Thursday 28 January 2016

SONG HUAJAI NEE PUEA TUR & KULARB RAI GLAI RUK - done!

assalamualaikum...

hari ni saya nak cerita pasal drama siam or thai drama or lakorn.. ada dua lakorn yang saya dah habis tengok.. antaranya,


SONG HUAJAI NEE PUEA TUR or Two Spirit's Love


Mario Muarer as Thannatorn/Warong & Mint Chalida Wijitwongtong as Kewalin/Kaew

cerita dia ala2 kill me heal me plus supernatural sikit sebab hero, Khun Than ada penyakit misteri ala DID, pastu ada kuasa psikik lepas dia kena kilat.. pastu leh la orang yang dah mati (hantu la kan) masuk dalam badan dia, so automatik dia jadi orang lain, Mek. Bila dia jadi Khun Than kerek ya amat, tapi bila jadi Mek ikut je apa orang kata tapi pada masa yang sama, mesti Kewalin tu ada.. err, cam tu la ceritanya, kalau nak detail leh ke https://www.sharerice.com/index.php/Song_Huajai_Nee_Puea_Tur


ini masa zaman lepas, orang thailand kan percaya pasal kehidupan lampau, so kebetulan Kew tu adalah nenek Kewalin, tapi siapakah Mek? 


hehe, suka babak atas ni, sebelum terjadi part2 romantis ni, hero-heroin gaduh, then hero pujuk, heroin still tak layan, ntah cam mana, masa perjalanan balik, hero accident, heroin pon kalut p hsopital tengok.. rupanya cedera sikit aja, tak perlu nak admit, sekali balik rumah, hero ajak heroin tidur sekali (tidur je ye).. dah dok 1 katil, hero apa lagi usik la heroin ;)


hat atas ni, memang seriau tengok hero, gila2 dia protect heroin.. bila dia jadi ganas, automatik kaler baju berubah ke hitam


yang ni adik hero bercinta dengan abang heroin.. walaupon memula saya skip adik hero dengan doktor hero, tapi bila diorang ni start baik, saya redha je la dengan mereke berdua

yang kedua baru je saya habis tengok..,


KULARB RAI GLAI RUK or Evil Rose Becomes Love


Grate Warintorn Panhakarn as Chonchanok (Chon) & Peeranee Kongthai (Matt) as Naetchanok (Naet)


memula bosan, tak tau nak buat apa, so try la google lakorn yang best, then nampak lakorn ni dah ada full eng sub kat youtube. saya pon apa lagi terus tengok, nak download terasa tak mood sebab external hardisk semakin penuh, sob sob.. k, lepas dah tengok 1st episode pertama, saya suka.. saya suka dengan watak heroin yang tak lemah-gemalai.. marathon sampai ep 6, tengok tanpa skip.. makin best ep 7-8 tapi bila dah nak dekat2 habis, terasa menyampah lak dengan watak heroin yang terlalu spoiled brat.. tapi ini drama sahaja kan, details synopsis dekat sini, https://www.sharerice.com/index.php/Kularb_Rai_Glai_Ruk


epic moment, heroin wat kacau kat majlis bapa dia


suka part bila hero-heroin terperangkap dekat 1 tempat, masa tu hero dok try ayat heroin, hehe.. lepas kejadian tu depa jadi sweet... ah, suka tengok senyuman Khun Chon bila dia merenung Naet 


oh, termasuk lak picture Grate ni.. aigoo, bertambah lagi la list favorite actor saya
honestly, saya tak begitu recommend untuk kularb rai glai ruk ni sebab akan rasa annoying dengan watak Naet.. untuk tengok ke-sweet-an Chon-Naet  boleh repeat ep 6-8 kot, lupa lak, hehe


~persamaan antara dua lakorn ni,
1) hero sanggup bermati-matian demi heroin, kira sayang gila la
2) hubungan couple lain yang pelik, cth, SONG HUAJAI NEE PUEA TUR (adik hero bercinta dengan abang heroin) lagi pelik KULARB RAI GLAI RUK (bapa heroin kahwin dengan adik hero)
3) ada villain iaitu 2nd lead heroin yang kacau relationship lead hero-heroin 


p/s : terpaksa menghentikan menonton Neung Nai Suang versi Ken-Janie sebab video tak berapa cun, episode panjang & asyik tingat James-Yaya ja, ahakz!




No comments:

Post a Comment