Monday 17 December 2012

Cheongdamdong Alice

assalamualaikum..

post yang ketiga untuk hari ini.. ;]

sekarang ni, saya tengah gila dengan kdrama ni,



Cheongdamdong Alice

lakonan..


si hensem, Park Si Hoo

dan 


si comel, Moon Geun Young

saya baru je tengok sampai episode 4, kat Korea sana dah sampai episode 6, main hari sabtu & ahad, channel sbs

saya tertarik nak tengok kdrama ni sebab ada hero yang hensem and jalan cerita yang menarik, agak lawak2 gitu, nak try layan i miss you ( Park Youchun - Yoon Eun Hye ) tapi jalan cerita melodrama, sedih2 lak, xpe, layan yang ni dulu, yang 1 g, beli je la nanti, hehe

hm.. nanti bila dah habis saya melayan drama korea ni, saya review k..

sementara nak tunggu buffering cite ni, layan dulu picture di bawah.. 0-0v


poster kdrama ni..


comel anda berdua, Cha Seung Jo & Han Se Kyung


curios dengan watak minah ni, good or bad.. hmmm


ah, sweetnye anda senyum, hehe


agak lucu babak ni, hero agak psycho bila nak bagi healing, haha




ADAM & HAWA by AISYA SOFEA


Sinopsis : 


Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?






Sinopsis Saya :

Overall novel ni best! novel ni jadi hits balik sebab novel ini dah diadaptasikan ke layar tv, tajuk yang sama, jalan cerita lebih kurang sama kot.. maklum la kat rumah tak ada kuali silver/hitam, hehe.. sekarang kat astro dah ke episode 65 kot.. dat means ada lagi 15 episode g.. xsabar nak tengok ending dekat dailymotion, ;]

ok, back to this novel.. dulu saya dah pernah baca novel ni time kat u dulu, tapi baca pon skip2 je, bila dah tau nak main kat astro, terus gigih beli, dan baca.. siap imagine encik aaron tu Am.. senang la nk menghayati pembacaan..

dalam novel ni, Am seorang yang playboy tapi bila sekali jatuh cinta dekat Hawa, pergh.. romantika de amour.. rasanya semua dah tau ending ni kan.. :D

happy ending antara Adam Mukhriz & Ain Hawani, sweet..


p/s : tak suka watak Johan yang desperate dalam 'Adam & Hawa' versi drama.. kat novel elok je.. #EmoLaPlak



MERAH CINTA EPAL by RIDHA REEWANI


Sinopsis :


Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.



Sinopsis saya..

macam biasa, terima kasih kepada cik fira, adik cik pinas bagi pinjam novel ni.. actually saya dah habis lama khatam buku ni, tapi kekangan masa buat saya busy nak post kat belog, hehe

cerita ini klise sikit, kisah heroin miskin, hero kaya yang egois tapi, tapi ada perbezaannya.. di mana hero nak heroin jadi tunang palsu je dalam berapa bulan, dengan harapan mak dia tak kacau dah hidup dia suruh cari calon, tapi apakan daya, mak dia suka lak kat heroin

kisah ini agak lain sikit, saya suka sikap Irdina yang berfikiran terbuka, tegas, bertanggungjawab, tak kisah walaupon dia ada degree, kat mana ada keja kosong, dia p mintak, secara kebetulan dia keja kat tempat abang Ekhmal, & sepupu Ekhmal berkenan dengan Irdina, ha, cam biasa ada watak witch iaitu Balkhis, sepupu Ekhmal gak kot

yang best pasal Ekhmal, dia sukakan Irdina dari zaman diorang belajar lagi, tapi tak sempat nak luah perasaan, pemalu orangnya, haha.. sehingga la excident epal terjadi, and the story begin...

novel ini agak mendatar tapi ok la, saya boleh habiskan dalam sehari, dat means novel ini tak memboringkan.. nak komen banyak2 dah lupa sikit jalan cerita dia, hihi.. apa yang boleh katakan "merah cinta epal" ada kelainan dari perspektif penulis lelaki :)



Friday 7 December 2012

Mc D - Varsity - Epop

assalamualaikum..

mengantuk, penat, malas

complete semua, ingatkan semalam sempat nak update kat blog, tapi.. bila baring je atas katil terus tertidur, lupa mandi, lupa nak on9 semua.. letih sungguh :(

dah habis sal merungut, mari ke topik yang best semalam.. hehe

pertama, dapat makan yang ni.. Prosperity Burger, my favourite burger kat mekdi, selalu tunggu burger ni, bila la nak kuar balik foldover burger tu.. oh ya, tengkiu kepada encik abang accountant belanja saya, semoga dimurahkan rezeki kepada beliau, amin...

sempat g snap pic masa tengah kalut makan.. taaadaaa


sedap... xpuas makan ni, xpe, tunggu yang Prosperity Burger Chicken lak, hehe

petang cam tu, dapat sms dari mak jang, kata pak jang masuk hospital, alhamdulilah xda apa2 yang serius, tadi dah wat laser, may be esok dah boleh kuar hospital, tapi sedih pak jang sekeluarga tak dapat join esok, huhu

lepas p tengok pak jang, abang & kak ipar ajak g qb, nak g mencari seluar jeans kaler merah.. punyala semangat kak ipar saya cari, tapi tak jumpa, last2 beli seluar kaler biru, lawa tu, ala2 seluar yong hwa dalam heartstrings, saya pon berkenan seluar tu, tapi dah kak ipar saya beli, tak kan saya nak beli jugak kan.. hm

cam mana pon, finally saya jumpa gak varsity, hehe (gelak jahat)


ini dia, siap ada huruf N lagi.. N stands untuk.. Neelzaron.. kekeke

harga ok la, saya dok jumpa kat internet dalam 70++, sekali dengan cost penghantaran, lebih kurang sama kot dengan harga varsity ni, rm79.90. Varsity ni saya beli kat Brand Outlet, ok la ada size yang cukup dengan saya, hehe

pastu sebelum balik, singgah kedai majalah ni setelah kedai yang saya selalu g xada jual epop bulan ni.. punya la dok cari kat 1 kedai tu, xjumpa epop malay, dah hampir berputus asa, sekali congak kat atas, walaweh, ada! siap dengan kotak balut lagi, cam ni,


besar sebab ada poster yang daebak!!!

tak tau lagi nk hanger kat mana calender tu, haha

kesimpulannya, walaupon semalam hari yang sangat letih tapi best giler, hahaha

p/s: kena tidur awai, esok nak g Cameron Highlands.. yeah, yeah, yeah... ;)





Saturday 1 December 2012

Istanbul Aku Datang & The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

assalamualaikum..

baru ada mood nk post.. dari last week g nk b-story tapi busy memanjang.. hehe

ok, straight to the point.. ari tu saya ada cakapkan nak post sal movie yang saya tengok last week, Istanbul Aku Datang & The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.. kalau saya combine jadi satu post boleh kot kan, hehe #kemalasan ;]

rasanya tak perlu saya bagi sinopsis semua, just nak bagitau benda yang best sal movie ni, :)



 

 kita mulakan dengan movie 1st saya tengok.. Istanbul Aku Datang..



yang best pasal movie ni, jalan cerita dia, pastu lakonan para pelakonnya, sangat sesuai, custom pon menarik, npk remaja gitu..(masih terbayang muka comel Lisa Surihani as Dina time dia sebut xsabar2, haha, so cute) 


cute kan Dian, xoxo D

apa yang boleh saya katakan Istanbul are the place was so 'cantik' penuh dengan bangunan ala2 dulu.. tingin lak nak g sana, pastu jumpa sorang cam 'Harris', perfect hidup, hehe


sweet scene.. oh encik Beto, anda memang sesuai dengan watak 'Harris', sangat perfect, ala2 bad boy tp dalam hati ada taman, haha


Azad (Tomok), tak sangka si 'skema' ni ada gf lain.. (tapi dah jangka dah, hehe)

ada lagi watak lain yang menarik.. ha, ada part yang sempoi saya rasa, scene Dian masuk bilik Harris, tengok gambar Harris dengan ibu Harris, in reality, itu memang ibu Dian.. pastu part Dian nak cari Maggi Mee Asam Laksa, mintak tolong kat Aizat (nama watak, lupa, hehe), then Aizat bawak jumpa seorang pelajar Malaysia ni, which is abang kandung Aizat, Anas.. wah, glam mata kau kenal semua kan, haha #kakigosip sangat

oh ya, masa Dian post kat blog dia n ada respon dari follower dia, terasa cam suara Fazura, and saya sanggup tunggu bagi habis untuk tengok nama beliau kat skrin, yes, suara itu milik Fazura, hehe

filem 'Istanbul Aku Datang' sangat best, tak rugi tengok wayang, berbaloi2.. sebab filem ini saya rasa lakonan Lisa Surihani agak meningkat, Tomok pon.. Lakonan Beto Kusyairy tak yah cakap apa dah, memang the best! ;] thump up!

ok, next movie..


jeng2.. walaupon xdapat tengok premier opening, tapi saya dapat tengok hari ahad lepas, kira tak sampai seminggu lagi la, antara terawal jugak la kan, kan, kan.. hehe

antara semua twilight saga, yang ni je saya tengok kat cinema, selalu tengok kat dvd cetak ops, or tengok kat orang letak dalam harddisk saya, rasa berbaloi tengok movie ni, best sangat2.. dulu ingatkan yang 1st best, bila tengok hat ni, ok, yang ni is the best series movie ever..

time ni Bella baru tau dia dah jadi vampire, pastu ada power yeng sangat kuat


anak Edward and Bella yang comey



lakonan vampire sangat menjadi, wolf pon best.. suka ending ni, Bella-Edward bersama, Jacob-Nessie (anak Bella-Edward) bersama.. sweet hokay, cuma xleh imagine anak dengan mak pak sama umur, maintain mude, hehe


boleh dikatakan Part 2 ni agak lucu, penuh action and suspen..

mana taknya, punya la excited saya n cik epit dok tengok, ye la vampire lau nak bunuh, kena tarik kepala diorang, sedih sebab bapa angkat Edward tu memula mati sebab si jahat tu cabut kepala dia, time tu semua start berlawan, sekali dengan wolf, sedih kawan2 Jacob mati, rupa2 nya tu just vision Allyson, ceit.. oh, #spoiler


ya2, I got it, this is handsome Edward ;)

hm.. kalau tak salah saya, ada kan buku twilight versi bm, ala cam series Harry Potter tu.. nanti nak cari la, buktikan kepada cik epit, haha

p/s:  sekarang bola Malaysia leading 2-0, hopefully leh masuk final and bergelar Juara AFF Suzuki sekali lagi.. Amin..