Sunday 7 October 2012

TO THE BEAUTIFUL YOU - done!

assalamualaikum... salam sejahtera..

akhirnya, habis dah kdrama ni.. 


saya pon dah habis tengok ari jumaat ari tu, excited kemain, habis tayangan kat korea ari khamis, terus jadi link nak tengok, thanks kepada saluran youtube sebab ada kemudahan tersebut, dapat la saya tengok.. (ntah kenapa sekarang kalau tengok dekat mykinchidramas, epdrama kalau sangkut, mesti lambat nak loading balik, dah la dailymotion tak laju bagi pengguna internet yang slow cam saya)... 

sedikit info.. cerita ini memang diambil dari jdrama, 'Hanazakari no Kimitachi e', dan taiwan drama, 'Hanazakarino Kimitachihe'.. tapi rasanya memula je sama, lebih kurang 60% je kot sama, sebab dalam 'To The Beautiful You' or 'For You in Full Blossom', watak Kang Tae Joon lagi tunjuk kesukaannya kepada Goo Jae Hee.. watak Cha Eun Gyeol tang dekat2 last baru tau Jae Hee ni girl.. lepas tu da watak tambahan lagi cam Seol Han Na, Manager, cikgu2 sekolah, ada jugak la perubahan watak yang lain.. kalau dah tengok yang jepun and taiwan version mesti dapat bezakan..

ok la, kita pergi ke watak2 utama lak..


Shinee Min Ho as Kang Tae Joon

hero.. memula perangai stail tak kisah pasal pa2 pon, yang penting diri dia.. berhenti dari sukan sebab kematian mak dia.. actually, walaupon muka nampak cool, sebenarmya banyak benda dia simpan, sebab tu dia macam tak suka bergaul dengan orang. sampai la si heroin datang Genie High School jadi roomate dia, baru dia berubah tu pon setelah dia suka dekat heroin.. part best bila dia mula suka dekat Jae Hee, try to protect her, lepas tu try to win a gold medal.. bersungguh2 berlatih, typical hero korean, angkuh memula, tapi sweet, romantic and cute.. hehe


F(x) Sulli as Goo Jae Hee

heroin, ok la dia berlakon.. dari luar negara gigih g sekolah lelaki untuk jumpa Kang Tae Joon, bagi Jae Hee, Tae Joon is a miracle.. tak sangka dapat kelas, bilik sekali dengan Tae Joon, walaupon roomate dia tak layan sangat, tapi berkat kegigihan Jae Hee, Tae Joon suka dekat dia.. seorang yang simple, happy go lucky, kadang2 slow pon ada, hero dah suka dekat dia, dia cam tak tau je, well, typical drama, hehe


Lee Hyun Woo as Cha Eun Gyeol

second hero.. watak dia happy go lucky, terer men soccer, gila bergambar pastu letak kat page dia, keliru dengan perasaan dia bila tersuka dekat heroin.. walaupon dia tau heroin ni lelaki, dia tetap luah perasaan, so sweet, tapi sedih gak bila heroin tolak dia.. part sedih, bila dia tak dapat menerima heroin tu girl and suka dekat hero.. tapi disebabkan dia ni happy go lucky, dia terima je.. lastly, dia tetap kawan baik Jae Hee.

Kim Ji Won as Seol Han Na

kalau dalam jdrama or tdrama Hana-Kimi tak ada watak beliau ni.. dalam version korea ni dia jadi gymnast yang suka kat hero dari kecik.. anak orang kaya, rapat dengan family Tae Joon, dia jadi gymnast sebab hero kata gymnast ni cantik..pernah gtau kat wartawan dia dengan Tae Joon bercinta sebab nak 'ikat' Tae Joon, plus, dia geram sebab hero ini lebih protect dekat Jae Hee... last2 dia 'putuskan' hubungan dia dengan hero sebab dia tau hero lagi suka dekat heroin. then, dia 'in relationship' dengan ketua dorm 2, Ha-Seungri

watak lelain..


 roommate Cha Eun-Gyeol, high jump rival Kang Tae Joon, walaupon meluat dengan watak dia ni mula2, tapi tang last, rasa tak la menyampah sangat, hehe..


 ZE:A Kwang Hee, hehe.. scene dia selalu dengan lipgloss, lucu, walaupon agak jeles dengan Jae Hee, tapi diala penyeri kdrama ni..

spoilers last scene...


sweetttt ;]

scene yang saya suka


time ini, heroin baru habis dapat email dari Cha Eun-Gyeol, tanya Kang Tae Joon ada kat mana, Eun-Gyeol kata Tae Joon g bercuti dekat lokai rahsia, bila heroin nak ambil buku dia yang jatuh, terus terpandang Kang Tae Joon, scene cam mula2 dia sampai dekat Genie High School..


Tae Joon tolong Jae Hee cuci muka sebab tangan Jae Hee luka


pergi melawat sekolah rendah Tae Joon


comel kan.. hehe


alahai... :)


pergi dating..


part ni, Tae Joon cam dah tau dia suka dekat Jae Hee


hehe..

ala, tak jumpa bed scene tu.. nak google ambik masa lak, kak sepupu dah suruh tolong dia wat garlic bread and mushroom sup..


last but no least, Cha Eun-Gyeol dah tukar style rambut, hehe.. baru la hensem

p/s : sekarang tengah gila dengan lagu Shinee-Sherlock dengan f(x)-Electric Shock, mood datang dari To The Beautiful You..






No comments:

Post a Comment