Showing posts with label Taiwan Drama. Show all posts
Showing posts with label Taiwan Drama. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

pending list..

assalamualaikum.. salam ramadan al mubarak 

tetiba bulan 6, mood mendownload membuak2 datang, dengan drama korea yang best.. so hari ni nak cerita pasal pending list untuk download :)

1) The Royal Gambler


sebab utama nak tengok lakonan Jang Geum Suk, walaupon minat dia dari You're Beautiful, lepas drama tu dah tak layan next2 drama dia.. lagipon jarang dia ambil drama saeguk, last pon Hwangjini, itu pon masa dia muda2 lagi. jalan cerita cam menarik tambah ada Yeo Jin Goo, lakonan dia pon tidak pernah menghampakan

2) Vampire Detective


sebab utama nak tengok sebab Lee Joon, hehehe.. eh, baca sinopsis pon dah macam best, ala2 penyiasatan gittew.. last tengok drama genre cam ni, I Remember You.. tapi tu la belum ada mood nak start drama ni, rasanya dalam 12 episode je

3) Entertainer


 ini pon nak tengok sebab Ji Sung, hahaha.. semua sebab hero. ye la lau hero tak best, tak mood nk tengok kan.. ada jugak Girls Day Hyeri dengan CN Blue Minhyuk,, dah ada sampai episode 14 tapi seru nak tengok belum datang lagi.. tunggu bagi complete baru tengok kot

4) Another Miss Oh


yang ni nak tengok sebab tertengok 1st episode cam best, dengan saranan colleague beria-ria suruh tengok, finally terlayan sampai latest episode.. memang betul2 best! lakonan Eric memang daebak.. heroin pon ok jugak. suka dengan keseluruhan jalan cerita drama ni.. harap2 happy ending. OT jap, sebab terminat dekat Eric balik, habis variety show Shinhwa dok layan, kekeke

5) Beautiful Gong Shim


baru start layan sebab nak tengok lakonan hero yang lain. before ni dia berlakon dalam The Girls Who Can See Smells jadi jahat so nak tengok cam mana dia jadi hero yang baik, hihi.. dah layan sampai 3 episode, ok la.. suka dengan lakonan hero cuma terganggu dengan kakak heroin, xmau jahat sangat

6) Mirror Of The Witch


Yoon Shi Yoon & jalan cerita buat saya tertarik nak tengok walaupon heroin agak muda bagi saya.. tapi tak apa, try dulu layan sebelum buat assumption. tak kenal maka tak cinta kan.. hehe

7) Refresh Man


drama Taiwan lak.. lepas drama Bromance habis, rasa nak tengok drama Taiwan lagi.. masa tu pending list drama korea tak banyak cam sekarang. hihi.. Aaron Yan memang best cuma tak sangka heroin ni dulu pernah berlakon drama yang saya pernah tengok, lain sungguh beliau sekarang

8) Piang Chai Kon Nee Mai Chai Poo Wised


lakorn mesti ada,, masa jejalan kat mydramalist dah siap pending drama ni walaupon time tu tak tahu lagi bila airing, sekali jejalan kat google, ternampak ada lakorn ni.. terus download.. tapi derita kena tunggu tiap2 minggu, nasib seminggu 2 kali tayang lepas tu eng sub pon cepat. love James Ma & Kim kat drama ni, best! ops, minggu ni dah last

9) Good Morning Call


jdrama pon ada.. nak tengok sebab baca jalan cerita cam best,, adaptasi dari komik. yang hat cartoon saya ada tengok sikit2. agak menarik gak versi cartoon.. tunggu complete kat kissasian baru nak download

10) I Order You


kdrama last year.. tetiba tertengok, then terminat.. so terpaksa mendownload.. kat tv pon tengah main sekarang, tapi tak leh nak fokus tengok sebab time main kt tv sama dengan time nak berbuka, so kenala berkorban kan.. oh Yunho.. nanti saya tengok ye


ok la, mata pon dah mengantuk ni.. selamat malam!



Saturday, 25 April 2015

drama throwback

assalamualaikum..

baru ja berazam tahun ini, 1 bulan 1 post, tapi rasa cam tak tercapai ja.. ke-busy-an
tengah dok fikir nak tulis apa, terkeluar 1 idea, iaitu nak post sal drama.. sebab apa drama? sebab saya jarang tengok filem, dulu suka tengok drama kat tv, sekarang dah kurang sikit sebab boleh tengok on9

ok, kita mulakan dengan drama pertama...

Hong Kong / Cina

dulu time sekolah, suka tengok drama cina yang kat tv2, tv3 petang2.. start pukul 6, 7 cam tu
sampai tok kata, 'tengok la gambaq cina, nanti kawen dengan cin baru tau' haha, tapi still layan jugak
best kot.. drama cina banyak fokus dekat sesuatu perkerjaan..

contoh, macam 1 cerita yang saya tengok pasal polis yang penyiasatan, memang cerita sal kes2 yang diorang siasat, pastu selit2 la sikit sikit kisah percintaan, kekeluargaan


yang atas ni, tak ingat tajuk apa, sebagai contoh sebab tak jumpa hat drama dulu yang saya dok tengok, huhu



yang ini memang saya tengok, dari no 1 sampai no 3 kot.. cite sal bomba, dari hero mata sepet tu bujang sampai dah kawen ada anak, isteri dia mati, sekarang xtau dah ke episode berapa burning flame

setelah di google 2,3 minit, tak jumpa lak drama hong kong yang saya dok layan dulu2.. 


yang ini saya suka sangat, wars in law.. lawak ja watak menantu dengan mentua, hero ala2 sengal tapi last2 tau hero tu pandai lawan, sweet la kira dia dengan wife dia, ada sambungan tapi ke zaman sekarang, tapi yang sequel rasa cam tak best cam yang 1st.

then, ada drama yang ala2 zaman dulu, dinasti semua tu.. paling legend, my fair princess dengan journey to the west la, gigih tengok hari2 :D



kalau ada dvd drama hong kong yang ada english sub, harus saya beli, tapi yang jumpa xda sub

Indonesia

drama or sinetron indonesia selalunya episode panjang, memula dah best, pastu start dah meleret2, dari best terus jadi tak best.. cerita pon ala2 drama malaysia, keluarga yang kaya raya, pastu heroin/hero yang miskin jatuh cinta pada yang kaya, yang paling diingati, scene semua tunjuk bahagian atas ja, hehe

hat ini memang saya jarang layan, yang famous dulu haruslah bawang putih bawang merah.. 



time keja kilang dulu, berapa ramai akak2 yang gila tengok sinetron ni, pastu sembang kat cafe.. ending? :) 




rasanya dua drama ni ja yang saya tengok, olivia sebab sinetron ni depa ambil dari 'she's the man', nasib baik ending ok, walaupon tengah2 dah meleret-leret.. benci bilang cinta tengok masa study, sebab roommate cakap jalan cerita dia ala2 princess hours, tapi tak sempat tengok ending

hat bawah ni, tok saya minat sangat2 sampai bubuh nama cicit sulung dia, alisa, haha


Filipino

sebut je drama filipina, mesti otomatik ingat Pangako Sa ’Yo ;)


drama Filipino pon cinta ala2 dua darjat gak, kisah orang kaya-raya, dendam, kisah tertukar anak cam sinetron, pastu episode panjang, tapi yang penting lakonan depa ni memang nampak real, pastu hero-heroin kacak dan cantik

tapi saya paling suka drama ini, lepas balik sekolah, harus layan cite ni sebelum wat kerja sekolah or g mana2..


Sana'y Wala Nang Wakas

best moment, bila hero-heroin ni terdampar dekat 1 pulau tu.. sweet, tapi lepas tu start la dugaan dan cabaran..

baru baca kat wikipedia, akan datang pangako sa yo remake.. wowww

Mexico / Venezuela / Colombia

telenovela - episode sangat panjang.. saya kurang gemar layan episode yang panjang2 sekarang, dulu memang tengok ja,. petang2 dalam pukul 3.30, 4 petang ada la telenovela, dengan 1 family layan, main kt tv3, ntv7 haruslah potong bab2 sensor, rasa suci sangat diorang ni, sekarang main kat astro, nah, ambik tak potong2, haha

selalu drama mexico, venezuela, colombia ni bukan setakat cite hero-heroin, malahan keluarga, kawan2 semua ada.. pastu mesti ada salah faham, watak utama akan balas dendam then bila dah settle masalah, orang jahat dapat balasan, hero-heroin akan happy ever after.. so suwitttt

1st telenovela yang saya tengok,


la usurpadora..

lepas tu muncul lah Yo soy Betty, la fea, Miss 3 Hermanas, Mi Gorda Bella dll




tapi yang paling saya suka


la mujer en el espejo, bila juliana bertukar seksi bangat..

Taiwan

taiwan drama macam drama hong kong gak, cuma banyak adegan lovey-dovey tambah kalau cinta yang tragis lagi la.. longgar sikit dari fokus 1 pekerjaan


best cite ni, lepas heroin nak balas dendam dekat hero


wajib tengok, dao ming si.. haha




yang bawah ni, tersangat best.. gigih tengok masa keja kilang dulu, balik keja malam, tidur jap, pukul 2 dah bangun sebab nak tengok The Prince Who Turns Into a Frog, time tu zaman dvd lagi..


banyak sebenarnya drama taiwan yang best, tapi banyak lak nak masukkan dalam 1 post, yang latest pon best gak

Thailand

sekarang tengah layan Dao Kiang Duen, nanti habis saya review k

lakorn ni banyak genre, slap n kiss, comedy, romance.. tapi selalunya slapp n kiss la orang minat, saya prefer romantic comedy, boleh gelak2, leh feeling2, hehe

banyak gak cite pasal orang kaya, pastu berdendam bagai.. then, selalumya lakorn yang dapat sambutan hebat, akan di-remake balik.. memang trend kat thai cam tu kot.. kenapala malaysia tak nak remake cite dulu yang best2 kan


drama yang membuatkan saya minat dengan drama siam ialah soda and ice tea.. hat ini xdak lak remake, nak tengok kat utube tak sub.. kat viki slow (alasan banyak betoi)

lepas tu ada drama ni, roommate saya dulu suka sangat,


then, gila sat dengan lakorn di bawah masa study dulu


sekarang tak dak dah main kat tv lakorn, kenala tengok on9


Jepun

antara banyak2 drama di atas saya suka tengok jodrama lagi sebab episode tak banyak, jalan cerita padat, tak dijangka, memang fokus satu bidang dan cintan-cintun yang tak meleret.. tapi dalam jodrama, xla feeling2 sangat


long vacation, jodrama yang 1st saya tengok..


kisah pilot, best!


yang ni pon best.. jap awat banyak sangat drama takuya kimura saya tengok ni, hehe


saya paling suka yang atas ni, shotgun marriage, walaupon isu dia agak tak sesuai dengan cara kita, tapi layan


hana yori dango, banyak version, korea, taiwan, china, tapi paling best versi Japanese


wah, banyaknya drama2, hehe.. mau mengarang dari tadi pagi sampai ke malam..
nak masukkan kdrama, dulu dah pernah cerita, lagi pun ini hanya #throwbalik drama dulu2 yang saya tengok/layan..



p/s : hindustan punya drama tak masuk dalam list sebab saya memang xlayan drama hindustan tapi kalau movie, ye saya suka.. nak masukkan drama English, rasa cam panjang lak nanti

good night!







Saturday, 25 October 2014

JUST YOU - done!

assalamualaikum.. salam maal hijrah

kali ni nak update pasal drama taiwan saya dah habis tengok...


Just You

sinopsis sikit... pasal bos yang xbagi pekerja dia bercinta dekat office, kalau dia dapat tau, dia akan pecat pekerja dia.. sikit kan, cukup la, hehe

ok, para pelakon drama ni,


Aaron Yan as Qi Yi

bos yang baru beli company then baru rules pekerja tak boleh dekat office sebab kan bagi prestasi yang buruk dekat kerja.. dulu dia pernah kecewa teruk, sebab tu dia bagi rules cam tu.. secara kebetulan, dia beli rumah, yang heroin a.k,a pekerja dia tinggal, so bila dok sekali, terjadi la insiden2 melucukan serta membuahkan bibit2 percintaan antara mereka berdua.. Qi Yi ni sangat2 pembersih ala2 hero you're beautiful tu.. tapi, agak slow dalam percintaan, dekat hujung baru nak ngaku dia suka dekat Liang Liang 


Puff Kuo as Cheng Liang Liang

heroin, sangat2 tak setuju dengan rules bos dia, bukan sebab dia yg bercinta tapi kawan baik dia yang bercinta dlm company tu.. memula plan nk bg Qi Yi jatuh cinta dengan dia, so Qi Yi akan buang rules tu, tapi hampeh dia yang suka dulu, hehe.. agk straight forward masa bagitau dekat hero/bos/ownerrumah/Qi Yi yang dia dah suka.. kadang2 agk annoying dengan suara dia, cam loud sgt, hehe.. standard la kan watak heroin baik gitu, org jahat wat macam2 redha ja


babak baru nk suka sama suka


oh, terpaksa berpisah, sob sob sob


picture family..


last episode, proposed..

ending? mesti la happy ending, kekeke

yang best dalam drama ni, rambut Aaron, haha


masa jadi bos yang kekwat kat office


masa kat rumah, suci sangat muka dengan gaya rambut cam tu


done dengan drama ni, sekarang tengak gila melayan lakorn, nt saya update ye.. daaa







Friday, 17 October 2014

Itazura na Kiss 2: Love in TOKYO Episode 0: Love in Okinawa @ Just You @ My Lovely Girl

hai..
 
ok, dalam kekeliruan ni, nak tengok yang mana dulu..
 
yang ini kah,
 
 
Itazura na Kiss 2: Love in TOKYO Episode 0: Love in Okinawa
drama jepun, yang ini SP punya.. nak tggu no dua punya series bulan november baru kuar.. huhu, lambat lagi :( xsabar nak tengok
 
ni ka?
 
 
Just You
drama taiwan.. tinggal lagi 1 episode je nak habis, kena tgk on9 cause beli cd, kat lappy xdpt detect
 
or yang ini..
 
 
My Lovely Girl
dah kuar episode 10 semalam, tapi episode 9 lom tgk lagi..
 
banyaknya pending list nak kena tengok