Sunday 8 May 2016

drama melayu...

assalamualaikum.. selamat malam

dah lama tak update blog, sibuk dengan hal semasa :)

hari ini nak bercerita pasal drama melayu.. honestly saya kecewa dengan drama melayu sekarang, jarang dah tengok drama petang2 dekat tv, even download pon jarang nak habis tengok.. bukan nak compare dengan drama dari luar macam korea, jepun tapi.. ok la dibawah ni saya 'list' kan sebab kekurangan drama melayu sekarang,

1) watak hero yang kaya
slot akasia, slot drama dekat astro pon kebanyakkan watak hero harus lah kaya, office kemain besar, rumah harus juga besar, bawa keta mahal2.. tetapi yang pelik tu saya tak tau dari mana kekayaan hero tersebut.. cerita la sikit detail tentang hero macam 'rich man poor woman'

2) perkerjaan
sambungan di atas.. ok la kalau tidak diceritakan kekayaan hero, cerita la sikit pasal pekerjaan, macam 'rang pratana' nampak credibility as a arkitek, pernah saya tengok satu drama ni, katanya hero doktor.. tapi duduk office, tak pernah pon keluar dari operation wad, or sebut ayat2 medik, compare dalam 'doctor stranger' or 'descendants of the sun'

3) bertudung
bukan saya tak suka artis bertudung sedangkan saya bertudung, memang Islam wajib bertudung, tapi jika pihak pengarah pandai mengkaitkan situasi tersebut lagi best.. tak perlu duduk dalam rumah dengan anak serta suami bertudung, cuba buat scene tu dekat luar rumah, tengah minum petang ka baru balik keja,, ini dekat bilik tidur still lg bertudung, macam tak real kan..

4) ibu bapa yang muda
ini satu lagi, kadang2 bagi saya tak logik.. hero-heroin cam lewat 20-an tapi parents diorang masih lagi di awal 40-an, takkan parents tersebut kahwin masa diorang belasan tahun lagi kan.. jenuh saya buat kesimpulan sendiri, ibu bapa hero/heroin kahwin awal.. tapi itu la anak mesti sorang ja, padahal kahwin awal, eh melalut lak..

5) berdasarkan novel
ini pon memang trend sekarang kan, cuma novel sekarang terlalu sama jalan cerita, kena paksa kahwin, memula tak suka, then dah suka, datang pulak orang ketiga, 2nd heroin mesti sexy, pastu jahat.. 2nd hero lagi baik dari hero tapi sebab cinta, heroin pilih hero walaupon perangai hero tak semenggah tapi hero tu mesti kaya lagi kacak..

6) latar masa
yang ni, nak ja saya highlightkan dekat pengarah.. takkan saya expect cam 'Reply 1997' tapi biarla nampak real. contoh, baru ni saya tengok kat tv, scene imbas semula 15@20 tahun lepas, watak perempuan pakai tudung bawal aj, dalam rumah tv flat skrin, baju, mekap tahun 2016. ada yang drama citer 3 tahun lepas, tapi dah siap pakai iphone 6, shawl dah berbelit2, so cam mana tu?

bukan saya nak condemn tapi just luah perasaan sebagai peminat drama melayu.. bagi novel pulak walaupon jalan cerita lebih kurang sama tapi saya sangat respek dengan diorang sebab saya pernah, pernah cuba nak tulis cerpen je tapi hampeh berbulan-bulan stuck hehe

akhir kata, maaf jika post kali ini tersinggung mana2 pihak.. selamat menonton anugerah bintang popular bh 29 #respek



No comments:

Post a Comment