Tuesday 27 December 2011

AKHIRNYA AKU KAHWIN by HERNA DIANA



Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?


My Opinion:

Firstly, tq kepada cik kogi kerana memberi pinjam buku novel ni.. dapat gak saya membaca novel pinjam, hehe.. buku ini saya baca dalam 2 hari. benar seperti kata cik kogi, buku agak boring pada mula nya, yela, asyik citer sal didi je, syafiq je (ingatkan syafiq la hero nya), dah dekat half m/s, baru tau yang heronya syafizi, adik si syafiq.. 

seperti komen2 di blog menyatakan cara didi manja dengan abang angkat dia agak over la, betul tu, penulis mengambarkan didi pakai tudung, so, xperlu kot adegan2 pegang lengan, cubit-mencubit, bab peluk pun ada.. hm, tapi yang best bagi saya, lawak didi memang best, dengan mulut bom atom dia buat saya ketawa, hehe

part yang sedih bila abah umi dia meninggal, hampir2 terkeluar air mata saya, sedih tu, tambah kalau orang yang membaca tu pernah mengalami kejadian cam tu, huhu.. *sob sob*

cuma, kalau scene2 syafizi dengan didi da banyak lagi best kot, tambah romantik sikit, sebab saya rasa macam sekejap je couple ni berloving2.. watak syafiq yang menonjol dari syafizi.. then, ending macam nak cepat je bagi habis, tiba2 didi koma, hati dia rosak, syafizi berikan separuh, ha, tiba2 watak nadia hilang..

overall ok la, sebelum part syafizi masuk, agak boring tapi bila syafizi dah da, best la.. ha, 1 lagi, saya kagum dengan penulis kerana xbuat cerita stereotype yang citer lepas kahwin.,. :)


No comments:

Post a Comment