Wednesday 30 December 2015

drama based on novel 2

assalamualaikum

dah lama rasanya tak post sal drama melayu kat blog.. hari ni saya nak cerita pasal drama melayu, still lagi based on novel, musim kan sekarang ni.. ada yang best and ada yang kureng best, antara yang latest saya tengok...

1) Tuan Anas Mikael


lakonan Aaron Aziz &  Zara Zya



nak tengok sebab 2 pelakon utamanya, bukan fanatic depa cuma dah lama tak tengok depa berlakon drama.. memula tengok best gak walaupon banyak part manolog Zara, pastu Aaron yang malu2 nak bersuara, perlahan je dia bercakap, gigih saya kuatkan volume
berdasarkan apa yang saya baca dekat blog, review novel, ada sedikit perbezaan. xkan nak buat 100% sama kot, hehe.. tapi tang ending cam tak complete sebab tak huraikan tangan yang selalu memerhati depa, motif kak engku kuar tang last..? (still question mark until now)

2) Kau, Aku & Kita


lakonan Syarul Ridzwan & Janna Nick



tertengok sebab tengah boring time tu.. ok la layan jugak.. cuma saya tak boleh nak hadam part cakap diorang yang terlalu kasar bagi saya.. ye, saya orang penang, cakap memang kasaq, tapi cara Iman dgn Aus cakap kasar, tambah bila dah kawin.. may be pengarah or dalam novel cam tu kan
yang best, muka Aus yang gatal tu, haha.. kebaikkan Dato & Datin jaga adik beradik Iman, konflik pon tak banyak sangat, watak jahat pon tak begitu psiko

3) Cik Cinderella dan Encik Tengku


lakonan Syukri Yahya & Zahirah McWilson


nak tengok sebab ada Syukri Yahya, hahaha.. layan 2,3 episode boleh la.. tapi bila baca review novel, rasa nyesal lak, sebab heroin sanggup wat cam tu.. tak kira tak suka dekat tunang pon, sebab family arrange kan tapi dah tau bila bertunang tak baik punya layan lelaki lain.. hero pon kena behave, jangan call, ganggu bila tau orang tu dah bertunang. nasib baik hero Encik Tengku, kalau hero dia orang lain, habis la Encik Tengku tu..


4)  Tersuka Tanpa Sengaja


lakonan Amar Bahrain & Emma Maembong


lepas Tuan Anas Mikael, sambung drama ni.. memula dah ikrar dalam hati, tak nak tengok sebab tak minat Emma Maembong, tak nak tengok Amar Bahrain (biar abang zen ja dalam hati), sekali tertengok, rasa best lak, dengan review novel lagi.. I must watch dis drama.. balik siap download, hehe.. tak sabar nak tunggu last episode.. go farhah-dr syed
oh ya, suka gak dengan lakonan pembantu dlm drama ni, npk cam real ja, pastu ada parodi dr Michael Ang, terkekek gelak :D


p/s : terasa malas lak nak bubuh synopsis novel 0-0v


Monday 28 December 2015

k-pop : leader's voice

assalamualaikum..

tetiba mai rajin mood nak kaji sal kpop.. baik kata adik sepupu saya, kpoppers, haha

ok, setiap group kpop mesti ada seorang leader. dia dipilih macam2 cara, ada yang dipilih sebab paling tua, paling banyak bersuara, paling berbakat or dipilih sebab group tu dibuat, dia lah orang 1st or dapat jadi leader sebab semua member tak nak, hehe

dekat bawah ni saya senarai kan leader yang ada trademark suara.. maksudnya bila kita dengar dia nyanyi, kita tau group tu group mana.. err, faham kan?

1) INFINITE



saya bukan Inspirit, just tau sikit2 lagu depa, tapi bila dengar sekali, dah tau lagu Infinite.. Selain boleh detect suara leader - Sung Kyu, lagu Infinite gak boleh cam/tau sebab music lagu depa ni lebih kurang sama

2) GIRLS GENERATION



masuk gak girl group kan, hehe.. sapa yang tak kenal dengan group ni kan.. suara Tae Yeon memang daebak, lagipun selalu bab yang tarik tinggi2 ni suara beliau

3) GOT7


wakil dari jyp, hehe.. GOT7,.. tang chorus selalu suara JB, nak bubuh lagu if you do, lambat sangat part beliau

4) CN BLUE


memula nak bubuh Hong Ki, tapi beliau bukan leader, so bubuh la CN BLUE, suara Yong Hwa memang best, boleh dapat detect, lagu2 yang dia buat pon best!

5) BIG BANG



yang ni harus ada.. lagi 2,3 tahun boleh jadi legend dah.. oh G-DRAGON (speechless dah)


mesti pelik kenapa tak masukan 2PM (leader depa dah kuar, apa2 sekarang yang cakap Taecyeon. Jun.k lak nyanyi sedap), Super Junior (serius sampai sekarang tak tau mana 1 suara Lee Teuk, tau suara Dong Hae & Si Won, Eun Hyuk ja), EXO lak sebab bias dekat D.O, Sehun, Chanyeol tau depa ja la, hehe





Thursday 10 December 2015

MUST DATE THE PLAYBOY

Assalamualaikum...

sementara nak tunggu link kuar untuk Aku, Kau & Kita, sempatla saya nak review 1 pinoy movie ni


Must Date The Playboy

Chloe break-up dengan Zach, then Chloe ada pengganti, tapi sebab risau Zach ni akan ganggu dia, dia suruh Tori, kawan baik dia untuk pikat Zach and the attention will go to Tori. Then, Zach nak ngorat Tori untuk dia dapatkan Chloe kembali, so the story begin...

dont worry, the ending will be happy ending even-though da sikap 'jahat' sikit dekat Chloe tapi the end sweettttt ala2 cupcake Tori :)


Xian Lim & Kim Chu

ini kali ketiga saya tengok gandingan mereka berdua selepas Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? and Bride for Rent.. so far, gandingan mereka berdua ok, sebab in real-life memang couple pon, cuma Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? adalah filem yang the best untuk mereka berdua bagi pendapat saya la


Chloe & Tori

kan best lau dapat kawan cam ni, oh ya sebut sal kawan.. kawan pertama saya, ilaaaa akan kahwin dis week, congrats (OT jap)


ni pulak kawan depa dua juga, watak ala2 gay gittew tapi cute, hehe

kenapa sekarang Xian Lim makin kurus, muka pon makin cengkung, rindu masa dia zaman ni,



hensem bangat

ari ni mood tak datang lak untuk type pepanjang.. mata pon dah ngantuk, kepala pon cam pening2 sikit, moh la kita tidur, sebelum tu gosok gigi, ambk wuduk dan baca doa sebelum tidur :)

wasalam, good night uolls!









Sunday 6 December 2015

PHOPE RUK & NEUNG NAI SUANG - done!



Assalamualaikum..


Welcome December! Cepatnya masa berlalu, kejap ja dah masuk bulan 12. Blog pon lama tak update


Kali ni nak cerita pasal lakorn yang telah habis saya tonton. Kali ni ada 2 lakorn..


First, Phope Ruk



Lakonan Prin Suparat & Bella Vanita


Memula excited nak tengok sebab ada Mark, dah lama tak tengok beliau since Pancyachon Kun Krua tu (padahal selalu ja stalk beliau kat IG).. Dalam lakorn ni dia jadi polis.. sekarang badan pon dah sado sikit tapi muka still cute, hehe


Phope Ruk bermaksud Two Worlds of Love  cerita bermula heroin accident pastu roh dia berlegar2 di bumi, tak sure dia dah mati ka belum, terjumpa dengan hero yang tengah menyiasat kes heroin dekat tempat kejadian. Kebetulan hanya hero ja yang boleh nampak heroin, so heroin ikut hero balik rumah lepas hero terambil rantai heroin (ala2 azimat heroin la). Then, momen2 lawak plus sedih terjadi bila hero tau heroin ni roh/hantu. Comel jak muka Mark time ni, tapi kesedihan Bella tak berapa nak menjadi mungkin sebab saya asyik focus dekat Mark je kot



Inspector Yeoo yang takuit, hehe

Lepas tu bermacam la rintangan dan dugaan yang dihadapi, then ada part bila hero tak ingat sapa heroin ni bila hero sedar dari lemas, heroin dah kembali ke badan dia. Vice-versa. Tapi yang paling saya suka reaksi hero masa dia ‘hilang ingatan’ totally muka tak kenal dengan heroin


Overall, lakorn ni best, Cuma saya tak download sebab file besar2, tengok 2 episode dkt viki, lepas tu tengok dekat www.kwarmmeud.com will repeat for this lakorn J


Paling suka dengan watak ‘hantu’ ni





Pastu lawak bila Naa asyik dok suruh Yeoo beli baju baru dekat dia, dengan tok sami sekali kena, hehe



carta aliran para pelakon


setiap lakorn mesti ada poster cam ni


Second, Neung Nai Suang






Lakonan Urassaya Sperbund & Jame Jirayu Tangsrisuk


Nak sangat tengok lakorn ni sebab jalan cerita dia, time ni mencari lakorn yang slap-kiss, revenge yang soft2 gittew, kalau heavy emosi sangat.. so baca sipnosis cam ok walaupon ada yang cakap tahun 2005 lagi best tapi ntah kenapa still nak tengok, hehe.. Ok dah done tengok – best!


Neung Nai Suang bermaksud One in my Heart.. dimulakan cerita dengan hero baru balik dari luar negara, then pergi la majlis social, sebab hero ni anak orang terkenal, dengan raut wajah yang hensem lagi pandai, dekat majlis tu dia jadi tumpuan semua orang.. then ada lak tarian, heroin dipaksa masuk oleh kawan baik dia, secara tidak sengaja heroin partner dengan hero tapi heroin tarik diri sebab tak nak menari dengan hero.. pastu nanti hero tau la yang heroin ni dulu musuh dia time kecik

Stress sikit dengan lakorn ni sebab hero ni dah suka dekat heroin tapi asyik dok kacau heroin dengan kasar, pastu jeles.. heroin pon bila dah suka xmau ngaku tapi bila Nampak hero dengan heroin lain tak senang duduk.. paling suka dengan family heroin, sayang dia cam family sendiri, last dua2 sepupu dia ada pasangan


Kalau nak tengok lakorn ni boleh tengok dekat nekomeowmeow.wordpress.com saya pon dah habis download, gigih tidur pukul 2,3 pagi sebab nk layan drama ni


Walaupon tak kiss scene yang real, tapi still cute couple ni, rasa ‘innocent’ sangat tengok




Kan comel kalau Khun Anawat eh P’Neung (mesra sikit panggil) wat rambut cam ni,



sekarang terminat lak dekat James Jirayu.. habis la nt stalk ig beliau, hehe

ok dah habis demam lakorn, nak sambung download..