni time kat rumah abang saya, boring2 tak da citer tv yang best, tekan la channel 8tv, tertengok mamat ni.. eh, "ni bukan mamat yang berlakon dalam citer Attention Please?, eh ni citer One Litre of Tears kah??", kata hati saya. rupanya citer tu tajuk Zenkai Girl, tapi tajuk kat 8tv tadi lain, err.. lantak la, asalkan dah jumpa drama ni kat mysoju, so, nanti boleh la tengok kan.. will be watching after finish my current download and watching on9 k-drama..

masa tengok tadi, not bad la.. besala citer jepun tak macam seciter korea, lain dari citer melayu, lain lagi dari citer hindustan.. hehe

yang boleh saya taipkan, citer ni pasal heroin yang bekerja keras, sanggup melakukan apa saja untuk mengejar cita2 dia.. hero lak tukang masak, yang cool tapi sweet.. hehe.. nak tau best ka tak, kena la tengok sampai habis.. :)

p/s : teringin nak dapat suami tukang masak tak pon yang pandai masak, hehe.. *berangan je tau*



Sunday 20 May 2012

Because of Samuel Rizal.. ;)

ye, because of Samuel Rizal..

currently, tengah download film ni, 


MENGEJAR CINTA NAYLA

ada lagi 1 hour, huhu.. bila la mau tidur ni..?

tadi buka je kepalabergetar, terus tengok ada 3 film indonesia yang boleh didownload, hehe.. apa lagi, download je la.. actually, ari tu tengok kat tv3 pasal film indon lakonan Samuel Rizal, tapi kat tonton.. macam la  line tenet rumah saya laju sampai nak tengok kat tonton yang sedia lembap tu, hehe.. so, apa lagi, download je la kan.. hehe

ha, selain film ni, ada lagi 2 film yang main kat tonton, Apa Artinya Cinta dengan He Loves Me, He Loves Me Not, dua2 lakonan Samuel Rizal kot, harusla download, haha.. saya start minat dengan mas sorang ni time film, Eiffel.. I'm in Love.. sweet sangat filem tu.. :)

ada banyak lagi nak post ni, tapi nak upload picture dulu, hp ada kat bawah tengah dicas, lepas ni saya update ye.. oh ya.. tengah tunggu citer ni habis download dengan loading cite Rooftop Prince.. ha, sok sambung lak download  He Loves Me, He Loves Me Not.. naseb bek dah tengok Apa Artinya Cinta.. so, tak yahla nak menyedut lagi.. hihi.. kbai


~baru tahu seminit yang lalu, Samuel Rizal udah menikah, huhu






Tuesday 15 May 2012

BIG BANG --> V.I.P

baru habis tengok Strong Heart, episode 124, episode last Lee Seung Gi as a MC... *sob sob*, eh bukan nak cerita sal tu, nak cite sal BIG BANG.. ye.. im a V.I.P.. dok tengok 'strong heart' YG special, tetiba je ada mood nak update sal salah satu group yang saya suka ni.. saya start minat group ni lebih kurang sama time saya minat 2PM, yang beza nya, kat 2PM ada Nichkhun, hehe.. bias tu..

petang tadi, ada rumors kata BIG BANG will come to Malaysia, for their concert...

BIG BANG ALIVE TOUR 2012


omo.. im so excited... err, ada sapa2 tak nak temankan saya g concert diorang ni.. ;p

Firstly, kenal dengan BIG BANG, melalui, 


Seung Ri / Victory / Lee Seung Hyun

first time tengok maknae ni time dia buat wonder boys, nampak comel sangat, terus minat dia.. tak tau lak yang dia ni salah seorang member BIG BANG, siap boleh gaduh dengan cik sarah sebab berebutkan Seung Ri ni, hehe.. jiwa muda remaja lagi tu.. lepas tu bila tengok variety show, baru tau sikap sebenar.. oh, im love it when he at 'Strong Heart'.. (0-0)v

lepas tu, minat lak dekat


Dae Sung / D-Lite / Kang Dae Sung

saya suka tengok senyuman Dae Sung.. nampak sangat dia ceria orangnya, hahaha.. oh ya, saya suka rambut beliau cam ni, nampak comel dan sesuai sangat dengan dia.. melt... haha.. saya start minat kat beliau, time tengok 'Family Outing', walaupon dia maknae, tapi semua orang ambik berat sal dia, jadi pasangan dumb-dumber dengan Jae Suk, lawak betul diaorang.. lepas tu, dia suka sangat menari girl group, suara dia pon sedap specially dalam lagu 'Fantastic Baby' bila part dia tarik tu.. pergh!

then...



G-Dragon / GD / Kwon Ji Yong

leader, fashionita, terer buat lagu, bergaya, semua la dia.. siap boleh menjahit lagi, haha.. tak kisah la dia buat gaya rambut macam mana pon dia still nampak elok..pakai baju pa pon nampak comel.. lagu dia buat pon sedap2.. kenal GD time dok cari info sal BIG BANG dulu, tengok je karisma dia dalam mv, best kot walaupon selalu dia jadi main actor dalam mv, nak buat macam mana, dia kan leader.. 

lepas tu, terminat lak kat..



Tae Yang / SOL / Dong Young Bae

dia jarang di-expose kan.. tapi bila tengok mv, 'Look at Me', pergh.. sedap gila suara dia.. terer menari lak, lepas tu dia seorang yang low profile.. rambut stail yang sama tapi sweet sangat tengok.. rasanya dalam BIG BANG, he is a best dancer... lembut badan dia dengan berketul2.. tapi tu la, kurang tinggi may be sebab dia selalu dok tengah2 bila tangkap gambar kot.. hehe.. 1 lagi, sikap dia yang bagus, dia sentiasa mengambil berat kepada group member dia..

currently, ter-obsess dekat...


T.O.P / Tempo / Choi Seung Hyun

tak sangka boleh minat gila2 kat T.O.P ni, dulu tengok muka yang bajet hensem je, cam berlagak pon ada, hihi.. bahana 'Running Man' la.. nampak cute dia dalam variety show tu.. tambah tengok dia kat 'Strong Heart' tadi.. lawak gila.. tak sangka muka dia yang macho tu boleh buat lawak spontan.. dia sangat berkarisma bila rapping.. menari pon nampak macho je.. oh, saya suka tengok rambut biru awak.. awak nampak kacak sangat2

dah habis post sal setiap member dalam BIG BANG.. serius lagu depa ni memang jjang! tak caya, try layan lagu ni,


lagu yang buat saya minat depa...


lie


lagu jepun depa yang best...


i hate love song.. i hate love song


currently my feveret song..



masa muda2...


matured dah sekarang.. ;)




Sunday 13 May 2012

PROTECT THE BOSS - done!

akhirnya, habis gak tengok 'Protect The Boss', hehe.. agak lama jugak nak menghabiskan drama ni, dalam 2 minggu jugak la.. bukan apa, agak busy menonton drama korea online hat lain.. :)


Cha Ji Heon & No Eun Seol

tamat sudah saya tengok 18 episode, ok la, not bad, citer ni sangat lucu bagi saya, da konflik pon sikit2 je, 2nd hero-heroin tak annoying sangat which is good.. kekeke

watak hero sangat sempoi, heroin pulak dalam kata tak suka, akhirnya sanggup tunggu si hero ni, so sweet.. citer 2nd hero pon best, lepas dia tak suka dah kat heroin time tu 2nd heroin dok ngorat dia rasa comel sangat, walaupon Moo Won ni tak tunjuk sangat dia suka kat Na Yoon tapi bila berlaku apa2, dia mesti ada.. jjang!

banyak scene2 yang lucu buat saya asyik tergelak je, terutamanya babak antara Ji Heon dengan Moo Won, bergaduh ala2 manja gitu, main tarik rambut, berlaga bahu, siap da bergaduh dengan bantal pon ada, epic, haha



siap ada fanmade mv lagi fans buat, seperti yang tertera di atas, ;)

ok la, nak post yang tu je kot.. err, lepas ni nak tengok drama Korea yang mana pulak ye..?



Chicken Foldover & Chicken Chop

tajuk "chicken"? eh,

ye, hari ni saya nak bercerita pasal chicken? chicken ape? Chicken Foldover & Chicken Chop...

1) Chicken Foldover...


hehe, ni la Chicken Foldover by McDonald's.. sedap, makan dengan cik pinas & cik mira khamis lepas, lepas balik keja je, terus g makan, lapar kot.. dah lama tingin benda ni, last makan masa sem 1 dip dulu dengan 'bff', haha..


ops, lupa lak sal McFlurry ni.. err, tengkiu cik pinas belanja saya mcflurry ni.. time ni dok lepak kat kedai mamak, nak balik awal lagi, lepak la kat sini, terjumpa lak cikgu sekolah menengah dulu, cikgu Nooriah n teacher Rofina kot.. hehe, xsure nama sorang lagi cikgu tu sebab dia tak pernah ajar saya dulu, hehe.. and the most best part, cikgu Nooriah still remember my name.. omo.. so touchable moment.. ;) tak sia2 saya add cikgu ni kat fb ops, saya suka cikgu ni walaupon dulu ada krisis sikit, maklum la jiwa muda remaja memberontak time tu.. hihi.. oh ya, tengkiu cik mira belanja minum kat kedai makbul tu.. so sweet...

2) Chicken Chop..


ni baru je makan tadi lepas habis sopin kat tesco extra.. tengkiu nenda belanja, kenyang perut, dah la sebelum g, dah melantak nasi tomato yang banyak lagi sedap.. full tank perut malam ni..  ;D alhamdulilah



Monday 7 May 2012

KR - Juthe's Birthday

assalamualaikum.. selamat malam, hehe

sopan lak pulak malam ni, bukan pa, tgk view 1234 dah, tak sangka ada jugak ye orang membaca blog saya, hehe.. *terharu*

semenjak-dua menjak ni, kemalasan eh ke-busy-an untuk menghapdate belog, tengok la pic time p langkawi belum upload lagi, kat fb pon malas nak update.. ish, terasa jiwa dah tak remaja cam dulu, hehe..

ok la, nak story sal g makan ari sabtu ari tu, belanja cik juthe sempena besday dia..

 

makanan kitaorang.. :)

dah makan semua, baru teringat tak dak kek untuk beliau, xpe la, len kali kita kuar, kita g makan kek ye, juthe.. (0-0)v

err.. ni je kot nak post hari ni, nak layan super spontan kejap, maklum la rumah tak astro, so, kena tengok online.. ;(




Wednesday 2 May 2012

Protect The Boss

currently baru nak tengok cite ni, ayooo.. lambat setahun ni, hehe, tapi better tengok dari tak tengok langsung kan.. kekeke


mula2 nak tengok sebab jalan ceritanya yang nampak menarik, padahal tak kenal langsung pon para pelakon dia, yang kenal pon Hero Jaejoong, sbb dia group JYJ... tapi bila dah start tengok, rasa best lak, jalan cerita yang sempoi, lawak pon ada, hehe.. 


Wang Ji Hye as Seo Na Yoon, Ji Sung as Cha Ji Heon, Choi Kang Hee as No Eun Seol & Hero Jae Joong as Cha Moo Won

saya suka babak bila hero 1st dgn hero 2nd bergaduh ala manja dengan bersentuh bahu, hehe,.. kelakar je tengok, kat tengah tempat office buat macam tu.. satu lagi scene yang best, bila secretary Ji Heon dengan secretary bapak dia cover cctv, bila Ji Heon kena pukul dengan bapak dia... scene ni,


cerita ni lucu, cepat pon da perkembangan cerita dia, kat episode 5 dah Ji Heon gtau suka kat Eun Seol, cepat kan.. harap2 la lawak dia sampai kat episode last.. and hope watak Cha Moo Won (Hero Jae Joong)  tak jadi jahat sangat.. (0-0)v


tak sabar nak tunggu style rambut Cha Moo Won jadi cam ni, hehe


oh ya, saya dah tersuka lak watak Ji Sung as Cha Ji Heon dalam cite ni.. so cute, and daebak-lah!! :)

p/s: need to sleep, dah pukul 1am, sok kena keja.. aigoo, malasnya.. kbai