Saturday 22 September 2012

PROJEK MEMIKAT SUAMI by HANINA ADBULLAH


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Sinopsis Saya :

memula membaca novel ini dekat penulisan2u rasa best sangat, menarik minat saya untuk membeli, niat nak beli terus dari penulis, Hanina Abdullah, tapi bila memikirkan lambat sikit dapat, terus gigih balik kerja terus g membeli, haha.. siap angkut novel 'Adam & Hawa', first time membeli 2 novel sekali, sangat gigih.. haha

k, kembali ke tajuk di atas, sememangnya novel ni menarik sebab ada cara untuk memikat suami, saya yang single baca ni kadang2 blushing gak, ye la, novel ini cam lagi sesuai untuk orang dah kahwin, ah, layan je la, dah best kan.. hikhik

cerita dimulakan apabila Nawwal Husna, saya lagi suka bila Zahrain Alimin panggil dia Nawwal, hehe.. Nawwal yang baru balik dari luar negara kena kahwin dengan Zahrain, typical hero novel, kaya, kacak tapi sombong, ego.. dalam terpaksa diorang kahwin..

sebelum tu, kakak2 Nawwal dah bagi tips untuk dia goda eh pikat encik Zahrain ni.. dengan pakaian la, memasak, jaga semua, best o Nawwal ni, kaki travelling lak tu dapat suami cam Zahrain, hampeh, haha..  Zahrain ni nak kata playboy xla sangat cuma tak suka dekat Nawwal, so dia berskandal dengan model (nama tak ingat, hehe), tambah lak kakak Zahrain ni pon tak suka dengan Nawwal, hanya mak bapak depa je yang suka dekat Nawwal

bila dah kahwin, kena la dok sekali, dok asing dari parents lak tu, memang best bila Nawwal dok pikat suami dia, mau tak tergoda si Zahrain ni.. bila dah suka, da lak rintangan, hero yang kuat cemburu.. tapi lama2 ok la, ending? happy ending..

sekian, terima kasih.. haha

#suka baca part Nawwal jadi kucing betina, kekeke





No comments:

Post a Comment