Sunday 22 April 2012

BICARA HATI by DAMYA HANNA


Sinopsis

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. 

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


My Opinion :

1st of all, tengkiu cik mira bagi pinjam.. lama dah da novel ni kat saya, baru ada mood nak baca and review, dulu dah pernah baca tapi separuh je, bila start drama bicara hati, tiba2 ati meronta2 nak membaca balik, hehe

di-compare-kan antara novel and drama agak berbeda.. rasanya novel best lagi kot, x payah membayangkan zahlia cam kat drama yang agak kaku berlakon, ops, sory.. hihi

novel ni best cuma konflik cam banyak, suka watak zahlia dan tengku syahran, bijak penulis mentafsirkan dan mengembangkan watak utama, lagi pon ni kan 1st novel untuk Damya Hanna, novel ni buat sya kenal beliau dan tercari2 novel beliau yang seterusnya, pa2 pon rasanya ni novel terbaik dari beliau

cuma, bila dilayar tv kan jadi tak best, cerita agak longgar, ye, saya tahu ni saya view sebagai pembaca novel bukan penonton drama tersebut, tapi apa yang boleh kata kan, dari 1st episode saya download sehingga hari ni, dah download episode 16, agak boring, saya main skip je tengok, haha.. just imagine tengku syahran for Sharnaaz Ahmad, tapi zahlia bukan untuk Christina Suzanne tu, sorry again.. ;)

ok la tu je kot review saya, tak tau dah nak type pa, :D

p/s: saya baru membeli novel, Isteri Separuh Masa, bila la nak membaca ni..




No comments:

Post a Comment