Sunday 10 February 2013

Secret Recipe & Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit & Cekak 'Hong Ki'

assalamualaikum.. Gong Xi Fa Cai

hai2.. best kan raya cina jatuh hari Ahad, leh replace.. so, cuti jadi la 4 hari sekali dengan Sabtu-Ahad.. syoikkk! saya ada macam2 plan untuk hari cuti, antaranya...
Sabtu-g tgk wyg (post hari ni), 
Ahad-p mandi Taman Rimba (nanti saya update na), 
Isnin-g kenduri cik ina.. 
Selasa-rilek duk rumah layan kdrama, hehe

saya post hat semalam punya k..

semalam saya makan hat ni..


cam biasa, lau p Secret Recipe, menu pilihan 'Chicken Cordon Bleu'

memula ingat nak makan dekat Dave's Deli, tp sebab ramai sangat, so makan la dekat Secret Recipe


eh, ni memula mai.. hehe

potato chip


pergh.. sodap ni.. Turkish Indulgence.. harga boleh tahan, 1 slide RM10, selalu kek dekat Secret Recipe RM7.50.. ini special punya kot, hehe

lepas dah kenyang perut, apa lagi.. g la tengok wayang, sebab tujuan utama nak tengok filem terbaru arahan Mamat Khalid ni, kalut sampai2 QB terus beli tiket, haha.. dapat kul 2.10, tu yang pergi melantak dekat SR tu..

ha, saya tengok wayang cite ni.. posternyerr


Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

honestly, bagi saya yang hantu kak limah yang dulu lagi kelakar.. mungkin benda yang sama diulang 2,3 kali membuatkan saya rasa cam dah boleh agak dan kurang kelakar.. cerita dimulakan lepas Husin yang jatuh bankrap balik Kampung Pisang, intro dia agak kelakar.. hehe, masih bertapak di Warung Pak Jabit, semua menyambut kepulangan Husin dengan cara kasihan, perlian ada juga yang prihatin.. persoalan ditimbulkan kembali pada last scene hantu kak limah yang pertama, watak 'Ayu' seolah-olah menggangu Husin.. di filem hantu kak limah yang kedua ni, menceritakan lebih detail.. oh nk type banyak2 pon dah ngantuk.. tapi apa yang boleh saya rumusan di sini.

saya nak tergelak dengan watak 'Kak Limah' selepas sihat, amboi kak, dok melentik kat tingkap, XD
watak 'Dr. Shamsuddin' yang tak dapat dijangka..
watak Ezlynn sebagai hantu agak best.. pandai beliau buat muka
arwah Zami Ismail dengan kawan dia, watak 'Pak Jabit' bersahaja seperti biasa, ibarat sedang tengok depa live.. natural sangat
jangan terkezut lau nampak 'dementor' dalam filem ini, ala2 'Harry Potter' u olls, hehe
oh, lagu tema filem ni buat saya rasa geli.. entah, mengapakah hatiku bergeteran.. *geli*
ucop dah ada motor, yeah2!! tp watak 'Abi' xder..
last, watak anak mamat yang suka menembak. kering je muka dia, haha

berbaloi untuk tengok wayang, #sokongfilemmalaysia :)

dah nak balik, kak sepupu suruh masuk Brand Outlet.. dia nak cari spek, sekali terjumpa cekak yang macam Hong Ki pakai time lagu "I Wish" hihi..

ini cekaknya..


ok la, sangat mengantuk ni.. esok ada wedding.. nite!

p/s: akibat kasut licin, saya terjatuh kat toile, habis lebam kaki.. huhu




No comments:

Post a Comment