Sunday 26 October 2014

PANYACHON KON KRUA - done!

hye... jam tepat pukul 1.17am

secara rasminya, dah habis tengok lakorn bertajuk,


Panyachon Kon Krua @ The Kitchen Scholar

memula cari kat google, lakorn apa yang best, tersangkut lak dengan synopsis drama siam ni, macam best, try layan 1 episode dgn ending, terus download... akhirnya tak sampai 1 minggu dah settle tengok. kalau citer tu best, memang kejap je akan ku habiskan~~


cerita sikit pasal lakorn ni, Aemika student drama nak scholarship dr lecturer dia, so dia kena buat skrip untuk melayakan dia menang dan dapat scholarship.. macam2 kerja dia buat untuk bagi skrip dia real, last2 dia pilih jadi orang gaji.. keja orang gaji pulak dekat rumah 1 minister ni, owner rumah ni ada sorang anak menakan yang kerja dengan dia as a secretary iaitu Tam (Worait)


dijadikan cerita, masa memula drama ni, parent Aem dgn Tam cadang nak kenen kan depa, tapi ada hal yang berlaku, diorang sempat menari dengan topeng dimuka.. ok, sambuang balik, bila Aem dah keja dekat rumah tu, Tam selalu la mai, dia macam pelik dengan Aem ni sebab dia penah jumpa Aem dekat club, dia ingat Aem ni perempuan yang tak baik la, siap ada macam2 insiden yang berlaku.. Aem ni asyik dok cover dengan menipu je.. ye la takkan nak bagitau yang dia just poses as a maid utk skrip

nak cerita byk sebenarnya, tengok sendiri baru best, hehe... dalam drama ni, part sedih, lawak, family, jeles semua ada.. then, ada jugak moral value, macam jangan menipu, pastu sikap2 yang tak baik haruslah dijauhi.. ha, masa memula layan lakorn ni, ingatkan cerita ala2 tuan rumah, pembantu rumah, tapi citer tu pon layan kat tv setakat 2,3 minit je - mana nak tau sama ka idok kan


Prin Suparat as Worait (Tam)

keja sebagai secretary of ministry.. memang teliti dalam berkerja, hensem, baik hati, kaya, educate.. semua la dia, ha, menyanyi, menari, wat modelling pon boleh, haha... tapi 1 je sikap dia ni, rasa ingin tahu dia terhadap Cha-Aem sangat2 membuak-buak, benda kecik pon nak riuh.. adakah rasa ingin tahu itu sebab dia memang nak tahu or dia nak tahu pasal Aem? haha.. sekali persoalan ku bagi... tapi lakonan dia memang superb, thumb up!


Kimberly Ann Voltemas as Ameeka/Cher-Aim

cun gak heroin ni, bijak, baik, kaya.. student yang sangat pasif pasal impian nak dapat scholarship p amerika sambung study.. dah ada bf, ntah macam mana bila dah selalu berjumpa, bergaduh dengan Tam, dia tersuka dekat Tam, ini la 1st time tengok hero suka dekat gf orang, selalu heroin hegeh2 dkt hero yg dah ada gf, hehe

tetiba terpikir, family Aem ni kaya, gov. of chiang mai lg, awatla gigih benau nak dapat scholarship sampai jadi maid, just mtk mak-bapak dia tanggung dah la kan.. kalau Aem tak gigih, tak dak la drama ni kan, hehe.. hm... memang trend dekat siam, kalau drama yang best, depa akan akan buat remake 2,3 kali.. macam drama ni, ini dah 4 kali of remake

rasa mcam panjang je type ni, meh kita layan gambar lak



part macam ni memang banyak sangat, dekat2 muka, naseb lakorn, lau drama hollywood xpon taiwan, habis lah asyik kena kissu je, ops.. kekeke



kisah depa dua ni best gak


last.. bersama akhirnya, walaupon tang last baru heroin ngaku suka dekat hero, asyik dok main mata je 12 episode.. stress mak



ops, termasuk lak picture hero.. tetiba dah terminat dekat beliau ni, beliau ni muda lagi lahir tahun 90(anak hekan ni), heroin tahun 92, drama ni tahun 2012 (ok, memang ku layan citer ni lewat 2 tahun).. baca kat google, depa dua ni dah couple, harap2 lah sampai ke jinjang pelamin, hehe

tingin sangat nak tau, memang dekat thailand, depa main panggil nama manja ka? macam hero ni, nama betui - Prin Suparat, panggil Mark, Pakorn Chatborirak panggil Boy, then 1 lg, memang hero-heroin yang sama akan digandingkan selalu eh macam Mark-Kim ni dah ada 3 drama berlakon sekali

terlebih rajin google, Mark ni ahli group 4+1 channel3 superstar.. da Mario Maurer, Nadech Kugimiya, Pakorn Chatborirak, and Phupoom Phongpanu.







No comments:

Post a Comment