Monday 26 March 2012

The King 2Hearts

tengah semangat dok update blog, cam ni la, sekali post, semua nak post, dah tu post pasal drama korean je.. sekarang kan tengah gila drama korea, habis dah lupa sal 2PM, ops, bukan lupa, cuma 2PM sibuk dengan aktiviti solo masing2, so, tunggu je la comeback nanti..

oh, melalut sudah.. pada ketika ini, saya nak kongsi kan drama terbaru yang saya tengok..

 
The King 2Hearts

lakonan..

 
Ha Ji Won as Kim Dang-Ah & Lee Seung Gi as Lee Jae-Ha

ommo.. 2 pelakon hebat ni.. jalan ceritanya pon menarik, kalau nak baca sinopsis, boleh ke sini
tak sangka cepat juga Ha Ji-Won ni buat comeback, dengan drama yang sangat2 ditunggu ni, Lee Seung Gi pon dah lama tak berlakon drama sejak sibuk dengan Strong Heart..

rasanya nak post tu je kot, cam tak ada idea je, lost~~
tengah tunggu drama ni loading, sambil tu ber-belog la dulu kan.. 
baru 1st episode dah rasa best, no wonder la citer ni dapat rating tertinggi

oh ya, saya ada satu masalah yang sedang membelenggu diri ini.. #ayat, haha
macam ni, rasa nak download je semua citer korea yang best, tapi tak reti nak guna split, separate eng sub, idm la, huhu.. option yang ada, samaada download kat utube or guna realplayer, tapi realplayer saya ada mood, kadang2 boleh, kadang2 buat hal, :(
nak beli dvd, banyaknya kena borong, lagi pon bukan ada masa sangat nak layan semua dvd yang beli.. so, saya dalam dilema..


SUNSHINE ANGEL @ SUNNY GIRL - done!

 
Sunshine Angel or Sunny Girl

hehe.. udah done ye? cepat bangat sih (aik, slang lain lak pulak).. hihi.. cepatnya dah habis tengok kan.. ye la wifi ofis laju, hehe.. complete dah 22 episode, kalau nak tunggu depan 8tv setiap ari sabtu, lambat.. lagipun ari sabtu kan masa untuk berpoya-poya, hehe

bagi saya, drama ni okay la, not bad.. mungkin sebab dah tengok versi korea, rasa dah tau jalan cerita, main skip je scene2 yang x best.. ada jugak comparison between taiwan and korea version..  contohnya dalam drama versi taiwan ni, ada penyelidik/professor yang hensem lagi kacak tolong depa, tapi kalau dalam korean version, bak kata kak sepupu saya, yang tolong depa tu, just seorang pak cik..

oh ya, saya tertunggu2 jugak babak di mata semasa mereka mempromosikan alat make up baru dengan memakan make up itu, tapi tak ada pon.. huhu.. then, saya rasa dalam drama ni, kimia antara rainie yang & wu chun nampak kurang, ye, sebagai orang gaji-majikan nampak ok, sebagai kawan pon nampak ok, tapi bila jadi couple, cam kureng sikit lovey-dovey mereka berdua, that my opinion, k

 
Rainie Yang (Yang Guang) & Wu Chun (Di Ya Xin)

 
antara babak terakhir

kak sepupu suruh download cite ni untuk dia, rasa cam malas lak, hehe
tapi tak pa, kat utube ada, tak yah nak split bagai tu.. :)


Sunday 25 March 2012

Rooftop Prince

 
ROOFTOP PRINCE

setelah dipromot oleh cik kimu, kata drama ni best, so, saya try la tengok 1st episode semalam, kebetulan lak line streamyx tengah laju, so, apa lagi terusla tengok online drama "Rooftop Prince". kalau nak baca sinopsis cite ni, boleh ke sini, credit picture.

lepas tengok 1st episode, rasa cite ni menarik sangat, hehe.. tapi kena focus sebab dari zaman dulu ke zaman kini.. tapi jangan risau, time kecik, pelakon utama guna orang yang sama, so boleh la cam kan.. cuma, sedih sikit masa depa kecik kat zaman dulu, sanggup si kakak bagi muka adik kena arang panas, huhu.. sedih tu, yang zaman sekarang, si kakak tinggalkan adik dalam lori..

pa2 pon focus saya kat Micky Yoo Chun a.k.a Prince Lee Gak a.k.a Yong Tae Yong.. of course la, time zaman prince dia nampak kacak, saya start minat dia pon kat 'sungkyunkwan scandal', dia memang berkarisma kalau pakai hanbok (betul kot eja ni?) hehe..

 
Micky Yoo Chun as Prince Lee Gak & Yong Tae Yong 

heroin lak, nama Han Ji Min.. err, rasanya x pernah lagi tengok drama lakonan dia, da kot, maybe tak perasan dia, hehe.. ye la mana nak perasan actress lau asyik sibuk tengok hero yang hensem/cute/sweet, haha.. heroin ni pegang watak Bu Yong & Park Ha

 
Han Ji Min aka Bu Yong & Park Ha

ada la lagi pelakon yang lain, tapi saya tak berapa kenal, ha, second hero untuk playful kiss pon da berlakon dalam drama ni, tapi watak antagonist kot..

saya baru tengok kat episode 1 stgh, still lagi kabur kenapa isteri crown prince tu mati.. tak sabar nak tengok crown prince tu suka kat park ha.. oh, apa yang akan terjadi kepada tae yong lepas lepas jatuh dalam laut.. drama ni buat saya tak sabar2 nak tau.. haha

ok la, saya nak sambung tengok drama ni, sempat update blog pon sebab tunggu loading cite ni, maklum la line tenet tak berapa laju, huhu.. sabor je la..

 
'crown prince' dengan bodyguard beliau, hehe.. 

 
si kaki gosip, si pahlawan, si bijaksana.. -nama tak hafal lagi, :)

lucu time depa sampai ke current year, 2012, haha

p/s : tadi kak sepupu buat cucur hotdog/sosej, rasa cam pelik, ah, tapi makan je..




PIZZA HUT @ GIANT

panas.. panas.. panas sungguh cuaca hari ini.. bukan complain, #justsaying.. :)

tadi tengahari sempat g lunch dengan bakal mama, puan hud.. hihi

g makan pizza hut kat giant bayan baru, fully treat by mrs kamal ahmad.. tengkiu2..

kami makan yang ni,


kami order pizza, meatball, dengan ayam oriental.. kenyang gila.. haha.. tengkiu mama hud..

tiga minggu ni, deret je kuar orang belanja makan.. alhamdulilah.. semoga rezeki kawan2 saya semakin murah.. amin..


Saturday 24 March 2012

DRAMA KOREA BARU MAC 2012

tak lama lagi dah nak masuk bulan April, boleh kot guna tajuk "drama korea baru Mac 2012", hihi

ok, saya dah habis tengok Dream High 2, so, sekarang tengah mencari drama korea yang baru untuk diikuti selain Running Man.. tiba2 rasa tingin lak nak tengok Strong Heart.. eh, cari la dulu drama korea yang terbaru, pending dalam list.. :)

The Rooftop Prince

Jalan cerita cam menarik, tambah lak Micky Yoo Chun berlakon, wootwoot!

Fashion King

Main Actor pernah berlakon dalam SungkyunKwan Scandal, shooting kat oversea, kena tengok ni

King 2 Hearts

Ada Lee Seung Gi, last tengok dia kat My Girlfriend is Gumiho, heroin, Ha Ji Won, walaupon heroin agak tua umurnya dari hero, tapi kalau cite best, layan!

Love Rain

Baca sinopsis quite interesting, plus ada Jang Geum Seuk, kena sapot tengok ni.. :)



DREAM HIGH 2 - done!



finally, habis gak saya tengok #dreamhigh2.. setelah 8 minggu standby depan lappy.. hehe..

kesimpulannya, ending drama ni, no couple2, huhu.. selepas 8 thn, depa semua wat reunion kat Kirin High School, wat musical.. yang pasti dalam drama ni, mengajar supaya kalau kita ada 'dream' kita kena la mencapai nya dengan usaha bersungguh-sungguh.

from my opinion, dari last lagu dalam episode 16, saya rasa,
hye sung dengan JB, director musical broadway dgn composer music kot, hehe
rian dengan yoo jin, world star dengan cikgu 'rock' Kirin High School
ui bong dengan seul, pasangan membuka school dance
si woo-nana-hong joo, still dalam cinta 3 segi, hehe
so young-ailee, jadi tukang tilik selebriti-penyanyi yang berjaya

okla ending dia, kalau nak tengok citer lovey dovey, ni bukan drama yang tepat, tapi sebagai perangsang untuk berjaya, mengejar cita2, ye, harus tengok drama ni!

antara performances yang best dan akan/sudah saya download :




~saya dah boleh terima hakikat, JB with Hae Sung, Yoo jin with Rian.. tapi saya suka tengok Ui Bong-Seul, kan best kalau watak ni banyak sikit scene mereka..~

p/s : please don't make a comparison Dream High 1 & Dream High 2.. both a different story, just enjoy it.. err, uncle JYP tak mau buat Dream High 3 ka? hehe



Monday 19 March 2012

Kenduri Kak Ira & Burger King

weekend yang sibuk!

hehe.. xla sibuk mana pon, propa je.. ok, saya start dengan ari sabtu.. ari sabtu yang lalu bersamaan dengan 17hb March 2012, saya dengan kak aida n kak ann pergi ke kenduri kahwin kak eira @ Sapura, hehe.. kat Kuala Ketil, actually ni kenduri belah suami dia, memandangkan kenduri belah dia kami tak dapat p, kat Terengganu, so, pergi la kat Kedah ni..

dapat gak jumpa rumah pengantin.. dapat jumpa kak ira.. lama gila tak jumpa dengan kak ira, da kot dalam 4 tahun, nasib baik da fb.. leh chat.. ha, dengan kak aida, kak ann pon lama xjumpa, dekat setahun dah.. tu semua 'klik' saya time keja kat plexus dulu.. ada kak aida, kak yatie, kak ira, beb, kak ton, kak siti, kak ct sakinah, kak chik, kak lin, kak ina, ana, kak leha, linda, wahh.. banyak nya klik, hehe.. tingin nak kembali ke zaman tu, best sangat2.. saya berhenti sebab nak sambung study, lepas tu terus terputus, lau da pon, dah jarang nak hangout sekali cam dulu..

ok, tu cite ari sabtu, yang ari ahad lak,

pada pukul 12tgh hari, sedang saya tdo, (eh, kul 12 xbangun lagi?) normal la, ari ahad, hehe.. da orang mesej.. saya tau dah, kalau dia sms tu, nak ajak kuar la.. malas betul nak kuar, tapi demi member punya pasal, and dia kata nak belanja, saya roger je, hehe..

saya g makan dengan cik syafiza.. dia belanja saya makan..

here, once again, burger king.. bbq cheeseburger.. sedap gak

hehe.. tengkiu kepada cik syafiza yang baik hati membelanja saya makan.. nanti saya belanja awak makan lak ye.. lepas makan, round2 qb jap, adalah barang dia beli.. saya? xtau nak sopin apa, masuk popular, nak beli novel.. tapi novel yang dok ada kat rumah pon xbaca2 lagi, aish!

k la, nanti kalau da cerita lagi, saya hapdate ye.. 

Wednesday 14 March 2012

VANILA COKLAT & BFF - done!

setelah 13 minggu, berakhir gak slot lestary, Vanila Coklat.. happy ending! ok, zara tak mengandung, cuma sebab gastrik je.. hehe.. finally, it end with me smiling.. so sweet!


cuma cik pinas kata tang ending dia, xtunjuk pon amir nakal, liyana xdapat pa2 n amir berlakon pon cam dok hafal skrip (normal la baru berlakon, meh), x natural/spontan cam zara.. err, besala kn.. nasib baik ni slot lestary, kalau slot akasia, mau liyana kena langgar dengan keta, kamal more antagonist, hehe.. just my opinion k.. 

dengar cite nya, akan ada movie vanila coklat.. lau confirm da, mesti saya akan pergi tengok.. :)


will miss dis moment alot.. :(


then, after 8 weeks, BFF pon dah tamat, walaupon da skip 1,2 episod, drama ni bagi saya tetap best, cuma tang ending la kureng sikit.. ye, memang is-sha bersama, cuma xnampak yang sha betul2 cintakan is..

 

saya suka watak is, kawan yang sanggup buat apa saja demi kawan baik dia, sha, padahal time tu dia dah suka kat sha, cuma dia tak sedar.. 



~kan best kalau boleh dapat suami yang nakal cam 'amir' dan penyayang cam 'is'~ merepek suda..


Monday 12 March 2012

PARADISE KISS

lama dah x layan movie/drama jepun ni.. sejak gila tengok kdrama ni, hampir2 dilupai jdrama ni.. hehe.. bkn lupa tapi xda masa nak tengok.. (alasan kan!) ;p

disebabkan semalam line asyik putus2, so, saya pon layan movie yang ada dalam hd.. tengok2 da cite jepun ni, hero yang saya minat, osamu mukai berlakon..


osamu mukai

dalam filem


PARADISE KISS

or dalam versi cartoon nya,


bagi saya, yang tak pernah lagi baca komik or tengok anime, rasanya live action ni best lagi, hehe.. lau nak tau sinopsis film ni, leh je google.. :)

ok, saya nak komen sikit sal film ni (suka-suki je kan nak komen, haha)..

hero sweet sgt, tapi kureng ke-cool-an cam jun matsumoto, tapi ok la sebab hero ni tinggi, pakai apa pon nampak elok sangat, tambah bila pakai topi tu, omo, hensem+kacak+ganteng+cute, saya suka kat osamu mukai ni sejak kat atanshinchi no dansi.. 1st dia dalam film ni, dah ada aura bagi saya.. heroin lak, ok la, reality nya, dia memang seorang model, tapi yang xsyok tu, lau posing semua gaya yang sama,x caya leh repeat tengok film ni.. ha, watak2 sampingan.. walaupon sekejap je, tapi da  impact.. 


actually kan, bila tengok cite jepun ni banyak moral story, contohnya, bila scene yukari lari dari rumah nak kejar cita2 dia, memang nampak rude, tapi berkat usaha dia, akhirnya mak dia dapat terima apa yang dia nak/suka dalam hidup dia..

naseb bek la citer ni hapy ending, lau ikutkn mangga dia, heroin akn bersama dengan crush dia suka selama 3 tahun. tokomouri kot nama hero 2nd. highly recommend to watch! (thnks to cik pinas memberi kepada saya citer ni)


suka tengok bila george koizumi fokus design baju

"its not talent, its desire, if you want it, you'll get it" ~ George Koizumi








Delicious + Burger King

berweekend dengan jalan2 makan2.. hehe

hari sabtu yang lepas, selepas x jadi nk g kenduri kawan saya kat kedah, saya dengan cik nad pergi la makan2.. niat di hati nak makan untuk bagi kenyang perut je, so p la makan kat pak husin lagi(?), hehe.. lepas tu nak balik rasa awal lagi, dengan tiba2 cik nad bagi idea, nak p strait quay.. tengok, dok penang pon xtau tempat tu wujud.. haha.. niat di hati nak jalan2 tengak view je, tapi hampeh, sekali masuk kedai delicious.. 1st time masuk kedai cam tu.. da desserts, menu pon ala2 barat gitu.. cik nad kata kalau kedai cam tu kat kl banyak, cuma kat area penang baru je nak ada.. so, saya pesan yang ni,


saya dengan cik nad punya.. :)


tiramisu in a glass..

naseb bek sedap air tu, butterscotch, ibarat minum coconut shake.. tapi yang ni lagi pergh!!!

ha, kek cik nad pon sedap, penuh dengan cheese.. cuma air dia, tembikai-laici-mint, rasa pelik.. hehe

ok, yang tu citer hari sabtu

Hari Ahad lak, saya kuar dengan kak ina, teman dia wat spek baru, lepas tu, apa lagi..

makan time! haha

kak ina bawak saya makan burger king.. 1st time makan, dah lama dah tingin..


saya ambik yang burger chicken royal, no bad la.. tempat dia pon strategik

yang best masa kuar ari ahad, semua disapot beres oleh kak ina, dari makan burger king ke tapau waffle..tengkiu2! 

p/s : oh ya, kak ina jangan lupa ye nanti kita nak merasa waffle coklat lak, hehe


Thursday 8 March 2012

Big Bang Comeback 2012!

yeah! big bang is back! in 2012!!! 

akhirnya, dapat gak tengok kembali big bang, xsempat nak promosi last year, group ni terpaksa direhatkan.. but, now, dis year, they back!

antara lagu comeback mereka adalah..


BLUE..

1st songs yang came out, lagu ni agak slow, tapi best..


FANTASTIC BABY

baru tengok smlm, ok la, tapi pelik tengok mv ni



BAD BOY

ok, lagu ni terbaek!!!

saya suka sangat dengan lagu bad boy.. suka dengar rapping g-dragon, top, suka dengar vokal taeyang, seungri, daesung.. omo.. best sangat2! haha..

comeback kali ni, banyak improve dari mereka, i mean imej la.. 
top-still maintain/kacak cam dulu, rambut blue, i like!
taeyang-makin merdu vokal dia, tarian makin best
seungri-bertindik, tapi still nampak gaya budak sekolah, hehe
daesung-saya suka rambut awak yang dulu, tapi badan elok dalam fantastic baby, haha
g-dragon-lagu awak compose makin best, cuma gaya rambut awak yang agak pelik

pa2 pon, saya tetap VIP, :)

p/s: oh ya, kalau da masa nanti, saya update cam mana saya boleh minat semua member dalam group ni, ala cam dulu saya buat kat DBSK.. hehe



OLD TOWN & TOMYAM PAK HUSIN & FIPPER

post kedua untuk hari ni, hehe...


hari ahad yang lalu, saya dan cik pinas telah pergi ke queensbay untuk menghabiskan baucer beliau, di sana, beliau telah membelikn 2 buah novel, 1 untuk saya, iaitu, novel yang saya post semalam, dan 1 lagi novel untuk cik mira.. (haha, ayat! cam nak buat karangan upsr)


k la, dipendekan cerita, kami makan yang ni..



eh, yang ni minuman, kami share dua, sebab terlalu freezee, bak kata cik pinas..


minuman & makanan saya, oh ya, novel tu nak interprem sekali, :D


roti bakar dari Old Town..


cik pinas punya, nama pa ntah.. hihi


sotong kangkung, kat pak husin..


my feveret kat pak husin la, nasi goreng sotong


sempat lagi merembat fipper satu..

ha, tengkiu cik pinas for your advanced "besday present".. love it.. cuma xda masa lagi nak baca, kehkeh



Aku Maafkan Kamu - Jamal Abdillah feat Malique

wah.. dah lama rasanya tak hapdate blog, smlm update pon just masukan picture je.. semenjak tenet rumah wat hal 2,3 hari ni, banyak yang tertinggal, tapi xpa, malam ni akan saya hapdate banyak2, hahahaha.. sebenarnya, dah lama nak bubuh lagu ni dalam blog, cuma kekangan masa sikit.. hehe.. honestly, saya suka lagu ni sebab lirik lagu yang mendalam, besala kalau malique yang buat lirik, lirik dia mesti da maksud tersirat dan maksud tersurat, dengan vokal kejantan Jamal Abdillah, terbaik lah!


Aku Maafkan Kamu - Jamal Abdillah feat Malique

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan