Monday 21 January 2013

SHUT UP FLOWER BOY BAND - done!

assalamualaikum..

semalam tepat 12.55am, saya dah habis tengok drama korea ni,


SHUT UP FLOWER BOY BAND

bagi saya, kdrama ni syokkkk.. ala2 jdrama, pentingkan persahabatan (adala cintan-cintun sikit), sanggup tinggalkan semua demi persahabatan.. dalam cite ni, saya dapat mengenali macam mana budak2 laki communicate.. selalu saya curious cam mana diorang ni sembang, pastu ada ka sentap-menyentap cam girls talks kan.. 

permulaan yang best dari 1st episode, start berlawan segala, ganaih betoi depa ni, sedih bila leader psycho depa ni mati, *sob sob*.. lepas tu demi menunaikan hasrat terakhir Byung Hee ni diorang masuk contest, walau xmenang, diorang dapat gak sign contract dengan HR Entertainment, start lepas ni la, diorang menghadapi banyak konflik.. ah, lupa lak nak bagitau, group diorang ni, nama "Eye Candy". Ending? citer Korea mesti la happy ending (mau sad ending, xlayan la aku cite ni, hehe) memula ingat diorang akan buat album, berjaya as "Eye Candy" tapi lastnya Ji Hyuk suruh diorang semua cari apa yang diorang nak dalam hidup diorang.. last sekali, ada gak performance dari "Eye Candy" sweetkan.. :)

mari kita tengok watak dalam drama korea ni, Shut Up Flower Boy Band..


Sung Joon as Kwon Ji Hyuk

ni la hero dia.. suka ikut kepala sendiri, sebelum Byung Hee mati, dia jadi orang kanan Byung Hee pas Byung Hee xdak, dia jadi leader, iaitu vokal dengan guitar bg group tu... pandai main alat muzik, nampak je ganas tapi dalam hati ada taman kot, berbunga2 lagi, haha.. bercinta dengan heroin, Su Ah tapi tak bagitau dekat member group dia sebab takut depa tak dapat terima dia cinta dengan Su Ah, kan Su Ah tu 'muse' Byung Hee.. kawan baik dengan Hyun Soo sebelum Hyun Soo ada adik, time tu dia rapat dengan Byung Hee.. mak dia tinggalkan dia, so dia hidup sorang2 kat rooftop, time tu rapat dengan Su Ah


Jo Bo Ah as Im Soo Ah

yang cute ni heroin.. anak orang kaya sebenarnya tapi bila bapak dia bankrap, kena pandai2 la survive sendiri, sewa dekat rumah hero.. kawan baik dengan Seung Hoon sejak kecil, sampai ingat diorang couple.. dua2 leader "Eye Candy" dengan "Strawberry Fields" suka dekat beliau ni. last2 dia pilih Ji Hyuk, ok honesty saya banyak skip2 bab cintan-cintun diorang sebab saya suka tengok couple 1 lg, hehe


L as Lee Hyun Soo

beliau ni yang saya suka tengok dalam kdrama ni, hahaha.. tetiba minat dekat L.. watak dia sangat best, guitarist, memula2 ingat watak dia ni just nak bagi cukup kuota 'flower boy' je rupanya, nahi khabi nahi (apahal lak masuk siaran zee ni?) Hyun Soo tersangat sweet, digelar 'Ice Prince', suka tengok renungan mata dia.. mencuba menjadi kawan yang terbaik untuk Ji Hyuk, terasa bila Ji Hyuk start kawan baik dengan Byung Hee, sebab tu dia belajar main gitar.. sangat take care dengan family & adik dia.. sikap persahabatan dia sangat utuh, dia ignore Ye Rim sebab tau Ha Jin suka dekat Ye Rim.. last2 couple Hyun Soo-Ye Rim yang saya suka ;] 


Lee Hyun Jae as Jang Do Il

oh si hensem Do Il.. muka tersangat la hensemmmm, bapak ketua gangster kot, haha.. asyik melepak dekat poll hall, semua xberani kacau dia sebab anak ketua gangster, nak mampus lau kacau dia.. sangat low-profile, terer main drum, selalu jadi orang tengah bila ada pergaduhan antara member2 "Eye Candy".. cool orangnya.. suka dekat Woo Kyung yang sedia minat/suka dekat Ji Hyuk.. suka last ending dia, dia start study, dia kata bila settle math, rasa syok sangat macam ketuk2 drum.. haha, pastu kata nak tukar poll hall ke study hall.. apakah? XD


Yoo Min Kyu as Kim Ha Jin

bassist.. playboy dalam "Eye Candy" ni, suka flirting2.. rapat sangat dengan Kyung Joon.. xbanyak cite sal background family dia.. cuma dia ada banyak kakak2 yang suruh dia masuk model or acting lepas "Eye Candy" kena disbanded. ha, dia suka sengat dengan Kim Ye Rim, kata je pro sal girls, tapi xsedar yang Ye Rim tu suka dekat Hyun Soo, =.="


Kim Min Suk as Seo Kyung Jong

si comel yang main keyboard dalam "Eye Candy" orang Busan, muka memang cute, tapi sekali bergaduh, pergh! hebat2 sokmo.. cita2 nak jadi kaya, dia ni terer sangat masak.. suka tengok part dia gaduh dengan mak dia, hehe.. comel je.. sangat rapat dengan Ha Jin sampaikan nak dok sebilik sekali masa baru masuk dorm HR Entertainment


Jung Ui Chul as Yoo Seung Hoon

leader "Strawberry Fields" suka dengan Su Ah.. cool, anak orang kaya, family dia owner HR Entertainment kot, genuis buat lagu, komposer yang hebat la walaupon baru berusia 18tahun.. cikgu2 semua respect dekat dia.. walaupon muka cam tak kisah, dalam diam jahat gak, balas dendam dekat "Eye Candy" time diorang nak rakam lagu.. tapi tak la jahat mana pon, last2 kawan jugak dengan diorang lepas dapat menerima hakikat Su Ah bukan milik dia..


Lee Min Ki as Joo Byung Hee 

leader "Eye Candy" menganggap Su Ah sebagai 'muse'.. agak psycho sikit tapi genius buat lagu.. tapi tu la umur tak panjang, mati kena langgar dek lori, kematian dia ada kena-mengena dengan geng "Strawberry Fields" sebab tu Ji Hyuk and the gang tak suka dekat Seung Hoon and the gang, lakonan Lee Min Ki sangat berkesan walaupon sebagai cameo 2 episode je.. daebak lah~~~


Kim Jung Min as Bang Woo Kyung

pompuan ni suka dekat Ji Hyuk sejak 3 tahun yang lepas, macam2 dia buat untuk "Eye Candy" sampaikan "Eye Candy" anggap dia ni cam family diorang.. berpangkat nuna dengan Ji Hyuk.. frust sangat bila Ji Hyuk xlayan dia, time tu dia dah tau Ji Hyuk suka dekat Su Ah.. Woo Kyung ni tak tau yang Do Il suka dekat dia, last2.. sweet scene, hehe


Kim Ye Rim (김예림) as Kim Ye Rim

penyanyi under HR Entertainment.. 'muse' bagi Ha Jin, excident berlaku menyebabkan Hyun Soo cedera kerana berlanggar dengan van beliau dari atas.. dari situ dia macam suka dan take care dekat Hyun Soo.. Hyun Soo tu wat dek je.. Ye Rim xkisah, siap bagitau terus-terang dia suka dekat mamat tu.. suka betul tengok dia ni.. suara pon sedap.. ending utk depa dua pon ok gak :)


"Eye Candy" berenam.. muka hensem2 tapi perangai, huh! haha
semua ni terer berlawan


smart je semua pakai uniform sekolah


gambar masa diorang wat photoshoot


ok, tak tau berapa kali saya ulang, saya suka couple ni.. mungkin sebab kecomelan L, scene diorang yang sweet, ke-cool-an Ye Rim.. walaupon ada orang kata nampak Ye Rim agak tua dari L, tapi ah, kisah pe, dalam cite ni, diorang nampak comel.. sebelum terlupa, lagu2 dalam Shut Up Flowe Boy Band ni sangat best.. terutama lagu Jaywalking dengan lagu duet L & Ye Rim

panjangnya entry kali ni.. hmmm lepas ni nak layan drama korea apa ek..? pending - 19 drama, hehe






No comments:

Post a Comment