Monday 23 April 2012

ISTERI SEPENUH MASA by SURI RYANA


Sinopsis:-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

sinopsis diambil dari blog kak Suri Ryana


My Opinion:

hebat penangan penulis ni, Suri Ryana, buat saya tak sanggup nak tinggal membaca bila dah mula start membuka helaian pertama, sanggup tinggal kdrama saya, sanggup tido lewat.. novel ini buat saya jadi 'gila' nak membaca, hehe

saya mula kenal dengan 'isteri separuh masa' dari blog beliau, memang layan la.. best sangat2, bagi saya beliau pandai mengolah cerita, buat saya tertanya-tanya tentang Medina Izwani & Dr. Nazrin Shah, tiap2 hari melawat blog beliau untuk membaca enovel ni..

akhirnya, pada 21st April 2012, dapat gak membeli, hehe.. masa pegang, eh, nipis, x macam M.A.I.D yang tebal tu, xpe2, rembat je.. malam tu jugak baca ending, hehe.. malam tu gak start membaca dari 1st page, tapi x sempat habis, stop kat pukul 4am, sambung tadi pagi, tengahari kuar jap, petang baru habis mengkhatam, lega..

honestly, novel ni kureng dari 1st novel beliau, may be saya terlalu mengharapkan yang lebih, tapi novel ini still enjoying bila baca, saya suka bila watak yang ada buat saya terfikir yang tidak stereotype, ya, basically kahwin paksa adalah main story, tapi perbezaan jalan cerita buat saya tak boring, gaya penulisan yang dikarang buat saya terus-terusan membaca, good job Suri Ryana..

more than that, saya suka bila kali ni dibawa ke Bali, rasa cam nak g Bali lak, konfom lepas ni, novel beliau, kita akan dibawa ke Seoul lak, hehe.. saya suka bila latar tempat novel ni mostly kat Penang, cuma saya dok pikir kat mana ek rumah Medina-Nazrin ni? dekat area USM ye kak suri..? hehe

tentang watak sampingan lak, tang last baru saya dapat detect yang nenek n mak timah dah tau sal zita tu, cara zita hilang tu buat saya pelik, cam tu je dia hilang? lepas tu watak obsesi zafril kat wani tu best, cuma tak cukup la watak romantikus winter sonata dua kat hero-heroin, sekejap sangat rasanya, huhu, nak tau lebih detail apa yang berlaku kat Bali tu, dengan lepas depa(termasuk lak loghat utghara cek) berbaik hehe.. *gatainya saya*

p/s: oh ya, ada novel terbaru Suri Ryana dalam blog beliau, Playboy itu suami aku?.. wah, xsabarnya nak membaca bila dah kuar novel



No comments:

Post a Comment