Wednesday 15 June 2011

M.A.I.D by SURI RYANA



Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

MY OPINION...

This is the best bro... haha... 
bagi saya, novel ni memang terbaik, walaupun ni 1st time saya baca novel hasil karya suri ryana. Berulang-ulang kali saya baca novel ni, sampai huduh dah buku ni.. hehe...
time mula2 nak beli, rasa cam xberbaloi, tebal kot novel ni, tapi bila baca sikit jalan cerita novel ni kat http://www.penulisan2u.my/ best kot.. :)
suka dengan watak Noorul yang clumsy tapi comel, Harris aka Mr. F yang cerewet, suka marah tapi sebenarnya dalam hati ada taman.. tersangat romantik and sweet..
xrugi beli dan baca novel ni.. novel ni antara yang novel best saya baca cuma tang ending kureng sikit, kan best kalau ada klimaks sikit, xpon da watak yang boleh buat Mr. F benar2 cemburu, baru leh nampak Mr. F jadi jealously tapi saya tetap puji novel ni, bukan senang nak perah otak, tenaga nak karang novel jadi best yang boleh di baca berulang-ulang kali.. Good job tuk penulis nya, SURI RYANA.. Hope nanti leh buat novel2 yang best lagi.. saya mesti akan beli, bukan janji tapi pasti.. hehe..

No comments:

Post a Comment