Monday 26 December 2011

KASIH YANG SUCI by MEEN ZULAIKHA



Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.




My Opinion:

Finally, habis gak baca novel ni, tq ye cik mira kerana memberi pinjam novel ini untuk saya, agak lama gak saya nak menghabiskan bacaan novel ni, sebab terlalu busy, ni pon leh habis sebab tengah cuti Christmas.. lau x, xkan habis punya, hehe..

ok, sambung sal novel Kasih Yang Suci, ketika saya membaca novel ni, teringat lak muka aaron aziz, siti saleha untuk watak seth dengan nora elena, tu yang jadi lambat saya nak mengahabiskan novel ni, sebab dah tau jalan cerita, pas tu leh compare lak antara drama dengan novel, mana sama kan, hehe.. 

cuma dalam novel ni, nampak sangat keras kepala elena tu, sikap romantikus seth, yang kamal tu xjadi nak batalkan contract dengan syarikat seth, syarikat seth lagi besar dari drama (hehe), dan yvvone yang lagi gediks, haha..

setelah menonton drama dengan membaca novel, saya rasa drama nora elena best lagi kot may be sebab saya tengok drama tu dulu, baru baca novel.. pa2 pon thumb up untuk penulis novel ni.. :)




No comments:

Post a Comment