Saturday 22 September 2012

KAMPUNG GIRL by UMI KALSOM




SINOPSIS

Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.
Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur.  Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.
Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin…
Ashraf yg bengang giler dengan persetujuan Ainnur telah gunakan setiausahanya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain plak yg jadi bila terkantoi dengan Ainnur sebab setiausahanya tu kawan baik Ainnur hihihi. Ashraf dan Ainnur akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam bencikan budak kampong, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Ashraf terlalu ego hingga nafikan cemburu tu tandanya cinta.
Cemburu Ashraf bertambah terhadap Ainnur bila Faisal menagih cinta Ainnur walaupun Ainnur hanya menganggap Faisal sebagai abang.  Ashraf bertambah terkejut bile mendapat tahu yang Faisal telah bertunang dengan Ain Airina iaitu bekas kekasihnya.  Faisal tidak sukakan Ain Airina dan mereka disatukan oleh keluarga.
Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudiannya. Pada malam pengantin rahsia Ainnur yg berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar Negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di penang dan Ashraf di KL.  Kawan serumah Ainnur nasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.
Ats nasihat Adam iaitu abang Ashraf, Ashraf cuba untuk menerima Ainnur. Dia plak berusaha memikat semula hati Ainnur. Ainnur pelik dengan sifat romantic Ashraf terhadapnya. Ashraf amat pasti yg cintanya ada pada Ainnur. Mereka macam pasangan baru bercinta hahaha. Ashraf dan Ainnur akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal. Kampong girl n budak Bandar!
Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan dia disahkan hamil. Ashraf happy giler. Keluarga mereka mengusik Ashraf yang tidak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampong girl yang amat dibenci menjadi orang yang amat dicintai oleh budak Bandar. So sweet. Faisal plak akan berusaha untuk terima Ain Airina dalam hidupnya.


Sinopsis saya...

kembali membaca novel setelah meninggalkan selama beberapa bulan.. firstly, tengkiu fira bagi kak leen pinjam novel ni.. ;)

bagi saya, novel ini ok la.. light2 je.. mungkin saya banyak membaca novel yang kisah cinta lepas kahwin, novel ini tidak la terlalu menarik saya untuk membaca.. cerita sal budak bandar dengan budak kampung.. budak bandar yang kerek, egois, berlagak, Ashraf dan heroinnya, Ainnur, budak kampung yang baik, menurut kata ibubapa untuk berkahwin dengan Ashraf walaupon dia tau Ashraf tak suka dekat dia. Naseb baik la Ainnur ni suka dekat Ashraf, macam2 dia buat sampai bagi mamat bandar ni jatuh cinta dekat dia.

dengan restu kedua ibubapa, diorang kahwin tapi kantoi bila Ashraf nampak bukti yang Ainnur ni berpelajaran, dia ingat Ainnur ni typical budak kampung yang tak berpelajaran, tunggu masa nak kahwin je.. lepas tu gaduh2 manja.. Ashraf suka tapi ego nak bagitau sampai la mai Faisal muncul kembali, rupa2 nya kisah Faisal cam kisah Ashraf kena bertunang, berkahwin dengan sepupu sendiri yang dia tak suka, kebetulan pulak tunang Faisal, Ain Airina bekas kekasih Ashraf.. hahaha

ok, endingnya, diorang semua happy, xde sangat watak2 antagonist dalam novel ni.. ok la nak melayan.. sorry, idea menaip xkuar sangat, so, cam merepek je ni.. hehehe


No comments:

Post a Comment