Tuesday 19 February 2013

Aku, Dia & Tong Sampah

assalamualaikum..

ye2.. saya tau saya lambat sangat baru tau cite ni best, huhu

nak wat cam mana rumah tak dapat tv9 :(


poster cite ni

2 hari lepas, saya terbaca kat 1 blog ni kata cite ni best, pastu semalam dah download sekali tengok, pergh best kot! boleh jadi all time favorite ni

cerita yang simple tapi sweet suka bila Amir (Beto Khusyairi) ni cakap nampak cam real.. saya suka prinsip hidup Amir ni.. walaupon kadang2 cam nakal tapi Amir ni ada aura tersendiri buat saya suka watak ni, ada kah disebabkan lakonan Beto yang sangat superb? may be, hehe

watak heroin, Sharnaas (Siti Saleha) nampak kiut, suka style dia cam cite ni.. kdg2 nampak cam kasar, kdg2 nampak sweet cara pemakaiannya.. oh, love her outfit.. lakonan dia pon ok, tak la kayu sangat, tak sangat dia terer gak menari joget, haha


suka part ni, diorang g gig, sekali Amir tu cakap, "band ni bukan sedap pon", sekali penyanyi tu diam and semua org tengok Amir, hahahaha (extra gelak)

rasa malas nak tulis sinopsis and review panjang2 sebab rasa semua dah tengok kan..

cuma, 1 je yang saya tak berapa berkenan, nampak telemovie ni cam amatur yang buat.. #justsaving, no hurt feeling hokay :)

dengan itu, tamat la penceritaan saya bagi post ini.. sekian!






Sunday 17 February 2013

‎#HappyChananaDay

aigoo.. lupa lak nak wat entry dekat maknae sorang ni..

besday dia 11hb lepas.. cam mana boleh lupa nih.. ish2.. mianhee ye Chansung.. ;)


oh kamu sangat hensem Hwang Chansung

honestly dalam 2PM, saya paling suka badan Changsung ni, hehe.. fit, tegap dan sexy.. macam ayat pervert lak, hahaha

ok, hope this year will bring more opportunity to you and good luck for your new drama.. and hope your business will going very very well.. fighting chanana~~

layan lagu ni, lagu yang meningatkan saya kepada si maknae yang orang tak caya dia ni maknae dalam 2PM, keke..

muka dia senyum sangat comel..



once again.. ‎#HappyChananaDay sory lewat 6 hari post..




QUEEN IN HYUN'S MAN - done!

assalamualaikum..

yeay! finally habis gak tengok drama korea ni.. 


Queen In Hyun's Man

jalan cerita yang sangat memuaskan hati, jiwa dan raga saya, kekeke

hero dia..


Ji Hyun Woo as Kim Boong Do

bijak pandai di masa Joseon.. disebabkan 'azimat' yang diberikan oleh bekas orang gaji dia, bila dia menghadapi saat2 bahaya, dia terus datang ke zaman sekarang.. dia ni kena fitnah oleh menteri2 sampai keluarga dia terbunuh, pastu dia bangkit dan bersihkan nama dia. dan dia jugak yang bagi 'Queen In Hyun' naik takhta balik selepas difitnah oleh menteri2 zaman dahulu.. yang best sal Kim Boong Do ni, disebabkan dia ni memang pandai, bila sampai zaman sekarang, dia tak panik, try to fit dgn dunia sekarang, tapi selalu kena buli dengan heroin jugak, hehe..

heroin lak.. beliau ni,


Yoo In Na as Choi Hee Jin

heroin yang dapat watak 'Queen In Hyun' untuk drama terbaru diorang, pelakon biasa2 je tapi dia ni sengal sikit, suka ajar hero benda pelik2.. selalu yang dia ajar tu mesti ada purpose untuk diorang kiss, aigoo.. tapi comel je dia buat, haha.. da ex-bf yang nak couple balik dengan dia, tapi dia xnak sebab dah ada Boong Do =]

overall, kdrama ni sangat best.. sebab, firstly hero dia tak cam selalu, maksud saya, hero yang egois, berlagak, mempermainkan heroin yang blur.. kali ni terbalik, hero yang blur sikit, heroin yang suka main2, hehe.. tapi still ada babak sedih.. hero dalam citer ni sangat cool, tak suka marah, tapi bila kembali ke zaman dulu, rilek je nak bunuh2 orang, huhu.. apa yang heroin buat dekat dia, dia senyum je, sweet sangat.. heroin lak bila dah lovey-dovey dengan hero memang tak boleh blah la.. haha

tang sedih bila diorang berpisah jap sebab 'azimat' tu terputus dua.. time tu cam kacau-bilau sikit sebab semua ingat heroin tak betul sikit dok cari 'Kim Boong Do' yang tak wujud.. yang tu ok lagi, dekat nak last2 tu, selama 1 year lepas tuan punya 'azimat' tu mati dibunuh, heroin lupakan hero sampaikan hero nak bunuh diri, nasib baik dia sempat call, hero angkat dan kembali ke zaman sekarang.. cam tak boleh terima dek akal kan.. dat why drama is called a fantasy..

selain tu, drama korea ni tak ada sangat hero-heroin second yang jahat.. jalan cerita pon banyak fokus dekat hero-heroin je.. tak ada nak cite sangat background diorang.. ha, saya suka dengan watak mamat ni..


Kim Jin Woo as Hang Dong Min

ex-bf Hee Jin.. smart watak dia, ala2 watak utama dalam kebanyakan drama korea, ego sikit, cakap main lepas, cepat naik hangin.. tapi dalam hati sweet, baik dan take care sangat dengan heroin.. ni la kali pertama puji dekat second hero.. selalu tu geram je kat watak pembantu.. oh, kan best lau 'Hallyu Star' ni jadi watak utama dalam drama korea yang lain, nak watak cam dia..


antara pelakon dalam korean drama ni..


hero masa kat zaman Joseon.. dah la cerdik, golongan bangsawan, keje dengan istana lak tu


masa zaman sekarang.. comel je pakai baju yang dia curik tu, hehe

meh, kita layan picture2 sweet hero-heroin ni.. ha, sekarang diorang dah couple, harap2 la sampai diorang married.. i hope


scene dalam kete ni.. =]


ke-sengal-an heroin nak ajar kegunaan tie


hero yang sangat rajin membaca.. hehe


akal heroin la ni, hehe


sweet...

haha.. ada lagi picture diorang yang sangat romantika winter sonata dua ni #phrase je, tapi lagi best lau tengok sendiri drama ni.. walaupon dah tengok Nice Guy dengan cite ni, tapi still rasa Answer To 1997 is the best kdrama i have watched

ok, sekarang dalam dilema nak layan citer apa lak.. hmmm








Sunday 10 February 2013

Secret Recipe & Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit & Cekak 'Hong Ki'

assalamualaikum.. Gong Xi Fa Cai

hai2.. best kan raya cina jatuh hari Ahad, leh replace.. so, cuti jadi la 4 hari sekali dengan Sabtu-Ahad.. syoikkk! saya ada macam2 plan untuk hari cuti, antaranya...
Sabtu-g tgk wyg (post hari ni), 
Ahad-p mandi Taman Rimba (nanti saya update na), 
Isnin-g kenduri cik ina.. 
Selasa-rilek duk rumah layan kdrama, hehe

saya post hat semalam punya k..

semalam saya makan hat ni..


cam biasa, lau p Secret Recipe, menu pilihan 'Chicken Cordon Bleu'

memula ingat nak makan dekat Dave's Deli, tp sebab ramai sangat, so makan la dekat Secret Recipe


eh, ni memula mai.. hehe

potato chip


pergh.. sodap ni.. Turkish Indulgence.. harga boleh tahan, 1 slide RM10, selalu kek dekat Secret Recipe RM7.50.. ini special punya kot, hehe

lepas dah kenyang perut, apa lagi.. g la tengok wayang, sebab tujuan utama nak tengok filem terbaru arahan Mamat Khalid ni, kalut sampai2 QB terus beli tiket, haha.. dapat kul 2.10, tu yang pergi melantak dekat SR tu..

ha, saya tengok wayang cite ni.. posternyerr


Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

honestly, bagi saya yang hantu kak limah yang dulu lagi kelakar.. mungkin benda yang sama diulang 2,3 kali membuatkan saya rasa cam dah boleh agak dan kurang kelakar.. cerita dimulakan lepas Husin yang jatuh bankrap balik Kampung Pisang, intro dia agak kelakar.. hehe, masih bertapak di Warung Pak Jabit, semua menyambut kepulangan Husin dengan cara kasihan, perlian ada juga yang prihatin.. persoalan ditimbulkan kembali pada last scene hantu kak limah yang pertama, watak 'Ayu' seolah-olah menggangu Husin.. di filem hantu kak limah yang kedua ni, menceritakan lebih detail.. oh nk type banyak2 pon dah ngantuk.. tapi apa yang boleh saya rumusan di sini.

saya nak tergelak dengan watak 'Kak Limah' selepas sihat, amboi kak, dok melentik kat tingkap, XD
watak 'Dr. Shamsuddin' yang tak dapat dijangka..
watak Ezlynn sebagai hantu agak best.. pandai beliau buat muka
arwah Zami Ismail dengan kawan dia, watak 'Pak Jabit' bersahaja seperti biasa, ibarat sedang tengok depa live.. natural sangat
jangan terkezut lau nampak 'dementor' dalam filem ini, ala2 'Harry Potter' u olls, hehe
oh, lagu tema filem ni buat saya rasa geli.. entah, mengapakah hatiku bergeteran.. *geli*
ucop dah ada motor, yeah2!! tp watak 'Abi' xder..
last, watak anak mamat yang suka menembak. kering je muka dia, haha

berbaloi untuk tengok wayang, #sokongfilemmalaysia :)

dah nak balik, kak sepupu suruh masuk Brand Outlet.. dia nak cari spek, sekali terjumpa cekak yang macam Hong Ki pakai time lagu "I Wish" hihi..

ini cekaknya..


ok la, sangat mengantuk ni.. esok ada wedding.. nite!

p/s: akibat kasut licin, saya terjatuh kat toile, habis lebam kaki.. huhu




Monday 4 February 2013

Kenny Rogers - Swatch - Starbucks

post yang kedua.. 

tadi ingatkan dah nak tutup lappy pastu tidur, tapi bila dah charge lappy, xjadi lak, tambah da 1 story yang gtau.. cam ni, semalam saya dan cik epit g la qb sebab tingin nak makan kenny rogers.. but... sedih sangat makanan yang dihidangkan mencapai piawaian kami berdua, dengan sikit side dish,, huhu.. sebab lapaq, lupa nak snap picture dulu..

tengah2 makan, cik epit tertinggal kunci motor dia, omg? apakah? terus diam dua2 org ni, makan2, terus blah p tempat parking motor, nasib baik motor ada lagi, check loker semua, still tak jumpa lagi kunci, last2 tanya kat pak guard.. nasib baik runner tu jumpa, Alhamdulliah.. lau x, memang kami berdua kena naik bas la balik.. saya xpe, cik epit la.. hehe

lepas tu, lega dah rasa, sambung balik aktiviti merendek qb.. ingat nak beli tshirt or kemeja or kasut tp bila tengok ramai sangat sopin, xjadi.. ye la ramai chinese2 sopin, xleh nak decide lgsg nak beli apa.. tmbah bila nk try or bayar, que saja2.. hmmm

disebabkan jam saya yang lama tu agak nak nazak, saya pon membeli jam ni..


tara... merah punya.. ong ma.. cam nak sambut raya cina je..

pastu pusing2 sampai lenguh kaki, then cik epit ajk lepak kat mana2, saya kata la jom lepak kat Starbucks  hehe demand u olls, order la air chocolate apa ntah.. ok la.. tapi air cik epit, cappuccino pergh, hahaha.. sekali ambk kek chocolate blueberry



 

yang paling best time nak balik.. dengan bangga saya cakap, jom la balik, cik epit kata hujan tu.. saya jawab, xpa.. rintik je.. sekali balik, hambek kau, hujan lebat.. sampai rumah lencun baju2 semua, haha

p/s: cik epit ada berkias2 nak makan pizza hut lak next week.. :)





NICE GUY - done!

assalamualaikum

finally, semalam saya gigih gak bg habis tgk Nice Guy.. 



ada la skip2 sikit.. fuh, insaf sat nak layan drama korea yang melodrama ni.. slow sangat nak habis.. T.T

cm semua dah tau, cite ni happy ending.. walaupon agak kabur sikit tang last tu, argh, asalkan hero or heroin xmati, lau x mau stress tengok, kekeke.. seterusnya, tengok watak2 utama..


Song Joong Ki as Kang Ma Ru

our nice guy~~

memule, hero baik sangat, pandai, hensem, budak medic, ada adik yang tak berapa sihat, suka kat 'noona Jae Hee'.. pastu ada 1 kejadian yang berlaku menyebabkan dia masuk penjara (sebab tu ada kena-mengena dengan 'noona' dia) lepas dia kuar penjara, tengok2 Jae Hee dah kahwin dengan orang kaya.. pastu apa lagi, dia start jadi gigolo, (kadang2 untuk selamatkan kawan dia tu), keje bartender.. selalu bertukar2 pompuan sampai la dia kenal Seo Eun Gi.. dia kenal dengan Eun Gi sebab nak balas dendam dekat mak tiri Eun Gi (tau kan sapa) tapi last2 dia yang betul jatuh chenta dekat Eun Gi, banyak sungguh halangan diorang ni.. nak dekat hujung2, baru tau Ma Ru ni ada penyakit sebab excident dengan Eun Gi (dia hilang ingatan).. tapi2.. final episode, dia jadi doktor kat tempat Eun Gi buka kedai roti, kira 1 tempat la.. and bagi cincin yang tak sempat dia nak bagi dekat Eun Gi 7 tahun sebelum tu... sweet happiness :)


Moon Chae Won as Seo Eun Gi

watak dia sangat twist.. time dia garang, tegas xsuka tengok dia, tapi bila start suka dekat Kang Ma Ru, best2!!! sanggup tinggalkan semua demi Kang Ma Ru, kehilangan ibu sebab Jae Hee muncul dalam hidup bapa dia.. ada bapa yang sangat tegas, jadi menyendiri lepas ibu dia tak ada.. workaholic sangat.. bila dia hilang ingatan, sedih sangat, sebab dia suka sangat2 dekat Ma Ru, Ma Ru lak layan je, tapi dia pon takut bila Seo Eun Gi sedar sebab Seo Eun Gi sebelum hilang ingatan bencikan Kang Ma Ru.. ha, dalam drama ni, beliau asyik pakai seluar je, sekali dua je dia pakai skirt.. pa2 pon watak dia sangat menarik



Park Si Yeon as Han Jae Hee

tengok muka pon dah tau beliau ni watak jahat.. hokay, watak antagonis dia sangat menjadi, hahaha
sebab apa? saya rasa annoying sangat dengan beliau ni, kalau boleh nak skip je.. tapi lau skip sangat, kang xfaham lak cite ni.. ok, basically dia ni lawa time remaja dulu, sampai Ma Ru terpikat, pastu dia jadi wartawan, entah kenapa dia membunuh seseorang, tu yang menyebabkan Ma Ru masuk penjara.. lepas tu, dia kawin dengan orang kaya, bapa kepada Seo Eun Gi dapatla anak sorang.. dah tu bercita2 nak bolot harta..tapi kekadang kesian gak dengan dia ni, walaupon dia kaya tapi actually xla bahagia sangat, last2 cari gak Kang Ma Ru, pastu tekanan dari Lawyer Ahn.. hmmm, lastnya, dia menyerah diri kepada polis atas kesalahan lampau dia dan kes kematian suami dia..

panjang lebar berbenor watak utama ni kan saya buat summmary.. argh, dah ngantuk ni, cam mana nak citer benda2 lain ni?


masa memula bercinta, niat Kang Ma Ru nak gunakan Seo Eun Gi je, tapi tak sangka Eun Gi betul2 suka dekat Kang Maru..


lepas Eun Gi dah dapat ingatan dia.. Ma Ru ajak dia lari sebab keadaan dah kritikal, tapi ditolak, huhu

sebelum saya p ke post yang lain.. sila menghayati pesyen rambut dan muka comel Kang Ma Ru.. :)



masa jadi budak medic, innocent sangat, kekeke


dah start perangai playboy nih.. aigoo


masa jadi 'tunang; Eun Gi sebab keadaan Eun Gi time tu.. handsome XD


1st dating betul2 dengan heroin, jjang!


last sekali, 7tahun lepas dia pengsan kat jalan raya, rupa2 nya dia g wat pembedahan dekat luar negara, pastu jadi doktor kat tempat Eun Gi tinggal.. sweet.. walaupon dia kata dia tak ingat kejadian sebelum dia operate but Ma Ru still remember Eun Gi.. sweet

tu je komen saya sal drama ni.. kalau tak kuat emosi, tak suka Song Joong Ki, suka kisah cinta yang ringan2 and comel, memang susah nak bagi habis tengok drama korea ni.. #macamsaya nasib baik muka comel Song Joong Ki bagi semangat saya tengok sampai habis, hehe

lepas ni, nak melayan cite ni lak..


ari tu tertengok dekat 8tv cam best ;]

nite!