Sunday 17 February 2013

QUEEN IN HYUN'S MAN - done!

assalamualaikum..

yeay! finally habis gak tengok drama korea ni.. 


Queen In Hyun's Man

jalan cerita yang sangat memuaskan hati, jiwa dan raga saya, kekeke

hero dia..


Ji Hyun Woo as Kim Boong Do

bijak pandai di masa Joseon.. disebabkan 'azimat' yang diberikan oleh bekas orang gaji dia, bila dia menghadapi saat2 bahaya, dia terus datang ke zaman sekarang.. dia ni kena fitnah oleh menteri2 sampai keluarga dia terbunuh, pastu dia bangkit dan bersihkan nama dia. dan dia jugak yang bagi 'Queen In Hyun' naik takhta balik selepas difitnah oleh menteri2 zaman dahulu.. yang best sal Kim Boong Do ni, disebabkan dia ni memang pandai, bila sampai zaman sekarang, dia tak panik, try to fit dgn dunia sekarang, tapi selalu kena buli dengan heroin jugak, hehe..

heroin lak.. beliau ni,


Yoo In Na as Choi Hee Jin

heroin yang dapat watak 'Queen In Hyun' untuk drama terbaru diorang, pelakon biasa2 je tapi dia ni sengal sikit, suka ajar hero benda pelik2.. selalu yang dia ajar tu mesti ada purpose untuk diorang kiss, aigoo.. tapi comel je dia buat, haha.. da ex-bf yang nak couple balik dengan dia, tapi dia xnak sebab dah ada Boong Do =]

overall, kdrama ni sangat best.. sebab, firstly hero dia tak cam selalu, maksud saya, hero yang egois, berlagak, mempermainkan heroin yang blur.. kali ni terbalik, hero yang blur sikit, heroin yang suka main2, hehe.. tapi still ada babak sedih.. hero dalam citer ni sangat cool, tak suka marah, tapi bila kembali ke zaman dulu, rilek je nak bunuh2 orang, huhu.. apa yang heroin buat dekat dia, dia senyum je, sweet sangat.. heroin lak bila dah lovey-dovey dengan hero memang tak boleh blah la.. haha

tang sedih bila diorang berpisah jap sebab 'azimat' tu terputus dua.. time tu cam kacau-bilau sikit sebab semua ingat heroin tak betul sikit dok cari 'Kim Boong Do' yang tak wujud.. yang tu ok lagi, dekat nak last2 tu, selama 1 year lepas tuan punya 'azimat' tu mati dibunuh, heroin lupakan hero sampaikan hero nak bunuh diri, nasib baik dia sempat call, hero angkat dan kembali ke zaman sekarang.. cam tak boleh terima dek akal kan.. dat why drama is called a fantasy..

selain tu, drama korea ni tak ada sangat hero-heroin second yang jahat.. jalan cerita pon banyak fokus dekat hero-heroin je.. tak ada nak cite sangat background diorang.. ha, saya suka dengan watak mamat ni..


Kim Jin Woo as Hang Dong Min

ex-bf Hee Jin.. smart watak dia, ala2 watak utama dalam kebanyakan drama korea, ego sikit, cakap main lepas, cepat naik hangin.. tapi dalam hati sweet, baik dan take care sangat dengan heroin.. ni la kali pertama puji dekat second hero.. selalu tu geram je kat watak pembantu.. oh, kan best lau 'Hallyu Star' ni jadi watak utama dalam drama korea yang lain, nak watak cam dia..


antara pelakon dalam korean drama ni..


hero masa kat zaman Joseon.. dah la cerdik, golongan bangsawan, keje dengan istana lak tu


masa zaman sekarang.. comel je pakai baju yang dia curik tu, hehe

meh, kita layan picture2 sweet hero-heroin ni.. ha, sekarang diorang dah couple, harap2 la sampai diorang married.. i hope


scene dalam kete ni.. =]


ke-sengal-an heroin nak ajar kegunaan tie


hero yang sangat rajin membaca.. hehe


akal heroin la ni, hehe


sweet...

haha.. ada lagi picture diorang yang sangat romantika winter sonata dua ni #phrase je, tapi lagi best lau tengok sendiri drama ni.. walaupon dah tengok Nice Guy dengan cite ni, tapi still rasa Answer To 1997 is the best kdrama i have watched

ok, sekarang dalam dilema nak layan citer apa lak.. hmmm








No comments:

Post a Comment