Monday 17 December 2012

Cheongdamdong Alice

assalamualaikum..

post yang ketiga untuk hari ini.. ;]

sekarang ni, saya tengah gila dengan kdrama ni,



Cheongdamdong Alice

lakonan..


si hensem, Park Si Hoo

dan 


si comel, Moon Geun Young

saya baru je tengok sampai episode 4, kat Korea sana dah sampai episode 6, main hari sabtu & ahad, channel sbs

saya tertarik nak tengok kdrama ni sebab ada hero yang hensem and jalan cerita yang menarik, agak lawak2 gitu, nak try layan i miss you ( Park Youchun - Yoon Eun Hye ) tapi jalan cerita melodrama, sedih2 lak, xpe, layan yang ni dulu, yang 1 g, beli je la nanti, hehe

hm.. nanti bila dah habis saya melayan drama korea ni, saya review k..

sementara nak tunggu buffering cite ni, layan dulu picture di bawah.. 0-0v


poster kdrama ni..


comel anda berdua, Cha Seung Jo & Han Se Kyung


curios dengan watak minah ni, good or bad.. hmmm


ah, sweetnye anda senyum, hehe


agak lucu babak ni, hero agak psycho bila nak bagi healing, haha




ADAM & HAWA by AISYA SOFEA


Sinopsis : 


Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?






Sinopsis Saya :

Overall novel ni best! novel ni jadi hits balik sebab novel ini dah diadaptasikan ke layar tv, tajuk yang sama, jalan cerita lebih kurang sama kot.. maklum la kat rumah tak ada kuali silver/hitam, hehe.. sekarang kat astro dah ke episode 65 kot.. dat means ada lagi 15 episode g.. xsabar nak tengok ending dekat dailymotion, ;]

ok, back to this novel.. dulu saya dah pernah baca novel ni time kat u dulu, tapi baca pon skip2 je, bila dah tau nak main kat astro, terus gigih beli, dan baca.. siap imagine encik aaron tu Am.. senang la nk menghayati pembacaan..

dalam novel ni, Am seorang yang playboy tapi bila sekali jatuh cinta dekat Hawa, pergh.. romantika de amour.. rasanya semua dah tau ending ni kan.. :D

happy ending antara Adam Mukhriz & Ain Hawani, sweet..


p/s : tak suka watak Johan yang desperate dalam 'Adam & Hawa' versi drama.. kat novel elok je.. #EmoLaPlak



MERAH CINTA EPAL by RIDHA REEWANI


Sinopsis :


Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.



Sinopsis saya..

macam biasa, terima kasih kepada cik fira, adik cik pinas bagi pinjam novel ni.. actually saya dah habis lama khatam buku ni, tapi kekangan masa buat saya busy nak post kat belog, hehe

cerita ini klise sikit, kisah heroin miskin, hero kaya yang egois tapi, tapi ada perbezaannya.. di mana hero nak heroin jadi tunang palsu je dalam berapa bulan, dengan harapan mak dia tak kacau dah hidup dia suruh cari calon, tapi apakan daya, mak dia suka lak kat heroin

kisah ini agak lain sikit, saya suka sikap Irdina yang berfikiran terbuka, tegas, bertanggungjawab, tak kisah walaupon dia ada degree, kat mana ada keja kosong, dia p mintak, secara kebetulan dia keja kat tempat abang Ekhmal, & sepupu Ekhmal berkenan dengan Irdina, ha, cam biasa ada watak witch iaitu Balkhis, sepupu Ekhmal gak kot

yang best pasal Ekhmal, dia sukakan Irdina dari zaman diorang belajar lagi, tapi tak sempat nak luah perasaan, pemalu orangnya, haha.. sehingga la excident epal terjadi, and the story begin...

novel ini agak mendatar tapi ok la, saya boleh habiskan dalam sehari, dat means novel ini tak memboringkan.. nak komen banyak2 dah lupa sikit jalan cerita dia, hihi.. apa yang boleh katakan "merah cinta epal" ada kelainan dari perspektif penulis lelaki :)



Friday 7 December 2012

Mc D - Varsity - Epop

assalamualaikum..

mengantuk, penat, malas

complete semua, ingatkan semalam sempat nak update kat blog, tapi.. bila baring je atas katil terus tertidur, lupa mandi, lupa nak on9 semua.. letih sungguh :(

dah habis sal merungut, mari ke topik yang best semalam.. hehe

pertama, dapat makan yang ni.. Prosperity Burger, my favourite burger kat mekdi, selalu tunggu burger ni, bila la nak kuar balik foldover burger tu.. oh ya, tengkiu kepada encik abang accountant belanja saya, semoga dimurahkan rezeki kepada beliau, amin...

sempat g snap pic masa tengah kalut makan.. taaadaaa


sedap... xpuas makan ni, xpe, tunggu yang Prosperity Burger Chicken lak, hehe

petang cam tu, dapat sms dari mak jang, kata pak jang masuk hospital, alhamdulilah xda apa2 yang serius, tadi dah wat laser, may be esok dah boleh kuar hospital, tapi sedih pak jang sekeluarga tak dapat join esok, huhu

lepas p tengok pak jang, abang & kak ipar ajak g qb, nak g mencari seluar jeans kaler merah.. punyala semangat kak ipar saya cari, tapi tak jumpa, last2 beli seluar kaler biru, lawa tu, ala2 seluar yong hwa dalam heartstrings, saya pon berkenan seluar tu, tapi dah kak ipar saya beli, tak kan saya nak beli jugak kan.. hm

cam mana pon, finally saya jumpa gak varsity, hehe (gelak jahat)


ini dia, siap ada huruf N lagi.. N stands untuk.. Neelzaron.. kekeke

harga ok la, saya dok jumpa kat internet dalam 70++, sekali dengan cost penghantaran, lebih kurang sama kot dengan harga varsity ni, rm79.90. Varsity ni saya beli kat Brand Outlet, ok la ada size yang cukup dengan saya, hehe

pastu sebelum balik, singgah kedai majalah ni setelah kedai yang saya selalu g xada jual epop bulan ni.. punya la dok cari kat 1 kedai tu, xjumpa epop malay, dah hampir berputus asa, sekali congak kat atas, walaweh, ada! siap dengan kotak balut lagi, cam ni,


besar sebab ada poster yang daebak!!!

tak tau lagi nk hanger kat mana calender tu, haha

kesimpulannya, walaupon semalam hari yang sangat letih tapi best giler, hahaha

p/s: kena tidur awai, esok nak g Cameron Highlands.. yeah, yeah, yeah... ;)





Saturday 1 December 2012

Istanbul Aku Datang & The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2

assalamualaikum..

baru ada mood nk post.. dari last week g nk b-story tapi busy memanjang.. hehe

ok, straight to the point.. ari tu saya ada cakapkan nak post sal movie yang saya tengok last week, Istanbul Aku Datang & The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2.. kalau saya combine jadi satu post boleh kot kan, hehe #kemalasan ;]

rasanya tak perlu saya bagi sinopsis semua, just nak bagitau benda yang best sal movie ni, :)



 

 kita mulakan dengan movie 1st saya tengok.. Istanbul Aku Datang..



yang best pasal movie ni, jalan cerita dia, pastu lakonan para pelakonnya, sangat sesuai, custom pon menarik, npk remaja gitu..(masih terbayang muka comel Lisa Surihani as Dina time dia sebut xsabar2, haha, so cute) 


cute kan Dian, xoxo D

apa yang boleh saya katakan Istanbul are the place was so 'cantik' penuh dengan bangunan ala2 dulu.. tingin lak nak g sana, pastu jumpa sorang cam 'Harris', perfect hidup, hehe


sweet scene.. oh encik Beto, anda memang sesuai dengan watak 'Harris', sangat perfect, ala2 bad boy tp dalam hati ada taman, haha


Azad (Tomok), tak sangka si 'skema' ni ada gf lain.. (tapi dah jangka dah, hehe)

ada lagi watak lain yang menarik.. ha, ada part yang sempoi saya rasa, scene Dian masuk bilik Harris, tengok gambar Harris dengan ibu Harris, in reality, itu memang ibu Dian.. pastu part Dian nak cari Maggi Mee Asam Laksa, mintak tolong kat Aizat (nama watak, lupa, hehe), then Aizat bawak jumpa seorang pelajar Malaysia ni, which is abang kandung Aizat, Anas.. wah, glam mata kau kenal semua kan, haha #kakigosip sangat

oh ya, masa Dian post kat blog dia n ada respon dari follower dia, terasa cam suara Fazura, and saya sanggup tunggu bagi habis untuk tengok nama beliau kat skrin, yes, suara itu milik Fazura, hehe

filem 'Istanbul Aku Datang' sangat best, tak rugi tengok wayang, berbaloi2.. sebab filem ini saya rasa lakonan Lisa Surihani agak meningkat, Tomok pon.. Lakonan Beto Kusyairy tak yah cakap apa dah, memang the best! ;] thump up!

ok, next movie..


jeng2.. walaupon xdapat tengok premier opening, tapi saya dapat tengok hari ahad lepas, kira tak sampai seminggu lagi la, antara terawal jugak la kan, kan, kan.. hehe

antara semua twilight saga, yang ni je saya tengok kat cinema, selalu tengok kat dvd cetak ops, or tengok kat orang letak dalam harddisk saya, rasa berbaloi tengok movie ni, best sangat2.. dulu ingatkan yang 1st best, bila tengok hat ni, ok, yang ni is the best series movie ever..

time ni Bella baru tau dia dah jadi vampire, pastu ada power yeng sangat kuat


anak Edward and Bella yang comey



lakonan vampire sangat menjadi, wolf pon best.. suka ending ni, Bella-Edward bersama, Jacob-Nessie (anak Bella-Edward) bersama.. sweet hokay, cuma xleh imagine anak dengan mak pak sama umur, maintain mude, hehe


boleh dikatakan Part 2 ni agak lucu, penuh action and suspen..

mana taknya, punya la excited saya n cik epit dok tengok, ye la vampire lau nak bunuh, kena tarik kepala diorang, sedih sebab bapa angkat Edward tu memula mati sebab si jahat tu cabut kepala dia, time tu semua start berlawan, sekali dengan wolf, sedih kawan2 Jacob mati, rupa2 nya tu just vision Allyson, ceit.. oh, #spoiler


ya2, I got it, this is handsome Edward ;)

hm.. kalau tak salah saya, ada kan buku twilight versi bm, ala cam series Harry Potter tu.. nanti nak cari la, buktikan kepada cik epit, haha

p/s:  sekarang bola Malaysia leading 2-0, hopefully leh masuk final and bergelar Juara AFF Suzuki sekali lagi.. Amin..





Tuesday 27 November 2012

Weekend..

assalamualaikum.. selamat malam...

hari ni nak post a litte bit sal last weekend.. ada kerja gila saya buat, hehe

ari sabtu, g sopin, niat di hati nak membeli sehelai seluar & sehelai tshirt, alih2 'terbeli' 2 helai seluar, memang lari bajet.. dah la p giant sat sebab tingin nak makan yong tau fu.. tak boleh blah tu, haha.. lepas tu g sunshine lak, sempat singgah KFC.. lama ooo xlepak kat KFC tu.. (baru nk lepak KFC sebab McDonalds diboikot, hihi).. saya try bnda ni..,

KFC Krushers, Oreo.. bolehla, tapi rasanya McFlurry sedap lagi.. hehe

pada keesokan harinya bersama 25 November 2012, saya kuar dengan cik epit.. makan hat ni.. teringin dari  dulu lagi, dapat gak akhirnya.. sedap! Dave Deli.. Pergh



Dave original 1/4 pa ntah.. :)

sebelum tu, kitaorang ada wat kerja gila iaitu... ta..da...


2 tiket wayang? eh, bukan tengok asing2, tapi tengok sekali harung.. gila betoi, 1st time wat keja cam ni, layan 2 movie dalam 1 hari.. memula cite, 'Istanbul Aku Datang' pastu diekori dengan cite 'The twilight saga : breaking dawn, part 2' best2!!! nanti or esok saya update ye..


oh, lupa lak saya kek ni.. tengkiu puan meraikan hari jadi saya walaupon lewat 2,3 bulan dah..  ;]



Saturday 24 November 2012

Cinta Halal

assalamualaikum.. selamat malam eh selamat pagi

dah lama rasa tak update.. bulan ni post baru 2 kali, betapa busy nya untuk post.. hehe, wat2 je busy

k, kali ni nak post sal cite yang baru saya habis tengok, cite ni,


actually telemovie ni main kat tv3, masa awal muharram tempoh hari, tapi sebab time tu da kat pangkor (oh, bila nk update sal family fun day tu ye), tambah lak jalan citer cam best, so, saya download, and yes, memang best cite ni, ala2 cinta Islamik gitu, kalau la saya ada keberanian cam Is untuk memikat Mukhriz kan best, haha.. poyosss je

Cinta halal tambah best sebab ada si hensem ini,


Fahrin Ahmad as Mukhriz

serta si selamba ini,


Fathia as Ismi Hazariah

ok, saya bagi sinopsis sikit, xyah kot, rasanya semua dah tau pa.. hehe

walaupon cite ni ada kekurangan sikit, tapi ah, ignore je, asalkan dapat menatap muka Fahrin yang hensem gitu.. oh, tambah lak watak dia yang sweet...


sebab telemovie ni, dari xminat Fathia, 'terminat' lakonan dia.. bersahaja je.. best watak Is ni..

tu je kot nk post untuk hari ni, mata dah ngantuk tapi nak tengok 'Maharaja Lawak Mega 2012' #jozan terbaekkk :)

akhir kata, assalamualaikum

selamat malam sayang.. :)





Wednesday 7 November 2012

LUCKY SEVEN - done!

assalamualaikum.. salam sejahtera

habis jugak jdorama ni saya tengok dalam masa seminggu lebih je.. nasib baik leh tgk kt office, hehe



basically, drama jepun ni sangat best.. bukan sebab ada 'shuntaro' tapi jalan ceritanya sangat menarik, oleh kerana saya selalu layan drama jepun ni, dah boleh tau serba-sikit sal ending, so kira kureng la suspen sikit, ;)

saya suka tengok pembukaan drama jepun, sebab selalunya dipermulaan cerita, dah start story, kira straight forward, drama jepun kan pendek dalam 10-12 episode je, so, 1 episode memang padat dengan cerita, bagi saya setiap episode dalam 'Lucky Seven' sangat menarik


ok, dimulakan penceritaan, dengan sekumpulan grup menjejak 1 kes iaitu hubungan isteri orang dengan lelaki muda.. lelaki muda tu la hero.. lepas dah settle semua kes tu, Shuntaro berpisah dengan isteri orang tu, lepas tu dia dapat detected yang Nitta ni penyiasat, dia pon kejar si Nitta sampai ke office detective, Lucky.. secara tak sengaja Shuntaro dapat kerja kat situ, ye la dia kan penganggur sebelum ni


Jun Matsumoto as Shuntaro Tokita

hero dalam jdrama ni, penyebab saya tengok dan layan Japanese drama ni. memula2 kaki pompuan, maklum la muka da 'market', mulut manis lak tu, sapa tak terpikat.. hehe, lepas dah cari detective, terserlah ciri2 penyiasat dekat dia, paling best tu dia kuat lari, berlawan ok la dari Junpei-san, hehe.. lepas g latihan berlawan, boleh di katakan terrer ala2 Nitta-san


Eita as Teru Nitta

2nd hero.. sangat handal berlawan walaupon badan kering, cerdik gak, berasal dari keluarga kaya tapi sebab nak kejar cita2 jadi detective, berhenti belajar, kuar dr rumah yang kaya. selalu bergaduh dengan Shuntaro masa awai2 episode, nampak je muka cam ni, tapi hati dia baik. lepas dia kena suspen sebab 1 kes tu, terus dia menghilang diri untuk settle kes President detective agency tu


Nanako Matsushima as Toko Fujusaki

owner or president 'Lucky' seorang yang lemah-lembut.. nak jadi penyiasat ada sebab tersendiri.
seorang bos yang penyayang tapi lau lawan, terrer gak, hehe.. mencari punca bapa dia mati 16 tahun yang lalu


Riisa Naka as Asuka Mizuno

salah seorang penyiasat dalam 'Lucky Seven'.. seorang yang menarik, selalu la kena goda lelaki yang tua2 + gatai, hehe.. tak berapa pandai masak, sayangkan anjing dia.. pandai gak berlawan, memula rasa hero tu gatai, tapi bila dah lama kerja, selalu geng dengan hero untuk mengusik Junpei.. hehe


Yo Oizumi as Junpei Asahi

paling senior antara Nitta, Asuka, Kayano and Shuntaro. seorang yang rajin, baik hati, tak lekok ilmu, sangat berfikiran positif, dok ngorat pegawai polis xdapat2, tak pandai berlawan, selalu dibuli bab perempuan oleh Asuka dengan Shuntaro


Takuzo Kadono as Masayoshi Tsukushi

boleh dikatakan chief dlm group tu, jaga kewangan company dengan kes2 clients. cerdik gak walaupon dah berumur.paling lucu bila dia merajuk dengan Junpei, hihi


Mari Iriki as Mei Kayano

paling pintar, terer bab2 computer, hack semua la.. suka tengok fesyen baju dia.. selalu duduk dekat kerusi, kedua2 kaki naik..


Keiichiro Koyama as Kojiro Tokita

adik Shuntaro, selalu jumpa Shuntaro time malam, masa sesama.. cuma hairan dia ni bapa tunggal ka? eh, hehe

ending... happy ending.. berbaloi2 tengok 10 episode, hihi
settle semua kes, tang last nak cari sebab bapa Toko mati, dibunuh atau kemalangan..
semua episode da berkaitan dengan 1 sama lain..

oleh itu, sebelum out, kita layan pic2 comey/hensen/cute/cool 'Shuntaro'







ok, mata pon dah rabak ni, tidur dulu ya, nite people! :D




Thursday 1 November 2012

Lucky Seven

hye..

semalam tengah boring2 kat ofis, try la google kdrama, jdrama or tdrama yang best, ada blogger suggest jdorama ni..


Lucky Seven

dan saya tertarik nak tengok jdrama ni sebab..


Jun Matsumoto

titik. sebab beliau saya boleh tertekan, terclick, tertengok drama ini.. haha

tapi bila dah start tengok 1st episode jadi addicted lak, best bangat!

cerita sal hero yang tetiba jadi detective, memula detective tu yang dok siasat sal dia, last2 dia jadi geng menyiasat dengan org yang menyiasat dia tu, tapi hero ini walaupon xda latar belakang sal siasat-menyiasat ni tapi dia ada bakat, contohnya dari jauh dia leh tau orang tu cam mana, laju gak dia ni lari, cuma 1 'kelebihan' dia, dia ni kaki pompuan, ops, hehe

so, cuba-try-test tengok ye, saya baru je habis tengok sampai episode 3, esok sambung tengok episode 4 lak..





Wednesday 31 October 2012

Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 @ Malaysia

assalamualaikum... salam sejahtera..

baru ada masa nak update blog.. lenguh kaki, pinggang baru hilang, tapi mai penyakit baru kat mulut, panas kot.. ok, kena banyakkan minum air masak..

rasa kekok lak nak intro bercerita eh berbelog... hehe

ok, seperti yang diketahui umum, sabtu minggu lepas telah berlangsungnya julung2 kalinya konsert Big Bang yang dinamakan 'Big Bang Alive Tou 2012' dengan kerjasama Samsung Galaxy, promot lak, ahaks!

so, pada petang raya, saya dengan cik kimu telah bertolak ke KL, kitaorg naik bas pukul 11.59, sampai KL dalam pukul 4am cam tu, awai lagi, so, lepak2 la kat McD... oho, bagi saya pudu agak scary, baik lepak kat McD kan.. lepak dalam 2 jam camtu, order makan, baru gerak g hotel, oh ya, saya makan yang ni, lama dah tingin, hehe


pancake dengan tea.. selera breakfast mat salleh u'oll, hehe

lepas makan, g la cari hotel area Petaling Street, berpusing2 cari, dengan naik lrt, monorail ikut map, last2 dekat je lau jalan kaki, ish2.. besala bukan budak kl, haha.. tido kat hotel dalam 2,3 jam terus g stadium.. lagi sekali berpusing2 cari jalan, padahal dekat je, apa la uncle hotel tu 'chong' kat kitaorg.. sampai2 terus g beratur secara duduk.. xsempat sangat nak sopin, snap pic banyak2.. huhu

 
dalam kul 2,3pm kena beratur masuk, ingatkan masuk dalam stadium tapi masuk beratur dekat pintu gate, aigoo! xpe, demi big bang, ku gagahkan jua, haha... excited bukan main, dapat dengar suara depa rehearsal pergh, semangat semakin membara-bara, tapi dalam pukul 6lbh baru boleh masuk stadium, lepas masuk je, dengan lajunya berlari, nak dapat tmpt depan la, sekali tengok da ruang kosong dihadapan, so pa lagi, menyelit la masuk, kesilapan teknikal semua itu, haha




dah masuk stadium, hehe


Blue... im singing my blues, blues.. jadikan special project.. hehe, proud of myvip


dari tempat saya berdiri, nampak x GD, Daesung, TOP?


memula sebelum konsert start, dok layan mv


excited

time nak habis, encore baru saya nak tangkap gambar, kan hujan, takut la lau camera pinjam rosak, huhu.. lgpon cik kimu semangat dok snap picture, hehe


time ni encore dah kot


dance, dance, dance


TOP, aigo, so hensem


wah, bagi saya ni la the best concert i had seen, serius sangat daebak! dah time encore big bang nyanyi banyak lagu, tersangat sweet bila GD kata kat Malaysia the best vip! bangga tu

but the best moment, bila special project menjadi dengan menyanyikan lagu 'happy birthday' to TOP, comel muka terharu beliau, memula semua member Big Bang xperasan, Seung Ri yang perasan dulu, semua vip sang a song birthday to TOP..

actually, masa g concert ni, xtau nk cheer dekat sapa, bila cik kimu kata nak cheer kat sapa, otomatik kata Daesung, tapi bila dah tengok concert ni, terasa cheer tu Taeyang.. ah, he so sweet, may be 1st nampak dia dulu kot, hehe

1 je xbest, dok kat area standing, semua dok pakat push2, saya yang dok belakang, tetiba dok kat depan, apakah? dah dengan cuaca hujan pada mula2 concert, tapi alhamdulilah, tengah2 concert dah tak hujan ;]

kesimpulannya.. concert yang sangat2 best! skrin led yang clear, lighting yang best, sound yang gempak, stage yang hebat, but the most important ke-dasat-an Big Bang yang membuatkan 'alive' ini sangat berjaya, GD dengan ke-charisma-an, TOP dengan ke-hensem-an, Taeyang dengan kepandaian menari, Daesung dengan ke-power-an suara and SeungRi dengan ke-best-an fan service dia, oh ya, maknae sangat pandai speaking, kekeke

p/s: thanks cik kimu untuk setengah picture di atas.. :D

layan encore yang dirakam oleh RiRi