Monday 17 December 2012

MERAH CINTA EPAL by RIDHA REEWANI


Sinopsis :


Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang! Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya. Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.



Sinopsis saya..

macam biasa, terima kasih kepada cik fira, adik cik pinas bagi pinjam novel ni.. actually saya dah habis lama khatam buku ni, tapi kekangan masa buat saya busy nak post kat belog, hehe

cerita ini klise sikit, kisah heroin miskin, hero kaya yang egois tapi, tapi ada perbezaannya.. di mana hero nak heroin jadi tunang palsu je dalam berapa bulan, dengan harapan mak dia tak kacau dah hidup dia suruh cari calon, tapi apakan daya, mak dia suka lak kat heroin

kisah ini agak lain sikit, saya suka sikap Irdina yang berfikiran terbuka, tegas, bertanggungjawab, tak kisah walaupon dia ada degree, kat mana ada keja kosong, dia p mintak, secara kebetulan dia keja kat tempat abang Ekhmal, & sepupu Ekhmal berkenan dengan Irdina, ha, cam biasa ada watak witch iaitu Balkhis, sepupu Ekhmal gak kot

yang best pasal Ekhmal, dia sukakan Irdina dari zaman diorang belajar lagi, tapi tak sempat nak luah perasaan, pemalu orangnya, haha.. sehingga la excident epal terjadi, and the story begin...

novel ini agak mendatar tapi ok la, saya boleh habiskan dalam sehari, dat means novel ini tak memboringkan.. nak komen banyak2 dah lupa sikit jalan cerita dia, hihi.. apa yang boleh katakan "merah cinta epal" ada kelainan dari perspektif penulis lelaki :)



No comments:

Post a Comment