Saturday 26 November 2016

#moodhindustan

Assalamualaikum. hai semua :)
dah lama rasa tak update dekat blog.. awal tahun hari tu berkobar2 nak update selalu, tapi hampeh mood kelaut, haha., ok kali ni tajuk ada #, kan trend sekarang apa2 semua nak #, so kali tajuk post saya pon #moodhindustan

cerita bermula apabila saya terbaca dekat forum (yes, i am kaki forum jugak, haha) pasal gosip Bollywood, baru tau Ranbir Kapoor putus dengan Katrina Kaif, motif ingat RK tu single lepas putus dengan Deepika.. Baru tau history diorang.. yang berlalu biarkan berlalu.. saya teruskan hidup dengan menonton filem Bollywood. Actually dah lama tinggalkan dunia Bollywood sejak stereotype dengan jalan cerita Bollywood.. Yes, Tamil lagi best tapi idok la begitu semangat nak download :)

ok saya mulakan pencarian dengan mendownload filem Ranbir.. disebabkan saya tak reti nak guna IDM, ada kawan suggest download thru Telegram.. baru tau ke-best-an application Telegram, boleh download macam2, tapi saya hanya masuk channel bukan group so redha je la movie apa yang diorang up-kan...

1st film Bollywood saya download..


Yeh Jawaani Hai Deewani

lakonan Ranbir Kapoor & Deepika Padukone
dibantu oleh Aditya Roy Kapur & Kalki Koechlin 

movie hindustan yang saya tengok lepas 2 tahun rasanya.. fokus sangat masa tengok film ni
pendapat peribadi saya, a must movie to watch kalau anda pengemar Ranbir Kapoor-Deepika Padukone, jalan cerita yang simple, romantik komedi & hubungan kekeluargaan yang tak terlalu berat.. boleh dikatakan masa memula filem ni berkenaan Naina (Deepika Padukone) lepas tu fokus dekat watak Kabir 'Bunny' (Ranbir Kapoor).. saya suka dekat watak2 kawan Bunny.. ops, baju yang Deepika pakai kadang2 agak sexy & ada scene kiss Bunny & Naina

special, lagu yang asyik bermain2 di fikiran saya,


2nd movie saya tengok,


Daawat-e-Ishq

masa baca sipnosis macam best, terus saya download, lagipon suka tengok Parineeti Chopra dlm Hasee Toh Phasee  & hero, Aditya Roy Kapur yang jadi kawan Ranbir dalam movie atas tadi.. jalan cerita ok, pasal dowry.. Anupam Kher yang jadi watak bapa Parineeti pon best.. cuma Aditya dalam ni nampak tak begitu presentable, mungkin untuk watak beliau kot. tak sangka sekarang movie hindustan 2 jam ja.. oh ya lepas dah download pagi tu, balik keja, petang main film ni kat tv.. stress mak, haha

ok 3rd movie, yang buat saya merepeat kali keberapa ntah,


Khoobsurat 

movie yang sama di-release dengan Daawat-e-Ishq, 19 September 2014, so 2014 kan.. 
lakonan Fawad Afzal Khan & Sonam Kapoor

memula macam tak percaya, saya download film yang saya tak pernah tengok hero-heroin berlakon, sekali tengok, wah.. tersuka tanpa sengaja dekat hero ni, Putera Vikram Singh Rathore or Dr Mili panggil Viku.. walaupon Putera Viku ni muka kejung je, tapi bila sekali senyum, boleh melting.. nasib real life dah kahwin.. lakonan Sonam agak kelam-kelibut, fesyen baju pon pelik2 tapi sesuai dengan Viku yang terlalu serius tu.. best bila Vikram g cakap dengan Manju.. mesti tengok kalau anda penggemar cite yang light2 plus hero hensem, haha

p/s : Fawad Afzal Khan ada berlakon dalam Kapoor & Sons tapi bawak watak gay.. and surprisingly saya tak pernah suka lelaki berjambang tapi Fawad nampak sangat hensem dalam Khoobsurat, bila muka dia 'clean' & he look so different.

selepas tu, mood untuk tengok film hindustan makin menjadi2.. tanpa sedar saya dah download movie seperti di bawah.. 









jangan tanya bila semua movie ni saya nak tengok ;)




No comments:

Post a Comment