Monday 17 December 2012

ADAM & HAWA by AISYA SOFEA


Sinopsis : 


Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?






Sinopsis Saya :

Overall novel ni best! novel ni jadi hits balik sebab novel ini dah diadaptasikan ke layar tv, tajuk yang sama, jalan cerita lebih kurang sama kot.. maklum la kat rumah tak ada kuali silver/hitam, hehe.. sekarang kat astro dah ke episode 65 kot.. dat means ada lagi 15 episode g.. xsabar nak tengok ending dekat dailymotion, ;]

ok, back to this novel.. dulu saya dah pernah baca novel ni time kat u dulu, tapi baca pon skip2 je, bila dah tau nak main kat astro, terus gigih beli, dan baca.. siap imagine encik aaron tu Am.. senang la nk menghayati pembacaan..

dalam novel ni, Am seorang yang playboy tapi bila sekali jatuh cinta dekat Hawa, pergh.. romantika de amour.. rasanya semua dah tau ending ni kan.. :D

happy ending antara Adam Mukhriz & Ain Hawani, sweet..


p/s : tak suka watak Johan yang desperate dalam 'Adam & Hawa' versi drama.. kat novel elok je.. #EmoLaPlak



No comments:

Post a Comment