Saturday 9 July 2011

KURELA CINTA INI BERTAMU by NURIL BAHANUDIN




Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?


MY OPINION:

pada permulaan saya baca kat penulisan2u.. cam menarik, so saya beli la hari isnin hari tu.. tapi bila saya start baca rasa cam boring je.. may be dah banyak citer novel yang tipikal cam ni, maksud saya, terpaksa kahwin sebab kena tangkap khalwat la, mengandung la, kahwin kontrak.. 

cuma.. novel ni mengisahkan Daniel dan Balqish kahwin selepas Daniel tidak sengaja "bersama" dengan Balqish.. then, mereka kahwin, pas kahwin, mereka dapat tau yang Balqish ni mengandung, mereka start hidup bersama sampai la anak mereka, Risya lahir dan mummy dan daddy Daniel dapat tahu yang Daniel ni sudah berkahwin dan ada anak..

dan, start la konflik2, liku2 kehidupan dalam novel ni, tapi watak2 sampingan cam xbest.. tambah lak, cam x thriller je kisah hidup Qistina Balqish, and of course, watak Daniel Muaz adalah playboy.. biasa sangat baca dalam novel2..

yang menarik dalam novel ni, sikap xmatang/budak2 dalam diri Daniel dan sikap cuai Balqish yang boleh membuat kan saya ketawa..maaf bercakap la, saya rasa novel ni lebih kurang cam novel, ANDAI ITU AKDIRNYA.. cuma watak lelaki dalam novel ni xsekejam watak lelaki dalam novel ANDAI ITU AKDIRNYA

jalan cerita agak longgar yang membuat kan saya baca sampai hari ni, hari jumaat baru habis.. selalu nya hari ni beli, hari ni gak habis.. so, this book quite boring.. tapi depends la kepada cita rasa seseorang kan.. pa2 pon tahniah kepada penulis novel ni.. :)



No comments:

Post a Comment